Pusat Akuarium Tokyo Ajak ‘Chatting’ Dengan Belut ‘Murung’ Guna FaceTime

Share

Bukan manusia sahaja boleh murung atau sunyi jika tidak dapat berinteraksi dan berjumpa dengan orang ramai, ada haiwan juga yang mengalami tekanan jika tidak melakukan rutin harian berjumpa manusia.

Setelah sekian lama tidak menerima kunjungan daripada manusia, penjaga sebuah akuarium di Jepun mula bimbang jika belut spesies ‘Grass Eel’ peliharaan pusat tarikan itu mula lupa atau takut berjumpa dengan orang ramai.

Kebiasaannya, belut-belut kecil itu akan muncul dari permukaan tanah di akuarium itu dan menggoyangkan tubuh badannya ketika diperhatikan manusia. Namun, akibat lama tidak berjumpa dengan manusia, kira-kira 300 ekor belut itu mula menunjukkan perubahan menjadi ‘murung’.

Oleh itu, Pusat Akuarium Sumida di Tokyo, memohon orang ramai agar berinteraksi dengan belut menerusi panggilan video FaceTime. Lima buah iPad diletakkan di luar tangki bagi memudahkan orang ramai melihat ke dalam ruang habitat buatan spesies belut berkenaan.

Akhirnya selepas berpeluang membuat panggilan FaceTime bersama manusia, kesemua belut mula menampilkan diri secara beransur-ansur dan tidak murung dan sepi seperti sebelumnya.

Foto: The Asahi Shimbun via Getty Images)

Interaksi spontan antara ikan dengan pengunjung pusat berkenaan sudah menjadi kebiasaan selama ini, sama seperti kisah sesetengah haiwan di zoo yang sudah terbiasa berhubung dengan manusia. Perintah darurat atau sekatan pergerakan akibat penularan COVID-19 telah membuatkan kebiasaan itu terhenti secara mendadak.

Foto: timeout.com

Ada sesetengah haiwan yang selesa dengan ketiadaan manusia, namun bagi haiwan tertentu yang mempunyai naluri mahu berinteraksi, situasi tanpa manusia boleh menyebabkan sebaliknya.

Sumber: astroawani

IKLAN