Seri Ternas Resort Tasik Beris Sik, Destinasi Terbaik Saksikan Alam Ciptaan Allah

Share

Malaysia sememangnya kaya dengan alam semulajadi. Banyak resort-resort dibina berdekatan dengan alam semulajadi yang memberikan pemandangan indah dan cukup mendamaikan.

Antara resort yang boleh dilawati tentunya Seri Ternas Resort yang terletak di Tasik Beris, Sik , Kedah.

Perkongsian dari Qamarina Azizan mengenai suasana damai di sini cukup mengasyikan berlatar belakangkan matahari terbenam yang sangat indah. Lepas habis PKP ni bolehlah singgah di sini.

Baca perkongsiannya :

Subhanallah! Allahuakhbar! Dua hari satu malam terkesima juga dengan ciptaan Allah di sini. Last view dari chalet kami.

Ni camping ala kami la. Lepak dalam khemah sembang, makan dan tidur dalam chalet.
Cuaca pun hujan. Bukan renyai-renyai tapi hujan jenis lebat. Betul-betul lebat.

Ini pengalaman, bukan untuk kami sahaja tapi untuk soleh. Next time nak ajak Sofia, Aaisyah, Ayyash & Yusuf pengalaman macam ni.

Alhamdulillah Soleh lepas pengalaman ni. Pengalaman jumpa katak, pengalaman rasa serangga kecik hurung lampu. Pasang khemah dalam hujan renyai. Untuk kid experience ni tempat terbaik.

Nak juga try memancing tapi macam seriau ja sebab tak berani nak buka mata kail.Tapi tengok orang memancing pun best dah.














Nak cari ketenangan ciptaan Allah. Nie antara tempat dia.

Info resort : Seri Ternas Resort Tasik Beris Sik
Contact person : En Din 0173021730 .. memang friendly
Location : Google Map ada
Family friendly
Jangan risau gangguan binatang buas + makhluk pelik alhamdulillah takde
Ada Campsite ada chalet
Tempat agak privacy
Ada pool untuk kanak² dan dewasa


Tempat makan : kena keluar sikit dari resort, mostly yang datang sini bawa barang basah kering masak² sebab ada chalet yang siap sedia dapur, bbq dan ada bahagian yang boleh masak
Nak pacak khemah ada sewa khas + plug point ada (kena deal dengan owner resort)
Nak memancing boleh bila² masa and free of charge
Aktiviti lain : kayak ada, tour boat pusing tasik, kalau nak bawa jet ski sendiri boleh deal dengan owner juga rasanya takde masalah
For us.. tempat ni boleh repeat

Sumber : Qamarina Azizan

IKLAN