Sebut sahaja ingin bercuti di Kuala Lumpur, pasti ramai yang mengeluh terutama pengunjung luar dari kawasan ini untuk datang bercuti. Kebanyakkannya beranggapan bercuti di Kuala Lumpur hanya semata-mata untuk mencari kawasan hiburan atau membeli-belah sahaja.

Silap tu! Di Kuala Lumpur sangat banyak muzium dan galeri yang menawarkan lokasi infomatif yang berguna. Antara yang kurang dan ramai tidak mengetahui kewujudannya seperti:

Muzium Polis Di Raja Malaysia

Siapa Penjenayah Botak Chin? Muzium Polis Di Raja Malaysia Ada Jawapannya

Mungkin ramai yang tidak menyedari kewujudan Muzium Polis Diraja Malaysia terlatak di Jalan Perdana, Kuala Lumpur tersimpannya hampir 2,000 artifak dengan nilai sejarah menceritakan zaman dan setiap kegemilangan PDRM untuk dipamerkan kepada umum.

Ia juga menyimpan pelbagai bahan bukti bagi kes-kes jenayah yang pernah berlaku di Malaysia termasuk yang mencetuskan kegemparan seluruh negara seperti aktiviti penjenayah Botak Chin yang digeruni suatu masa dulu selain kegiatan kongsi gelap dan komunis.

Info Ringkas

Penjenayah era 70-an, Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin yang terlibat dalam kes rompakan bersiri ala ‘Robin Hood’ terbesar di negara ini. Nama Botak Chin merujuk kepada gabungan tiga perkataan ‘Bo Tak Chin‘ dalam dialek Hok­kien yang membawa mak­sud ‘Cina tiada kerja’.

IKLAN

Siapa Penjenayah Botak Chin? Muzium Polis Di Raja Malaysia Ada Jawapannya

Sumber: Utusan

Botak Chin dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mempunyai 10 adik beradik di Kuala Lumpur pada 3 Mac 1951, berhenti sekolah pada usia 15 tahun dan bekerja sebagai pembantu di pasar borong Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur selama setahun. Di sinilah, Botak Chin ter­pe­ngaruh dengan kegiatan jenayah dan menyertai kumpulan kongsi gelap atau Geng 360 yang menguasai kawasan tersebut.

Setahun selepas ditangkap, Botak Chin mencatat sejarah se­bagai orang pertama mengaku bersalah apabila didakwa me­ngi­kut Akta Keselamatan Da­lam Negeri (ISA) yang membawa ke­pada hukuman mati mandatori. Ketika menunggu hukuman mati dilaksanakan, Botak Chin bertindak menyerang dan men­cederakan warden penjara de­ngan senjata tajam sebanyak dua kali. Botak Chin dihukum gantung sampai mati pada pukul 3 pagi, 11 Jun 1981 di Penjara Pudu, Kuala Lumpur.

IKLAN

Siapa Penjenayah Botak Chin? Muzium Polis Di Raja Malaysia Ada Jawapannya

Jika pengunjung ke muzium ini, anda pasti teruja dapat melihat pelbagai koleksi senjata, model dan gambar-gambar lama, serta gambar peta dan rajah berkaitan darurat selain kelengkapan balai polis lama sebagai sumber pengetahuan. Muzium ini sangat sesuai dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat.

KL City Gallery

Siapa Penjenayah Botak Chin? Muzium Polis Di Raja Malaysia Ada Jawapannya Siapa Penjenayah Botak Chin? Muzium Polis Di Raja Malaysia Ada Jawapannya

Jika berkunjung ke Kuala Lumpur, jangan lupa singgah sebentar di KL City Gallery sebagai pelengkap percutian anda di sini. Dari koleksi barangan cenderamata yang unik sehinggalah replika model terbesar Bandaraya Kuala Lumpur boleh anda saksikan di banggunan era kolonial yang berusia lebih 100 tahun. Pelbagai maklumat pelancongan serta koleksi lukisan dan gambar-gambar sejarah Kuala Lumpur termasuk hiasan mercu tanda terkenal Kuala Lumpur juga menjadi daya tarikan lokasi ini.

IKLAN

Siapa Penjenayah Botak Chin? Muzium Polis Di Raja Malaysia Ada Jawapannya Siapa Penjenayah Botak Chin? Muzium Polis Di Raja Malaysia Ada Jawapannya

Untuk membeli koleksi cenderamata yang dihasilkan dengan sentuhan citra tempatan, jangan lupa dapatkan koleksi ARCH yang turut dihasilkan di galeri ini. Pelbagai jenis koleksi cenderamata premium berunsurkan seni yang sarat dengan nilai estetik tersedia untuk dibeli pada harga yang cukup berpatutan. Di hadapan galeri ini terdapat sebuah replika ‘i love KL’ yang boleh diabadikan sebagai lokasi bergambar kenang-kenangan sebagai bukti sudah berkunjung ke Kuala Lumpur.

Muzium Kesenian Islam Malaysia

Siapa Penjenayah Botak Chin? Muzium Polis Di Raja Malaysia Ada Jawapannya

Muzium Kesenian Islam yang terletak berhampiran Masjid Negara telah dibuka pada tahun 1998 lagi. Sejak itu ia telah menjadi salah sebuah institusi muzium terkemuka bertaraf dunia. Di samping koleksinya yang menarik dan mengagumkan, muzium ini juga terkenal kerana rekaan bangunannya. Terdapat satu gabungan unik reka bentuk kontemporari antarabangsa dan ciri-ciri tradisional yang diambil daripada negara Iran dan Asia Tengah. Terdapat juga pelbagai koleksi artifak dari negara China, India dan Asia Tenggara di pamerkan di galeri muzium ini.

Siapa Penjenayah Botak Chin? Muzium Polis Di Raja Malaysia Ada Jawapannya Siapa Penjenayah Botak Chin? Muzium Polis Di Raja Malaysia Ada Jawapannya

Antaranya seperti seni bina islam, Al-Quran, barang kemas, senjata, manuskrip, tekstil, matawang, seramik dan banyak lagi. Paling menarik anda boleh melihat sendiri kain asal yang pernah digunakan untuk menutup pintu kaabah beberapa tahun yang lalu yang dikenali sebagai Kiswah. Jika ingin merasai hidangan sajian Arab yang lazat, pengunjung boleh ke restoran di tingkat bawah yang terdapat di muzium ini. Pastinya hidangan yang disajikan dapat menambat selera anda.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI