Siapa kata zaman universiti/kolej hanya terhad kepada study sahaja? Waktu inilah sesuai untuk anda dan kawan-kawan pergi melancong ke merata-rata tempat. Tidak perlulah fikir jauh-jauh sangat seperti luar negara atau luar negeri.
Perhatikan di mana terletaknya universiti/kolej anda dan lihat apa tempat-tempat yang menarik untuk dilawati dan ‘ditawan’. Libur berikan 7 sebab kenapa anda perlu banyak melancong.
Melancong membantu pengajian anda Jangan tidak percaya mengenai ini. Melancong bukan sahaja mampu memberi anda pengalaman hidup berharga malah ia boleh memberi insight yang baik terutama sekali jika tempat yang anda lawati itu berkaitan dengan pengajian anda.Belajar dengan mata dan sentuhan lebih berkualiti daripada belajar dengan membaca sahaja.
Melancong bermakna bertemu orang baru Memasuki universiti/kolej sudah tentu cukup mencabar terutama sekali jika anda bukanlah seorang yang sosial. Tetapi dengan melancong, sosial atau tidak anda tidak ada pilihan untuk survive! Spread your wings dan jangan biarkan sifat segan atau malu menghalang anda untuk menjadi lebih konfiden dan mesra orang. Tetapi jangan sampai terlupa batas-batas agama dan adab ketimuran.
Ads
Melancong akan melebarkan sempadan anda Semasa melancong anda mungkin akan mengalami peristiwa seperti tersesat barat, tertinggal bas, terlepas hentian, salah masuk tempat, tersalah pilih tempat makan dan banyak lagi pengalaman yang berharga. Ketahuilah kesemua ini akan mengajar anda banyak benda mengenai hidup lebih dari apa yang anda boleh dapat semasa di universiti/kolej.
Ads
Kaya atau tidak, itu bukan penghalang Jika anda mendapat pinjaman PTPTN atau tajaan biasiswa, sebolehnya janganlah anda boros habiskan majoriti duit anda untuk bercuti. Apa kata cuba buat kerja part-time untuk dapatkan sedikit income untuk percutian anda.Di universiti anda pasti ada kedai-kedai kecil yang sentiasa memerlukan pembantu. Ini membolehkan anda berdikari dan juga berbajet dalam berbelanja.
Ads
Melancong akan mengikat tali persahabatan dengan lebih erat Bila melancong bersama teman-teman, barulah anda tahu siapa sebenarnya sahabat sehidup semati anda. Kekurangan dan kelebihan masing-masing akan tertayang dengan jelas sepanjang melancong dan ini membolehkan anda menilai siapa yang sesuai dijadikan sahabat sejati.
Menyesal kalau tidak ambil peluang ini
Graduan yang memiliki CGPA yang mantap semata-mata tidak akan menjadi jaminan untuk mendpat pekerjaan dengan mudah. Ramai majikan sekarang yang mencari anak muda yang ada pengalaman yang unik dan pengalaman melancong membolehkan anda menjadi pilihan utama mereka.Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadikan diri anda lebih marketable dengan pemilikan pengalaman melancong. Ia pasti akan membantu anda kelak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selalunya kalau kita berpeluang travel atau singgah di mana-mana tempat yang menarik, pasti kita ingin merakam gambar kenangan secantik dan sebaik mungkin. Lagi-lagi kalau anda seorang wanita, gambar mesti nampak kurus, tirus, ramping dan macam-macam gaya yang boleh nampak ‘elok’ di mata umum.
Namun tidak buat wanita bernama Stephanie Leigh Rose ini. Dia ingin membuat kelainan dalam setiap foto yang dibidik dengan gaya sedang ‘mati’ di setiap lokasi menarik yang dijejak.
Menarik dan kreatif juga gaya dan aksi si Stephanie ini hasilkan. Mana tahu lepas ini, gaya sebegini menjadi ikutan dan tular buat orang ramai yang inginkan kelainan.
Dia juga sempat merakam kenangan di hadapan bangunan ikonik yang musnah terbakar baru-baru ini. Jom lihat gambar-gambar yang dikongsinya dalam media sosial miliknya yang kini memiliki hampir 54.6k pengikut tersendiri.
