Selepas 22 tahun beroperasi dengan jayanya, Utara Coffee House, restoran di Hotel Armada bertukar dekorasinya dengan stail moden dan dikenali dengan nama ‘UTARA’. Bagi mempekenalkan wajah baru bagi di restoran ini, jemputan antaranya dipelawa datang bagi menyaksikan dan merasai pengalaman makan baru-baru ini.
Melangkah masuk ke ruang restoran Utara di Hotel Armada Petaling Jaya ini sungguh teruja dengan susun atur dan gaya hiasan moden yang ditampilkan. Ruang yang luas dapat memuatkan lebih kurang 200 orang tetamu untuk menikmati hidangan secara bufet. Bagi memenuhi kapasiti ruang bagi restoran , proses renovasi berjaya memberi ruang yang sempurna buat tetamu untuk menikmati hidangan.
Kewujudan cermin yang luas memberi pandangan yang luas secara langsung dapat menikmati cahaya semualajadi dari luar. Elemen konkrit dan kayu mendominasi ruang restoran. Bagi menyempurnakan gaya restoran, penggunaan Rose gold/brass dan kaunter marmar. Konsep terbuka di Utara memudahkan komunikasi antara staf dan tetamu.
IKLAN
Projek renovasi ini diketuai oleh Elizabeth Yap dari firma hiasan dalaman StudioN3m yang menampilkan dua bahagian baru pada restoran iaitu dapur terbuka di belakang restoran juga open café-bar di hadapan. Dengan konsep terbuka yang dicetuskan, tetamu berpeluang melihat bagaimana makanan disediakan.
IKLAN
Menurut Elizabeth apa yang diilhamkan di Utara bersifat timeless; di mana stail yang diterapkan elegan yang dapat disesuaikan untuk ruang dalaman hotel. Semestinya ia ringkas dan mudah diselenggara.
IKLAN
Walaupun Utara menerimakan pembaharuan rekaan dalaman, namun ia tidak menjejaskan rasa makanan yang dihidangkan. Menu signature tetap ada seperti biasa antaranya Nasi Lemak Utara, Roti Durian, Kari Kepala Ikan, Daging Masak Assam Pedas, Siput Sedut Masak Cili Padi dan Ketam Masak Berlada.
Bagi melengkapi menu sedia ada , Utara juga menambah menu baru iaitu Vegan. Set menu istimewa Vegan boleh ditempah tiga hari lebih awal. Bufet tengahari, High-Tea dan makan malam juga menampilkan sudut Vegan istimewa.
Restoran Utara dibuka dari 6.30am hingga 12am. Rasai pengalaman makan di sini dalam suasana serba moden.
Orang yang suka travel ini adalah mereka yang ingin merasai sendiri pengalaman berada di tempat orang. Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman, tinggi pengetahuan.
Pengalaman yang dicari itu bukan sahaja dari segi masyarakat, budaya, dan suasana semata-mata. Antara perkara penting yang perlu dialami sendiri adalah juadah makanan tempatan yang ada di satu-satu tempat itu.
Jadi sewaktu kunjungan saya ke Langkawi baru-baru ini, saya cuba cari di manakah tempat yang best untuk saya menikmati makanan yang popular di negeri jelapang padi tersebut iaitu laksa ikan sekor. Dah alang-alang sampai, kita mesti kena try laksa!
Setibanya di sana, saya dicadangkan oleh beberapa orang rakan untuk makan laksa ikan sekor di Jalan Kuala Muda, bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL). Review di internet dan cerita mulut ke mulut mengatakan laksa yang dijual di sana memang sedap.
Jarak antara Pekan Kuah dengan lokasi kejadian.
Tanpa melengahkan masa, saya berangkat terus ke lokasi yang dicadangkan pada hari kejadian. Memandangkan saya masuk ke Pulau Langkawi menggunakan feri, maka perjalanan saya untuk ke lokasi yang dimaksudkan agak jauh dan perlu menggunakan kenderaan. Jarak dari Pekan Kuah, Langkawi ke kedai-kedai laksa bersebelahan LTAL lebih kurang 18.4 kilometer dan memakan masa pemanduan lebih kurang 30 minit untuk sampai ke destinasi.
Tapi sekiranya anda datang ke Langkawi menggunakan kapal terbang, dekat sahaja untuk makan laksa ikan sekor di sebelah LTAL tu. Mendarat sahaja terus boleh pergi makan laksa.
