Desaru, Johor sememangnya amat terkenal antara destinasi pelancongan utama di negara ini. Dengan kemudahan resort, hotel dan chalet berdekatan, ia terkenal di kalangan pelancong dalam dan luar negara.
Bagi yang ada plan nak berjalan-jalan selepas PKP berakhir, boleh masukkan Desaru Fruit Farm antara destinasi pilihan. Berkeluasan 180 ekar dengan pokok-pokok buahan hampir 20 jenis, berada di sini Desaru Fruit Farm seumpama duduk di dusun (bagi yang tidak mempunyai dusun pasti teruja dengan pengalaman begini).
Masuk ke pintu utama, berbagai jenis pokok sedia. Ada jenis bermusim dan ada sepanjang tahun dan sentiasa berbuah lebat. Jika buahan bermusim, ia terdiri dari durian dan sebagainya tapi bagi yang bukan bermusim, ada jambu dan sebagainya. Tidak itu saja banyak lagi pokok buahan seperti jambu air, jambu batu, rambutan, mangga, belimbing, nenas, pisang, tembikai, durian belanda, makisar, ciku dan banyak lagi yang boleh dinikmati terus dari ladang.
Ads
Ads
Ada beberapa jenis pakej boleh dipilih termasuk tour menggunakan ATV, Jeep selain lori yang boleh dijadikan pilihan mengikut kemampuan. Bagi yang naik lori, pakejnya RM25 bagi dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak. Pemandu pelancong akan memberikan penerangan mengenai ladang ini sambil memperkenalkan jenis-jenis pokok dan ia info yang baik bagi kanak-kanak. Bagi yang mahu makan tengahari, pakej ini juga disediakan termasuk bermain paint ball bagi yang gemar aktiviti lasak.
Ads
Bagi menggembirakan kanak-kanak, bukan hanya tour ladang, tapi petting zoo yang boleh diberi makan dengan lebih dekat turut disediakan selain masuk ke ladang herba. Untuk info lanjut, korang boleh klik di Desaru Fruit Farm.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pulau Besar atau turut dikenali sebagai Pulau Babi Besar boleh diakses dengan menaiki bot selama 30 minit dari jeti Mersing, Johor. Pulau Besar sebelum ini dikenali oleh peminat selam skuba yang kerap memilih untuk melakukan aktiviti selaman disekitar pulau ini.
Namun hari ini Pulau Besar semakin dikenali oleh individu yang hanya ingin datang bercuti di kepulauan daerah Mersing. Anda juga boleh akses Pulau Harimau yang begitu indah terletak berhampiran pulau ini. Walaupun Pulau Besar agak kecil, terdapat beberapa resort untuk dipilih dan jangan tidak percaya ada resort yang memiliki kemudahan padang golf 18 lubang. Jika ingin suasana yang sedikit klasik, anda boleh memilih resort berkonsep ala kampung.
Nak tahu apa yang best di Pulau Besar? Ini perkongsian sumber daripada Cik Kiah & Joe Haraza
Memandangkan sebelum ni dah banyak kali ke Pulau Redang dan Pehentian, kali ni plan nak try pulau belah Johor pulak iaitu Pulau Besar atau dulu dikenali sebagai Pulau Babi Besar. Jangan risau takda seekor pun binatang itu kat sini. Yang ada hanya keindahan dan kejernihan air laut dia aje. Lawa gila okeh!
Jerman meliputi kawasan seluas 357,021 kilometer persegi dan mempunyai iklim bermusim yang agak sederhana. Dengan kira-kira 82 juta penduduk, Jerman adalah negara Eropah paling ramai penduduk.
Selepas Amerika Syarikat, Jerman adalah destinasi imigresen kedua paling popular di dunia. serta memiliki ekonomi ke-4 terbesar di dunia. Sebagai peneraju global dalam beberapa sektor perindustrian dan teknologi, ia adalah pengeksport dan pengimport barangan ketiga terbesar di dunia.
Budaya & Alam Semulajadi
Seni kebudayaan dan alam semulajadi adalah dua tarikan utama pelancong ke Jerman. Jerman miliki 42 tapak warisan dunia, 113 muzium seni, 6710 muzium dengan 115 juta pelawat setahun, dan lebih satu pertiga persembahan opera dunia dipentaskan di Jerman.
Bandar utama Jerman, Berlin antara tumpuan utama pelancong dengan senireka bangunan moden dan tradisional yang juga boleh dilihat di Hamburg, Cologne, Bavaria, Munich, Frankfurt, Stuttgart, Düsseldorf, Leipzig, Bremen, Dresden, Hannover,Dortmund, Essen dan Nuremberg. Sementara pekan kecil popular dengan rekaan bangunan kayu balak dan suasana romantik yang merupakan tarikan bagi pelancong.
Jerman terkenal dengan istana lama binaan zaman medivel. Binaan dari batuan besar dan pintu berjeriji besi, kebanyakan istana popular berada di Bavaria, dengan istana Neuschwanstein, Nuremberg atau Coburg Fortress. Ada antara istana ini menyediakan ruang untuk bermalam jika anda mahu.
Kempen pesta makanan Jerman juga faktor utama tarikan ke sini. Pretzel, potato salad, mashed potato, dan pelbagai jenis roti yang popular antara hidangan utama di sini. Jangan risau soal makanan halal kerana di Jerman terdapat makanan halal seperti seperti kebab, ayam panggang halal dan nasi goreng yang dijual oleh penduduk Jerman berbangsa Turki, Pakistan, India mahupun komuniti Islam lain yang membentuk 5% dari jumlah keseluruhan penduduk.
