
Mengembara adalah satu bentuk terapi selepas penat bekerja. Malah berlibur juga dianggap cara terbaik menghilangkan stress. Kalau manusia sendiri rasa penat dan mahu mencari hiburan, nampaknya mengintai Quokka yang hanya terdapat di Rottness Island, Australia.
Apa yang menariknya kalau mengembara negara yang terkenal dengan Kanggaroo dan Koala Bear ini, Quokka merupakan haiwan paling bahagia di dunia.
Hah, kalau tengok Quokka mesti kita nak tersengih sama sebab haiwan ini memang suka tersenyum. Nak makan pun senyum, sambil mengunyah pun senyum apatah lagi ketika melakukan aksi pose, Quokka sentiasa menunjukkan giginya.
Jadi kalau mengembara ke Rottness Island, Australia ini mesti stres akan hilang.

Berikut adalah 10 fakta tentang Quokka
- Pertama kali ditemukan oleh seorang pengembara yang mencari pulau-pulau tersembunyi iaitu Williem De Vlamingh berasal dari Eropah. Williem menemui Quokka di sebuah pulau kecil yang diberi nama Rottnest Island dan ketika itu Williem awalnya menganggap Quokka sejenis tikus besar.
- Quokka termasuk dalam jenis keluarga Setonix iaitu seakan sama seperti kanggaru dan Walabi tetapi tubuh Quokka lebih kecil, hanya sebesar kucing sahaja.
- Quokka seperti kanggaru, mempunyai kantung perut untuk menyimpan anaknya. Cara jalanya pun sama seperti kanggaru, menggunakan dua kaki belakangnya.
- Makan tumbuhan.





- Quokka tidak boleh disentuh apa tah lagi dipelihara kerana ia dilindungi, tidak bloleh disentuh kerana binatang ini sangat sensitif terhadap bau, sentuhan dan makanan.
- Quokka adalah binatang agresif tapi tetap ramah dan mudah didekati oleh manusia.
- Tidur pun tetap senyum, memang cute sangatlah.
- Cukup pandai bergaya depan kamera.
- Quokka suka selfie bersama manusia dan ia menjadi kesukaan pelancong untuk berselfie bersamanya tanpa boleh disentuh ya.
- Tapi sayang, binatang ini hadapi kepupusan kerana pemburuan dan lain lagi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Saman Sudah Mula Dikenakan Kepada Perokok Di Kedai Makan Bermula Ogos Ini Ya!

Penguatkuasaan larangan merokok di premis restoran telah dikuatkuasakan bermula Januari 2019. Perokok masih dibenarkan merokok tetapi sejauh 3 meter atau 10 kaki dari kawasan restoran. Namun kementerian memberi tempoh enam bulan sebagai ‘tempoh mendidik’ perokok supaya mereka merokok tiga meter dari premis berkenaan.
Bermula bulan Ogos ini, tindakan saman akan dikenakan buat mereka yang masih degil dengan undang-undang yang telah dikuatkuasakan. Kepada yang ingkar dengan larangan ini, Peraturan-Peraturan kawalan Hasil Tembakau 2004 (Pindaan 2005) menyatakan bagi kesalahan merokok di suatu tempat yang di larang (subperaturan 11(1) denda minimum yang boleh dikenakan ialah RM250.00 dan denda maksimum ialah RM500.00. Sabit kesalahan oleh mahkamah, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun. Manakala pengusaha yang gagal mematuhi peraturan pula boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
Jadi untuk memudahkan orang awam faham mengenai kawasan larangan 3 meter atau 10 kaki ini, Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan infografik bagi rujukan kepada semua perokok-perokok tegar.
Jom kita tengok.
- Restoran di rumah kedai. Perhatikan jarak 3 meter dari meja di muka pintu kedai tersebut, itu adalah kawasan larangan merokok.

- Tempat makan terbuka. Kawasan ini selalunya wujud di kedai mamak. So kalau lepak mamak yang ada kawasan terbuka, kawasan tersebut adalah kawasan larangan merokok.

- Gerai makan. Sama juga macam kawasan terbuka tadi, tetapi ini melibatkan kawasan gerai dan yang sama waktu dengannya. Kawasan berkelompok meja dan 3 meter dari situ adalah kawasan larangan merokok.

- Trak makan / Food truck – 3 meter dari food truck adalah kawasan larangan merokok.

- Kedai makan dalam sungai. Ha tu dia kedai makan dalam sungai pun adalah kawasan merokok dalam jarak 3 meter daripada sungai.

