Dekat Kg Sahom di Kampar, ada satu resort ‘hidden gems’ yang cukup unik. Percutian selama 2 hari 1 malam di Sahom Valley Resort akan puaskan hati anda untuk tenangkan fikiran bersama keluarga. Cantik!
Singgah Kg Sahom Kampar, Ada ‘Hidden Gems’ Cukup Unik
Tempat ini sesuai kalau yang suka suasana kampung, jauh dari pekan kat sini memang boleh ‘healing’.
Ads
Ada macam-macam aktiviti juga di sini tapi setiap hujung minggu sahaja.
Ads
Harga dari Rm150 ke atas mengikut bilik yang anda pilih. Kat sini ada 3 jenis kampung iaitu Heritage Village, Riverside village, Bamboo Village jadi boleh pilih mana-mana kampung yang anda selesa.
Ads
Haaa… kalau rasa nak tengok keadaan bilik, ini contoh yang ada. Ala-ala suasana kampung gituh!
Nak lagi puas hati, anda kena terjah dan rasa sendiri lah Kg Sahom ini macam mana. Jangan lupa ajak kawan-kawan atau keluarga tersayang, baru best datang berjemaah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tahu tak di Ipoh ada lokasi yang sangat menarik dan tidak mengecewakan untuk disinggah?
Jika berada di Ipoh jangan lupa luangkan sedikit masa ke Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh, Perak. Terletak di utara pusat bandar raya Ipoh, kawasan ini merangkumi taman seluas 30.35 hektar dan tasik seluas 14.16 dengan berlatarbelakangkan bukit batu kapur Gunung Lang dan Gunung Bilike.
Taman ini dilengkapi tiga tasik buatan yang dipenuhi pelbagai spesies ikan air tawar. Pelbagai keistimewaan lain yang ada di sini antaranya air terjun buatan manusia selain menawarkan pelbagai aktiviti riadah lain seperti memancing, mendaki bukit, merentas belukar, menjelajah gua dan banyak lagi.
Lokasi ini sangat terkenal dijadikan ‘stop over point’ laluan pengguna Lebuh raya Utara Selatan. Untuk datang ke destinasi ini, penggunjung perlu melalui Lebuhraya Utara Selatan melalui susur keluar Sungai Siput dan Jalan Kuala Kangsar. Alang-alang jika anda dalam perjalanan dari utara ke selatan, atau selatan ke utara singgahlah sebentar di sini. Memang tak rugi!
Pernah sampai di MnM Home Whimsical Houses tak? Ada sesetengah orang panggil rumah pelik. Dek kerana unik, jadi ramai yang panggil begitu.
Bila sampai di sini ada macam-macam jenis reka bentuk rumah yang anak-anak dapat enjoy. Jom kita teroka apa yang ada dekat MnM Home Whimsical Houses.
Rumah ini dibina dengan keadaan senget untuk luaran dan dalaman serta dihiasi dengan perabot-perabot yang unik.
Di dalam rumah ini, ada perpustakaan mini, bilik mainan dan kawasan umum untuk pengunjung berehat dan menikmati makanan ringan. Anak-anak confirm suka punya.
Selain itu, ada juga Rumah Terbalik yang dibina dalam keadaan terbalik bahagian luaran dan dalaman. Perabot-perabot pun berada dalam keadaan terbalik. Boleh dikatakan memang semua terbaliklah.
Dari luaran, bilik tidur, meja makan dan lain-lain. Ini memang tempat boek punya untuk ambil gambar.
Rumah Hobbit pun ada juga tau. Kenapa dipanggil rumah Hobbit? Sebab reka bentuk yang dibina bagi orang-orang kerdil yang tingginya hanya 3-4 kaki sahaja yang diadaptasi dari cerita Hobbit. Dalam ini dihias dengan barang-barang Hobbit. Rumah ini, bukan anak-anak je akan suka, parents pun suka juga
Dah nama pun rumah kucing, confirm-confirmlah rumah yang dihuni oleh kucing. Jadi, kepada anda pencinta kucing, confirm seronok dapat tengok geng-geng Oyen atau Hitam. Dekat MnM Home Whimsical Houses, memang ada rumah kucing untuk anda, jadi just have fun, ok?
Untuk ibu bapa yang menggemari madu, MnM Home Whimsical Houses sebenarnya ada membuat dan menjual madu kelulut. Terdapat ladang Meliponines House kecil di dalam MnM Home Whimsical Houses di mana pemilik mengumpul semua madu dan kemudiannya dijual. Meliponines sebenarnya adalah sejenis Lebah Tanpa Sengatan jadi ia selamat untuk ibu bapa dan anak-anak kunjungi.
Ada pelbagai lagi kawasan yang menarik di MnM Home Whimsical Houses. Salah satunya terdapat taman permainan untuk anak-anak enjoy.
Untuk ibu bapa pula, suasana yang nyaman dan dikelilingi oleh alam semulajadi pastinya membantu anda menenangkan fikiran dari tekanan kerja dan hal-hal lain. Sambil tengok anak-anak main itu, anda pun boleh healing juga.
