Nipoh Beach Cottage ini antara tarikan terbaru di Terengganu yang agak unik dengan konsep ala Bali seperti di Indonesia.
Tempat ini menawarkan 15 bilik penginapan secara keseluruhan untuk keluarga yang nak stay pada hari biasa atau hari minggu.
Ads
Untuk pemandangan dalam biliknya, anda boleh rujuk dalam gambar ini. Dihiasi dengan barangan perabot yang diperbuat daripada rotan, gaya klasik yang pasti akan membuatkan anda mengimbau kenangan hidup tahun 90-an.
Ads
Menariknya resort ini mempunyai 2 kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Jadi boleh lah anda mandi pool sambil menikmati alam semula jadi.
Terdapat sungai di sebelah resort untuk korang melakukan pelbagai aktiviti seperti kayak dan memancing ikan.
Hua Hin, Thailand, destinasi percutian ini memang benar tidak sepopular Bangkok, Phuket, Krabi mahupun Chiang Mai. Tetapi tahukah anda bahawa destinasi percutian pantai ini cukup menarik untuk dijelajahi, lebih-lebih lagi bagi mereka suka dengan sejarah,kebudayaan serta suasana santai.
Terletak kira-kira 3 jam setengah pemanduan dari kota Bangkok, Hua Hin sebenarnya destinasi percutian hujung minggu kegemaran keluarga Diraja Thailand, mahupun penduduk Bangkok. Di malam hari, meski pun tidak ‘sehidup’ Bangkok, Hua Hin menjadi lebih hidup dengan adanya pasar malam yang menawarkan pelbagai produk tempatan. Tidak ketinggalan, deretan restoran yang menyajikan makanan laut terbaik.
Seindah namanya
Tak kenal, maka tak cinta, jadi adalah lebih baik anda nikmati sendiri keindahan dan keunikkan Hua Hin daripada mendengar cakap-cakap teman atau apa yang dikongsi di ruang digital. Maklumlah, setiap orang punya pandangan sendiri.
Bagi yang sedang berkira-kira untuk membawa keluarga bercuti, mungkin boleh mempertimbangkan Hua Hin sebagai lokasi percutian seterusnya. Habiskan masa semalam dua dengan membeli-belah di kota Bangkok dan selepas itu teruskan pengembaraan bersama insan-insan tersayang di tepian pantai.
Loligo Resort Hua Hin merupakan pilihan ideal untuk anda sekeluarga. Ini kerana resort yang baru dibuka ini punya ciri istimewa untuk tetamu berkeluarga. Menyediakan kemudahan day care di Kid’s Studio, ia memberi peluang untuk anda menghabiskan masa privasi di samping suami tanpa gangguan anak-anak. Jadi bolehlah berdua-duaan menikmati hidangan makanan tengahari atau melakukan rawatan spa bersama-sama. Paling tidak, boleh berjalan-jalan di tepian pantai seperti ketika dilamun cinta dahulu. Pasti romantis!
Berkonsepkan persinggahan tepian pantai, Loligo Resort menampilkan dekorasi segar, nyaman dan ceria. Kombinasi rona putih dan turquoise di setiap kamar membuatkan jiwa terbuai dengan suasana percutian mendamaikan. Berinspirasikan suasana perkampungan nelayan, segenap ruang di resort ini dihiasi dengan item-item dekorasi yang berkaitan perkampungan nelayan. Namun, ia disulam dengan ciri-ciri moden dengan sedikit elemen seni.
Menawarkan 47 buah kamar luas yang terdiri daripada Deluxe Balcony Room, Mini Suite Pool/Garden Balcony dan Mini Suite Sea & Horizon Balcony, setiap bilik mampu memuatkan sehingga lima orang individu dalam satu-satu masa. Jika pasangan yang mempunyai anak (bawah 12 tahun) tidak perlu membayar caj tambahan, ia percuma. Cukup sekadar mengambil satu kamar kerana setiap jenis kamar mempunyai pilihan satu unit katil King atau dua unit katil Queen . Memang sangat mesra keluarga. Jika bercuti bersama kawan-kawan pun,ia masih berbaloi-baloi! Sharing is caring!
