Rakyat Malaysia Paling Ramai Rancang Untuk Bercuti, Antara Tertinggi Di Dunia

Share

Sejak berlakunya penularan pandemik COVID-19 yang muila mengganas sejak tahun lalu, industri pelancongan merupakan antara paling teruk terjejas.

Pelbagai pihak dalam industri ini seperti agen pelanconga, perhotelan, khidmat teksi dan sebagainya telah merudum teruk. Pusat-pusat peranginan di dalam dan di luar negara sepi tanpa pengunjung.

Namun begitu masih ramai yang optimistik dan mula menyimpan hasrat serta melakukan peracangan untuk melancong selepas pandemik ini reda atau berakhir.

Dan tahukah anda bahawa rakyat Malaysia antara yang paling ramai merancang untuk melancong. Kira-kira 1.05 juta rakyat Malaysia dilaporkan mempunyai perancangan untuk bercuti pendek. Ia merupakan hasil dari kajian dilakukan oleh Finder Travel Index.

Vintage photo created by freestockcenter – www.freepik.com

Malah angka itu menunjukkan trend peningkatan berbanding beberapa bulan lalu. Menerusi kajian tersebut, 31 peratus golongan dewasa di Malaysia mempunyai perancangan atau bercadang untuk bercuti di dalam negara untuk bulan Mei, Jun atau Julai.

Angka mereka yang merancang untuk melakukan perjalanan ke luar negara juga turut memperlihatkan peningkatan dari 15 peratus ke 18 peratus.

Menurut Editor di Finder, Angus Kidman, angka rakyat Malaysia bercadang untuk bercuti adalah paling tinggi berbanding negara-negara lain dalam kajian itu.

Tree photo created by victor217 – www.freepik.com

“Ini adalah bulan kedua berturut-turut Malaysia menunjukkan angka peratusan tertinggi yang bercadang untuk bercuti jangka pendek berbanding negara lain seperti India dan Filipina.

“Bulan Mei sahaja, hampir suku daripada rakyat Malaysia merancang untuk bercuti di dalam negara. Namun peratusan itu menurun pada Jun dan Julai iaitu pada kadar 8 peratus dan enam peratus.

Bagaimanapun kata Angus, dengan perubahan SOP oleh kerajaan peracanganan ramai orang akan terbantut dan tergendala. Namun itu tidak akan memustuskan hasrat ramai orang Malaysia untuk bercuti. Cuma mereka perlu tangguhkan ke masa lebih sesuai dan selamat.

Finder Travel Index adalah kajian berterusan yang sehingga kini mendapat maklum balas daripada 88,966 orang di 19 buah negara.

IKLAN