Buat anda yang mencari lokasi bercuti sekitar Port Dickson, boleh cuba De Valda’s Chalet di Negeri Sembilan.
Asyik booking hotel saja, apa kata cuba menginap rumah kayu ala iglu ini pula!
Apa yang Best di De Valda’s Chalet Negeri Sembilan
Tempat menginap cukup klasik, bentuk ala iglu tetapi diperbuat daripada kayu. Jadi nampak cantik untuk anda ootd di kasawan menginap ini.
Apa yang best harga mampu untuk anda menginap, dalam RM150 satu malam. Itu sudah cukup murah!
Ads
Ada swimming pool juga, sesuai untuk anak-anak yang suka main air dan anda boleh layan berbaque di sini.
Ads
Kemudian kawasannya dikelilingi pokok buah mangga, kelapa, sukun dan macam-macam lagi. Haaa… jadi kalau kena musim buiah memang syok!
Suasana dalam tempat menginap pun, cukup memuaskan dan selesa buat anda sekeluarga. Dalam bilik ada katil dan sofa.
Ads
Mini hammock dan buai hammock pun ada, tempat sini memang privacy, malam-malam sejuk sebab teduh dengan pokok hijau.
Luas kawasan lamannya, sesuai nak buat aktiviti bersama keluarga. Kalau yang merancang buat simple game sukaneka memang helok sangat. Nak pacak khemah pun boleh!
Best, bukan? Jadi, jom lah sambung bercuti ke Negeri Sembilan!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pasti bukan calang-calang orang apabila sebuah rumah, mampu diletakkan bersebelahan dengan istana. Empunya rumah tersebut adalah ‘Tukang Kahar’. Namanya sahaja seperti tiada kena mengena dengan golongan bangsawan malah jauh sekali kerabat Diraja.
Rumah Tukang Kahar, kediaman seorang tukang kayu yang terkenal dengan seni ukiran dan pembinaan yang unik di Negeri Sembilan suatu ketika dahulu, dibuka untuk kunjungan orang ramai dan dijadikan sebagai muzium.
Rumah berusia 140 tahun itu, terletak bersebelahan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti. Tapak asal rumah Tukang Kahar ini terletak di Kampung Tengah, Negeri Sembilan sebelum dipindahkan ke lokasi ini. Setiap pelawat yang berkunjung ke sini hanya 15 orang sahaja dibenarkan berada di atas rumah kayu berkenaan pada satu-satu masa. Waktu lawatan bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Tukang Kahar atau nama sebenarnya Kahar Siak Bakhi merupakan seorang tukang kayu dan pengukir yang berasal dari Kampung Tengah. Tukang Kahar mewarisi ilmu dan kemahiran pertukangan daripada bapanya, Siak Bakhi, yang juga bekerja sebagai tukang kayu dan berasal dari Acheh. Seni ukiran yang dihasilkan oleh Tukang Kahar sangat berlainan dengan ukiran milik tukang lain. Oleh kerana hasil tangannya yang unik ini, maka beliau hanya terlibat dalam kerja pertukangan bangunan penting, seperti istana dan masjid dan tidak melibatkan diri dalam pertukangan rumah kediaman, melainkan rumah miliknya sendiri. Ini bagi memastikan kualiti seni ukiran yang dihasilkan tetap terpelihara.
Disebabkan keunikan hasil pertukangannya, Tukang Kahar diberikan kepercayaan untuk membina Istana Lama Seri Menanti, istana kayu setinggi empat tingkat dengan menggunakan pasak. Istana berkenaan mempunyai 99 batang tiang, termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki dan kerja pembinaan bermula pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1908 manakala kediamannya telah dibina pada tahun 1880-an.
Foto: FB The Interesting Historical Facts of Malaysia | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jika ingin melihat sisi lain bagi Sabah, anda boleh berkungjung ke daerah Kinabatangan. Antara aktiviti menarik di sini adalah menyusuri Sungai Kinabatangan untuk melihat keunikan alam semulajadi selain menjejak flora dan fauna unik yang ada disekitar lokasi tersebut.
Ketika menyusuri sungai ini di daerah hijau ini, pengunjung akan melihat kelibat kewujudan sebuah bukit batu kapur dikenali Tomanggong Besar di kawasan tanjung Sungai Kinabatangan. Bukit ini sangat unik kerana mempunyai mitos seakan sama seperti kisah batu belah batu bertangkup. Selain itu, keunikan struktur bukit ini juga sangat menarik perhatian.
Bukit batu kapur setinggi kira-kira 50 meter dari permukaan air terletak di Kampung Sukau, dianggap ‘keramat’ oleh penduduk setempat kerana selain mitosnya, kawasan berkenaan dipercayai sering berlaku kejadian pelik termasuk ribut.
