Asap Steamboat & Grill yang terletak di Puchong, Selangor ini menawarkan hidangan panggang dan stimbot yang pastinya menambat selera. Menurut Haji Haron Khamis selaku Pengasas Asap Steamboat & Grill, perniagaan ini ditubuhkan dek kerana hasrat dan impian yang sememangnya tertanam di dalam diri sejak kecil lagi untuk menjadi seorang usahawan F&B.
“Asap Steamboat & Grill ialah cetusan idea saya dan dibina menggunakan wang simpanan sendiri. Pada pertengahan tahun 2016, hasrat dan impian untuk membuka restoran semakin membara dan tidak dapat dibendung lagi. Maka pada Disember 2016, lahirlah restoran berkonsepkan kontena yang menghidangkan makanan berasaskan stimbot dan panggang ini.
Konsep ini dipilih kerana saya ingin menjual makanan yang sihat kepada pengguna dalam suasana tenang, damai dan santai. Ilmu yang saya peroleh daripada pengalaman-pengalaman yang lalu dimanfaatkan sebaiknya dalam menjadikan restoran Asap Steamboat & Grill sebagai tempat makan terbaik yang harus dikunjungi oleh para pelanggan,” ujar Haji Haron.
Bahan mentah segar dan berkualiti
Hidangan enak semestinya dihasilkan dari resipi yang terbaik serta menggunakan bahan-bahan yang berkualiti. Di Asap Steamboat & Grill, hanya bahan-bahan segar dan berkualiti yang dihidangkan kepada para pelanggan. Menurut pemiliknya, stok bahan-bahan mentah seperti daging, makanan laut dan makanan sejuk beku, semuanya diambil daripada pembekal yang diyakini serta dijamin halal. Selain itu, pemilik restoran ini juga amat menitikberatkan rasa serta kepelbagaian hidangan yang boleh dipilih oleh pelanggan. Ini terbukti apabila setiap hidangan di Asap Steamboat & Grill disediakan oleh chef yang berpengalaman luas serta diadun menggunakan resipi istimewa.
“ Di Restoran Asap Steamboat & Grill, kami menyediakan lebih dari 100 jenis makanan yang terdiri daripada makanan perap seperti kambing, ayam, ikan dan daging yang diadun istimewa. Ia boleh dinikmati dengan tiga perasa iaitu BBQ, madu dan black pepper. Selain itu kami juga menyediakan aneka makanan laut seperti ketam, sotong, mentarang, kekapis, kepah, kerang, kupang dan bermacam-macam lagi. Sangat sesuai dinikmati secara panggang bersama sos istimewa kami. Terdapat lapan jenis sos disediakan dan yang paling wajib untuk dicuba ialah Sos Asap. Sekali cuba pasti nak tambah berkali-kali. Untuk hidangan steamboat pula, terdapat lebih dari 30 variasi makanan seperti aneka bebola sejuk beku yang boleh anda pilih dan disajikan bersama tomyam atau sup ayam.
Selain daripada aneka hidangan steamboat dan grill, ada lagi sajian-sajian sampingan lain yang boleh dinikmati. Antara yang menjadi pilihan ramai ialah spageti bolognese, nasi goreng, mi goreng, bihun goreng, jagung kukus, sup cendawan, roti bawang putih, putu mayam dan yang paling istimewa ialah ‘baby crab’ goreng tepung. Ia menjadi hidangan wajib bagi para pelanggan yang biasa ke sini. Tidak lupa juga untuk kanak-kanak, terdapat pelbagai manisan disediakan antaranya ABC, aiskrim, gula-gula, dadih, pau dan banyak lagi,” tambah Haji Haron.
Restoran dalam suasana kampung
Ads
Terletak dalam suasana kehijauan, bersuasana kampung serta jauh daripada deruan enjin kenderaan, pastinya memberikan anda pengalaman berbuka puasa yang tidak dapat dilupakan. Selain itu, restoran berkonsepkan kontena ini juga mempunyai ruang makan yang selesa. Ia terbahagi kepada empat ruang makan iaitu tingkat bawah kontena, skylite, tingkat atas berbumbung dan tingkat atas tanpa bumbung. Terdapat 40 meja disediakan dan mampu memuatkan sehingga 200 orang pelanggan dalam satu masa. Namun, jika anda ingin datang dalam kumpulan yang ramai, disarankan untuk membuat tempahan tempat duduk lebih awal.
