Seramai 40 bakal guru dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah merekacipta dan melakukan pemasangan tiga tukun tiruan dan pelampung boya di Pulau Songsong, Kedah.
Melalui program ‘Kembara Kelestarian Kehidupan Marin’, mahasiswa tahun akhir ini turut membina fasiliti asas seperti tandas, tempat mandi serta papan info berkenaan hidupan marin yang terdapat di Pulau Songsong kepada pelancong.
Penambahbaikan fasiliti ini dilihat membantu menarik lebih ramai pelancong dan memberi keselesaan kepada mereka untuk datang menikmati keindahan Pulau Songsong.
Pemasangan tukun tiruan serta penambahbaikan fasiliti kepada pelancong di Pulau Songsong ini turut mendapat kerjasama Komuniti Bot Songsong.
Inisiatif program ini timbul daripada kesedaran ancaman yang berlaku terhadap terumbu karang dan keperluan untuk menjaga serta melindungi terumbu karang disamping habitat yang hidup di sekitarnya.
Menurut Pengarah program Keyong Liau, menjadi tanggungjawab bakal pendidik untuk mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang sebagai persediaan mendidik murid-murid pada masa akan datang.
Ads
“Bakal pendidik perlu menambah pengetahuan daripada pelbagai bidang seperti pengetahuan mengenai penjagaan alam sekitar untuk menyediakan diri dalam kepelbagaian kemahiran seterusnya memantapkan kemahiran insaniah mereka,” ujar beliau.
Usaha penjagaan alam sekitar terutama daripada kalangan mahasiswa mampu meningkatkan kesedaran belia terhadap kepentingan alam sekitar seterusnya melahirkan pemuda yang peka terhadap keadaan sekeliling.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyeru semua penumpang tren elektrik (ETS) No. 9173 membuat saringan kesihatan di hospital berdekatan jika terdapat gejala berkaitan COVID-19.
Ini kerana salah seorang mangsa wabak itu telah menaiki tren tersebut dari Stesen Butterworth ke Stesen Kuala Lumpur Sentral pada 7 Mac lepas. Warganegara Malaysia berusia 70 tahun itu merupakan mangsa ke-11 yang diumumkan meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur.
Pihak KTMB telah menghentikan serta-merta perkhidmatan tren terbabit dan kerja-kerja disinfeksi sepenuhnya telah dilakukan ke atas tren tersebut serta semua tren ETS lain bagi keselamatan para penumpang dan kakitangan. Semua petugas syarikat yang berada di dalam tren serta stesen-stesen terlibat juga telah diarahkan untuk membuat ujian saringan kesihatan.
KTMB akan terus memantau pengoperasian tren-trennya dan sentiasa melaporkan perkembangan semasa tersebut kepada Kementerian Pengangkutan. Orang ramai disaran untuk mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman rasmi media sosial di Facebook (KTM Berhad), Twitter (@ktm_berhad), portal rasminya di www.ktmb.com.my atau menghubungi talian pusat panggilan di 03-22671200 bagi sebarang perkembangan terkini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Teh merupakan sebahagian besar daripada budaya Asia dan ini ternyata sekali di Malaysia di mana ia digemari dan diminum oleh hampir semua rakyat Malaysia. Kini buat kali pertama di Malaysia, Unilever Food Solutions (Lipton) berganding bahu dengan Monin untuk memberi pencinta teh, satu konsep serba baru dalam menaiktaraf cita rasa minuman ini ke tahap yang maksima.
Memperkenalkan #MixTealogy: satu ramuan sempurna dari teh Lipton murni beserta kualiti prima sirap Monin yang menawarkan kenikmatan minum teh bersama dengan campuran inovatif ini, tentu akan membuka pintu kepada kemungkinan #MixTealogy tanpa batas.
Ditubuhkan di Bourges, Perancis pada tahun 1912, Monin merupakan pengeluar utama perisa gourmet yang prima. Monin boleh didapati di lebih 150 negara dengan tawaran 175 perisa termasuk sos gourmet, puri buahan dan serbuk frappe untuk mencipta pelbagai minuman tanpa had.
Hari ini, Lipton adalah jenama terkemuka di dunia dan dijual di lebih 150 negara. Lipton juga jenama pertama untuk menjual daun teh dalam beg dan setiap tahun lebih 100 bilion minuman Lipton dinikmati di seluruh dunia.
Teh ais dianggap sebagai yang terbaik untuk senarai lima minuman berais kerana ia menyegarkan sehingga dianggap sebagai menyihatkan dan #icedtea serta #coldbrew tea sudah mengetuai carta media sosial kini. Dengan gabungan kepakaran dua jenama bersama, #MixTealogy sudah tampil ke depan dan nampaknya akan menjadi satu cita rasa kegemaran terbaru.
“Sebagai salah satu pembekal terkemuka dalam perniagaan perkhidmatan makanan, Unilever Food Solution sungguh berbangga dengan jenama Lipton serta berkesempatan bekerjasama dengan rakan terkini iaitu Monin.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Line Clear yang popular di Penang Road, Georgetown diumumkan dalam senarai top-10 oleh World Street Food Congress (WSFW), acara di Manila, Filipina minggu lepas.
Boleh dikatakan Nasi Kandaq paling popular di Malaysia. Berada di celah bangunan, stall kecil, dan pilihan ayam goreng masala, kari kepala ikan, kambing, udang besar, sotong, sambal pedas dsb dan dimakan bersama nasi yang ditabur campuran kuah kari; semua ini adalah trademark Line Clear.
”Ramai orang datang makan dan pelayan mereka ramah, begitu juga pelanggan mereka”, WSFW menghuraikan restoran 24 jam itu.
Satu lagi makanan popular Pulau Pinang ialah Siam Road Char Koay Teow. Pemilik perniagaan, Tan Chooi Hong, 76 popular dengan koay teow. Berada pada kedudukan ke 14 dalam senarai, orang ramai tetap sabar menunggu koay teow yang dimasak menggunakan arang.
“Gerai troli klasik yang boleh ditolak, koay teow dimasak menggunakan arang dan persembahan makanan yang sedap adalah antara sebab mengapa ramai orang beratur untuk mendapatkannya” ujar WSFW.
Empat lagi gerai juga berjaya masuk ke dalam senarai iaitu Fauzi Nasi Kerabu, Terengganu (23), Donald & Lily Nyonya Mee Siam, Melaka (34), Guan Heong Biscuit Shop, Ipoh (36), and Jalan Kuli Satay, Melaka (43).
Senarai The World Street Food Masters dibuat oleh panel berpengalaman seperti pengacara, penulis, selebriti makanan, dan profesional yang memiliki deria rasa hebat bagi budaya makanan jalanan warisan.
Tempat pertama ialah Singapore’s Hill Street Tai Wah Bak Chor Mee, Franklin’s BBQ kedua, dan Thailand Che Paek Pu Ob Voon Sen ketiga.
Apabila menyebut mocha, ramai membayangkan secawan kopi berkrim yang menggabungkan espresso, susu dan coklat. Namun, di sebalik nama minuman popular itu, tersimpan sejarah panjang...