Travel

Sesuai Bawa Anak Ke Y&L Hobby Farm Kota Tinggi, Banyak Aktiviti!

Share

Lari sekejap ke Y&L Hobby Farm Kota tinggi untuk hirup udara segar dan tenangkan fikiran. Sesuai bawa keluarga tersayang sebab ada tempat khas untuk anak-anak layan aktiviti di sini.

Singgah Y&L Hobby Farm Kota Tinggi, Jom!

Apa yang menarik, tempat ini menyediakan tempat kanak-kanak bermain pasir dan merasa naik ATV dan basikal elektrik.

Nampak tak? Tak perlu cari pantai nak main pasir pun, di sini ada tempat khas anak boleh explore. Lebih selamat pun, ya!

Ini kawasan hijau untuk anak-anak bermain, lapang! Boleh berdamai dengan alam semula jadi kejap.

Ada Tempat Binatang Dan Kolam Mandi

Owh ya, ada mini petting kat sini. Confirm anak suka tengok binatang yang ada dan boleh bermain air juga sebab swimming pool juga.

Yang mana rasa nak release tension

daripada dunia bekerja atau tak tahu nak bercuti kat mana yang ada banyak aktiviti, kat sini lah tempatnya!

Jangan lupa singgah Y&L Hobby Farm Kota Tinggi kalau datang Johor!

IKLAN