Pulau Sipadan merupakan sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, pantai timur Sabah. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia yang terbentuk daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.
Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba antara yang terbaik di dunia dan juga terkenal dengan keindahan hidupan marinnya akan ditutup untuk semua aktiviti laut sepanjang Disember bermula pada tahun depan (tahun 2020).
Arahan itu dikeluarkan Taman-Taman Sabah atas permintaan kumpulan operator aktiviti menyelam sebagai langkah untuk memberi tempoh memulihkan persekitaran laut di pulau berkenaan.
Ads
Menurut notis yang dikeluarkan Taman-Taman Sabah yang bertarikh 31 Julai lalu, penutupan itu dicadangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pulau Ligitan dan Sipadan pada 25 Januari lalu. Bagaimanapun, cadangan terbabit akhirnya dipersetujui ketika Bengkel Pengagihan Kuota Selaman Pulau Sipadan pada 26 Februari tahun ini dan persetujuan itu ditandatangani oleh Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Jamili Nais.
Ads
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Christina Liew berkata, Disember dipilih kerana ia adalah musim paling kurang aktiviti menyelam.
Ads
Penutupan sementara selama sebulan itu adalah untuk memberi ruang kepada kehidupan batu karang dan marin dipulihkan. Kumpulan operator aktiviti menyelam sendiri mencadangkan perkara ini dan mereka bersetuju dengan sebulat suara,” katanya.
Untuk pengetahuan umum mengenai had semasa pelawat ke Pulau Sipadan, ketika ini jumlah maksimum yang dibenarkan adalah seramai 156 penyelam setiap hari, manakala bagi aktiviti snorkeling pula hanya dibenarkan dengan permit khas tidak lebih daripada 20 orang sehari.
Tahun 2020 genap ulang tahun ke-50 pengisytiharan Rukun Negara oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IV Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.
Walaupun sudah 50 tahun, usaha bagi memastikan penghayatan rakyat terhadap Rukun Negara sentiasa berada pada tahap yang tinggi terus dilakukan. Sambutan Jubli Emas Rukun Negara akan berlangsung selama tiga bulan, sebagai usaha kerajaan meningkatkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia ketika menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara. Dalam keadaan ekonomi dunia yang mencabar, ditambah lagi dengan pandemik COVID-19, perpaduan dan bersatu padu memainkan peranan penting dalam menangani cabaran tersebut, kerana Malaysia juga tidak terkecuali daripada terkesan, akibat penularan tersebut. Telah terbukti rakyat Malaysia dari segenap golongan masyarakat telah bersatu padu dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dan meratakan lengkungan jangkitan virus itu.
Sempena ulang tahun Rukun Negara yang ke-50, kami membawakan semula tiga peristiwa penting yang membawa kepada kelahiran Rukun Negara:
Peristiwa 13 Mei 1969
Peristiwa 13 Mei berlaku beberapa hari selepas pilihan raya ketiga yang menyaksikan Parti Perikatan gagal mempertahankan majoriti dua per tiga di Dewan Rakyat. Pertelingkahan antara kaum dipercayai tercetus akibat penghinaan antara itu mengorbakan lebih 196 nyawa sementara 149 lagi cedera.
Penubuhan MAGERAN
Peristiwa 13 Mei menyebabkan kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat selama 22 bulan. Serentak itu Parlimen digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan untuk menjalankan pentadbiran negara. Majlis itu diketuai Tun Abdul Razak selaku pengarah operasi.
Penubuhan Majlis Perundingan Negara
Majlis Perundingan Negara ditubuhkan melalui MAGERAN yang bertangungjawab dalam merangka merangka perpaduan negara dan salah satu hasilnya adalah lahirnya satu ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru bagi mewujudkan sebuah negara yang stabil.
Memancing antara hobi menjadi pilihan ramai tetapi aktiviti ini buat masa ini dihentikan sekeitka kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang tidak membenarkan ia dilakukan. Pasti ramai kaki-kaki pancing sudah rindu untuk mengulang jejak tempat yang membuat mereka teruja saat menarik jorang di makan umpan.
Bagi kaki pancing dan yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini, Perak antara port memancing yang menjadi kesukaan ramai. Menurut page Tourism Perak, ada tiga lokasi disenaraikan. Antaranya ialah Perkampungan Nelayan, Lumut, Tasik Temenggor dan Jambatan Raja Bainun, Manjung.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Penumpang setia AirAsia bakal menikmati tawaran istimewa daripada syarikat penerbangan tambang murah itu apabila AirAsia akan menawarkan tiket penerbangan sehala sebanyak RM99 kepada ahli AirAsia.
Tawaran tambang promosi itu adalah bersempena pelancaran penerbangan terus secara harian baharu dari KL – Quanzhou yang akan bermula pada 1 Mei 2019 ini dan tawaran harga RM99 itu bersekali dengan cukai.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat mengulas bahawa perkhidmatan KL- Quanzhou akan menawarkan pilihan penerbangan yang lebih baik kepada pelancong Malaysia dan juga China. Selain daripada itu, AirAsia turut dapat mengembangkan capaian destinasi ke bandar-bandar unik di China.
Dalam pada itu, AirAsia juga akan menyediakan perkhidmatan ke bandar-bandar kedua di China seperti Guilin, Shantou dan Nanning dalam usaha mereka untuk meneroka peluang baharu dan menghubungkan hab-hab AirAsia di Malaysia ke China.
Sedikit fakta mengenai Quanzhou, bandar itu pernah menjadi pelabuhan terbesar dunia dan titik permulaan kepada Laluan Sutera Maritim yang turut dikenali sebagai Zaiton oleh pedagang Arab selain pernah dinobatkan oleh Marco Polo sebagai ‘antara dua tempat perlindungan terbesar di dunia untuk perdagangan’.
Dek kerana statusnya yang pernah menjadi pelabuhan perdagangan paling penting selama tiga abad, Quanzhou masih lagi kekas sebagai destinasi pelbagai budaya dan agama yang turut menawarkan banyak kuil Buddha dan Hindu, masjid dan gereja malah muzium yang mempamerkan warisan maritim di sana.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...