Bercuti secara eksklusif dengan chalet yang cantik di tepi pantai di The Taming Sari Beach House sambil layan bunyi ombak yang menenangkan. Persis suasana di kampung yang indah dengan chalet dengan senibina yang cantik.
Menawarkan hanya dua chalet sesuai untuk percutian buat keluarga kecil atau untuk sambutan hari istimewa bersama keluarga atau rakan-rakan.
Lengkap dengan kemudahan seperti percutian di chalet terkenal, hanya dengan RM220 semalam, pengunjung yang bermalam di sini akan turut disediakan sarapan untuk dua orang.
Kalau perlukan tambahan katil atau nak sewa khemah pun boleh, ye lah orang kata lagi ramai lagi meriahkan.
Ads
Kalau nak makan-makan buat BBQ sempena harijadi atau sambutan anniversary pun boleh, sewa sahaja peralatan lengkap yang ada di sini.
Bagi yang suka memancing, tempat ni juga ada port untuk memancing, sambil teman anak-anak mandi, anda boleh memancing sekali. Kalau dapat hasil bolehlah buat hidangan BBQ nanti.
Ads
Kalau ada yang nak buat sambutan harijadi atau juga majlis kahwin secara kecil-kecilan di tepi pantai, chalet ini turut menawarkan perkhidmatan untuk dekorasi sebegitu.
Terletak 20 minit dari Pantai Port Dickson dan lebih kurang sejam perjalanan daripada Bandaraya Melaka, percutian eksklusif kat sini pasti meninggalkan kenangan manis buat anda dan yang tersayang.
Ads
Alamat: The TamingSari Beach House, Kg Pantai Hilir, Jalan Kg Solok, Kuala Sungai Baru Melaka
Cuti hujung tahun biasanya dimanfaatkan bersama yang tersayang. Ada yang memilih untuk bercuti ke luar negara dan ada juga yang lebih selesa bercuti di dalam negara.
Di samping itu ramai juga yang bercadang untuk staycation di ibu kota saja sambil meraikan sambutan tahun baru yang kebiasaannya memang ‘happening’ di Lembah Klang.
Lagi pun hujung tahun ini banyak pilihan hotel dan juga penginapan yang menawarkan pakej istimewa, jadi rugi kalau tak grab peluang yang ada.
Bagi yang ingin bercuti di Lembah Klang, Hotel AVANTÉ, Bandar Utama, Petaling Jaya antara pilihan untuk anda dan keluarga menginap. Terletak di tengah-tengah Petaling Jaya hotel ini mempunyai akses ke stesen MRT Bandar Utama dan juga Pusat Membeli-belah antara yang terbesar di dunia, 1 Utama.
Dibuka pada 26 November 2021, mempunyai 610 bilik hotel yang mengagumkan. Pilih sahaja bilik Superior, Deluxe atau Suite (termasuk bilik yang dikhaskan untuk orang kurang upaya), semuanya dilengkapi dengan reka bentuk menarik.
Bilik Suite mempunyai dapur kecil, dilengkapi dengan microwave, peti sejuk dan periuk induksi, menjadikannya sangat sesuai untuk pengembara yang tinggal lebih lama. Hotel AVANTÉ juga menyediakan tempat letak kereta berbumbung yang luas, termasuk perkhidmatan valet.
Hujung tahun bukan sahaja menandakan tibanya musim cuti sekolah yang panjang, malah musim perayaan Krismas dan juga sambutan tahun baru yang bakal tiba.
Sempena dua sambutan istimewa setiap hujung tahun, Hotel AVANTÉ, menawarkan pakej yang cukup menarik untuk dinikmati oleh anda dan keluarga!
Bagi yang ingin menginap, Hotel AVANTÉ menawarkan pakej istimewa untuk anda:
STAY & DINE
Penginapan Bilik Superior dengan sarapan untuk 2 orang dan set makan malam. Menghidangkan Soup of the day, hidangan utama dan pencuci mulut.
