
Kala ini mesti ramai yang rindu hendak menikmati udara laut. Indahnya bunyi desir ombak sambil menikmati remang senja nan indah. Antara pantai yang menjadi tarikan warga kota untuk berkunjung tentunya Port Dickson yang hanya sejam lebih saja perjalanan dari ibu kota.
Dikunjungi lebih 5 juta pengunjung saban tahun, ada saja tarikan terbaru di Port Dickson demi memastikan pantai peranginan ini sentiasa dikunjungi orang ramai. Sudah beroperasi sejak Mei lalu CycleDios yang menyediakan puluhan basikal untuk pengunjung beriadah menjadi daya tarikan ke sini.
Beroperasi di Batu 1, bersebelahan Pejabat Daerah & Tanah Port Dickson, orang ramai boleh menyewa basikal untuk melakukan aktiviti riadah di kawasan sekitar.
Ada beberapa jenis basikal disediakan termasuk jenis couple, tentunya aktiviti sihat sebegini mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan selain ia masa menyeronokkan bagi semua orang untuk merasai angin laut.
Jadi kalau ada peluang ke pantai ini nanti, jangan lupa mencuba aktiviti santai ini iaitu berbasikal.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Villa Lot 1638 Port Dickson, Senibina Mewah Tapi Harga Berpatutan. Berbaloi Cuti Di PD

Negeri Sembilan sememangnya terkenal dengan pantai Port Dickson. Ada banyak bentuk penginapan yang boleh menjadi pilihan pengunjung tatkala berkunjung ke pantai peranginan terkenal ini.
Bagi yang bercadang nak bercuti ke Port Dickson, boleh cuba bermalam di Villa Lot 1638 yang terletak di sini.
Seni binanya mewah dan sangat cantik namun harganya tidaklah terlalu mahal di mana kalau booking.com, dapat RM500 untuk semalam. Paling penting sangat cantik dan luas di mana ada disediakan dua bilik katil Queen. Kalau nak buat family day atau lepak dengan kawan-kawan, korang bawalah toto ya.
Jom tengok apa yang best di villa ini.


Review
Sampai di sini jam 3.30 petang sebab singgah makan kat warung salai di sekitar PD. Sampai-sampai terus check-in.
Kat sini tak de lobi macam hotel. Dia cuma kat tempat santai, lepas tu ada meja reception. Memang tak de tulis pun ‘reception’. Tapi ada orang jaga kat situ. First time jumpa macam ni.
Masuk-masuk je pintu Villa ni, perasan macam Waaaa. Serius cantik sangat sebab senibina villa dia memang unik dan mewah. Kat Villa ni ada 14 unit. Ada yang terus bilik, ada yang satu rumah ada bilik-bilik.
Jadi masa nak booking tu boleh pilih yang mana sesuai dengan korang. Pemandangan dari bilik pulak memang cantik sangat sebab boleh terus nampak swimming pool. Bergambar dari dalam bilik pun memang sesuai.




Kebersihan tandas dia memang bersih. Tak berlumut dan semua peralatan berfungsi dengan baik. Disediakan sekali tuala dewasa dua helai setiap bilik.
Line telefon kat sini kurang sikit. Tapi jangan risau. Receptionist akan bagi wifi Wifi untuk guest.
Staff setakat yang saya pergi kali ni, berhubung dengan receptionist sorang je. Dia orang luar. Macam dari Indonesia. Memang baik dan membantu.
Kalau bab makanan, dalam rumah/bilik tak dibenarkan masak tau. Kalau rajin pergilah makan kat luar. Kalau malas, boleh je order food delivery. Macam saya, order McD je malam hari tu.
Fasiliti kat sini ada swimming pool dan BBQ. Tapi untuk BBQ tu kena pilih rumah kat belah tepi bawah (ada dalam video review saya) sebab rumah tu je boleh buat BBQ.
Aktiviti yang boleh dibuat di sini seperti BBQ, event group, family day dan lain-lain. Hari tu masa pergi ni pun ada satu group buat family day. Dia orang book betul-betul bilik depan pool. Best ooo.
Bab parking kat sini, korang kena parking kat luar, depan pintu masuk ke villa. Ruang parking khas macam kat hotel tu tak ada. Api jangan risau, Insya-Allah selamat sebab ada cctv depan pintu masuk tu.
Lokasi villa ni dekat dengan stesen minyak BHP dan SMK Datuk Haji Abdul Samad.
Tempat ini tak mesra OKU. Kalau guna wheelchair especially, kena book bilik bawah. Tapi tu la, pintu masuk dia pun ada tangga sikit.
Bad review bagi saya tak ada. Alhamdulillah semua okay dan selesa.
Overall Stay:-
Sangat berpatutan dengan harga sebab kita orang share bayar. Masing-masing bayar RM250 je.
Enjoy tak? Tak sempat nak enjoy sebab nak kena check-out awal untuk mengundi PRN Melaka hari tu.
Nak datang lagi? Sudah semestinya.
Siapa yang nak datang, datanglah. Lagi-lagi yang ada anak-anak. Seronok tengok budak-budak mandi pool dengan pelampung, mainan air dan lain-lain.
LOT 1638, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
Stay : 2 hari 1 malam
Tarikh: 19-20/11/2021 (Jumaat-Sabtu)
Harga 1 malam: RM500 (2 bilik katil Queen)
Deposit: RM200 (cash)
Booking perlu dibuat melalui aplikasi (booking.com)
Pax stay: 2 Family (4 dewasa, 2 kanak-kanak)
Sumber:- Warith Abdul Aziz ( Hotel Review Malaysia)
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Peluang Lihat ‘Tanjak Gergasi’ Di Pameran Tanjak Istana Budaya