- Makan atas awan. Yang ini tak boleh buat apa la. Kalau nak merokok jugak awak gantung diri 3 meter dari atas tu, boleh la merokok, hehehe.
Selain daripada kawasan premis restoran di atas, sebenarnya ada beberapa lagi kawasan larangan merokok seperti yang terkandung dalam buku Peraturan 11(1) PPKHT 2004 seperti:1. Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang awam.
2. Di mana-mana kawasan hospital atau klinik.
3. Di dalam lif atau tandas awam.
4. Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin.
5. Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam.
6. Di dalam mana-mana bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta bawah peraturan 22.
7. Di dalam mana-mana lapangan terbang.
8. Di dalam mana-mana premis kerajaan.
9. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian.
10. Di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi.
11. Di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak.
12. Di dalam mana-mana bas sekolah.
13. Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd. dan Pos Malaysia Bhd.
14. Di dalam mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah.
15. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak.
16. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium.
17. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan.
18. Di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan.
19. Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet.
20. Di mana-mana kawasan di dalam suatu tempat latihan khidmat negara.
21. Di dalam mana-mana tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat.
22. Seluruh Hentian Rawat Dan Rehat (RnR) di seluruh Lebuhraya Malaysia.
Jadi kepada perokok tegar di luar sana, ambil perhatian ya. Jangan kerana sebatang merokok, duit melayang bayar denda. RM10,000 tau. Ingatlah orang yang tersayang. Selamat beramal.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Putera Harry & Meghan Secara Rasmi Bukan Kerabat Diraja

Sebelum ini, dunia dikejutkan dengan berita pengunduran diri Duke and Duchess of Sussex, Harry dan Meghan daripada keluarga diraja British.
Terbaru pasangan ini memilih untuk mengundurkan diri dan ‘pertukaran’ kehidupan mereka selaku bukan ahli keluarga diraja secara rasmi biarpun dunia kini berdepan dengan pandemik COVID-19
Berita berkenaan bukan sahaja menjadi topik bualan warga Britain, malah seluruh dunia tergamam dengan keputusan pasangan itu yang memilih untuk tidak menggalas tugas diraja dan menjana pendapatan serta mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi membiayai kehidupan peribadi mereka.
Persoalan juga mula timbul dalam kalangan masyarakat mengenai kenapa pasangan itu membuat keputusan sedemikian?


Menurut sumber, Harry dan Meghan telah mula bekerja untuk menjana pendapatan sendiri. Harry dikhabarkan telah bekerjasama dengan bank Wall Street, dimana dia menjadi jurucakap mengenai isu kesihatan mental. Meghan juga dikatakan telah menerima tawaran melakukan alih suara bagi sebuah filem terbitan Disney mengenai program perlindungan gajah di Botswana. Kedua-dua mereka dikatakan akan banyak melakukan kerja-kerja amal berkaitan isu sedemikian.
https://www.instagram.com/p/B-XTsETJsU0/
Berikut merupakan antara beberapa perkara lain yang dijelaskan berkaitan pertukaran status mereka sebagai pasangan diraja.

- Mereka masih sebahagian daripada keluarga diraja British, namun tidak boleh menggunakan gelaran diraja. Pasangan itu tidak boleh menggunakan gelaran “diraja Sussex” dalam mana-mana badan amal, laman web dan akaun Instagram mereka.
- Ratu Elizabeth juga melucutkan jawatan Harry selaku pemimpin khas ketenteraan kehormatannya.Harry dan Meghan juga tidak boleh mewakili mana-mana majlis atau acara selaku ahli keluarga diraja British.
- Walaupun mereka telah berundur dari keluarga diraja British secara rasmi. Prince of Wales, Putera Charles dikhabarkan bersetuju untuk terus menyokong pasangan itu dari segi kewangan menerusi aset persendiriannya, Duchy of Cornwal, yang tidak jauh dari Burkingham Palace.
- Malah, mereka dibenarkan menyimpan rumah mereka di estet Windsor di England dengan syarat mereka perlu membayar balik dana sebanyak £ 2.4 juta (sekitar RM 11.4 juta) yang digunakan untuk kerja-kerja pengubahsuaian. Biarpun, pasangan itu telah menjelaskan bahawa mereka berhasrat untuk tinggal di Amerika Utara.
Sumber: Astroawani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Penginapan Hotel Tak Sama Seperti Di Review, Peguam Ajar Apa Hak Pengguna & Tuntutan Boleh Buat