Macam mana, menarik tak? Libur rasa ada yang tiru aksi-aksi ini nanti. Silap-silap jadi ‘trend’ akan datang. Yang rasa nak terkenal cepat boleh la ambik idea kreatif macam ini untuk tontonan ramai 🙂
Selain Masjid Hagia Sophia yang terkenal di Istanbul Turki, satu lagi masjid yang bakal jadi tumpuan pelancong.
Masjid Taksim yang baru saja saja siap dibina 28 Mei lalu menyaksikan masjid ini sebagai simbol Islam di Dataran Taksim yang terletak di tengan-tengah bandar terbesar negara itu.
Pembinaan masjid yang dimulakan pada tahun 2017 akhirnya dapat dibuka secara rasminya semalam (28 Mei 2021) setelah menempuh pelbagai halangan sepanjang pembinaan.
Masjid yang diperjuangkan pemimpin itu, mula dibina pada Februari 2017 selepas mencetuskan perdebatan oleh pengkritik dan menjadi perbalahan di mahkamah sejak beberapa dekad lalu.
Mempunyai kubah setinggi 30 meter dibuka secara rasmi oleh Presidennya, Recep Tayyip Erdogan sekaligus menjadi simbolik baru di dataran yang sering dianggap sebagai simbol sekularisme Mustafa Kemal Ataturk.
Masjid berkapasiti 2250 orang ini dilaporkan juga mengandungi ruang pameran, perpustakaan, dapur sup dan tempat letak kereta. Ia adalah mercu tanda keagamaan ketiga yang akan didirikan di tengah-tengah bandar baru-baru ini oleh Erdogan.
Masjid ini dibangun dengan sistem senibina “top-down”, yang digambarkan sebagai satu-satunya masjid di Turki yang dibina dengan teknik ini.
Oleh itu, penggalian tanah tidak diperlukan dan kawasan di sekitar masjid dipelihara. Tempat ini menggabungkan seni bina masjid tradisional dengan sentuhan moden yang diilhamkan oleh ciri seni bina bangunan abad ke-19 di daerah Beyoğlu.
Masjid ini juga menjadi pusat kebudayaan di mana pameran boleh diadakan. Kawasan seluas 2,950 meter persegi (31,753 kaki persegi) dibuka untuk beribadah.
Dibina di kawasan seluas kira-kira 16,000 meter persegi, juga boleh menempatkan tempat letak kenderaan 163 buah kereta saja.
Terkenal dengan salju yang indah, view landskap pegunungan serta glasier, Negara Nordik merupakan pilihan terbaik buat anda yang suka akan destinasi percutian bersuhu sejuk dan cintakan alam semulajadi.
Perkongsian daripada Cik Hawa Mayati ini diharap dapat membantu memberi informasi sebagai rujukan jika ingin merancang percutian ke Negara Nordik
Trip ke negara Nordik (atau lebih popular dengan gelaran #Scandinavia, walaupun terdapat perbezaan antara keduanya) dan negara #Baltic. 16 hari 6 negara. Negara-negara Nordik merujuk kepada Sweden – Norway – Latvia – Estonia – Finland – Denmark.
Memandangkan kos di negara Nordic agak tinggi, perancangan trip dibuat sejak setahun sebelumnya. Melalui perancangan yang teratur, dari segi pemilihan tarikh dan komitmen travel buddies, kami berjaya mendapatkan tiket flight promo lebih kurang 6-8 bulan sebelum penerbangan. Destinasi utama trip ini adalah ke Abisko National Park, #Sweden dan Lofoten Island, #Norway. Merasai fenomena alam pada musim winter dekat Arctic Circle: aurora borealis, polar night (literally there’s no sun!) dan merasai sendiri suhu subzero sehingga mencecah -15’C. Selain destinasi di atas, kami juga singgah di bandar-bandar utama untuk sightseeing di Oslo, Bergen, Tallinn, Helsinki dan Copenhagen.
Hari 1 : Kuala Lumpur – Stockholm
Dari Kuala Lumpur, terbang ke Bangkok. Dari Bangkok, penerbangan terus ke Stockholm selama 11 jam.
