Rumah ‘Anak-Anak Syria’ Lebih Sejuk Daripada Peti Ais!

Share

Jika anda rasa tempat tinggal anda belum lagi sempurna dek tidak mempunyai perabot yang moden, tilam yang empuk atau perkakasan berjenama, anda harus fikirkan sejenak nasib mereka yang tidak sebaik anda.

Perkongsian daripada Dr Taufiq Razif via facebook Serantau Muslim ini diharap dapat meninggalkan sedikit ‘rasa tangungjawab’ dalam diri anda untuk membantu golongan yang lebih memerlukan bantuan.

Inilah keadaan terkini di Kem Pelarian Syria, sempadan Syria – Lubnan. Ya, salji tebal mula melanda, mereka kini dalam keadaan kesejukkan yg melampau sehingga -6C. Sebenarnya, pada januari yang lepas, saya dan Team Serantau Muslim pernah ke kem di dalam gambar ini, untuk Misi Bantuan Musim Sejuk.

Pada ketika itu, keadaan di kem ini tidak lah sebegini. Tapi kesejukkan tu sehingga nak bercakap pun menggigil gigil. Saya tengok anak anak Syria disana tak berstokin malah bersarung tangan pun tidak.

Jadi saya cuba rasai apa yang mereka rasa dalam keadaan cuaca sebegini. Saya buka sarung tangan, saya hanya mampu bertahan 20 minit sahaja tanpa sarung tangan, selepas 20 minit jari jemari saya mulai kebas kebas dan sakit.. MasyaAllah.

Macam mana la anak anak Syria ini hadapi musim sejuk ini. Rumah mereka pun daripada plastik dan guni je. Makin sejuk ada lah kat dalam rumah sebab rumahnya seolah olah memerangkap suhu.

Saya boleh kata, rumah mereka sekarang lebih sejuk daripada peti ais di dalam rumah kita. Suhu di sana mencecah -6C. Di dalam khemah, bila anak anak ini sejuk sangat mereka akan cari mak ayah mereka untuk dipeluk supaya dapat panaskan badan. Tapi kalau yang mak ayahnya dah meninggal dunia akibat perang, mereka cuma berpeluk tubuh sendiri je walaupun anak anak ni tahu ianya takkan panaskan badan mereka walau sedikit pun. Sebak!

Terkini, seramai 250,000 orang pelarian baru tiba di Kem Pelarian berkenaan, dan amat memerlukan bantuan dengan kadar segera.

IKLAN