Bagi anda yang berada di sekitar atau berhampiran dengan Kuala Lumpur dan tidak tahu ingin ke mana pada hujung minggu, apa kata singgah ke KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur). Terletak berhampiran Taman Tasik Perdana, destinasi ini sangat terkenal serta sesuai untuk mereka yang cintakan haiwan dan alam sekitar.
Selain menjadi tempat tumpuan ramai untuk bersantai melihat pelbagai spesies burung, KL Bird Park juga merupakan tempat terbaik untuk sesi pembelajaran buat anak kecil mengenal habitat unggas ini. Menerima lebih 200,000 orang pelawat setiap tahun, KL Bird Park mempunyai anggaran lebih kurang 3000 burung yang mewakili setiap 200 spesies, dengan jumlah keseluruhan unggas yang terdapat di sini sebanyak 600,000 ekor. Kebanyakkan burung-burung ini berasal dari Malaysia. Hanya 10 peratus dari luar Negara.
Ciri utama yang membezakan KL Bird Park dari mana-mana taman burung lain adalah konsep bebas beterbangannya. Malah, terdapat beberapa kawasan di mana burung bebas terbang ke mana sahaja yang ingin ditujui, tidak kira kecil atau besar. Terdapat beberapa jenis burung yang memang perlu dikurung dalam sangkar khas seperti helang dan burung hantu.
Ads
Harga Masuk
Aktiviti Menarik!
Ads
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di KL Bird Park adalah semestinya memerhati perilaku burung terutamanya dikawasan terbuka. Anda boleh melihat pelbagai burung dari jarak dekat seperti merak, burung kenyalang dan bangau. Apabila tiba waktu makan, pengunjung diberi peluang membantu petugas memberi makan kepada burung-burung ini. Antara diet harian yang diberikan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Jangan lepaskan peluang mengambil gambar kenang-kenangan dengan burung yang berwarna-warni dan cantik di dalam taman itu, iaitu burung Nuri dan Kakak Tua. Jurugambar profesional akan membantu anda untuk mengabadikan detik menarik itu.
Jika perut terasa lapar, anda boleh singgah menjamu selera di restoran yang disediakan di KL Bird Park ini. Hidangan Satay pasti menjadi menu kegemaran anda. Terdapat juga sebuah kedai cenderahati untuk pengunjung membawa pulang buah tangan untuk diri sendiri dan keluarga
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Lepas ni akan ramailah pemandu pelancong atau tourist guide di negeri Perak Darul Ridzuan kerana kerajaan negeri kini bersedia untuk melatih pemandu pelancong bagi memartabatkan lagi pelancongan eko di negeri ini.
Khidmat pemandu pelancong sangat diperlukan di negeri Perak bagi memastikan setiap pelancong yang datang ke negeri itu memperoleh pemahaman yang mendalam mengenai tempat yang dilawati mereka, ujar Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak, Tan Kar Hing.
Tambah beliau, pelancongan eko berbeza dengan pelancongan bandar dan disebabkan itu, negeri Perak memerlukan pemandu pelancong yang terlatih bagi menyampaikan maklumat yang lebih mendalam kepada pelancong.
Kerajaan negeri Perak akan membantu memberikan khidmat team building dan memfokuskan untuk melatih anak-anak muda di negeri Perak. Kerajaan negeri Perak akan berusaha untuk melahirkan pemandu pelancong yang berpengetahuan mengenai alam semula jadi dan beberapa perkara lain termasuk faktor keselamatan.
Macam Masuk Dunia Narnia, Wanita Kongsi Tempat Menarik Nak Explore Di Hokkaido Masa Musim Sejuk. Seronok Jumpa Salji Paling ‘Mulus’
Hokkaido, Jepun biasanya akan mengalamai musim sejuk yang agak panjang berbanding bandar lain yang ada di Jepun. Bandar di sini biasanya akan diliputi salji tebal yang memutih dengan cuaca yang cukup sejuk.