“ Di Asap Steamboat & Grill, selain makanan-makanan yang enak, kami juga menyediakan pelbagai kemudahan buat para pelanggan antaranya ialah kemudahan tempat letak kereta yang luas, kawasan persekitaran yang selamat serta kemudahan surau,” ujar Haji Haron.
Kepada yang ingin berkunjung ke sini, Asap Steamboat & Grill disajikan secara bufet pada harga RM33 bagi dewasa dan RM16.50 bagi kanak-kanak berumur 6-12 tahun. Ia dibuka pada setiap hari bermula jam 6.00 petang hingga 11.30 malam.
INFO :
Lokasi:
Asap Steamboat & Grill, Lot 94 Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, Puchong, Selangor
Ads
Mesti cuba:
Aneka daging yang diperap istimewa, Makanan Laut Segar, ‘Baby Crab’ Goreng Tepung, Salad Kentang, Aneka Nasi Goreng, Putu Mayam dan Sos Asap.
Kelainan:
Harga berpatutan, kakitangan yang peramah, pilihan makanan yang banyak, sos pencicah yang enak, lokasi yang mudah dicari dan suasana restoran yang santai dan menenangkan.
Berkesempatan bercuti ke luar negara ketika pandemik masih lagi melanda memberikan pengalaman berbeza buat Eira Qasandra.
Namun dia dan pasangan berjaya mengekalkan bajet yang tidak terlalu tinggi untuk dua destinasi iaitu London dan Turki. Siap dengan tip dan itinerari lengkap.
Ikuti perkongsian wanita ini yang cukup menarik atau mungkin boleh diaplikasikan untuk trip anda yang seterusnya!
UK + TURKEY TRIP TOTAL KASAR SEORANG RM 3.4K
Route : KL – Istanbul – Kayseri – London – Istanbul – Bursa – Istanbul – KL
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memandangkan ramai sgt yg bertanya tentang total kos dalam keadaan pandemic ni, jadi harini saya nak share sedikit bajet dan itinerary saya selama 14 Hari:
Persediaan sebelum berlepas :
Negative PCR Test result buat sehari sebelum berlepas sebab Etihad Wajib ada PCR Result lain-lain boleh refer dengan Airlines.
Entrance Form Turkey – HES Code (boleh Isi 6 Hari Sebelum)
Booking Day 2 PCR Test – London (Randox)
Locator Form London kena masukkan sekali reference no pcr yg kita book tu – boleh isi 48 jam seebelum
Itinerary (tambahan)
Print segala benda untuk backup
Save copy passport, ic, bil api/air untuk apply home quarantine.
Bagi yang muslim jangan lupa niat Musafir
Day 1 – KLIA
Bertolak dari KLIA
Penerbangan jam 2.10 pagi dengan Etihad airlines ke Istanbul(Ist) transit di Abu Dhabi
Sampai 1.45 T/hari terus ke Domestik untuk Ke Kayseri flight jam 6.00Ptg
Day 2 – Kayseri
Hotballoon
Walking near
PCR Test
Day 3 – London
Penerbangan jam 5.50 pagi ke London dan transit di Istanbul.
Sampai London jam 12.30T/hari terus menuju ke Cop Passport, makesure korang jangan lenggang ubi, tahan dulu dari ke toilet, sebab Q di bahagian ni sangat memenatkan Mental, Alhamdulillah kami just tunggu 20 Minit untuk melepasi dan Officer Imi tak Tanya banyak pun. TIPS yang saya always gunakan semasa berada didalam kegelisahan bila berhadapan dengan Officer Imi selalunya saya akan amalkan Surah Yassin ayat 9 ” Wa ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun ”
” Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula),dan kami tutup(mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat ”
Semoga bermanfaat untuk semua.
Selesai je cop passport kami menuju ke Randox Centre yang berada di sebelah kiri di luar Airport. Sebabkan kami xnak pening untuk click-collect, kami subscribe yang walk-in. Kami swab 1.05T/hari, 4.30 pagi result keluar.
Naik bas ke Straford city bus station
Naik Subway untuk ke Hostel
Check-in Hostel (Private room for 2 people)
Actually masa booking tiket untuk ke London, Gov Uk belum announce lagi untuk Quarantine dan day 2 PCR dan setelah tiba, tiada sorang pun ambik langkah Quarantine termasuklah kami. Setelah selesai check-in kami mengambil langkah untuk melakukan Self-swab rtk yang kami bawa dari Malaysia untuk memastikan kami bebas dari gejala Covid.