Mengikut cerita penduduk, bukit itu mengambil sempena nama seorang pemuda iaitu Tomanggong yang ‘ditelan’ batu selepas dipercayai kempunan memakan seekor burung ketika memburu bersama enam abangnya.
Tujuh beradik itu kononnya memudik ke hilir Sungai Kinabatangan untuk berburu dan ketika perjalanan pulang, mereka singgah berteduh dalam gua pada batu kapur itu kerana berlaku ribut.
Selepas ribut reda, tujuh beradik itu keluar namun malang bagi si Tomanggong apabila pintu masuk gua tertutup sendiri sebelum sempat keluar menyebabkannya terperangkap sebelum enam abangnya berusaha mengumpil pintu gua menggunakan sebatang kayu belian tetapi tidak berjaya.
Sehingga kini, penduduk mendakwa kayu belian itu masih wujud di pintu gua berkenaan, namun hanya boleh dilihat ketika air surut. Air surut di Sungai Kinabatangan cuma berlaku dua atau tiga kali sebulan, namun agak sukar untuk menjangka waktunya yang bergantung kepada keadaan cuaca di hulu sungai menyebabkan usaha melihat kayu belian berkenaan sukar.
Biarpun ada pelbagai versi cerita mengenai bukit Tomanggong, penduduk khususnya masyarakat etnik Orang Sungai masih percaya terhadap pantang-larang jika melalui kawasan itu. Antaranya ialah tidak boleh membawa makanan dalam perahu, jangan berbuat bising dan memberi salam.
Mereka yang membawa makanan sama ada daging atau tumbuhan perlu buang sedikit ke batu untuk mengelak perkara tidak baik berlaku. Malapetaka seperti ribut, perahu karam, air sungai bertukar menjadi minyak atau serangan buaya berlaku jika pantang larang tidak dituruti.
Disebabkan mitos itu juga, ramai orang luar datang ke bukit batu kapur berkenaan untuk membuat hajat dengan memacak bendera dan menabur syiling. Walaupun tiada lagi kejadian pelik berlaku, penduduk masih ikut pantang larang dan mengelak ke situ pada waktu malam sebab ia tempat keramat.
Kira-kira satu kilometer di hulu Tomanggong Besar, ada sebuah lagi batu kapur setinggi kira-kira 20 meter dari paras air dinamakan Tomanggong Kecil atau dipanggil ‘Tomanggong anak-anak’ dalam bahasa Sungai.
Di Kinabatangan, selain Tomanggong Besar dan Tomanggong Kecil, ada dua lagi bukit batu kapur yang kini diwartakan sebagai kawasan pelancongan iaitu Batu Tulug berusia 20 hingga 25 juta tahun setinggi 29 meter yang menyimpan 125 keranda purba kayu balak. Selain itu, Gua Gomantong mempunyai 27 gua kecil dihuni jutaan burung layang-layang yang menghasilkan sarang burung, terletak kira-kira 30 kilometer dari Kampung Sukau.
image via google | sumber: FB Lahad Datu Info, bhonline
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nak bercuti ala Santorini? Tak payah pergi jauh-jauh ke luar negara kerana sekarang anda boleh alaminya sendiri di Selangor. Resort yang cantik, bersih dan dikelilingi hutan menghijau adalah lokasi yang cukup sesuai buat anda yang ingin berehat sebentar dari kesibukan kerja atau terma baharu yang sering digunakan iaitu ‘healing’
Terletak di Kerling, Selangor, Beacon Resort yang diinspirasikan oleh rekabentuk penginapan yang ada di Santorini, Greece merupakan lokasi percutian alam untuk anda jadikan pilihan destinasi percutian.
Tempat ini dibina di tepi sungai dengan mata air panas semula jadi, dedaunan tropika dan tasik yang indah.
Ada banyak pilihan untuk kemudahan bilik yang boleh anda nikmati mengikut kesesuaian, termasuk mata air panas semula jadi, meredah hutan dan banyak lagi.
Lagi best bila tempat dah cantik, rugilah kalau tak ambil peluang untuk bergambar sampai puas. Banyak sudut untuk mengambil gambar yang sesuai untuk dimuat naik ke akaun media sosial anda!
Selepas raya boleh plan bercuti ke sini, sambil menghirup udara segar, dapat nikmati juga air sungai yang jernih dan juga kolam air panas.
Alamat:PT 4049, Mukim Sungai Gumut, Kampung Gumut Tambahan, Kalumpang, Hulu Selangor, Kalumpang, Malaysia
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...