STAY, SHOP & PLAY
Nikmati diskaun eksklusif apabila anda membeli-belah di 1 Utama. Hanya tunjukkan kad kunci hotel anda dan berbelanja dengan gembira (Sah untuk cawangan peniaga rakan kongsi 1 Utama).
STAYCATION 2H1M DEAL
Nikmati Bilik Deluxe Hotel AVANTÉ yang luas, dengan sarapan pagi dan minum petang untuk 2 orang.
WARMTH & RELAXING STAYCATION
Staycation ini termasuk welcome drink di Poolside Bar dan rawatan Urutan Ritual selama 60 minit untuk 2 orang.
Krismas tanpa hidangan bersama keluarga tentunya tidak meriah dan menyeronokkan. Untuk mengekalkan suasana yang riang gembira ketika sambutan, Hotel AVANTÉ yang terletak di Bandar Utama menyediakan bufet yang anda tunggu-tunggu!
Tak lengkap hidangan tanpa ayam panggang yang dibakar segar dengan bahan premium seperti apricot dan buah berangan sebagai menu utama selain pai enak yang sedap dan hidangan pencuci mulut yang menyelerakan seperti puding Krismas, kek buah serta pai pecan dan labu. Semua hidangan ini hanya ada di Chek’s Coffee House, Hotel AVANTÉ dan ia merupakan hidangan istimewa daripada chef di sana sempena musim perayaan ini!
Tak lengkap perayaan Krismas tanpa hadiah atau goodies untuk di bawa pulang kan? Hotel AVANTÉ turut menyediakan barangan Krismas untuk keluarga dan rakan-rakan anda. Untuk barangan ini anda boleh membuat pra pesanan dari 23 November 2022 – 2 Januari 2023.
Antara yang menarik ada dalam goodies Krismas yang dipesan termasuklah Yule Log Cake, Panettone, Christmas Brusli cookies, Anise Chrabeli cookies, gingerbread man/girl, Christmas Butter Cake, Santa Claus Chocolate dan banyak lagi.
Dah sampai sini, jangan lupa berbelanja di Gingerbread House di Santa’s Café yang terletak di belakang pokok Krismas biru yang gah di lobi utama hotel. Apa yang menarik Gingerbread House itu sendiri diperbuat daripada ginger bread cookies yang sebenar, unik kan? Nak bawa pulang atau terus nikmati kek dan biskut pilihan anda di Santa’s Café yang terletak bersebelahan Gingerbread House yang menarik itu.
Inginkan makan malam yang lebih istimewa pada malam tahun baru? Berlatar belakangkan pemandangan kota yang cantik dengan kilauan silhoutte menanti matahari terbenam, nikmatinya di Poolside Bar di tingkat 15 New Year’s Eve Countdown mulai 31 Disember 2022 petang, sehingga jam 1 pagi, pada 1 Januari 2023. Pastinya ia lebih indah bila dapat menyambut bersama yang tersayang!
Poolside Bar, Level 15:
Tak lengkaplah sambutan Krismas tanpa kehadiran Santa dan Santarina, untuk meraikan sambutan Krismas, Hotel AVANTÉ juga bakal mempersembahkan persembahan Christmas Carolling dengan kemunculan khas Santa & Santarina, pada 24 Disember 2022, Sabtu (7 malam – 9 malam) dan 25 Disember 2022, Ahad (12:30 tengah hari – 1:30 tengah hari & 7 malam – 8 malam).
Lebih menarik lagi, bagi Pemegang kad ONECARD atau Maybank anda layak untuk mendapat diskaun sebanyak 10 peratus apabila berbelanja di sini. Untuk kanak-kanak dan warga emas pula mereka turut berpeluang mendapat harga istimewa ketika berbelanja sepanjang promosi berlangsung.
Sambutan Krismas dan tahun baru anda tentu lebih meriah dan penuh kenangan bila dapat disambut bersama dengan yang tersayang dan semestinya di tempat yang istimewa seperti di Hotel AVANTÉ, Bandar Utama.
