Pulau Bali atau turut dikenali sebagai Pulau Dewata sering menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia. Mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati, bercuti ke sini juga memberi peluang para pelancong mengenali dengan lebih dekat budaya masyarakat Bali yang rata-ratanya beragama Hindu.
Asyrafiah Sabri berkongsi dengan pembaca di Grup Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM) tentang kunjungannya ke pulau yang terletak di Indonesia itu. Percutian selama 5 hari 4 malam itu memberi peluang kepada wanita ini untuk menyaksikan sendiri pertunjukan tarian yang popular di sana seperti Barong Dance dan bergambar di Paluang Cliff dan juga Kelingking Beach.
Memang tak sah kalau ke Bali tak shopping. Banyak juga barangan yang murah dan tiada di negara kita untuk anda dapatkan. Bali juga turut terkenal dengan aneka pilihan kopi pelbagai perisa termasuklah kopi luwak.
Tak lepaskan peluang untuk merasa semua itu ketika berada di sana, wanita ini juga turut berkongsi tip shopping di pulau tersebut.
Ikuti perkongsiannya!
TOTAL KOS TRIP BALI 5H4M
Baru berkesempatan nak kongsi, berapa total kos bercuti ke Bali haritu.
Flight return by Malindo: KUL DPS KUL RM1,160. saya beli 2 bulan sebelum fly.
Asalnya kalau beli 3 bulan sebelum, harga return boleh dapat RM800 tapi sebab isu partner travel ghosting kan mesej dan tunggu dia, akhirnya delay beli tiket dan harga pun naik.
Please eh, jangan buat orang macam tu. Tak boleh ke mana pun dalam hidup kalau ada attitude macam tu.
2. Ground trip : RM 1,071.
Pakej ni termasuk transport, hotel selama 5 hari 4 malam berserta sarapan, entrance fees kebanyakan tempat tarikan, makan 3 kali sehari halal food (breakfast hotel, lunch, dinner).
Waktu sampai dan hari balik ke Malaysia je makan sendiri tapi tak mahal kos makan kat sana. Dan tak susah cari makanan halal.
Entrance fees ke Paluang Cliff, IDR 30,000 (RM8.50)
Entrance fees ke Klingking Beach, IDR5,000 (RM1.50)
Entrance fees ke Paluang Cliff dan Klingking Beach tu kena bayar untuk spot bergambar.
Ads
Saya suggest, bayarlah. Sebab pemandangan kat situlah yang orang selalu highlights kan bila sebut “Bali”.
5. Shopping
Part ni adalah part sensitif Tak boleh nak bagitau berapa habis pada shopping sebab Asyrafiah dan shopping berpisah tiada.
Cuma saya ada share tempat-tempat best dan tip untuk shopping di Bali
TIPS SHOPPING DI BALI.
BETTER GUNA KAD @ CASH UNTUK BERBELANJA?
Penggunaan kad ni antara benda yang saya nak tahu dan ambil tahu sebab taknak bawa cash banyak-banyak.
Saya pulak jenis kalau dah masuk tempat shopping, macam hilang pedoman sikit, tapi yelah saya kalau shopping memang banyak. Family ramai (alasan )
Ada tempat yang boleh bayar guna kad tapi biasanya bersyarat lah. Contohnya shopping di Krisna. Bayaran guna kad debit minimum perbelanjaan IDR50,000 (RM15+-) Kalau kredit kad, kena spend minimum IDR100,000 (RM30+-)
Saya guna jugak kad bila pergi Mini Mart (macam Speedmart kita). Minimum spend IDR50,000 baru boleh guna kad.
Ads
Dekat tempat kopi luwak, boleh guna kad, tak ada minimum pembelian. Tapi ada cas 2% gitu.
Sediakan je cash sebab haritu nak bayar barang kat IndoMaret (macam Speedmart tu) ada yang tak boleh bayar guna kad. Oh ye, kad tu saya guna BigPay.
Dan macam masuk toilet kat area pantai-pantai tu, off course lah kena guna cash.
TEMPAT SHOPPING DI BALI
Bali ni dia takde lah kain lace murah-murah ke apa. Dia more to silver jewellery dan juga jajan-jajan berasaskan pisang.
Kebanyakannya orang nak beli ole-ole akan ke Krisna. Sana lengkap semua ada. Harga pun not bad.
