Negeri Perak sering jadi pilihan sebagai salah sebuah negeri membawa keluarga bercuti.
Selain faktor perjalanan yang dekat, Perak juga terkenal dengan beberapa lokasi menarik.
Antaranya Teluk Intan. Jika datang ke sini, tidak perlu check in hotel sebaliknya boleh menginap di rumah kayu kampung yang menyediakan private pool.
Rumah kayu bertangga merah dengan seni bina Perak ini menyediakan ruang besar dan selesa terutama jika mahu membuat aktiviti keluarga.
Rumah tradisional melayu dua tingkat ini boleh disewa untuk orang ramai yang ingin buat family day, reunion ataupun untuk acara lepak-lepak.
Ads
Kediaman klasik untuk mana mana keluarga yang mahukan kelainan dalam rumah tradisional melayu yang dilengkapi dengan kemudahan moden dan selesa.
Private pool ini boleh digunakan oleh seisi keluarga tanpa sebarang gangguan dan privacy hanya untuk anda sekeluarga.
Kemudahan yang terdapat di RTM: PRIVATE POOL Private pool dengan keluasan 10 x 15 feet dengan gazebo dan tempat istirehat
Ads
BILIK 1 blik dengan 2 queen bed (4 pax) 1 bilik 1 queen bed (2 pax) 1 sofa bed di common area (2 pax) Floor mattress dan bantal extra ada disediakan (4 pax)
TANDAS 2 tandas dengan hot shower Tuala, sabun dan shampoo disediakan
AIRCOND Semua bilik dan ruang menonton fully aircond
Ads
DAPUR Kelengkapan dapur lengkap dengan pinggan mangkuk dan peralatan memasak dengan peti sejuk, periuk memasak dan pemanas air.
Singgah lah di Teluk Buih kalau sesekali nak tenangkan emosi di tepian pantai. Tempat menarik ini ada di Daerah Mersing, Johor yang kini menjadi bualan khasnya buat mereka yang sedang merancang untuk mencari ‘port’ bercuti bersama yang tersayang.
Cantik dan mempersonakan, itulah kata-kata terucap tatkala chalet di Mersing ini, ada didepan mata.
Lokasi berhampiran perkampungan nelayan kecil, anda dapat menikmati pemandangan dan bayu kat sini.
Kampung Stay @ Teluk Buih, Mersing ini berada disalah satu lokasi tumpuan percutian di Pantai Air Papan, Daerah Mersing.
Namun yang menjadikan hati ini terus jatuh hati kat chalet ini adalah persekitaran chalet cukup cantik kerana reka bentuk berkonsepkan ‘English Cottage’ bagaikan sebuah lukisan, selain kedudukan chalet berada di tepi teluk menjadikan kawasan ini, cukup nyaman dengan hembusan angin laut yang bertiup.
Kalau anda sukakan percutian seperti berada di sebuah pulau kerana kedudukan chalet yang berada di tepi air laut ini, datanglah bercuti ke sini dan buatlah tempahan awal kerana chalet ini selalu “full-house” terutama masa cuti hujung minggu dan cuti umum.
Kampung Stay @ Teluk Buih
Jalan Teluk Buih,
Air Papan, 86800 Mersing, Johor.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Video atas keretapi merentasi Sungai Kelantan melalui Jambatan Guillemard
Jambatan sepanjang 609.6m ini, adalah jambatan keretapi terpanjang di Malaysia dan merupakan yang kedua tertua selepas Jambatan Victoria di Perak. Jambatan Guillemard hasil kehebatan seni bina British yang menggunakan besi padu disalut warna hitam dan dibina kerangka tulang yang hebat. Tapak jambatan dibina dari bata merah dan disalut konkrit dan setiap satu dianggarkan setinggi 10-15 meter. Merentasi Sungai Kelantan, jambatan hitam ini menghubungkan Kusial di Tanah Merah dan Paloh Rawa di daerah Machang.
Jambatan ini diguna oleh semua jenis kenderaan, basikal, kereta, lori kecil sehinggalah ia ditutup kepada kenderaan lain pada Februari 1988. Jambatan Tanah Merah yang dibina beberapa kilometer dari Jambatan Guillemard digunakan untuk kegunaan kenderaan lain.
Sejak itu, Jambatan Guillemard hanya digunakan oleh Keretapi Tanah Melayu namun pengguna motorsikal dan pejalan kaki boleh akses jambatan melalui jalan tepi.
Tahun 1988 juga merupakan tahun bermula kesuraman antara Kampung Kusial Bharu dan Paloh Rawa. Penduduk mula berhijrah ke tempat lain selepas aktiviti ekonomi menjadi lembab. Sebelum itu, Jambatan Guillemard membantu penduduk kampung meraih pendapatan tambahan yang berniaga pelbagai hasil kampung kepada mereka yang mahu menyeberang ke seberang. dan juga di pasar berdekatan.