Entri ini sesuai untuk mereka yang jarang berkhemah ataupun yang pertama kali ingin berkhemah kerana 10 tip yang tersenarai di sini adalah tip asas untuk setiap kali adanya perkhemahan.
Jika anda merancang untuk menjadi pelarian sementara dan gemar gaya hidup pantas, bebas dan ringkas, aktiviti berkhemah menawarkan kegiatan luar yang sederhana dan menyeronokkan.
Namun, beberapa tip perlu diikuti supaya perkhemahan anda lebih selamat dan selesa. Tip-tip tersebut bermula dengan:
Perkara pertama sekali adalah sentiasa mencari lokasi sebelum malam. Anda perlu menentukan perkhemahan jenis apa yang sesuai dengan anda sama ada sebuah khemah, kenderaan rekreasi atau sebuah kabin.
Jika anda seorang pengembara yang primitif, tidur berlangitkan bintang mungkin pilihan anda. Jika anda mahu tidak mahu terlalu terdedah, sebuah khemah adalah pilihan terbaik saat mengembara di luar.
Sebelum mahu membeli khemah, minta pendapat penjual khemah mana yang sesuai dengan pengembaraan anda dari segi harga, keselamatan dan keselesaan. Terdapat banyak pilihan khemah yang boleh anda perolehi dari segi penggunaan tirai mahupun tingkap dan pintu yang berzip.
Jika anda merancang berkhemah secara solo, pilih beg tidur yang sesuai mengikut cuaca. Beg tidur membantu menutup keseluruhan badan anda sehingga ke kaki, menghangatkan badan pada waktu malam dan mudah untuk dilipat.
Dari segi material, kebanyakan beg tidur terdiri daripada fiber sintetik di mana ia cepat kering malah anti alahan. Membawa beg tidur lebih mudah kerana ringan.
Senarai persiapan untuk berkhemah tidak akan lengkap tanpa menyenaraikan makanan dan minuman, bukan? Tidak kira sama ada anda mengembara solo, beramai-ramai, mendaki, berkhemah dengan kenderaan reakreasi mahupun kabin, makanan memang diperlukan.
Peraturan berkhemah adalah mengikut keperluan supaya tidak menyusahkan diri sendiri. Sebagai contoh, jika anda bersama kumpulan yang kecil, memadai membawa dua cawan oat masak segera berbanding membawa satu balang untuk 48 hidangan. Guna beg plastik yang berzip utnuk elak makanan bercampur.
Setiap kali anda selesai berkhemah, pastikan anda tidak meninggalkan kesan negatif seperti merosakkan lokasi atau apa saja kerana ia membantu anda melindungi alam sekitar untuk generasi lain yang mahu berkhemah akan datang. Jangan lupa bersihkan lokasi perkhemahan seperi membuang sampah di tempat sepatutnya.
Pastikan anda meletakkan khemah anda di tapak perkhemahan yang disediakan. Adalah lebih baik anda menanam bahan buangan sedalam 15 hingga 20 sentimeter jika tidak terdapat tong sampah, cuci pinggan 200 kaki jauh dari sungai dan tasik, jangan ambil benda semula jadi, simpan unggun-unggun api kecil di tempat selamat dan jauh dari hidupan serta jangan beri makan kepada haiwan.
Biarpun anda bukan seorang ‘fashionable’ tetapi adalah penting menitikberatkan pakaian yang sesuai ketika berkhemah. Pilih pakaian yang selesa dan sesuai dengan cuaca serta aktiviti yang ingin anda lakukan.
Semestinya pada waktu malam, anda memerlukan sarung tangan dan sarung kaki untuk elak digigit serangga dan elak rasa sejuk. Pada waktu siang, pakaian nipis dan menyerap peluh adalah penting supaya anda tidak merasa panas dan mudah melakukan aktiviti. Jangan lupa pilih kasut bertutup dan selesa untuk elak kaki melecet dan tidak sakit.