Setiap kali hujung minggu jika ada masa terluang, ramai yang memilih untuk bercuti dan bersantai bersama keluarga atau teman-teman di beberapa resort penginapan berhampiran yang selesa. Rata-rata akan mula scroll aplikasi penginapan yang menawarkan harga yang menarik dan lokasi yang menyeronokkan. Salah satu elemen penting dan bonus untuk anda jika terjumpa destinasi penginapan yang mempunyai fasiliti kolam renang.
Janda Baik di Bentong Pahang sering menjadi destinasi pilihan percutian jangka pendek hujung minggu. Tarikan alam semula jadi menjadikan ia pilihan terbaik bagi mereka yang mahu lari seketika daripada kesibukan kota. Selain itu lokasi Janda Baik juga tidak terlalu jauh. Hanya terletak kira-kira 45 minit pemanduan dari ibu negara menggunakan susur keluar Genting Sempah.
Ini pilihan penginapan menarik yang ada disekitar Janda Baik yang mempunyai kemudahan kolam renang. Memang best bawa anak-anak!
Villa Embun menampilkan reka bentuk ala Bali. Elemen kayu, ruang dan privasi menjadi keutamaan dengan setiap vila mempunyai ruang legar luas, siling tinggi serta dipisahkan dengan tembok tinggi. Antara kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah rumah kelab, ruang mesyuarat dan seminar, gimnasium, restoran, barbeku serta pakej-pakej istimewa seperti majlis perkahwinan, percutian berbulan madu dan percutian keluarga.
Untuk ke vila, pengunjung dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri hingga ke kawasan khas sebelum dibawa ke kawasan vila di puncak bukit menggunakan kenderaan buggy. Selain memudahkan pengunjung ke vila, cara itu adalah antara polisi Embun untuk mengelak gangguan bunyi, pencemaran asap, kesesakan trafik serta menjaga privasi pengunjung.
D’Villa Janda Baik salah satu penginapan hujung minggu pilihan ramai. Berjalan di sekitar D’Villa, pengunjung pasti akan terpesona dengan susunan landskap yang mengenengahkan elemen tumbuhan. Dikelilingi alam hijau, setiap bilik di sini mempunyai konsep tertentu iaitu Rainforest Rooms, European Premier Room, Modern Premier Room, Modern Family Room dan yang paling istimewa sekali adalah Balinese Executive Room. Paling menarik pastinya tumpuan akan diberikan kepada kolam renang yang disediakan khas untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.
Aman Rimba Private Estate mampu memberikan kedamaian kepada tetamunya yang ingin lari jauh dari kesibukkan kota. Berkonsep reka bentuk kampung Melayu tradisional, vila ini terletak di tepi Sungai Benus yang mengalirkan air jernih.
Setiap villa di Aman Rimba Private Estate menjanjikan ‘feel’ yang berbeza dari sudut rekaan iaitu bercirikan rumah tradisional Melayu sehinggalah moden kotemporari. Sementara lanskap pula bercirikan tropikal dan ala Bali. Kemudahan kolam renang yang disediakan memberikan anda peluang bersantai sambil menghayati alam sekitar.
Saufiville Boutique Resort terletak di disebuah kawasan bukit tinggi di Janda baik. Pengunjung dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri untuk sampai ke kawasan ini. Paling menarik resort ini menawarkan kemudahan kolam renang infiniti dengan pemandangan bukit bukau yang menghijau.
Walaupun berada pada suhu sekitar yang agak sejuk, sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke kolam renang ini anda akan dapat rasakan suhu di dalam kolam renang ini sangat suam dan begitu selesa. Terdapat beberapa buah bilik yang ditawarkan mengikut bajet anda. Resort ini juga menerima tempahan daripada tetamu luar yang datang semata-mata untuk menjamu selera sahaja tanpa perlu menginap.
Danau Daun Chalets dibina di atas sebidang tanah yang penuh dengan rawa, pokok dan biodiversiti tropika.
Di resort ini terdapat beberapa jenis penginapan yang ditawarkan iaitu Teratak Air (lengkap dengan kolam renang peribadi di kaki bukit), Hillside Cottage, Danau Daun I & II (terletak di tepi kolam ikan) dan Danau Daun III (memiliki kolam peribadi dan terletak di sebalik kafe).
Serene Retreat berkonsepkan Bali terletak di sekitar Arena of Stars dan juga tokong Gua Chin Swee. Serene Retreat menawarkan 7 buah bilik yang masing-masing lengkap dengan ruang balkoni untuk anda menikmati udara segar dan pemandangan mendamaikan tanpa mengira masa. Beberapa aktiviti seperti kolam renang, basikal dan barbeku juga disediakan di lokasi ini.
Naaah! Ada dapat idea tak nak berlibur hujung minggu di mana minggu ni? Pilihan penginapan di sini memang menarik bukan?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...