Bermula dengan ajakan rakan sekerja dan juga keluarga sebelah isteri, akhirnya Mohd Syafiq turut terjebak dan merasa seronok dengan aktiviti camping yang semakin popular dikalangan masyarakat Malaysia.
Kali pertama pacak khemah sekitar bulan Februari yang lalu di Pantai Pasir Panjang Segari, Perak dan kali ini memilih PD Mayangsari Campsite sebagai lokasi perkhemahan kedua kerana membaca banyak review menarik tentang campsite ini di grup Facebook Family Camping Malaysia (FCM).
Menurut Syafiq lagi, lokasi campsite yang dipilih untuk kedua-dua perkhemahan dia dan keluarganya merupakan pantai dan jelasnya sudah membuat tempahan untuk aktiviti ini di kawasan sungai pula selepas hari raya nanti.
Ikuti perkongsian yang dibuat oleh Syafiq tentang perkhemahan keluarganya di PD Mayangsari Campsite selama tiga hari dua malam itu.
Ads
Camping Kali Kedua Di PD Mayangsari Campsite
Camping kali kedua family kami kali ni bertempat di PD mayangsari campsite 3 hari 2 malam.. Alhamdulillah cuaca sangat baik ditiupi angin sepoi-sepoi pantai sepanjang kami berada di sini.. tak hujan dan time matahari pacak pun tent kami redup duduk bawah pokok ru merimbun.. waktu malam pula ditemani dengan nyanyian-nyanyian merdu karaoke dari restoran sebelah mujur tepat 12 malam dia cut-off haha..
Ads
Kemudahan campsite lengkap tandas bersih, ada surau, kiosk pun ada.. CO very friendly.. kalau malas masak boleh pi restoran sebelah atau food panda je hehe..
Kalau tengok gambar tapak kami tu agak luas sikit compare dengan tapak lain cuma tak dapat sea view.. Dekat sini jugak dapat jumpa idola blackdog bro sukri yang sporting.. Ok until next trip tepi sungai pula after raya nanti…
Tahu tak di Ipoh ada lokasi yang sangat menarik dan tidak mengecewakan untuk disinggah?
Jika mencari-cari destinasi menarik untuk bercuti di negeri Perak, anda dicadangkan untuk singgah di daerah Ipoh. Bagi yang suka bergambar, bandar ini pastinya tidak akan mengecewakan anda dengan lukisan seni jalanan yang begitu kreatif!
Di Ipoh sendiri hari ini semakin banyak lokasi diperkenalkan dengan karya seni jalanan pada dinding atau mural yang bukan saja menarik malah dapat membantu mempromosikan industri pelancongan setempat. Dinding yang menjadi kanvas kepada keunikan lukisan dan arca mampu memperdaya mata pengunjung ini lazimnya di lorong belakang premis perniagaan. Ini bagi menghidupkan suasana lorong yang suram, di samping mengubahnya menjadi tempat selamat, bersih dan boleh dilawati pengunjung.
Nak tahu mana lokasi street art menarik di Ipoh? Baca perkongsian daripada sumber Fariz Ali
Jalan Paling Terkenal Di Ipoh
Jika anda melawat ke Ipoh, saya cadangkan anda untuk singgah di Concubine Lane. Jika mengikut teori rakyat marhaen, pada zaman dahulu terdapat seorang peniaga beristeri 3 telah membina deretan rumah kedai yang banyak selepas berlakunya kebakaran besar di Ipoh. Dengan niat untuk berlaku adil kepada isteri-isterinya, peniaga tersebut telah menghadiahkan satu lorong kepada setiap isterinya. Ideanya mudah sahaja, supaya isteri2nya dapat menikmati hasil kutipan sewa kedai di lorong masing-masing. Maka, setiap lorong itu dikenali sebagai:-
Tetapi tidak diketahui tentang kesahihan cerita ini. Pada masa ini, lorong-lorong ini telah dijaga semula dan kedai-kedai telah dihidupkan. Banyak kedai-kedai makanan dan cenderahati. Bentuk asal kedai cuba dikekalkan dan dipelihara. Sangat nostalgik jika anda melalui lorong-lorong ini. Seperti kembali ke zaman silam sebentar. Jika teori cerita mengenai peniaga beristeri 3 itu betul, nampaknya peniaga tersebut lebih menyayangi isteri ke-2. Ini kerana lorong untuk isteri ke-2 atau lebih dikenali pada hari ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jepun sememangnya sebuah negara yang terkenal pelancongan. Antaranya ialah Gunung Fuji yang menjadi kebanggaan rakyat Jepun dan menjadi daya tarikan orang luar untuk melawat negara ini. Bukan saja Gunung Fuji tetapi juga terkenal dengan bunga Sakura yang cantik memukau.
Dari perkongsian Zunita Ramli yang tinggal di Jepun, ada lokasi menarik di Jepun yang mana seolah kita berada di lautan biru kalau naik ke atas bukit yang dipenuhi bunga nemofila sebanyak 4.5 juta.