Kesempatan melawat ke Negara Matahari Terbit atau lebih khusus di Hokkaido ketika musim sejuk memberikan satu pengalaman indah buat Ayu Hasman. Walaupun suhu sepanjang percutian sangat sejuk namun pengalaman menerokai Hokkaido dengan salji yang memutih sangat mengujakan.
Sempat meneroka ke beberapa tempat sepanjang seminggu berada di sana, Ayu juga turut berkongsi tip kepada traveler lain bagi mendapatkan JR Pass jika bercuti ke Jepun. Ia sangat berbaloi dan memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Ayu juga turut menyatakan salji di sana sangat ‘mulus’ yang pernah dia jumpa. Seronoklah dapat main salji yang bersih tu kan? jom layan gambar dan perkongsian wanita ini.
Nak puas main salji, silalah ke Hokkaido waktu winter. Selain daripada kos lebih murah berbanding europe, kat sini juga korang berpeluang untuk berootd tanpa diganggu mana-mana entiti. Like the whole place korang yang punya
Cumaaa..cumaaa korang kena standby la pakaian yang sesuai. Kalau betul cara buat layering baju, insyaAllah korang boleh survive!
P/s : average temperature sepanjang trip ni adalah -5c hingga -16c
Sepanjang seminggu saya disana, saya sempat explore:
Untuk trip ni, saya menginap di Sapporo dan Asahikawa.
Kalau nak jimat, jangan lupa beli JR Pass. Sepanjang seminggu di Hokkaido, saya pakai JR Hokkaido Rail Pass. Boleh naik mana-mana JR train satu hokkaido secara percuma.
Kesimpulannya, salji kat sini adalah salji yang paling mulus (powdery) yang saya pernah jumpa. Even pergi Greenland pun takkan jumpa salji selembut ini
Ini perkongsian percutian singkat dan tempat menarik Narathiwat, kalau nak pergi Thailand lagi, anda boleh pilih beberapa lokasi ini.
Biasanya orang Malaysia lebih suka pergi ke Hatyai berbanding di sini. Namun menurut saudara Kamal Farid Sulaiman, banyak juga tempat makan-makan yang best anda boleh singgah di Narathiwat.
Lokasi ini boleh jadi checklist untuk anda terutama bagi yang bercadang untuk percutian singkat. Okay, ini antara tempat yang dikunjungi sepanjang 2 hari 1 malam di sini.
Kedai makan bercirikan buffet. Ada pelbagai jenis makanan seperti steamboat, sushi, seafood, dessert dan macam² lagi. Makan sampai kenyang.
Cuma kalau pergi hari biasa, makanan dia tak sebanyak hari minggu. Masa diberikan 1 jam setengah.
Caj seorang dewasa lebih kurang 369Baht/RM48
Google Maps : Narashi Shabu Halal Buffet, Narathiwat
Kedai makan viral ini terletak kira-kira 18km dari Bandar Narathiwat dan berdekatan Airport Narathiwat.
Apa yang menarik disini adalah lokasinya yang berada di tepi pantai yang cantik dan betul dibawah laluan kapal terbang hendak mendarat. Kena datang ikut jadual flight ya kalau nak time tu.
Google Maps : Summer Thon, Narathiwat
Geng OOTD boleh singgah disini untuk bergambar di dalamnya. Boleh tahan cantik port untuk bergambar disini setanding Kampung Agong yang terletak di Pulau Pinang.
Yuran masuk : 20Baht/RM2.60 seorang
Google Maps: Pai Na Nara
Resort ni ditemukan secara tak sengaja sebab bemal tidak membuat tempahan. Cek dalam maps hotel berdekatan, pergi ke dua hotel tanya dah full. Yang ni je ada kosong lagi. Tempat memang cantik, redup dengan pokok sekeliling resort.