Hari 2 : Stockholm – Abisko
Setibanya di Stockholm Arlanda Airport, kami menaiki bas dan overnight train terus ke Abisko. Perjalanan dengan bas selama 5 jam, kemudiannya dengan train selama 11 jam. Sedikit memenatkan, dan tiba awal pagi di Abisko Ostra.
Hari 3 : Abisko
Setelah perjalanan yang agak lama, kami berehat dan berjalan-jalan di sekitar Abisko. Siang yang pendek, dan malam yang sangat panjang. Membiasakan diri dengan polar night dan waktu solatnya. Sebelah malam, kami keluar ‘hunting’ aurora dalam suhu sejuk mencengkam.
Hari 4 : Abisko
Pekan kecilnya bersebelahan National Park dan sering menjadi tempat pilihan bagi penjejak Northern Light atau Aurora Borealis. Kawasan ini menerima kesan fenomena Polar Night semasa winter (dan Midnight Sun semasa summer). Abisko, Sweden lokasinya yang berhampiran Arctic Circle menyebabkan kawasan ini menerima fenomena Polar Night semasa winter (dan Midnight Sun semasa summer). Kegiatan seharian masih diteruskan seperti biasa, dengan sedikit adjustment, termasuk penetapan waktu solat. Kawasan yang terletak di utara Sweden ini merupakan kawasan terkering (driest) negara itu. Pekan kecilnya hanya bersebelahan Taman Negara Abisko dan sering menjadi tempat pilihan bagi penjejak Aurora Borealis atau Northern Light; selain di Kiruna, Tromsø dan Lofoten. Daylight (biasan cahaya matahari) sekitar 2 hingga 3 jam sahaja. Anggaran suhu -10’C hingga -15’C (dan boleh mencecah -25’C pada satu-satu masa), maka pemakaian layering baju yang betul membantu kebertahanan dalam suhu ekstrem di sini. Malam kedua kami di Abisko. Aktiviti ‘hunting’ aurora diteruskan, yang sekejap ada, sekejap hilang di balik awan tebal.
Hari 5 : Abisko – Narvik – Lofoten Island
Trip diteruskan ke Norway. Dari Abisko (Sweden) ke Narvik (Norway) hanya sekitar 2 jam menaiki train. Pemandangan sepanjang perjalanan cukup memukau dan agak ‘mendebarkan’ melihat salji tak berhenti turun dan semakin tebal. Setibanya di Narvik, kami ambil kereta sewa untuk fleksibiliti meneroka Lofoten. Lofoten Island merupakan gugusan kepulauan yang luas dihubungkan melalui tunnel dan jambatan. Driving di sini sebenarnya tidak sesukar mana, cuma perlu extra caution dengan jalan bersalji yang licin. Pemanduan di sebelah kanan jalan (right-hand traffic). Perjalanan merentasi Lofoten sejauh 350 km lebih kurang 5 jam. Kami menginap di rorbuer, kabin perkampungan nelayan berwarna merah yang cukup sinonim di Lofoten.
Hari 6 : Å, Lofoten
Lofoten terdiri daripada 4 pulau utama: Austvågoy, Vestvågoy, Flakstadøy dan Moskenesøy; yang terpisah dengan mainland Norway melalui Vestfjorden. Pulau-pulau ini dihubungkan melalui Lofoten road (E10) hingga ke hujung pulau di Å (pronounced as ‘ohr’). Kami sengaja memilih untuk berada agak lama di Lofoten, bagi menikmati sepuasnya keindahan alam Tuhan di sini. Lofoten sebenarnya agak terpencil dan ‘untouched’, walau namanya cukup terkenal di dunia. Jika ke sini, jangan lupa singgah di Nusfjord dan Sakrisøy village, antara perkampungan nelayan tercantik di Lofoten.
Hari 7 : Svolvær, Lofoten
Kami seterusnya ke Svolvær, yang merupakan bandar utama Lofoten. Terdapat lapangan terbang dan jeti feri, bagi sesiapa yang merancang alternatif akses ke sini.
Pemandangan sepanjang perjalanan merentasi fjord memang mendamaikan. Kepulauan Lofoten berhadapan dengan Norwegian Sea, agak windy dan kerap hujan di musim winter.