Memandangkan result kami Negative, kami keluar seperti biasa untuk shopping di Primark.
Day 4 – London
Disebabkan hari Krismas, semua Transport di London ditutup, jadi kami hanya jalan kaki dan pulang dengan menggunakan basikal.
Big Ben
Eye of London
Trafalgar Square
Westminster
Semua ni dalam walking distance.
Day 5 – Boxingday Bicester Village
Malangnya pada hari berkenaan, Express train ada maintenance isu, jadi kami perlu menaiki bas untuk ke sana dengan perjalanan mengambil masa hampir 2 Jam.
Balik dari sana kami sempat singgah di Born Street dan Oxford Street untuk sambung shopping.
Day 6 – London
London Bridge
Harrods
Hard Rock London
Primarks
Day 7 – London
Camden Town
Victoria Station
Oxford Street (Sambung shopping)
Day 8 – London
Check-out dan Bangun pagi, book uber untuk ke Straford city bus station.
Naik bas untuk ke Airport
Penerbangan jam 10.45 pagi ke Istanbul (Saw) selama 4 jam.
Sampai Istanbul 4.30 Petang, ambil bas ke Bursa dengan perjalanan 2 jam 30 Minit
Ambil Teksi ke Hotel
Day 9 – Bursa
Naik Teksi ke Uludag
Naik Teleferik
Sebabkan Teleferik ending stop kat station 1 disebakan cuaca tidak begitu baik jadi kami terpaksa naik Van untuk ke Station 2.
Naik Bas ke Bazar
**Jangan Lupa isi Malaysia Home Quarantine**
Day 10 – Bursa / Istanbul
Check-out , book teksi untuk ke mudanya terminal.
9.30 Naik feri ke Istanbul dengan perjalanan lebih dari 3 jam.
Check-in area Sikerci semalam
Walking near
Celebrate Newyears kat Taksim
Day 11 – Istanbul
Disebabkan hotel yang kami duduk tu mengalami masalah heater, maka bermulalah episod check-out awal dan maki makian kerana staff sangat kurang ajar. Kami terpaksa heret beg yang penuh dengan barang shopping di London pada jam 5 Pagi untuk ke Next Hotel dan malangnya Next Hotel perlu tunggu 11.30 pagi untuk check-in kerana fullybook.
Disebabkan covid, Kami mengambil keputusan untuk check-in di hotel bajet hanya untuk mandi.
Total RM3375.51 tidak termasuk PCR TEST, Hotballoon dan shopping
Tips
Hotel murah book agoda time double date contoh 12.12 dan guna grabpaydeals tolak rm50
Flight murah – skyscanner or airasia with code
Cari info travel murah dkt Travelfree.info
Dimusim covid ni makesure always pakai mask, elakkan menyentuh benda yang tak sepatutnya, kerap pakai hand senitizer dan makesure balik hotel terus mandi.
Jangan lupa apply Home Quarantine 7Hari sebelum balik.
Alhamdulillah kami negative sepanjang travel dan sehingga potong gelang kuarantin.
Kadang-kala tu mesti bosankan kalau selalu sahaja ke taman tema air yang sama saban tahun? Apa kata kalau kali ini kita ke Johor Darul Takzim pula iaitu ke Desaru Coast Adventure Waterpark (Desaru Waterpark)!
Desaru Waterpark merupakan salah satu taman tema air terbesar di dunia yang baharu saja dibuka pada 19 Julai 2018 dan terletak di Bandar Penawar, Johor. Walaupun belum setahun dibuka, kemeriahan suasana di sana jelas terasa dengan kehadiran pengunjung yang datang untuk menikmati pelbagai aktiviti dan permainan yang disediakan di sini.
Ada dua pilihan perjalanan yang boleh digunakan untuk ke Desaru Waterpark, sama ada menaiki penerbangan atau memandu kenderaan. Sekiranya anda menaiki kapal terbang dari KLIA atau KLIA2, turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan jarak masa perjalanan lebih kurang dua jam. Jika anda memandu sendiri kenderaan dari Kuala Lumpur, jarak masa perjalanan lebih kurang empat jam diperlukan untuk tiba ke destinasi.
Lokasi percutian seisi keluarga
Tempat ini sangat sesuai untuk percutian seisi keluarga. Tak kira sama ada yang tua atau yang muda, semuanya boleh bercuti di sana, lebih-lebih lagi kanak-kanak kerana ada pelbagai aktiviti air yang akan membuatkan mereka ligat berlari ke sana-sini.
