Taiping Ada Tarikan Baru: Lukisan Mural Terbesar Malaysia

Share

Taiping dianugerahkan status bandar warisan dan bandar lestari pelancongan antara terbaik di dunia kerana mempunyai pelbagai lokasi bersejarah dan khazanah tidak ternilai.

Terkini Taiping sekali lagi mencipta nama dengan mencatatkan rekod baru dengan menghasilkan sebuah lukisan mural tiga dimensi terbesar di Malaysia iaitu lukisan Amelia Mary Earhart.

Lukisan mural Amelia Earhart ini menceritakan penerbangan solo wanita pertama merentasi Lautan Atlantik di mana beliau telah singgah untuk mengisi bahan api di Lapangan Terbang Tekkah, Taiping di mana ketika itu ia merupakan lapangan terbang pertama Malaysia pada 20 Jun 1937. Tetapi sejarah mencatatkan beliau telah hilang di lautan Atlantik dan tidak kembali.


Lukisan mural ini mendapat pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records sebagai lukisan terbesar (The Biggest Outdoor 3D Mural Painting) dengan ukuran 14.60 m (47 kaki) tinggi dengan kelebaran 27.44m (90 kaki) dengan keseluruhan keluasan 281.07 meter persegi.

Menurut Perak Today

, lukisan mural berkenaan telah siap pada 31 Ogos yang lalu dan ditambahbaik menjadi lukisan 3D di mana kosnya secara 100 peratus ditaja oleh pihak penaja swasta. Dimaklumkan bahawa kos ini berjumlah RM280,000 untuk menghasilkan lukisan sedemikian yang telah dijayakan oleh enam orang pelukis dengan menggunakan tujuh warna yang berbeza iaitu putih, kelabu, light grey, medium grey, dark grey, hitam dan warna emas di mana cat-cat yang digunakan merupakan cat kalis air dan tahan cuaca.

Kalau ke Taiping jangan lupa singgah untuk mengambil gambar kenang-kenagan di sini ya!
IKLAN