Syiok Shopping Kat Batam! Kepulauan Riau Bebas Cukai Indonesia

Share

Pernahkah sebelum ini anda mendengar nama Batam? Penulis yakin, tidak semua orang sinonim dengan nama destinasi yang penulis sebutkan.

Jika ada pun, mungkin pernah mendengar destinasi ‘Batam’ yang menjadi tagline dialog sitkom popular Singapura, Phua Chu Kang iaitu ‘Best in Singapore and JB, some say Batam’! Bukan sitkom ini yang ingin diutarakan, tetapi destinasi yang semakin mendapat tempat di hati pelancong terutama dari Singapura, Malaysia dan Indonesia sendiri.

Batam terletak di Kepualau Riau Barat berhampiran Singapura dan juga Malaysia. Anda boleh menggunakan penerbangan terus Firefly dari Terminal Sky Park, Lapangan Terbang Subang terus ke Batam, mengambil masa lebih kurang satu jam setengah untuk sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim, Batam.

Batam Destinasi Bebas Cukai
Anda pasti kagum seketika sesudah sampai di Batam destinasi yang mendapat jolokon syurga membeli-belah bagi rakyat Singapura. Persekitaranya agak bersih dan sedikit teratur berbanding Bandar-bandar lain yang terdapat di Indonesia.

Mungkin faktor kapasiti penduduk yang redah dan pembangunannya yang tidak berapa terjejas menjadikan kota ini kelihatan bersih. Hujung minggu di Batam sekarang ini sudah meriah dan sedikit sesak dengan kunjungan pelancong luar semata-mata untuk membeli-belah kerana destinasi ini merupakan kawasan bebas cukai.

Pelbagai barangan menarik yang boleh diperolehi di sini dengan harga yang murah seperti tas tangan, baju, jam tangan, minyak wangi dan banyak lagi. Antara lokasi membeli-belah yang mendapat perhatian di Batam ialah Nagoya Hill, Batam City Square, Batam Centre, Mega Mall, Diomand City Mall dan Avava. Bukan sekadar lokasi membeli-belah, batam juga terkenal dengan keseronokan untuk bermain Golf dan keenakan masakannya.

Jika ke Batam, jangan lupa untuk mencuba Siput Gonggong dan Ikan Bandeng di Restoran Golden Prawn SS Batam.

Info Menarik Mesti Anda Tahu!

  • Berada di Batam berasa seperti berada di setengah negeri di Malaysia, kerana dialek pertuturan, makanan, tempat tinggal dan budaya hampir sama dengan masyarakat Malaysia.
  • Jarak masa antara Kepulauan Riau di sebelah barat ini adalah lewat sejam dari masa di Malaysia.
  • Terdapat tujuh lokasi hot spot untuk bermain Golf di Batam. Antaranya di Palm Spring, Batam Hill, South Link, Indah Puri dan Sukajadi.

  • Telur penyu merupakan antara makanan eksotik dan kegemaran bagi penduduk di sini. Jika di Malaysia, penjualan telur penyu diharamkan, lain pula di sini, ia boleh didapati di mana-mana sahaja walaupun di kedai kecil kaki lima.

IKLAN