Replika tanjak Pahang ‘Lang Menyongsong Angin’ hiasan kepala yang digunakan Sultan Pahang untuk istiadat Diraja negeri itu kini dipamerkan di Istana Budaya sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).
Pameran ‘Tanjak Terbesar’ yang diadakan hingga Mac ini bertujuan mengangkat kembali warisan kegemilangan Melayu ke tempat yang sewajarnya.
Tanjak yang berketinggian 3.66 meter itu dihasilkan seramai 15 ahli Persatuan Bentan Malaysia dan Istana Budaya dengan memakan masa lebih 3 jam dengan menggunakan kain broked.
Selain tanjak Pahang, turut dipamerkan tanjak Destar Sunda Menggamit, Tengkolok Belalai Gajah, Destar Datuk Bija Diraja dan Setanjak Balung Raja.
Pemilihan tanjak tersebut bersesuaian dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berasal dari Pahang. Al-Sultan Abdullah juga turut memakai tanjak ini dalam acara rasmi dan istiadat Diraja di negeri Pahang.
Dengan adanya pameran mengenai tanjak yang sering dikaitkan dengan istana dan kepahlawanan serta dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat masyarakat Melayu, ia dapat mendedahkan kepada generasi muda adat memakai tanjak.
Pemakaian tanjak ini perlu dipakai bersesuaian dengan istiadat dan tempat yang sesuai iaitu dengan berpakaian penuh berbaju Melayu, bersampin dan bercapal atau berkasut. Tanjak Warisan tidak sesuai dipakai dengan pakaian biasa atau kasual. Jika pemakaian tanjak oleh generasi muda secara berpakaian kasual dengan berkemeja-T dan berseluar jeans adalah tanjak kreasi.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bercuti Ke Lombok Pun Best! Banyak Tempat Menarik Macam Di Bali, Indonesia