Sebelum mendirikan khemah, waspada dengan kawasan sekeliling. Jika lokasi terdiri dari banyak tumbuhan, lebih baik pakai pakaian lengan panjang dan seluar panjang. Jangan lupa sapukan losen pelindung serangga sekali.
Jika anda tidak arif mengenali tumbuhan yang beracun atau sebaliknya, lebih baik jauhkan daripada terus memerhati kerana ada sesetengah pokok dan tumbuhan boleh menyebabkan anda alah. Ia idea yang baik jika anda ada membawa losen calamine yang sering digunakan untuk merawat kulit gatal.
Pastikan salah seorang dari kumpulan anda pakar dalam menggunakan kompas, peta atau kemudahan GPS. Sebelum merancang untuk berkhemah, minta pendapat rakan-rakan yang telah berkhemah di lokasi yang sama. Ia satu bonus jika anda mendapat tip-tip berguna daripada mereka.
Sebut saja perkhemahan, slogan bersedia memang relevan untuk anda. Mengapa anda perlu membawa kit kelengkapan? Kit kelengkapan biasanya terdiri daripada pil bersih air, penapis air dan satu bekas logam.
Pisau kecil juga diperlukan untuk memburu dan melindungi diri. Mancis kalis air, ubat-ubatan, sarung tangan, pembalut serta lampu suluh adalah penting untuk isyarat kepada bantuan.
Mungkin ramai tertanya-tanya bagaimana untuk mengekalkan kebersihan dalam keadaan yang tidak lengkap. Pastikan anda membawa sebotol gel pembersih tangan dalam poket anda dan sentiasa bersihakan tangan sebelum menyentuh makanan atau wajah.
Rendam kapas dan lap pada wajah dan kawasan anggota badan yang kotor. Ambil kain kering dan lap kawasan lembap supaya ia tidak melekit. Rendam kaki di dalam air berdekatan untuk beberapa minit. Jauhi kolon dan losen wangi kerana akan menarik minat serangga datang ke arah anda.
Berkhemah bersama kanak-kanak memerlukan banyak tugas namun ia memudahkan anda jika anda memberi mereka kelengkapan untuk dipakai. Pastikan mereka mengenakan pakaian lengan panjang untuk kesesuaian dan keselesaan suhu siang dan malam.
Sediakan lampu suluh atau alat bercahaya (glowstick) pada setiap kanak-kanak dan berikan beberapa peraturan kepada mereka.
Dengan adanya tip-tip berkhemah ini, kami yakin anda lebih menikmati aktiviti ini tanpa sebarang masalah. Boleh jadi, anda akan menjadikan aktiviti ini sebagai percutian perkhemahan wajib lakukan setiap bulan!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau anda tak suka tempat ramai orang, dan dalam masa yang sama nak sangat anak-anak gembira cuti sekolah, anda boleh pilih untuk ke AliyAqif Cottage.
Tempat ini memang lawa okay, confirm anak-anak akan suka. Bukan hanya ada tempat mandi tetapi anak boleh bermain pasir.
Sila rujuk gambar dulu untuk melihat persekitaran tempat ini, cantik tak?
Menurut pengalaman Puan Syahirah Omar yang datang bersama keluarganya, dia teruja melihat bahagian landskap laman cottage ni.
Setiap sudut dia dapat melihat betapa telitinya owner menghias dan bukan sekadar mencantikkan, tetapi penuh dengan sentuhan kasih sayang.
Memang rasa tenang, selesa, selamat dan dapat lari sekejap dari segala keserabutan.
Owh ya, di sini anda boleh healing minum coffee luar rumah juga tau, best!
Anak-anak akan syok dapat mandi kolam, lagi best siap ada glamping dome di backyard dan sandpit. Kalau anda nak bbq pun boleh. Memang serba serbi lengkap peralatan yang disediakan.
Pendek kata tempat ini sesuai dengan jiwa anda yang tak suka bersesak.
Lokasi:
AliyAqif Cottage, Bangi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Thailand memang antara destinasi luar negara yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia. Selain jarak yang tidak terlalu jauh, negara ini juga sering jadi...