Travel

Sehari di Negeri Sembilan untuk trip makan yang santai dan puas.

Share

Kalau anda sudah penat dengan kesibukkan bandar, apa kata kita jalan-jalan dulu, lari sekejap dari kesibukkan bandar dan memberi hati dan minda sedikit ruang untuk bertenang. Jadi, ayuh kita lihat sehari itinerari di Negeri Sembilan Malaysia. Pada yang masih belum tahu, Negeri Sembilan ini adalah negeri yang banyak dengan sejarah.

Tak cukup itu, Negeri Sembilan juga adalah salah satu negeri di Malaysia yang banyak tempat yang menarik. Daripada sudut makanan, sejarah, OOTD dan ketenangan. Negeri Sembilan adalah negeri yang selayaknya menjadi tempat berjalan-jalan.

Sarapan Pagi

Untuk sarapan pagi, anda boleh cuba warung-warung atau cafe yang menyajikan hidangan yang simple seperti roti bakar, waffle, roti canai dan sebagainya. Tetapi, pastinya ada yang menginginkan makanan yang berat seperti nasi lemak, laksa, nasi ayam dan sebagainya. Ini adalah beberapa tempat yang disyorkan:

  1. Kafe Kampung Kaw

Kafe Kampung Kaw antara port sarapan yang popular di Port Dickson kerana suasananya santai, beridentiti kampung dan menyajikan pelbagai menu tempatan yang sesuai dinikmati pada waktu pagi. Terletak di Jalan Haji Sirat, Kampung Baru Sirusa, kafe ini sering menjadi pilihan pengunjung yang mahu menikmati breakfast sebelum memulakan itinerari sekitar Port Dickson.

Kafe Kampung Kaw, Port Dickson, Malaysia Foto Kredit: Kafe Kampung Kaw / facebook

2. Original Paklang Kopitiam

Original Paklang Kopitiam antara port sarapan yang menarik di Port Dickson kerana menawarkan suasana kopitiam santai dengan pilihan menu pagi yang pelbagai. Tempat ini sesuai untuk singgah awal sebelum memulakan itinerary sekitar Port Dickson, apatah lagi lokasinya mudah diakses. Selain itu, harganya juga dikatakan berpatutan, memang ngam untuk yang mahu sarapan ringkas tetapi mengenyangkan.

3. Warung BamBam

Warung BamBam antara port sarapan yang popular di Seremban kerana menawarkan pelbagai pilihan hidangan tempatan dalam suasana santai. Terletak di Kampung Chedang, warung ini sesuai untuk yang mahukan sarapan berat seperti nasi lemak, lontong, soto dan mee rebus sebelum memulakan aktiviti harian.

Warung BamBam, Negeri Sembilan, Malaysia Kredit Foto; Warung BamBam / facebook

MAKAN TENGAHARI

1.Warung Salai Batu 5, Port Dickson

Warung Salai Batu 5 antara tempat makan yang menarik di Port Dickson untuk yang mahu menikmati hidangan salai dan masak lemak cili api, menu yang cukup sinonim dengan Negeri Sembilan. Terletak di Jalan Remis 2, Teluk Kemang, restoran ini sesuai dijadikan port lunch atau dinner kerana lokasinya mudah diakses selepas selesai berjalan sekitar pantai.

Warung Salai, Negeri Sembilan, Malaysia Kredit Foto: Warung Salai / facebook

2. Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood, Teluk Kemang

Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood di Teluk Kemang sesuai dijadikan pilihan makan untuk yang menggemari hidangan ikan bakar dan makanan laut. Terletak di Teluk Kemang Square, lokasinya mudah diakses dan sesuai untuk singgah selepas selesai berjalan sekitar pantai Port Dickson. Suasana santainya juga menjadikan tempat ini sesuai untuk lunch atau dinner bersama keluarga.

Restoran Seri Mesra Ikan Bakar, Negeri Sembilan, Malaysia Kredit Foto: HazlanRazak / Instagram

3. GHUMAH PANGKiN Kitchen and Garden

GHUMAH PANGKiN Kitchen and Garden sesuai dijadikan port sarapan atau brunch untuk yang sukakan suasana kampung dan kehijauan taman. Terletak di Kampung Bukit Kadir, Nilai, tempat ini menarik dengan konsep makan dalam kebun serta pilihan masakan kampung yang menjadikan pengalaman menjamu selera terasa lebih santai dan tenang.

Rumah Pangkin, Negeri Sembilan, Malaysia Kredit Foto: Rumah Pangkin / Facebok

HIGH-TEA

  1. Kopi & Kueh

Kopi & Kueh sesuai dijadikan port high tea untuk yang sukakan suasana santai, estetik dan cantik untuk OOTD. Kafe ini menawarkan pilihan kopi, matcha dan aneka pastry serta dessert, jadi memang ngam untuk minum petang yang ringan. Dari segi bajet, harganya sederhana dan sesuai untuk yang mahu lepak sambil menikmati suasana tenang. Boleh dikatakan, Kopi & Kueh antara tempat yang cukup perfect untuk anda high tea di Port Dickson.

Kopi & Kueh, Negeri Sembilan, Malaysia Kredit Foto: Kopi & Kueh / facebook

DINNER

  1. Dinda & Sons, Port Dickson

Dinda & Sons memang sesuai dijadikan pilihan dinner kalau anda mahukan suasana makan yang lebih santai dan cozy. Menariknya, tempat ini bukan saja menyajikan hidangan kampung dan cita rasa Negeri Sembilan seperti masak lemak daging salai, asam pedas jenahak serta sambal udang, malah turut menawarkan pilihan kopi dan minuman moden. Dari segi bajet pula, harganya masih dalam kategori sederhana, jadi memang ngam untuk yang mahu menikmati makan malam yang sedap dalam suasana selesa.

Dinda & Sons, Negeri Sembilan, Malaysia Kredit Foto: Dinda & Sons / Facebok

2. Temuan Hills Pizza and Glamping

Temuan Hills Pizza and Glamping juga boleh dijadikan pilihan dinner untuk yang mahukan pengalaman makan yang sedikit berbeza di Negeri Sembilan. Tempat ini terkenal dengan pizza kayu api yang dibuat segar, malah saluran rasmi mereka sendiri menonjolkan pengalaman menikmati “freshly made pizza in the jungle”. Suasana yang dikelilingi kehijauan pula menjadikan dinner di sini terasa lebih santai, tenang dan sesuai untuk yang mahu makan sambil healing.

Temuan Hills Pizza & Glamping, Negeri Sembilan, Malaysia Kredit Foto: Temuan Hills / facebook
Oleh
Syahir Hannan