Hari 8 : Lofoten Island – Tromsø – Bergen
Trip diteruskan ke Tromsø. Pemanduan ke Tromsø sedikit mencabar kerana semakin menghampiri Arctic Circle, makin rendah suhu dan makin tebal saljinya. Just keep faith. Perjalanan sejauh 400 km lebih kurang 6 jam. Setibanya di Tromsø, kami pulangkan kereta sewa dan seterusnya menaiki penerbangan domestik ke Bergen selama 2 jam.
Hari 9 : Bryggen, Bergen
Sightseeing at Bryggen, Unesco’s world heritage site. Bergen juga terkenal sebagai bandar perikanan yang menghasilkan first-class seafood.
Hari 10 : Bergen
Hari-hari dirasakan lebih indah berbanding sebelumnya, kerana matahari keluar seperti normal di sini. Kami meluangkan masa ke Mt Fløyen bagi menikmati panorama Bergen dari kejauhan. Boleh juga hiking di sini.
Hari 11 : Bergen – Oslo
Trip diteruskan dengan menaiki scenic train Bergen-Oslo, one of the world’s most scenic train ride. Sit back, relax and enjoy the journey. Breathtaking views at another part of the world. Bermalam di Oslo.
Hari 12 : Oslo – Riga – Tallinn
Sightseeing at Oslo city. Oslo merupakan ibu negara dan pusat kerajaan Norway. Sebelah petangnya, kami menaiki penerbangan antarabangsa ke Riga (Latvia), dan seterusnya ke Tallinn (Estonia).
Hari 13 : Tallinn – Helsinki
Kami selamat tiba di Tallinn, berkesempatan meneroka sebahagian negara Baltic. Seterusnya menjejaki old town Tallinn, yang merupakan Unesco world heritage. Sebelah petangnya menaiki feri ke Helsinki (Finland) selama 2 jam, dan bermalam di sana.
Hari 14 : Helsinki
Sightseeing at Helsinki city. Helsinki merupakan ibu negara Finland. Finland masih kekal sebagai negara paling gembira di dunia. Faktor kegembiraan yang diukur antaranya melalui kualiti sistem penyampaian perkhidmatan, dilihat memiliki persamaan bagi kebanyakan negara Nordic yang kesemuanya berada dalam senarai 10 terbaik dunia.
Hari 15 : Helsinki – Copenhagen
Bagi mengejar penerbangan di awal pagi, kami bermalam di Helsinki airport. Penerbangan antarabangsa selama 2 jam, dan destinasi terakhir adalah Copenhagen, yang merupakan ibu negara Denmark. Menelurusi bandar pesisir laut dan kawasan ikonik Nyhavn (pronounced as ‘new hound’). Copenhagen memiliki banyak persamaan dengan Amsterdam, meriah dengan basikal dan disediakan infrastruktur bagi pengangkutan itu. Malam terakhir di Copenhagen.
Hari 16 : Copenhagen – Oslo – Kuala Lumpur
Menaiki bas dari Copenhagen ke Oslo, seterusnya penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Nota kaki:
1) Itinerari dan kos trip ini melibatkan 4 travel buddies, yang banyak menjimatkan bagi agihan kos sewa kereta, minyak dan penginapan. Tiket flight, public transport, kereta sewa, penginapan ~RM7,500 pp
2) Negara Scandinavia mempunyai matawang masing-masing, manakala Finland dan negara Baltic menggunakan €. Kami membuat sedikit tukaran untuk makan minum dan kontigensi saja, memandangkan kebanyakan tempahan telah dibuat bayaran sebelum trip. Credit card is widely used there, almost anywhere.
3) Makan minum kami sederhana saja, selalunya masak sendiri dan lebih kerap makan Maggi haha. Air boleh diminum terus dari tap water. Harga sebotol air mineral saja mencecah RM13..
4) Cost of living sangat tinggi di Scandinavia. Harga minyak lebih kurang RM7/ liter, maka yang lain berkait-kait mahalnya. Rancang perbelanjaan, semestinya perkara ini bukan alasan untuk anda tidak menjejakkan kaki ke tempat ini kan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jauh dari hiruk-pikuk kota dan kesibukan destinasi pelancongan popular, tersembunyi sebuah lokasi eksklusif yang semakin mencuri perhatian pengembara antarabangsa.
Terletak di pesisir Sipalay dalam wilayah...