Setibanya di sana, anda akan dapat lihat deretan gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis juadah makanan yang best di tepi pantai yang dipanggil Pantai Hujung. Ada banyak gerai-gerai yang menggunakan lori dan diletakkan bangku serta meja di sepanjang pantai tersebut.
Ada banyak gerai-gerai yang berniaga di pesisir Pantai Hujung ni.Anda boleh pilih nak lepak kedai yang mana.
Saya boleh katakan kepada anda, pemandangan di sini sumpah best. Anda makan betul-betul bersebelahan dengan pantai. Kebetulan pula sewaktu kunjungan saya baru-baru ini, air laut tengah pasang, jadi gigi air betul-betul hampir dengan kawasan pantai berdekatan dengan tempat makan. Suasana tenang dan damai sambil terdengar hempasan ombak laut di pantai, membuatkan saya rasa selesa untuk lepak makan di sini.
View dia memang best. Layan je makan laksa dekat sini.Best lepak waktu petang kat sini, betul tak? Parking space banyak, jangan risau nak park kereta dekat sebelah gerai ni.Ada banyak meja yang anda boleh hangout dengan member-member atau family.
Saya singgah di satu kedai yang terletak di hujung depan deretan gerai-gerai yang saya katakan tadi, Zam Rojak Madu Cendol Special. Betul-betul berhadapan dengan LTAL, berbumbung khemah berwarna merah. Di sini rakan saya kata ada satu lagi menu special selain daripada laksa ikan sekor yang disediakan iaitu laksa sambal sotong.
Zam Rojak Madu Cendol Special. Mee rojak dia sedap. Rasa menyesal tak order dua.
Wah, sambal sotong. Sambal sotong memang kegemaran saya, jadi tanpa membuang masa, terus saya pesan laksa sambal sotong dengan sambal sotong extra berserta ABC kelapa. Ada rakan saya yang pesan makanan dan minuman lain seperti mee rojak madu dan ABC milo.
Sebaik juadah tiba dan kami makan dengan seleranya, terlupa segala masalah yang sedang bersarang dalam kepala. Dengan suasana tempat makannya yang best, dan dengan makanannya yang sedap, i can say that this is the best spot if you want to try laksa in Langkawi!
Laksa sambal sotong, laksa ikan sekor, mee rojak madu dan bihun sup. Ni menu special yang anda boleh order dekat sini.
Highly recommended untuk anda semua adalah laksa sambal sotong, mee rojak madu sambal sotong, ABC kelapa dan juga ABC milo. Memang sedap dan saya bagi jaminan, anda akan pesan lagi lepas makan semangkuk! Hahaha. Harganya juga saya katakan berbaloi dengan makanan yang anda pesan. Tak mahal, anda mesti puas makan dengan member–member ataupun bawa family.
ABC kelapa ni padu teruk!Sambal sotong extra ni anda kena pesan lebih sikit! Sedap..Cendol durian pun ada kalau anda nak makan cendol durian. Cendol durian ni, cendol durian pulut. Pulut dia warna merah.
Kalau anda nak bawa family makan di sini, anda perlu berhati-hati sedikit dengan anak-anak kecil, lebih-lebih lagi yang aktif, kerana tempat makan ini terletak bersebelahan dengan LTAL, banyak kapal terbang yang turun naik di sini. Tambahan pula, jarak antara LTAL dengan gerai makan hanyalah sebatang jalan yang sibuk dengan kenderaan lalu lalang. Jadi pastikan keselamatan anak-anak anda terjaga di sini.
Gerai ni sebelah dengan LTAL.Kapal terbang turun naik di LTAL. Satu lagi view yang menarik nak lepak sini.
Yang kedua, bawak baju lebih. Sebab takut nanti lepas makan laksa sambal sotong dengan ABC milo, ada budak-budak yang terjun terus kelaut! Hahaha.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pegawai dan kakitangan Istana Negara menyampaikan bungkusan makanan kepada gelandangan di Pusat Khidmat Gelandangan di Medan, Tuanku beberapa hari lalu.
Menerusi hantaran di laman Facebook @IstanaNegaraOfficial, Istana Negara menjelaskan, aktiviti itu berlangsung dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.
"Menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pegawai dan kakitangan Istana Negara menyampaikan bungkusan makanan kepada gelandangan di Pusat Khidmat Gelandangan di Medan Tuanku, petang semalam.
Kurniaan makanan ini merupakan sumbangan peribadi Seri Paduka Baginda, dengan kerjasama Pertiwi Soup Kitchen, kepada golongan gelandangan di Kuala Lumpur.