Oleh: Putri Ardila
Luangkan masa untuk meneroka Lombok dan menikmati pelbagai aktiviti yang tawarkan. Berjemur, snorkeling, menyelam, bersantai, berenang, kayak laut, spa bertaraf dunia, bermain golf, menunggang, atau pengembaraan berkonsepkan eko pelancongan. Semuanya ada di Lombok!
Lombok secara majoriti didiami penduduk yang beragama Islam sebanyak 85%. Lombok mempunyai lapangan terbang bertaraf antarabangsa di daerah Praya. Sebelum ini, lapangan terbangnya terletak di Selaparang, bahagian timur Lombok. Meskipun Lombok pernah dijajah oleh kerajaan Majapahit, tidaklah sukar untuk anda mencari makanan yang halal. Antara hidangan yang mesti cuba ialah Ayam Taliwang.
Merupakan pulau yang kaya dengan keindahan alam, ia terletak di bahagian timur Bali termasuk di dalam gugusan Nusa Tenggara Barat (Lombok dan Sumbawa). Tidak kira sama ada anda seorang backpackers, mereka yang ingin berbulan madu atau bercuti secara berkumpulan, Lombok merupakan lokasi percutian ideal yang pastinya tidak mengeringkan poket anda.
Dengan pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan di sini, percutian sepanjang tiga ke empat hari di sini pastinya membuatkan rutin harian anda sarat dengan aktiviti. Percutian sempurna pastinya bermula di tiga pulau yang indah. Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air yang dikelilingi dengan pasir putih dan lambaian pokok-pokok kelapa melambai yang terletak di lautan yang berkilauan di kawasan barat laut Lombok.
Selama beberapa tahun, Gilis telah menarik pelawat dari di seluruh dunia untuk perairan yang bersih buat aktiviti skuba dan snorkeling. Apabila anda tiba di Lombok, Pulau Gili Trawangan antara lokasi pilihan pelancong kerana keindahan pantai dan kemudahan yang disediakan. Pulau Gili Trawangan berkeluasan 35km persegi ini yang di awal kemunculannya diterokai oleh para backpackers kini mempunyai 30 penginapan berkonsep vila dan resort.
Mesti Tahu
Apa yang menariknya, tiada kereta atau motosikal di tiga kepulauan Gili di mana bentuk utama pengangkutan selain daripada berjalan kaki adalah dengan kereta kuda yang digelar oleh penduduk tempatan dengan panggilan Ciodomo.
Selain itu, terdapat dua pulau berdekatan dengannya iaitu Gili Meno dan Gili Air. Setiap sudut pulau menjadi lokasi untuk para penyelam dan aktiviti santai sepanjang pantai. Di pulau ini, ternyata terumbu karang di sekitar pulau masih belum tercemar dan hidupan akuatiknya menjadi tumpuan para pencinta alam.
Kalau anda mendambakan inapan mewah, menjejakkan kaki di suatu kawasan bernama Senggigi pula pasti menemukan anda dengan hotel, resort dan vila bertaraf lima bintang. Tambahan pula, kawasan ini lebih ‘havoc’ pada waktu malam kerana adanya pusat hiburan untuk para pelancong. Pastinya peluang untuk berlibur di Batu Bolong Temple, Senggigi Art Market dan Kerandangan Valley tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.
Dari Pantai Ke Tanah Tinggi
Kalau suka akan cabaran, apa kata anda cuba aktiviti treking di Pergunungan Rinjani. Pengunjung juga boleh menggabungkan perjalanan di sini dengan menginap di Gili dan Senggigi sebelum memulakan langkah menjelajah Rinjani. Kebanyakan operator untuk aktiviti treking berpengalaman luas dalam menyediakan alatan, panduan, air, makanan dan keadaan cuaca bagi memastikan perjalanan berjalan dengan lancar.
Di sini, pengembara bakal bertemu dengan salah satu kawah besar yang dikenali sebagai Tasik Segara yang terletak kira-kira dua ribu meter di atas paras laut. Kawah ini merupakan tempat gunung berapi yang aktif di abad ini. Terdapat empat hot springs yang wujud di sini di mana salah satunya dipercayai oleh penduduk tempatan mampu untuk mengubati penyakit tertentu.
Pengalaman mendaki gunung dengan pemandangan mengagumkan dan kemudahan ekspedisi serta treking telah menjadi faktor utama di mana Taman Negara Rinjani telah berjaya untuk merangkul anugerah di National Geographic World Tourism Award pada tahun 2004.
Salah satu tempat yang turut menjadi tumpuan mereka yang gemarkan tanah tinggi ialah Malimbu – bentangan laut biru bersama alunan ombak-ombak kecilnya bagaikan panorama indah yang jelas terlihat di depan mata ketika menghadap laut dari tebing bukit. Ke mana pun jua lemparan mata memandang, pemandangan di Malimbu sungguh memukau. Di sini juga, pengunjung boleh melihat Gunung Berapi Agung yang terletak di bahagian timur Bali dan barat Lombok.
Info:
Mataram adalah ibu kota Lombok Barat Nusa Tenggara. Pekan ini sebenarnya terdiri daripada empat bandar-bandar yang berbeza Ampenan, Mataram, Ulu (Cakra) dan Sweta. Ampenan mempunyai kebanyakan tarikan, termasuk Muzium Nusa Tenggara Barat yang memberikan gambaran terbaik budaya tradisi Lombok dan Pulau Sumbawa.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI