Rindu Nak Makan Nasi Lemak Strawberi CH, Redah Aje Felda Palong 15, Jempol Negeri Sembilan. Semuanya Ada Di Sini

Share

Bila sebut Cameron Highland, kita pasti terbayangkan rasa masam-masam manis buah strawberi yang menjadi produk tarikan di pusat pelancongan tanah tinggi ini. Tidak hanya strawberi dan nasi lemak strawberi, Cameron Highlands juga terkenal kerana udaranya agak sejuk. Ditambah ladang teh yang menghijau, bunga-bungaan yang pelbagai jenis, sayur-sayuran termasuk jagung Mutiara yang agak murah serta lain-lain lagi, kawasan peranginan tanah tinggi ini sentiasa menjadi tarikan pelancong untuk datang berkunjung.

Bagi yang rindukan suasana Cameron Highlands dan teringin makan buah strawberi segar, khusus untuk warga Negeri Sembilan, bolehlah datang berkunjung ke N.Z Strawberi Farm Tanah Rendah yang terletak di Palong 15, Jempol Negeri Sembilan. Kawasan ini dan sekitarnya merupakan Tanah Rancangan Felda bagi penanaman kelapa sawit sejak dahulu lagi.


.


.


.

Diusahakan oleh pasangan suami isteri, Muhammad Pilus Yusop dan isteri, Norzila Borhan, pokok strawberi hidup subur di kawasan tanah rendah ini seakan menyamai di tanah tinggi Cameron Highland.

Menariknya, orang ramai boleh melawat dan membeli benih pokok strawberi untuk ditanam di rumah masing-masing. Ada pelbagai spesis pokok antaranya seperti Japanese Sweet Charlie, Jumbo, Petaluna, Albion, Festival dan lain-lain. Bukan saja buahnya enak tapi orang ramai boleh menikmati nasi lemak strawberi yang dimakan dengan rendang ayam pada harga berpatutan bila datang berkunjung ke sini. Lebih best, aiskrim strawberi turut dijual di sini. Yummy.


.


.


.

Jadi, apa lagi, jangan lupa redah area ini untuk menikmati buah strawberi dan nasi lemaknya yang sedap.

IKLAN