Memiliki masyarakat yang berbilang bangsa dan agama, membuatkan negara kita kaya dengan adat resam dan budaya yang berbeza. Jika orang Melayu ada makanan tradisional mereka begitu juga bagi kaum India dan masyarakat Cina. Bukan itu sahaja, Malaysia juga sebenarnya mempunyai masyarakat Peranakan Baba dan Nyonya yang tinggal di negeri Melaka.
Mereka merupakan masyarakat unik kerana kumpulan ini adalah sebahagian daripada kaum Cina tetapi mengamalkan adat resam dan budaya campuran Cina-Melayu. Peredaran zaman menyebabkan generasi muda yang sepatutnya menjadi pewaris kini dilihat semakin meninggalkan adat resam dan budaya tinggalan nenek moyang mereka. Bagi terus mengekalkan keunikan masyarakat tersebut, Restoran Nyonya Makko, Melaka mengambil inisiatif mempromosi makanan Peranakan atau Nyonya yang merupakan restoran turun temurun keluarga peranakan sejak tahun 1984.
Masakan Nyonya ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri iaitu selain mempunyai banyak persamaan khususnya dari segi penggunaan rempah ratus dalam masakan Melayu, Nyonya dan Portugis. Gabungan ketiga-tiga elemen ini juga sebenarnya mengayakan lagi makanan tradisional Melaka. Dalam masakan Nyonya selain menggunakan serai dan ketumbar, ia turut disertakan ramuan asli lain yang dapat menambahkan keenakan serta rasanya berbanding masakan lain.
Ads
Aroma berlainan di samping rasanya yang sedikit manis dan masam juga merupakan salah satu keunikkan tersendiri yang terdapat di dalam masakan Nyonya.
Ads
Antara menu menarik berkonsepkan masakan Nyonya yang akan disediakan ialah Ayam Buah Keluak, Ikan Chuan-Chuan, Nyonya Chap Chai, Udang Masak Lemak, Itik Tim dan Ikan Goreng Cili Garam. Bukan itu sahaja, para pengunjung juga dapat menikmati pencuci mulut yang terdiri daripada kuih-kuih tradisional Nyonya seperti kuih Achah, kuih Bangkit, Tat Nenas dan jangan lupa untuk mencuba pencuci mulut seperti Cendol.
Ads
Jadi apa kata anda datang dahulu untuk merasai masakan Nyonya di sini untuk menikmati keaslian citarasanya. Untuk makan tengah hari restoran ini dibuka dari pukul 11.30 tengah hari hingga 2.45 petang dan makan malam dari pukul 6 petang hingga 9.30 malam setiap hari kecuali ditutup pada Selasa.
Maklumat Lanjut: Restoran Nyonya Makko |123, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir 75000 Melaka, Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bijak! itu antara komen wargamaya apabila sekeping foto tular memperlihatkan sekumpulan monyet pandai menjaga jarak sosial yang ketika ini disarankan untuk dipraktikan dalam kehidupan manusia di dunia.
Penjarakan sosial sangat penting bagi mengekang penularan COVID-19. Itu yang diamalkan sekumpulan monyet di India apabila menjaga jarak masing-masing semasa makan. Kelihatan seorang pengunjung memberi sekumpulan haiwan ini makan, dan monyet-monyet ini dilihat menikmati potongan tembikai masing-masing, dan tidak berganjak sebaliknya masih menjaga penjarakan sosial antara satu sama lain.
Aksi kumpulan haiwan terbabit duduk dalam dua barisan dan sedang melakukan penjarakan sosial dirakam Arup Kalita di Tezpur di negeri Assam, India. Gambar berkenaan kemudian dikongsikan Menteri Negara Kementerian Hal Ehwal Belia dan Sukan, Kiren Rijiju. Dalam ciapan Twitter, Kiren mengesahkan penjarakan sosial sempurna itu berdekatan Bhalukpong di Arunachal Pradesh sempadan Assam-Arunachal.
“Jika kita perhatikan betul-betul, haiwan boleh mengajar kita banyak perkara yang mana mungkin kita terlepas dalam rutin harian kita,” katanya.