Banyak aktiviti yang boleh anda cuba di sini: bermula dengan aktiviti lepak santai di Penawar Huts atau Beachside Cabanas sehinggalah aktiviti yang boleh membuatkan adrenalin anda mengalir laju seperti permainan roller coaster yang berpusing 360 dan menjunam dari ketinggian 27 meter. Selain daripada itu, tiga jenis permainan meluncur atas air seperti Surf Wall, Wild Whirl dan Super Twister juga bakal menjanjikan keseronokan kepada anda.
kredit gambar: anakpakcikmail.blogspot.comkredit gambar: anakpakcikmail.blogspot.com
Pelbagai fasiliti lain turut disediakan seperti Hard Rock Cafe, Gym, kedai cenderahati, play shop, ruang khusus untuk penjagaan kanak – kanak dan banyak lagi bagi keselesaan anda sebagai pengunjung.
Tema tradisional perkampungan Malaysia
Dengan lokasinya yang strategik di Wilayah Johor Tenggara dan bertemakan perkampungan tradisional Malaysia, taman tema ini berjaya menampilkan satu keunikan yang lain daripada yang lain kepada sesebuah taman tema air dan menjadi tarikan pelancong dari pelbagai tempat.
Terbukti ia merupakan antara destinasi pelancongan menarik yang menjadi tumpuan utama para pengunjung untuk meluangkan aktiviti bersama keluarga terutamanya pada musim cuti.
kredit gambar: anakpakcikmail.blogspot.com
Kepada anda yang ingin berkunjung ke Desaru Coast Adventure Waterpark, taman tema air ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang dan harga tiket adalah serendah dari RM96 untuk warganegara.
Selain daripada taman tema air, anda juga boleh bermalam di salah satu daripada empat rangkaian hotel yang ada di sini seperti Hard Rock Hotel Desaru Coast, The Westin Desaru Coast Resort, Anantara Desaru Coast Resort & Villas dan One&Only Desaru Coast.
Jadi jangan tunggu lagi, jom bawa seisi keluarga anda bercuti ke Johor!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bali atau turut dikenali sebagai pulau Dewata memang cantik dan menarik untuk dikunjungi. Kaya dengan tarikan alam semulajadi disamping adat dan budaya masyarakat penduduk di sana yang unik, kunjungan Mohd Hafiz dan rakannya ke sana juga memperlihatkan beberapa aktiviti yang seronok untuk dilakukan di pulau tersebut.
Lengkap berkongsi bajet dan juga maklumat lain buat yang ingin bercuti sepertinya, Mohd Hafiz sempat bermain ATV ride, tour ke Nusa Penida dan juga menaiki jeep ke kaki gunung Batur untuk melihat sendiri matahari terbit di Bali.
Menurut Mohd Hafiz, bajet yang diperlukan juga tidak terlalu besar dan jika tidak termasuk ke beach club dalam RM2 ribu sudah memadai. Bagi yang ingin merasai sendiri percutian seperti Mohd Hafiz dan rakannnya, ikuti perkongsian ini!
Bali – Nusa Penida Trip March 2023
Alhamdulilah selamat kembali ke tanah air selepas seminggu disana. (Culture,Adventure,Leisure)
Flight Airasia Return RM689
Hotel RM518pp
Supir Pak Yanto RM173pp 6 Hari (Harga dikira sebiji kenderaan)
ATV Ride + Nusa Penida Day Tour + Jeep Sunrise Trip = RM548
Jika tanpa Beach club bajet dalam RM2k all in
Recommend
Pak Yanto +62 817556488
Abang Rahull +62 87862981777
Hari pertama
Dari Larkin Johor naik night bus YOYO ke Klia2, sampai pada jam 4.30 pagi. Berlepas ke dari klia2 pada jam 10.00am dan tiba di Denpansar Aiport pada jam 1.00pm. Pihak Airasia cuma check Vaccination cert sahaja, bole tunjuk dari MySejahtera. Sampai Airport Denpansar tiada check dari pihak sana.
Supir Abang Rahull sudah tunggu di luar airport dgn pelekat nama remark YTO Bali Tour. Kami dibawa makan tengahari di Ayam Tulang Lunak. Kami pula ke Uluwatu Temple di Uluwatu bagi mengejar sunrise, bagi yang muka melayu tu boleh Abang Rahull cuba try dapatkan harga local Rp30k entrance fee serta kalau nak watch Kecak Dance tambahan Rp150k. Kecak Dance ada dua waktu 6-7pm dan 7-8pm. Sila berhati2 kerana banyak monyet liar.