Hari ini, jambatan ini hanya diguna oleh Keretapi Tanah Melayu, dan menjadi sebahagian laluan keretapi hutan dari utara Tumpat ke Gemas di selatan Negeri Sembilan. Lokasi ini kini sering menjadi rakaman foto perkahwinan dan pusat tarikan pelancong.
Tatkala hati dilanda resah dan mahukan ketenangan buat seketika, kunjungan ke AVANI Sepang Goldcoast Resort pastinya melegakan. Hanya 45 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan 90 minit memandu dari pusat bandar Kuala Lumpur tidak mengambil masa yang lama untuk anda tiba ke sini.
Penulis berkesempatan bermalam di sini bagi merasai sejauh mana ketenangan yang diperkatakan. Setelah tiba, mata leka menyaksikan vila-vila mewah yang pastinya menawarkan keselesaan buat pengunjung. Tidak kurang itu susun atur perabot serta lantai kayu klasik melengkapi gaya resort mewah ini.
Wakil media berpeluang melawat beberapa ruang bilik yang terdapat di sini dan ternyata semuanya tampil eksklusif dengan dekorasi yang menarik. Selain itu kami juga dibawa melawat ke Avani Spa yang sering dikunjungi pengunjung. Istimewanya buat kami para media turut diberi rawatan urutan kaki bagi menghilangkan rasa stres.
Wakil media berpeluang melawat beberapa ruang bilik yang terdapat di sini dan ternyata semuanya tampil eksklusif dengan dekorasi yang menarik. Selain itu kami juga dibawa melawat ke Avani Spa yang sering dikunjungi pengunjung. Istimewanya buat kami para media turut diberi rawatan urutan kaki bagi menghilangkan rasa stres.
Panorama Avani Sepang Goldcoast Resort memang menakjubkan. Dari anjung lobi, kelihatan deretan vila mewah yang dibina di atas air. Kesemua 392 buah vila ini membentuk pokok kelapa sawit jika dilihat daripada udara. Menampilkan vila-vila atas air di Selat Melaka serta menawarkan sebuah kolam renang infiniti, spa dan pilihan restoran untuk menjamu selera.
Realitinya, ini ialah chalet terapung yang eksklusif dan memperlihatkan ciri-ciri reka bentuk Malaysia yang tersendiri. Pembangunan syurga pesisir pantai terpanjang di Asia ini meliputi kawasan muara Sepang Kecil dan Sepang Besar serta Pantai Bagan Lalang – Tanjung Rhu. Avani Sepang Gold Coast Resort juga menjanjikan sesuatu yang sangat unik dan istimewa merangkumi rumah kelab, bilik mesyuarat, pusat perniagaan, pusat rekreasi, pusat kesihatan, spa, gimnasium serta bilik penginapan yang menakjubkan di tengah laut Selat Melaka.
Nikmati bayu laut yang dingin serta pemandangan yang menakjubkan di ruang duduk luaran dan dalaman. Istimewa juga untuk ke bilik penginapan, anda dihantar dengan buggy. Jika sebagai pelawat biasa anda tidak mungkin dapat naik buggy ini apa lagi untuk meronda sekitar kawasan resort eksklusif ini.
Pengunjung boleh bersiar-siar di taman-taman berlandskap atau mendapatkan urutan yang menenangkan di spa. Manakala kemudahan-kemudahan rekreasi lain ialah seperti bicycle tour, gimnasium, smiley beach sports and activities seperti sailing, kayak, stand up paddle, windsurfing, cart sailing, speed sail, bocce ball, beach football, beach volleyball, sepak takraw, stretching, ping pong, darts dan lain-lain lagi. Disediakan juga yoga, power walk, kids club dan pelbagai pelbagai hiburan lain. Pendek kata, pengunjung tidak akan merasa rugi jika bertandang ke sini.
Menjamu selera
Bila Bila Restoran dan Buloh Bar menawarkan sajian sepanjang hari serta persekitaran yang santai untuk menjamu selera. Bagi pengalaman makan malam yang lebih intim, restoran Perahu dan restoran Stimbot menampilkan pemandangan indah bersama-sama dengan hidangan gourmet yang istimewa.
Cafe Sepoi-Sepoi pula memiliki aneka pilihan makanan dan minuman. Menunya terdiri daripada makanan Malaysia dan China. Dilihat daripada hiasan dalamannya Cafe Sepoi-Sepoi ini mengingatkan anda pada sebuah pondok besar dengan atap alang-alang rumbia. Dengan bentuk yang minimalis dan kafe ini sesuai bagi anda untuk bersantai sambil menikmati hembusan angin laut. Tentunya pengalaman bermalam di Avani Sepang Gold Coast Resort memberi memori yang sungguh bermakna buat penulis.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi pencinta buku dan seni bina klasik, Livraria Lello antara lokasi yang wajib dimasukkan dalam senarai kunjungan ketika bercuti ke Porto, Portugal.Bukan sekadar tempat...