A perfect #SocialDistancing seen near Bhalukpong in Arunachal Pradesh along Assam-Arunachal boundary. If we observe carefully, animals can teach us many vital lessons that we may have missed in the haste of our normal daily lives. (Picture taken by Arup Kalita, Tezpur) pic.twitter.com/5iIr8SELUz
India dengan jumlah penduduk 1.3 bilion sebelum ini melaksanakan perintah ‘lockdown’ terbesar dunia. Perintah selama lebih dua bulan bermula 25 Mac sehingga 1 Jun lalu menyaksikan rakyatnya berkurung dalam rumah dan operasi pengangkutan awamnya tidak beroperasi.
Dahulu, lukisan graffiti dan seni jalanan mural dianggap contengan “budak-budak nakal” yang melakukan vadalisme. Tapi hari ini, art street ini cukup dipandang tinggi bahkan menjadi karya menarik untuk tarikan pelancongan di setiap daerah dan negeri di seluruh negara.
Seni kreativiti ini tidak terbatas dan sangat berkembang pesat dan hasilnya lorong-lorong yang dahulunya seperti tiada nyawa menjadi lebih menarik kerana adanya pelbagai lukisan mural dipamerkan di setiap lorong.
Terkini dalam memenuhi tarikan pelancongan negeri, Negeri Sembilan yang sememangnya amat terkenal dengan pusat peranginan Pantai Port Dickson sudah mempunyai satu tarikan pelancongan baru iaitu Lorong Seni Seremban.
Terletak di tengah pusat bandar, berdekatan dengan RHB Bank dan lorong bazar Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), lukisan mural yang mempamerkan banyak gambar-gambar seni serta lain-lain lukisan termasuk menyemai semangat patriotik kepada negara mula diserbu oleh mereka yang suka berOOTD.
Lukisan-lukisan seni ini amat hidup dan antara wajah lagenda penyanyi tanahair iaitu Sudirman Haji Arshad, Allycats dan lain lagi tertera di dinding sekaligus menjadi tarikan menarik jika ke bandar ini.
Bahkan usaha dari Majlis Bandaraya Seremban juga, pihaknya sudah mula menerokai lukisan mural yang melibatkan beberapa jalan antaranya Jalan Dato’ Bandar Tunggal, Jalan Yam Tuan dan Jalan Tuanku Munawir sekaligus sesuai untuk aktiviti bergambar. Bagi korang yang dah puas bergambar di situ, jangan lupa makan di Benteng Walk (dibuka sebelah petang, dalam jam 5 ke atas membawa ke malam) kerana di situ ada pelbagai jenis makanan termasuk sup kambing mamak yang sangat top. Korang boleh lihat pelbagai jenis makanan dijual oleh peniaga-peniaga yang rasanya memang sedap.
Gambar kredit :- Seremban Jongker Street ( Yesu Mariadass)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Negeri Kelantan mewajibkan mereka yang ingin masuk ke negeri ini menjalani ujian saringan COVID-19 berkuat kuasa serta-merta minggu lalu.
Ia berikutan kes seorang wanita hamil di Kuala Krai yang positif COVID-19 selepas pulang ke Kelantan. Wanita hamil tersebut didapati positif COVID-19 selepas melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berstatus zon merah ke Kelantan. Wanita tersebut disahkan positif COVID-19 apabila berkunjung ke klinik kesihatan ibu dan anak untuk menjalani rutin pemeriksaan.
Arahan itu membabitkan semua yang masuk melalui pesawat atau kenderaan darat. Mereka akan disaring di sekatan jalan raya di Jeli, Gua Musang, Pasir Puteh dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP). Kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri akan ditempatkan di semua pintu masuk sempadan negeri.
Orang ramai diingatkan tidak menggunakan laluan tikus bagi mengelak menjalani ujian saringan berkenaan. Selain itu, negeri Kelantan juga turut mewajibkan pemakaian penutup muka di premis tertutup.
Selain itu, penduduk di Kelantan sudah dibenarkan untuk makan di dalam kedai atau restoran bermula esok meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih berjalan. Peniaga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan semasa mengendalikan premis masing-masing. Premis perniagaan dibenarkan beroperasi seawal jam 7 pagi hingga 10 malam sahaja.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...