Jerman negara empat musim dengan setiap satu musim menjadi pilihan untuk pelancong. Ada pelancong menggemari suasana sejuk dan salji ketika bulan Disember serta bersama dengan kemeriahan Hari Krismas di sini. Namun waktu terbaik ketika musim panas atau luruh di mana anda boleh akses ke banyak lokasi menarik.
Bagi penggemar teknologi automotif, anda boleh memilih pilihan pakej pelancongan ke pusat Mercedes Benz, BMW, Volkswagon, Audi atau Porsche, atau sewa kenderaan di sana dan memandu tanpa had laju di beberapa bahagian lebuhraya Autobahn yang popular tanpa had laju atau pakej ke beberapa siri perlumbaan di Jerman atau sewa kenderaan dan memandu di litar ternama dunia, Nurburgring.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hotel Theme Park yang dahulunya dikenali sebagai Hotel Highlands merupakan hotel tertua dibina di Resorts World Genting pada tahun 1970-an. Namanya telah ditukar menjadi Hotel Theme Park selepas taman tema dibina bersebelahan dengannya.
Sejak ia ditutup pada tahun 2013, Hotel Theme Park melalui proses menaik taraf supaya ia boleh membuat kemunculan semula dan memberikan pengalaman baharu kepada para tetamu yang dahagakan keseronokan.
Hotel tersebut kini dikenali sebagai Hotel On The Park bersesuaian dengan Taman Tema Twentieth Century Fox World yang pertama di dunia dibina bersebelahannya. Ia memiliki rekaan struktur lama, berinspirasi bentuk kotak, berkonsep retro dan bercirikan reka bentuk industri.
Pihak resort berusaha mencari jalan bagi membolehkan lebih ramai tetamu menginap, tanpa melibatkan sebarang perubahan pada struktur hotel dan masih mengekalkan jumlah bilik yang sama iaitu sebanyak 448. Kawasan lobi seluas 8,000 kaki persegi dihiasi dengan tiang replika cawan-cawan teh gergasi. Kerusi gergasi turut disediakan untuk para tetamu duduk ketika menunggu giliran mendaftar masuk.
Tetamu juga berpeluang merasai sendiri pengalaman menakjubkan ketika berada di dalam cermin berilusi mirip cerita klasik Lewis Carrol – Alice In Wonderland. Tetamu pasti tertarik dengan beberapa keping cermin berwarna-warni yang memberikan kesan cahaya spektrum menarik ketika melaluinya.
Bertemakan warna hijau dan bintik polka serta lukisan abstrak telur Easter, tandas awam Hotel On The Park kelihatan lebih menarik dan unik. Tanda arah sekitar kawasan hotel semuanya menggunakan tulisan tangan. Terdapat seni lukisan bergaris dengan pelbagai imej menarik serta karakter kartun di sekitar kawasan hotel.
Bilik tetamu
Koridor yang menghubungkan kedua-dua sayap hotel turut dilukis dengan permainan ting ting bagi membolehkan kanak-kanak bermain dengannya. Limpahan cahaya lampu ilusi berwarna-warni turut menghiasi ruangan koridor. Nombor-nombor bilik pula dicat tangan di atas lantai di hadapan setiap pintu. Sebelum ini setiap bilik hanya boleh memuatkan antara dua hingga tiga orang tetamu pada satu-satu masa. Bagi menampung jumlah tetamu yang dijangka meningkat apabila Taman Tema Twentieth Century Fox World dibuka kelak, pihak Resorts World Genting menggandakan jumlah tetamu yang bakal menginap di dalam satu bilik dengan menjadikan katil sebagai ciri utama.
Kebanyakan bilik dilengkapi katil gaya tatami, gabungan dua katil kelamin yang mampu menampung sehingga empat orang tetamu. Katil bertingkat bersaiz kelamin juga disediakan bagi membolehkan seramai enam tetamu berada di dalam satu bilik. Katil bertingkat direka untuk menempatkan kanak-kanak di bahagian atas supaya membolehkan ibu bapa berehat tanpa gangguan anak-anak.
Bahagian bawah katil bertingkat turut berfungsi sebagai ruang penyimpanan. Ruang di bahagian ini boleh digunakan untuk menyimpan bagasi. Terdapat juga sebuah peti besi disediakan dalam ruang laci. Pakaian pula boleh digantung pada tombol-tombol disediakan di atas lukisan almari.
Televisyen pula digantung pada dinding dihiasi karya seni membuatkan ia seolah-olah berada di dalam kabinet TV. Bagi menggantikan langsir mahal dan berat, bidai gelap dengan lukisan tangan bercorak berwarna putih digunakan untuk satu karya seni asli pada setiap bilik.
Terdapat juga empat suit berbulan madu disediakan di hotel ini. Ia terletak di bahagian sayap menghadap kawasan lembah Genting yang menawarkan panorama indah hutan gunung semulajadi. Kesemua suit tersebut direka untuk memberikan empat tahap romantis sama ada untuk memikat si gadis, melamar, perkahwinan dan berbulan madu. Kesemuanya memiliki rekaan dekorasi unik, bergaya dan perhiasan tersendiri.
Terdapat sebuah outlet makanan dan minuman pantas yang mesra keluarga disediakan di kawasan lobi iaitu Eatopia. Ia menawarkan beberapa menu menarik termasuk pelbagai pilihan roti, tortilla, pita, pasta, nasi lemak, sushi dan minuman sejuk serta panas.
Ternyata menginap di hotel ini memberi pengalaman baru buat anda sekeluarga ditemani suasana sejuk di tanah tinggi memberi keselesaan yang berpanjangan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...