Tapi Krisna ni ada 3 cawangan. Cawangan paling saya suka, Krisna Sunset Road sebab ada banyak pilihan baju yang ada tulisan Bali tu boleh jadikan hadiah untuk family.
So saya share tempat-tempat best untuk shopping:
[ KRISNA ] ; T-shirt, keychain, beg, pie susu, pie pisang.
Ads
[ UC SILVER ] ; ada jual macam-macam jenis silver jewellery. Kalau tak dan nak ke situ, dekat Krisna pun ada.
[ BALI BANANA ] ; Banana Kek, kerepek dan pie yang diinovasi dari pisang, nangka dll.
[ ALAS BALI PLANTATION ] ; Macam-macam jenis flavour kopi dan teh yang ada dijual. Kopi luwak dan kopi Bali adalah top choice.
Gambar kat bawah ni masa saya kat Alas Bali Plantation. Lepas di tunjuk cara penghasilan coffee handmade, mereka bagi rasa semua jenis kopi dan teh yang ada.
Seronok hah boleh rasa dulu sebelum decide nak beli kopi atau teh yang mana. Saya beli durian coffee & avocado coffee sugar free. Lembut je rasa kopi dia.
Nak beli kopi yang ada gula pun, ada dijual. Harga teh dan kopi yang ada gula lebih murah dari yang sugar free. But I stand with my non-sugar coffee lah off-course.
Overall saya rasa harganya okaylah sebab saya memang malas nak plan sendiri ke mana ke mana bila kat Bali. Baru habis dari kesibukan kerja kan.
Kesempatan untuk menonton sendiri perlawanan piala dunia tahun ini yang diadakan di Qatar pastinya satu kenangan yang indah untuk dikenang.
Perancangan yang telah dibuat lebih setahun yang lalu untuk menyaksikan sendiri beberapa perlawanan bola di Qatar akhirnya terlaksana. Alang-alang dah sampai ke bumi Arab, Izzroy Isahak tak lepaskan peluang juga untuk mengerjakan ibadat Umrah secara DIY.
Mengakui perlu mengeluarkan kos yang agak tinggi kerana harga tiket untuk menyaksikan perlawanan piala dunia yang agak mahal, namun itu semua satu memori yang terbaik untuk disimpan.
Jom tengok gambar-gambar Izzroy dan itinerari yang dikongsikan sepanjang trip sembilan hari lapan malam di Qatar, Mekah dan juga Madinah.
Trip Fifa World Cup Qatar 2022 + Umrah DIY 2002
Alhamdulillah, selesai trip idaman kami yang kami telah merancang dari tahun lepas. Dah boleh pangkah Fifa World Cup dan Umrah dalam bucket list kami.
Pengalaman ketika bercuti pastinya satu kenangan yang akan dikenang selain momen indah yang dicipta sepanjang percutian. Terlepas pesawat, tertinggal bas, kehilangan duit atau passport antara insiden yang pasti buat traveler berasa kusut seketika.
Semua perancangan hilang dari fikiran bila ada insiden yang tak diingini berlaku semasa bercuti. Itulah yang dikongsikan oleh Norsazlizawati Md Ali ketika bercuti ke Eropah tahun lalu.
Pengalaman mahal menurut wanita ini apabila tertinggal bas di Paris dan terpaksa membeli tiket baharu dengan kos berharga RM1800. Turut berkongsi itinerari sepanjang percutiannya bersama suami dan dua orang anak, sememangnya insiden sebegitu satu pengalaman yang akan dikenang tiap kali bercuti.
Ikuti perkongsian wanita ini:
Tertinggal Bas Di Paris, Beli Tiket Bas Baharu Bernilai RM1800
Tertinggal bas untuk ke Munich dari Bercy Seine Bus Station, Paris adalah peristiwa yang tidak dapat dilupakan dan merupakan pengalaman yang ‘mahal’ harganya. Mana taknya, kos pembelian tiket baharu untuk ke Munich akibat tertinggal bas 2 kali ganda lebih mahal berbanding tiket bas yang telah dibeli. RM1800 terbang melayang untuk pembelian tiket bas yang baharu.
Pada September 2022, saya bersama suami dan dua orang anak berusia 13 dan 7 tahun telah ke Eropah (Switzerland, Itali, Perancis dan Jerman) secara DIY. Berikut merupakan itinerari lengkap untuk percutian tersebut.