Bukan suka viral-viral tapi banyak juga kita baca keluhan dan kekecewaan dialami oleh pengunjung tatkala menginap di hotel yang sudah dibuat tempahan. Biasanya ramai memiliha harga yang “boleh tahan”, pemandangan indah, sea view dan lain-lain kriteria bahkan membawa review orang ramai yang sudah datang menginap di situ.
Memang kecewa kalau kita membayar pada harga tinggi tapi bila sampai ke bilik, ia kotor, bilik air air berkerak, tuala mandi agak kusam warnanya, cadar ada tompokan serta lain-lain masalah.
Kalau hadapi masalah begini, apa hak pengguna kena tahu? Dikongsi dari fb peguam terkenal, Nor Zabetha dari Tetuan Nor Zabetha Cinnai & Co, peguam ini mengupas dari segi hak penguna boleh tuntut jika berlaku masalah-masalah ini.
Moga ada manfaat buat kita.
Saya selalu juga terbaca perkongsian di Group Facebook Hotel Review Malaysia. Seronok membaca perkongsian tentang hotel-hotel dan percutian di Malaysia.
Testimoni boleh saya jadikan sebagai rujukan, manalah tahu hendak ke sana nanti. Pengalaman menginap di hotel atau rumah penginapan yang kotor dan tidak terjaga bagaikan mimpi ngeri bagi pengalaman percutian.
Kadang-kadang percutian memang ‘best’ atau ‘perfect’ tetapi disebabkan penginapan. Aduh! Hancur mood.
Pernah sekali dulu terkena, sekitar tahun 2012. Saya pernah menginap di sebuah hotel di negeri Selatan Malaysia.
Masuk ke bilik, saya lihat dinding terkopak. Lantai pula ada helaian rambut. Di atas katil pula ada kesan tompokan. Masuk ke tandas, lubang tandas ada tompokan hitam. Hish!
Saya tidak pernah meninggalkan sebarang komen di Trip Advisor, inilah kali pertama pengalaman saya menulis berjela-jela pada tahun 2012, bagaimana teruknya penginapan dan pengalaman saya di hotel tersebut. Tidak puas hati dan rasa terkena.
Peristiwa ini benar-benar jadi pengajaran kepada saya. Setiap kali sebelum tempah hotel secara online, saya semak dahulu ‘rating’, saya baca testimoni orang ramai dalam platform pesanan atau di media sosial. Supaya tidak terkena lagi pengalaman yang dahulu.
Seminggu lebih yang lepas, viral tentang pengalaman penginapan seorang wanita di Melaka. Saya baca pun naik geram. Aduh! Sikap pengusaha/ wakil rumah penginapan pun.
Dalam zaman orang bersaing-saing untuk memberikan servis yang terbaik, malangnya kalau masih ada pengusaha yang bersikap sebaliknya. Haih!
Ada yang bertanya kepada saya, apa tindakan yang boleh diambil. Sebelum kita teruskan kepada tindakan, saya terangkan dahulu berkenaan rumah penginapan dari konteks undang-undang.
Maksud premis penginapan secara ringkas dalam Seksyen 2 Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) mana-mana bangunan, termasuk asrama, hotel, rumah inapan, rumah tumpangan, rumah rehat, rumah pemalaman, dan struktur lain sama ada kekal atau sementara, yang dikemukakan oleh tuan punya, atau pengurusnya, sama ada keseluruhan atau sebahagiannya.
Sebagai menawarkan tempat penginapan pemalaman atau tempat tidur kepada pelancong untuk disewa atau dengan balasan apa-apa bentuk ganjaran yang lain, sama ada makanan atau minuman juga disediakan atau tidak.
Senang cerita, maksud Seksyen 2 ini memang telah merangkumi semua jenis cara dan gaya ‘homestay’ yang biasa dijadikan untuk penginapan. Walaupun kita sewakan satu bilik dalam rumah kita, sudah cukup merangkumi maksud 2 perenggan di atas.
Seksyen 31A Akta ini pula mensyaratkan bagi premis penginapan didaftarkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Mana-mana pihak gagal mematuhi peruntukkan bawah Akta ini, jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali bawah Seksyen 37 (Akta 482).
Jadi bermakna pendaftaran adalah wajib seperti mana yang diingatkan oleh Menteri Pelancongan pada 2019 dalam Berita Harian. Linknya ada di bawah.
Sebarang aduan berkenaan masalah penginapan boleh dibuat secara rasmi kepada MOTAC dengan disertakan pembuktian. Rujuk kepada soalan lazim dalam link komen.
Pengadu juga boleh mengadukan hal-hal yang timbul akibat dari rumah penginapan seperti masalah hotel, gigitan serangga, kebersihan, keselamatan bangunan kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Rujuk Link Soalan Lazim SISPAA- MOTAC di ruang komen.
Ini antara kaedah-kaedahnya, selain itu hal melibatkan pelancongan ini, pengguna juga boleh membuat tuntutan di Tribunal Pengguna sekiranya terdapat tuntutan-tuntutan yang ingin dikemukakan bagi penginapan tetapi tertakluk kepada syarat-syarat am tribunal pengguna seperti perkhidmatan yang dibekalkan kepada pengguna.
Cara-cara yang saya cadangkan tidak melibatkan kos yang banyak berbanding tuntutan di mahkamah.
Boleh cuba cara-cara di atas dahulu sekiranya berlaku perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati atau terdapat sebarang aduan/ tuntutan.
Sekiranya tiada hasil atau tidak berpuas hati dengan hasil, kes tuntutan boleh juga dikemukakan di Mahkamah. Dapatkan nasihat peguam anda terlebih dahulu.
Oleh Nor Zabetha
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!










Selain daripada kawasan premis restoran di atas, sebenarnya ada beberapa lagi kawasan larangan merokok seperti yang terkandung dalam buku Peraturan 11(1) PPKHT 2004 seperti:1. Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang awam.