Setelah itu,kami baru check in hotel di Seminyak, perjalanan hampir 2 jam dari Uluwatu ke Seminyak.
Hari kedua
Kami bangun jam 2am bagi trip menaiki Jeep Sunrise di Gunung Kitamani. Abang Rahull ambil dan perjalanan hampir 2jam ke gunung. Disarankan pakai pakaian tebal dan panjang kerana angin pagi yang sangat sejuk. Kami sampai dipuncak gunung pada jam 5.30am. View sepanjang perjalanan sangat menakjubkan dan priceless. Lalu ditepian kebun dan sawah padi. Yang paling best, trip dengan Abg Rahull parking Jeep di paling atas gunung dari company lain.
Kami disediakan breakfast ala kampung (Pisang/roti/telur rebus/Oreo cookies serta air kopi/teh) sambil menikmati keindahan alam.
Setelah selesai jam 8am, kami dibawa ke tapak Lava Volcano Gunung Berapi Batur. Gunung berapi yang masih aktif dan lava yang telah menjadi batu hitam. Sebolehnya pakai kasut sbb batu yg tajam. Selesai bergambar, kami pulang ke tapak parking kereta supir dan meneruskan perjalanan untuk makan tengahari. Selepas itu kami memilih untuk free and easy di area ubud traditional market dan pulang ke hotel di Seminyak.
Hari ketiga
Kami mulakan lewat bermain ATV di Ubud, peserta diberi penerangan untuk mengendali dan trial berjalan di sekitar sawah padi. Selepas itu, kita akan mula memasuki gua yg gelap dan berair, turun naik bukit serta meredahi air terjun. Setelah 2jam kami pulang ke base ATV untuk mandi dan diberikan makanan tengahari secara percuma. Sila bawa baju untuk tukar dan kamera adalah tanggungjWab anda sendiri. Kalau ingin mereka ambilkan ada tambahan bayaran oleh pihak ATV.
Hari keempat
Bukan Bali kalau tidak ke Beach Club yang mewah di sana, hari ini hanya untuk berehat dan santai kami mulakan ke Finns Beach Club Bali. Makan, relax, bergambar dan mandi sehingga petang dan kami meneruskan ke beach club di W Hotel Seminyak Bali bagi santai melihat sunset sehingga malam.
Hari kelima
Kami plan ke Nusa Penida day trip, Supir Abang Rahull pick-up jam 7.30am di Hotel Seminyak dan ke pelabuhan Serangan menaiki speed boat ke Nusa Penida. Ada dua pilihan, sama ada menaiki di Pelabuhan Sanur atau Pelabuhan Serangan. Kalau ingin menggunakan Pelabuhan Sanur harga sedikit murah tapi anda mungkin akan basah seperti saya pernah alami sebelum ini, jadi kami memilih untuk tidak mengharungi air sebelum menaiki boat.
Perjalanan ke Nusa Penida selama 1jam dan kami disambut oleh Supir Abang Kadek di sana. Kami meneruskan ke Broken Beach dan Angel Billabong bergambar. Setelah itu, kami dibawa bagi makan tengahari (free) dan meneruskan perjalanan ke Kelingking Beach.
Alhamdulilah, cuaca yg cerah. Kebanyak orang kita hanya bergambar di atas sahaja. Jadi Supir Abang Kadek beri tahu kita ada masa sampai sebelum 4.30pm sebelum berlepas semula ke Pulau Bali. Kami ambil peluang untuk merasai kecuraman dan adventure turun ke lantai Kelingking Beach, anda diminta berhati2 kerana batu yang tajam. Setelah 40min sehala ke bawah kami rehat dan bergambar.
Anda dinasihatkan memakai kasut serta membawa air mineral. Seletah pulang dari Nusa Penida, kami disambut semula oleh Supir Abang Rahull dan dibawa makan malam di Jimbaran Beach. Ada lebih 60 buah restoran makan seafood yang sedap.
Esoknya. kami pulang ke tanah air Malaysia Ku. Alhamdulilah semua berjalan lancar dan tiada kelukaan dialami. Supir yang bagus buat nk datang lagi. Korang boleh contact supir ini atau Pak Yanto sendiri, sbb Abang Rahull ni sepupu Pak Yanto dan semestinya Muslim. Paling murah compare dari company lain.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...