Harga pun murah dengan bilik dia macam hotel 4 bintang, sangat selesa. Yang penting tandas dia bersih dan luas.
P/S: ada bagi makanan dan minuman dalam bilik. Kalau makan kena bayar ya.
Harga Bilik King Size : 550Baht/RM72
Lepas maghrib keluar cari makan di pasar malam yang terletak di tepi sungai Bang Nara. Pelbagai makanan yang sedap dan menarik disini sama seperti di Pasar Malam di Hatyai juga.
Bezanya di sini boleh makan di dataran tepi sungai sambil melihat kapal-kapal yang lalu disaksikan rembulan.
Google Maps : Rim Khuean Market
Breakfast pilih dengan Nasi Kerabu sebab menu ini tersohor di Narathiwat. Terletak kira-kira 25km dari Bandar Narathiwat.
Nasi kerabu golok dia memang sedap tapi yang penting lagi suasana kedai ni memang tenang mengusik jiwa. Datang awal ya kedai hanya beroperasi 3 jam dari jam 7-10pagi waktu Thai.
Google Maps : https://maps.app.goo.gl/UE135LnFceHyHubGA
Kalau anda peminat makanan berasaskan kelapa seperti bemal. Sebelum singgah kedai nasi kerabu, bemal cadangkan anda berhenti di gerai ini beli jeli kelapa dan dadih kelapa.
Dadih kelapa tu memang rasa dia cukup dengan manis berlemak dia tu, tak jumpa di Malaysia. Dah berkali-kali repeat tetap tak puas makan.
Pantai Narathat, destinasi wajib singgah jika ke sini. Datang sebelah petang sikit kalau ke sini. Boleh makan-makan dan membeli belah.
Google Maps : Narathat Beach
Yang ni asal masuk je ke Thailand anda mesti kena singgah dalam ni. Tak kisah mana² kawasan di Thailand pun. Wajib cuba Air Kopi + Coklat isi sendiri, Hotdog, Roti, dan Colek Pauh. Dalam ini tak semua halal ya. Cek logo halal dulu sebelum beli.
Peminat kuih muih kena cuba disini. Tapi kuih sini manis-manis ya. Kedai-kedai kuih banyak di sepanjang jalan yang bemal akan kongsikan lokasi dia ya.
Google Maps : https://maps.app.goo.gl/ehfr9upMevZC1Bmf9
Tempat-tempat menarik lain tapi tak sempat nak pergi atau masih tutup.
Kalau Hatyai ada Floating Market, Narathiwat pun ada tau. Cuma terbalik orang jual atas darat, orang makan atas air. Hanya buka pada hari jumaat dan sabtu sahaja ya.
Google Maps : Yakang Local Market
Nak pergi Summer Thon jumpa cafe ni dulu. Berdekatan Airport Narathiwat. Cafe dengan suasana seperti berada di dalam kapal terbang.
Nak masuk pun dapat tiket kapal terbang.
Google Maps : Laebin Cafe
Pelopor pertama buffet halal di Narathiwat. Cukup terkenal Nasir Buffet ni. Sekarang masih lagi No.1 tapi bajet kena lebih sikit lah.
Google Maps : อาคูว Akhoo cafe &Restaurant, Narathiwat
Kalau balik petang dari Narathiwat ke Rantau Panjang boleh singgah di kedai ini. Beli bekal roti canai ala² roti tempayan. Roti dia tu tebal tak seperti roti canai biasa tetapi tekstur dia lembut dan gebu.
Google Maps : https://maps.app.goo.gl/gPKmveP4ySQBNsiE6
Jadi selepas ini mungkin anda boleh ajak keluarga ke Narathiwat pula ya, asyik ke Hatyai saja. Cubalah tempat baru di Thailand.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hamparan pasir luas, batuan putih berbentuk cendawan dan langit biru tanpa penghujung menjadikan destinasi ini kelihatan seperti sebuah planet asing.Terletak di Gurun Barat Mesir,...