Aktiviti ini berlangsung semalam dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Sumbangan Seri Paduka Baginda ini mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Baginda terhadap golongan ini yang memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup mereka, lebih-lebih lagi pada ketika ini yang mana rakyat amat terkesan akibat penularan wabak COVID-19.
Semoga kurniaan Seri Paduka Baginda ini dapat membantu mengurangkan beban golongan tersebut."
Hantaran berkenaan menerima pelbagai komen daripada pengikut laman sosial berkenaan yang rata-rata amat menghargai sumbangan itu.
Keenakan gulai tempoyak patin dan sambal hitam yang sinonim dengan negeri Pahang tidak perlu diperkatakan lagi. Aroma masakan makanan itu saja sudah mampu membuatkan perut yang kenyang menjadi lapar. Walaupun makanan itu sangat popular di Pahang, semakin ramai menggemarinya terutama dari negeri lain.
Jika anda ingin merasai kelazatan sajian hidangan wajib negeri Pahang, ini antara lokasi port makan menjadi pilihan ramai jika berada di Kuantan. Bukan setakat menu tradisi sahaja, malah ada beberapa lagi menu sajian berbeza yang istimewa anda boleh cuba, jika bosan untuk mencuba ‘sejenis’ masakan sahaja.
Restoran Jamal Tory Resepi
.
Keenakan masakan daging salai masak lemak dan ikan patin gulai tempoyak yang popular di Pahang memberi ilham kepada pemilik restoran Jaman Tory, menghasilkan inovasi menu baharu daripada hidangan tradisional menjadi makanan ala Barat yang ekslusif. Walaupun penyediaan menu tampak seakan Barat, di sini masih mengekalkan rasa asli masakan kerana ia adalah ‘signature’ restoran Jamal Tory. Anda yang berkunjung ke sini pasti berpuas hati dengan hidangan yang diperkenalkan. Jaman Tory berkonsepkan eksklusif dengan mengetengahkan dekorasi menggunakan perabot kayu dan hiasan antik bagi mewujudkan suasana zaman dahulu di ruang makan berkenaan. Alamat: 15 2/3 indera mahkota 2, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.
Nasi Ulam D’Pondok
.
Sedap, Murah dan Halal merupakan slogan utama yang menjadi pegangan Restoran Nasi Ulam D’Pondok.Keistimewaan restoran ini terletak pada lauk pauknya yang begitu banyak. Sebanyak 75 jenis masakan disediakan buat para pelanggan yang datang. Restoran ini menyajikan hidangan tradisional masyarakat Pahang semestinya menyediakan banyak lauk pauk terutama semasa makan tengahari yang dihidangkan bersama pelbagai pilihan ulam-ulaman segar. Nasi Ulam D’Pondok beroperasi dari jam 7 pagi sehingga 5 petang untuk hidangan lauk pauk dan ulam ulaman. Dan bagi anda yang sukakan makanan barat boleh mula berkunjung selepas jam 6 petang sehingga jam 12.00 tengah malam. Alamat: B-34 Lorong Tun Ismail 6, Sri Dagangan, 25000 Kuantan Pahang
Bombay Restaurant
Sebut saja Bombay Restaurant pasti aroma kari mamak, nasi daun pisang serta beraneka pilihan nasi biryani berlegar-legar di ruangan imaginasi anda. Bagi penggemar menu sebegini, destinasi ini adalah syurga masakan India istimewa di Kuantan. Menu paling istimewa di sini adalah nasi kandar & biryani kari kambing. Memang padu dan terangkat Ruang makan yang tertutup dan selesa serta berhawa dingin membangkitkan suasana makan malam yang cukup santai dan eksklusif. Alamat: 71, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Kula Cakes
Orang Kuantan kalau tidak tahu atau tidak pernah menjejakkan kaki ke Kula Cakes, anda bukanlah anak jati Kuantan! Dari tahun 2013 sehingga hari ini, Kula Cakes menjadi sebutan dan kegilaan para peminat kek dan pencuci mulut. Kula Cakes menyediakan pelbagai jenis kek dengan ruang makanan yang santai berkonsepkan taman, ada antara pelanggan datang dari Kuala Lumpur, Johor dan Terengganu semata-mata hanya untuk makan kek keju mangga. Keunikan menikmati di Kula Cakes, anda bukan hanya dapat menikmati kek keju mangga yang enak tetapi dalam suasana santai seolah-olah seperti berada dalam taman dengan dekorasi dinding mural berkonsepkan hidupan hijau Alamat: 96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang