Sebut saja KLCC, ramai yang membayangkan bangunan tertinggi di dunia bermula tahun 1998 hingga 2004 ini terdiri daripada lokasi untuk membeli-belah dan port lepak manusia urban.
Selain itu,pengunjung juga berpeluang untuk menjejak di kawasan Skybridge KLCC, jambatan langit yang menghubungkan dua menara Petronas di tingkat 41 dan 42 tersebut. Berada di sini nyata memberi pengalaman yang berbaloi untuk melihat persekitaran Kuala Lumpur dari aras tinggi.
Pengunjung di The Skybridge hanya dibenarkan berada di sini untuk tempoh masa 15 minit saja sebelum dibawa naik ke lantai 86 yang terletak di ketinggian 370 meter. Di tingkat 86 ini, menempatkan pelantar pemandangan bagi menyaksikan panorama lebih menakjubkan! Pengunjung akan berada di situ untuk tempoh masa 15 minit lagi.
Sebagai rakyat Malaysia, ambil peluang untuk berjalan di jambatan ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup anda. Segan la..warga asing berpusu-pusu datang ingin cuba berjalan di laluan jambatann menara kebanggan kita ini, tetapi kita sekali pun tidak pernah jejak.
Teringin nak naik Skybridge? Ini peluang menarik yang tidak harus dilepaskan! Sekarang ini ada tawaran menarik khas untuk rakyat Malaysia, tiket untuk dewasa hanya RM20 dan kanak-kanak RM10 sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke https://www.petronastwintowers.com.my/
Peminat durian tegar terutamanya Musang King pasti akan teruja dengan promosi pelancongan berasaskan durian yang baru saja dianjurkan oleh Le Apple Boutique Hotel @KLCC baru-baru ini.
Promosi istimewa untuk semua peminat tegar durian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, YB Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik sendiri di perkarangan hotel dan menariknya mengenai promosi tersebut adalah, Le Apple Boutique Hotel @KLCC adalah hotel pertama yang membenarkan raja buah itu berada di hotel mereka.
Kebiasaanya, rata-rata pengusaha hotel dan resort tidak membenarkan sama sekali kehadiran raja buah itu di premis mereka kerana sedia maklum, aroma buah durian mampu ‘menyengat’ deria bau pengunjung yang datang.
Tapi itu semua tidak menjadi masalah kepada Le Apple Boutique Hotel @KLCC apabila pengunjung yang datang boleh menikmati juadah buah durian Musang King sambil menikmati pemandangan ibu kota Kuala Lumpur yang berlatarbelakangkan menara berkembar KLCC.
Buah durian yang disediakan di sini adalah yang terbaik sahaja buat semua pengunjung yang datang kerana durian Musang King ini dibawa terus dari dusun yang terletak di Raub, Pahang dan dusung tersebut hanya mengeluarkan produk buah durian Musang King berkualiti tanpa menggunakan racun serangga perosak, racun rumpai atau baja buatan dalam proses perladangan mereka.
Ada tiga cara untuk anda menikmati durian di sini. Yang pertama adalah dengan mengambil pakej santapan durian Musang King yang bersekali dengan pakej penginapan selama 3 hari dan 2 malam di Le Apple Boutique Hotel.
Yang kedua adalah dengan cara walk-in sahaja dan yang ketiga, anda boleh bungkus durian Musang King kegemaran anda dengan harga pasaran yang ditetapkan.
Tak lupa juga apabila anda singgah ke tempat ini untuk mengambil gambar bersama replika raja buah setinggi 10 kaki yang terletak bersebelahan dengan Le Apple Boutique Hotel @KLCC.
Pandai menggayakan gambar-gambar anda, Menara Berkembar KLCC akan menjadi salah satu background gambar yang berbaloi untuk anda kongsikan di media sosial sambil menikmati durian Musang King!
Promosi durian Musang King di sini akan berlangsung hanya dua kali setahun iaitu dari bulan Julai hingga Ogos dan Disember hingga Januari sahaja. Jadi kalau anda ada lebihan duit untuk dibelanjakan, boleh singgah ke sini dan dapatkan durian Musang King terbaik dari Raub, Pahang!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Semua penerbangannya dari Sabah ke Wuhan, China telah dihentikan berikutan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) yang melanda wilayah berkenaan. Setiap minggu terdapat 14 penerbangan ke Wuhan, China.
Walaupun hanya penerbangan ke Wuhan dihentikan dan penerbangan ke wilayah lain di China masih berjalan seperti biasa namun kesan virus itu menyebabkan penumpang kelihatan kurang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). Ada juga sesetengah syarikat penerbangan membatalkan sementara waktu penerbangan dari negara China ke Sabah sehingga keadaan terkawal.
Seorang kakitangan yang berkhidmat di KKIA, Zaid Hanafi Zulkifli Zhz ada kongsikan beberapa keping gambar keadaan di lapangan terbang itu ketika ini.
Sepanjang bekerja di sektor penerbangan dalam kawasan KKIA ( pax handling ), tidak pernah sekali melihat keadaan KKIA sunyi pada waktu-waktu ‘peak hours’. Melihat keadaan ini baru tersedar besar pulak KKIA ini yaa.
Penggantungan sementara 117 penerbangan dari China ke Sabah ( Kota Kinabalu International Airport ) amat dirasai terutama di sektor-sektor pelancongan. Untuk rekod, negara China sahaja melangkaui paras setengah juta ketibaan pelancong dengan rekod seramai 593,623 datang ke Sabah tahun lepas.
Berikut sekitar keadaan KKIA selepas penggantungan beberapa penerbangan dari China berkuatkuasa. Semoga kita semua dijauhkan daripada dijangkiti virus tersebut, semoga Sabah dilindungi, Amin. Kita akui bahawa warga China banyak menyumbang dalam sektor pelancongan di Malaysia khususnya di Sabah, tapi tiada yang lebih bernilai melainkan nyawa warga kita sendiri.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sempena Tahun Baru Cina tahun 2023 Lost World Of Tambun (LWOT) mempersembahkan Rabbit Wonderland dan juga bebebrapa acara lain sebagai sambutan perayaan tersebut .
Bermula dari 20 Januari hingga 29 Januari 2023, LWOT taman-taman yang ada di sana akan diterangi indah dengan tanglung dan bunga berwarna-warni, dan pelbagai acara, hadiah, dan amalan tradisional untuk pengunjung merasai sendiri kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina ini.
Rabbit Wonderland akan menempatkan 14 baka arnab dengan setiap ciri uniknya. Konsep Rabbit Wonderland ini diilhamkan oleh Hobbit House; ini berikutan susun atur pameran yang akan mempunyai 14 lubang unik dan berbeza yang menempatkan 14 sub-baka arnab dalam setiap liang. Sesuai dengan tema tahun ini iaitu “Arnab Air”. Arnab melambangkan Zodiak yang memberi maksud seorang yang terkenal, intuitif dan bertimbang rasa. Sementara itu, konsep ini lebih kepada simbol panjang umur, keamanan, dan kemakmuran dalam budaya Cina.
Pameran ini terbuka kepada orang ramai dari 22 hingga 29 Januari 2023, pengunjung berpeluang untuk memberi makan kira-kira 50 ekor arnab yang bebas bergerak dalam di pameran tersebut.
Waktu operasi:
11:00 am sehingga 6:00 pm – Isnin hingga Jumaat
10:00 am sehingga 6:00 pm – Sabtu & Ahad
Selain itu, lebih banyak pertunjukan dan aktiviti yang menyeronokkan menanti pengunjung dari 3 Jan hingga 5 Feb 2023
Terdapat pelbagai aktiviti dan pertunjukan yang dirancang sepanjang musim perayaan ini daripada meet and greet, bercerita, tarian, muzikal dan akhirnya fire show untuk mengakhiri malam.
22 & 23 Januari 2023
Tandai kalendar anda, persembahan istimewa untuk dua hari ini seperti tarian singa akrobatik, God of Prosperity, Dream Bunny dan Luminous Dragon Dance sempena Tahun Baru Cina
20 Jan – 5 Feb 2023
Sempena Tahun Baru, Budaya masyarakat Cina iaitu Bertemu dan Bersalaman, Hari Musim Bunga dan Tarian Muhibbah
Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina bukan sahaja di LWOT, malah Sunway Lagoon juga turut mengadakan pelbagai acara sempena perayaan ini. Ini antara acara yang akan berlangsung di Sunway Lagoon!
Saksikan pertunjukan dan perayaan lain yang dirancang untuk Tahun Baru Cina di Sunway Lagoon. Naik ke atas dan belai beberapa arnab berbulu yang digemari daripada pelbagai jenis.
Berikut adalah senarai rancangan dan aktiviti: 22, 23 & 28 Jan 2023 Sahaja
Tarian Singa Akrobatik dengan Tuhan Kemakmuran
21hb -23hb Jan 2023 Sahaja
Bertemu dan Bertemu dengan Kapten Quack, Lady Quack dan Dewa Kemakmuran
20 Jan – 5 Feb 2023 Sahaja
Bunnies in Wonderland
22hb – 23hb Jan 2023 Sahaja
Tarian Singa Akrobatik
Wildlife Rabbit Wonderland dengan Explorer Rangers
Rakan-rakan di Taman Hidupan Liar Sunway Lagoon mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti menarik bersama Explorer Rangers yang berpengalaman. Antara acara yang menarik adalah pertandingan Lumba Arnab dan sesi mendandan arnab. Semua aktiviti tersebut boleh dinikmati oleh pengunjung yang datang pada tarikh-tarikh yang ditetapkan. Slot masa untuk acara ini adalah terhad, jadi pastikan anda letakkan reminder pada kalendar.
21hb – 22hb Januari 2023 Sahaja
10.30 pagi – 11.00 pagi: Lumba Arnab bersama Explorer Renjer
3.40 petang: Dandanan Arnab
23 Januari 2023 Sahaja
1:00 pm -2:00 pm: Animal Enrichment During Wild Encounter
3.40 pm: Rabbit Grooming
Nampaknya tidak cukup puas dengan Sunway Lagoon, enjoy pula di Night Park: The Good, The Bad and The Wild. anda boleh menemui budaya dan hiburan koboi di taman. Daripada pertunjukan api yang terkenal kepada minuman yang menyegarkan dan hidangan lazat, anda boleh menikmati semua tarikan Wow Wild West yang hebat dalam satu malam. Jumpa awak di sana!” kata Calvin Ho, Pengarah Eksekutif Taman Tema Sunway.
Jadi kalau tak ada ke mana-mana ketika cuti Tahun Baru Cina ini, bolehlah ke LWOT atau Sunway Lagoon dan nikmati pelbagai acara menarik sepanjang musim perayaan tersebut.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Petra, Jordan antara destinasi pelancongan paling menakjubkan di Timur Tengah. Terletak berhampiran Wadi Musa, kota purba ini terkenal dengan binaan yang diukir terus pada...