Sedikit trivia mengenai Hitachi Seaside Park:-
Hitachi Seaside Park ni dulu sebenarnya merupakan lapangan terbang ketenteraan Amerika Syarikat, iaitu Lapangan Terbang Higashi-Mito. Kemudian lepas perang Dunia Kedua tamat, ia dijadikan kawasan latihan tembakan dan bom oleh tentera Amerika Syarikat.
Tapi pada tahun 1973, ianya dijadikan taman sebagai simbol keamanan dan dinamakan “Hitachi Seaside Park”. Pada musim bunga, puncak tertinggi taman ini iaitu Bukit Miharasi dengan ketinggian 58 meter dari paras laut bertukar biru dengan lebih 4.5 juta bunga nemofila di tanam di bukit ini, tak ubah seperti “lautan biru”. Jadi kalau ke Jepun, jangan lupa singgah di sini ya. . Kredit : #CatatanZunitaDiJepun
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Perlis yang merupakan negeri terkecil di utara Semenanjung, menyimpan pelbagai khazanah hutan yang amat berharga. Taman Negeri Perlis merupakan hutan sekunder yang terdiri daripada Hutan Simpanan Kekal Mata Ayer dan Hutan Simpan Kekal Wang Mu.
Lokasinya yang terletak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand juga antara sebab utama taman negeri ini merupakan destinasi yang perlu dilawati kerana terletak berhampiran lokasi destinasi membeli-belah Padang Besar dan Wang Kelian.
Ia juga merupakan hutan simpan tertua di negara ini dengan sebahagian besar Banjaran Nakawan terdiri daripada formasi batu kapur berusia kira-kira 500 juta tahun. Puncak tertinggi yang terdapat di Taman Negeri Perlis ini merupakan Gunung Perlis yang mempunyai ketinggian 733 meter. Jika berada di Gunung Perlis, anda sebenarnya berada di titik paling hujung di utara Semenanjung Malaysia.
Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini termasuk meneroka Gua Kelam. Taman Negeri Perlis juga terkenal dengan pembentukan gua batu kapur yang mempunyai laluan air bawah tanah iaitu Gua Kelam.
Ada yang kata Gua Kelam merupakan laluan orang bunian pada masa dahulu. Tetapi kebenarannya Gua Kelam pada satu ketika dahulu menjadi salah satu tapak aktiviti perlombongan. Sejarah perlombongan di sini dianggarkan berusia kira-kira 100 tahun dahulu dan kawasan itu merupakan satu-satunya aktiviti perlombongan dalam gua yang dijalankan di negara ini. Hampir semua kesan peninggalan aktiviti perlombongan dapat dilihat dalam keadaan baik kerana barangan yang terdapat di situ tidak mengalami proses pereputan.
Namun hari ini, rata-rata pengunjung yang datang ke Gua Kelam adalah untuk menghayati keindahan alam serta berkelah bersama keluarga, selain melakukan aktiviti mandi sungai yang begitu menyeronokan.
Pengunjung boleh memilih lokasi untuk mandi-mandi di bahagian luar atau disebalah dalam di sebalik Gua Kelam. Jika hari hujan, pengunjung disarankan tidak sesekali untuk mandi di kawasan ini kerana arus air yang mengalir sangat deras dan boleh mengacam keselamatan.
Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaan suasananya yang kelam menyelubungi gua ini dan kedudukannya di kaki bukit, selain suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Kelam mengikut loghat utara bermaksud gelap.
Menurut sejarah, nama Gua Kelam adalah gelaran yang diberikan oleh pelombong bijih timah sempena kegelapan gua itu sendiri. Mereka terpaksa menggunakan lampu karbid untuk menerangi kawasan dalam gua. Gua Kelam menyediakan laluan interpretasi gua sepanjang 1.5 km meliputi jalan di atas simen, tanah dan laluan anak sungai.
Maka untuk memudahkan pengunjung merentasi ke dalam gua ini, kemudahan sebuah jambatan gantung dengan cahaya lampu malap berwarna-warni yang menarik telah disediakan.
Ada aliran air bawah tanah sepanjang lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Ia merupakan fenomena semulajadi yang terbentuk dengan sendirinya. Cukup mengkagumkan! Kalau bernasib baik anda berpeluang melihat pelbagai spesies haiwan seperti ular, kelawar atau labah-labah.
Melepasi jambatan gantung di mulut Gua Kelam, mata pengunjung bakal dihidangkan dengan panorama hijau yang cantik dan menarik. Kawasan tersebut diberi nama Secret Garden dilatari dengan persekitaran landskap yang begitu terancang. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti ‘hub’ untuk bersantai, tapak perkhemahan, laluan penjalan kaki, dan kerusi rehat. Luangkan masa mengambil gambar kenang-kenangan bersama yang tersayang disekitar taman ini sebelum keluar dari gua.
Terletak di Pulau Shodoshima, Wilayah Kagawa, Shodoshima Olive Park terkenal dengan ladang zaitun, pemandangan Laut Pedalaman Seto dan kincir angin putih gaya Greek yang...