Bermalasan di kolam renang atau nikmati keindahan pantai
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di resort ini. Jika ingin menikmati keindahan pantai, panjangkan langkah ke pantai yang terletak hanya 100 meter dari hotel.
Sebagai info, pantai di sini spot terbaik untuk melihat matahari terbit. Selesai bersarapan bolehlah menghabiskan masa dengan berenang di kolam renang atau berendam di jakuzi luar. Jika punya bajet lebih, boleh juga ke Blue Coral Spa untuk memanjakan diri. Dibuka dari jam 10.00 pagi hingga jam 10 malam, spa ini menawarkan rawatan yang memberi tumpuan pada teknik penyembuhan sebenar Thailand yang terdiri daripada pembersihan badan, urutan tradisional dan juga rawatan yang menggunakan herba panas. Harga rawatan bermula daripada THB900 untuk rawatan selama 60 minit.
Jejak tarikan berhampiran
Alang-alang sudah sampai di Hua Hin, tak mungkin anda sekeluarga mahu bertapa di dalam resort semata-mata. Apa kata anda ambil kesempatan untuk menjelajah tempat-tempat menarik di sini.
Hua Hin Railway Station
Dibina ketika pemerintahan Raja Rama IV, stesen ini merupakan salah satu stesen keretapi tertua dan tercantik di Thailand. Senibinanya terinspirasi dari Mrigadayavan Palace yang terletak di Cha Am, daerah Petchaburi. Tarikan utama di stesen ini ialah Bilik Menunggu Diraja yang sehingga kini masih digunakan oleh Kerabat Diraja. Jangan lupa bergambar di sini untuk dikongsi di laman sosial.
Hua Hin Night Market
Pasar malam ini terletak di sepanjang Petchkasem Road. Dibuka dari jam 6.00 petang hingga lewat malam, di sini anda boleh membeli ole-ole untuk di bawa pulang serta menikmati pelbagai jenis makanan tempatan yang membuka selera. Jangan lupa mencuba makanan laut di sini kerana selain dijual dengan harga murah, rasanya juga sangat enak.
Antara barang-barang yang boleh dibeli di sini ialah pakaian, rantai kunci, magnet peti sejuk, dan barangan kraftangan.
Cicada Market
Jangan sesekali lepaskan peluang ke Cicada Market. Terletak di Khao Takieb – Hua Hin Road, pasar malam ini sangat berhampiran dengan Loligo Resort Hua Hin. Boleh berjalan kaki atau kayuh basikal.
Merupakan singkatan dari Community of Identity Culture Arts & Dynamics Activities, pasar seni yang merupakan tempat berkumpul bagi bakat-bakat kreatif ini menjual berbagai produk yang lain daripada lain. Barangan di sini unik dan istimewa.
Selain itu banyak juga ‘signature dishes’ Thailand yang boleh dicuba seperti Phad Thai, Seafood Bakar, Tomyam, Pulut Mangga, Ais Krim Kelapa dan banyak lagi.
Hua Hin Beach
Pantai ini terletak berhampiran pekan Hua Hin, kira-kira 15 minit menaiki teksi atau Tuk-Tuk. Pantai Hua Hin tidak kurang hebatnya. Pemandangannya cantik dan banyak aktiviti pantai dan laut yang boleh dilakukan.
Perkongsian oleh: Sri Rahayu Mat Nah
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Teringin nak layan percutian luar bertemankan bintang di langit dan berlatar belakangkan pemandangan indah yang nyaman umpama di Switzerland?
Korang boleh tunaikan kehendak naluri percutian sebegitu dengan memilih berlibur ke negeri Sabah.
Polumpong Melangkap View Camp Site adalah lokasi yang dicadangkan. Percayalah, berada di sekitar ini umpama sedang bercuti di luar negara. Selain menyajikan suhu serendah 20 darjah Celsius, pengunjung di Polumpong Melangkap View Camp Site juga boleh menghirup udara segar sambil bersiar-siar di kawasan perkampungan sekitar.
Polumpong Melangkap View Camp Site menyediakan pakej tertentu khususnya pengunjung yang memilih untuk menginap dengan menyediakan kira-kira 100 buah khemah, termasuk kemudahan barbeku , dapur arang dan moden. Pakej perkhidmatan sewa khemah serendah RM10 sahaja. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah mandi manda di Sungai Melangkap sambil berlatar belakangkan panorama puncak Gunung Kinabalu. Keindahan puncak Gunung Kinabalu dapat dilihat secara jelas antara pukul 7 pagi hingga 10 pagi atau 3 petang hingga 4 petang.
Kawasan yang pada asalnya merupakan tanah kebun tanaman milik seorang penduduk di Sungai Melangkap, Kota Belud, Sabah musnah sekelip mata akibat bencana banjir yang berpunca daripada gempa bumi bermagnitud 5.9 pada skala Ritcher di Gunung Kinabalu pada tahun 2015. Meskipun sukar untuk dilupakan, perubahan tersebut seperti memberi 1,001 hikmah kepada penduduk yang menganggapnya sebagai pembawa rezeki baharu menerusi produk pelancongan desa. Beberapa tahun kemudian tular di sosial media kawasan pelancongan baru yang mempunyai pemandangan sangat indah berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.
Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pada yang dah pernah pergi New Zealand akan mengagumi keindahan bumi New Zealand. Tak pernah susah-susah cari angle cantik, lighting cantik untuk tangkap gambar kerana negara ini diiktiraf antara tercantik di dunia tak kira dari sudut mana korang cari angle pun.
Bentuk muka buminya yang bergunung ganang dan berpulau membuatkan kita tidak puas memandangnya dan pasti terus jatuh cinta untuk meneroka keindahan New Zealand. Terdiri dari dua pulau utama iaitu Pulau Utara dan Pulau Selatan, masukkan negara ini dalam wishlist idaman.
Dalam pada itu, panduan dikongsi oleh Saizul Hafiz di fbnya boleh menjadi panduan berguna buat yang pertama kali nak meneroka New Zealand menggunakan campervan. Jimat pun jimat teruatama bab hotel dan boleh meneroka banyak kawasan lain.
Jom baca perkongsiannya di page fb Backpackers Budddies Malaysia (BBM).
Campervan di New Zealand
Di sini saya senaraikan tips pengunaan campervan apabila merancang percutian di salah satu negara tercantik di dunia iaitu New Zealand.
1. Rancang percutian hanya 1 pulau jika hanya pergi dalam masa 7-10 hari. South Island adalah paling cantik.
2. Booking campervan mengikut berapa pax yang pergi. Booking lebih awal 6-12 bulan untuk dapat harga yang murah. Booking biasanya hanya 10% dari total harga.
3. Anda sendiri adalah jenis yang adventure, boleh hidup dalam satu ruang yang kecil selama semingu.
4. Bersedia untuk menjadi seorang Indah Water untuk mencuci black water & grey water (buangan tandas).
5. Boleh memandu kenderaan besar dan mempunyai lesen memandu. Di New Zealand mereka menerima lesen memandu dari Malaysia yang biasa, tak perlu yang international.
6. Kita bebas untuk parking di mana mana yang dikhaskan oleh Department of Conservation (DOC). Cari campervan yang ada simbol Freedom Camping.
7. Pemilihan campervan dari 2 berths hingga 6 berths. Berths bermakna katil/capacity.
8. Boleh bermalam di campsite berbayar untuk tempat yang menyediakan kitchen, tempat basuh baju, shower dan toilet. Pemilihan Campsites dari 3 hingga 5 bintang mengikut budget anda.
9. Setiap campervan di sediakan fasiliti untuk memasak dan toilet. Kita kena lakukan duty seperti isi air bersih dan bersihkan air kotor. Jadi kalau pergi ramai ramai boleh buat jadual tugasan masing masing.
10. Pemanduan di New Zealand adalah right hand side seperti di Malaysia dan had laju adalah 100km/j. Pastikan anda patuhi had laju kalau tak nak di saman 150nzd.
11. New Zealand adalah negara yang sangat cantik jadi go slow dan nikmati segalanya sepuas hati.
Terletak di Pulau Shodoshima, Wilayah Kagawa, Shodoshima Olive Park terkenal dengan ladang zaitun, pemandangan Laut Pedalaman Seto dan kincir angin putih gaya Greek yang...