Itinerary Europe (Swiss, Milan, Paris, Munich): (2-11 Sept 2022)
2 Sept-
(2.40 a.m – 2.20 p.m)
– Penerbangan ke Geneva Airport. Transit di Abu Dhabi Airport selama lebih kurang 3 jam. Tiba di Geneva pada jam 2.20 p.m (waktu tempatan)
– Ambil tiket ke keretapi ke Luzerne yang mengambil masa sekitar 3 jam. Kami menggunakan ‘4 days Swiss Travel Pass (CTP)’ yang telah dibeli secara dalam talian sebelum trip melalui laman web https://www.swiss-pass.ch .
– daftar masuk di Holiday Inn, Kriens Mattenhof, Luzerne. Sangat selesa kerana hanya terletak sekitar 200 meter dari Stesyen Kriens Mattenhof, berhampiran dengan mini market dan terdapat banyak restoran di sekitarnya.
– rehat, makan dan tidur.
3 September 2022
– bersarapan di hotel.
– pusing-pusing Luzerne Town.
– Naik cruise ke Alpnachstad untuk ke Mount Pilatus. (Tiket cruise termasuk dalam STP)
– Pemandangan sepanjang perjalanan yang sangat cantik.
– Sampai di Alpnashstad, naik train ke Pilatus Bahn (termasuk dalam STP). Kemudian naik cogwheel train ke Mount Pilatus (25% dengan STP). Ini ialah landasan ‘cogwheel’ yang paling curam di dunia dan menyajikan pemandangan yang sangat memukau. Memang tidak akan mengecewakan.
– Sampai di puncak, kami makan dan minum sambil merakamkan kenangan di sana.
– turun semula ke bawah dengan kereta kabel. (termasuk dalam STP)
– ambil bas dan train ke hotel. (termasuk dalam STP)
– balik hotel, kami makan dan berehat untuk aktiviti pada hari esok.
4 September 2022
– Seawal pagi kami mula bergerak untuk trip 1 hari ke Interlaken.
– Kami menaiki train ke Interlaken. (Termasuk dalam STP)
– Beli-belah in Interlaken.
– Interlaken menyajikan pemandangan yang sangat cantik.
– Jangan risau tentang makanan halal kerana terdapat beberapa restoran halal di situ. Kedai serbaneka juga terdapat di situ.
– Selesai di Interlaken, kami ke Lauterbrunnen.
– Lauterbrunnen merupakan antara perkampungan yg tercantik di dunia. Ia sangat cantik dan bersih.
– Balik dari Lauterbrunnen kami pusing-pusing lagi di Luzerne Town dan beli sedikit cenderamata.
-balik hotel dan berehat.
5 September 2022
– 1 hari trip ke Zurich menaiki train.
– naik river cruise dan pusing-pusing sekitar Zurich. (Termasuk dalam STP)
– shopping lagi sampai pitam
– Kami makan piza ‘poulet’ iaitu pizza ayam yang sedap di Zurich.
– Beli-belah di Zurich. (Harga cenderahati di Zurich lebih murah di sini).
– Balik ke Luzerne Town.
– Pusing-pusing Luzern lagi. ‘Last shopping’ di Luzern sebelum berangkat ke Milan pada hari esoknya.
6 September 2022
– Daftar keluar.
– Ambil bas ke Milan yang mengambil masa sekitar 3 jam.
– Tiba di Lampugnano Station, Milan, terus beli ‘tourist pass’ untuk 1 hari. Satu kad berharga 7euro. Kanak- kanak naik train secara percuma di sana.
– Ambil Metro dari Lampugnano Station ke Crescenzago Station (subway di Milan) untuk ke Agape Hotel. Hotel ini mendapat rating yang tinggi di Agoda. Sangat selesa.
– Kami rehat sebentar. Makan ready to eat food dan solat.
– Tiba-tiba, kakak terkunci dalam toilet pula. Staf hotel datang tolong bukakan pintu. Aduhai, macam-macam hal.
– lepas solat, keluar dan terus ke Duomo Catedhral, salah satu tempat yang banyak dikunjungi di Milan. Dari Stesyen Crescenzago terus ke Stesyen Duomo.
– pusing pusing di sekitar Duomo.
– makan di salah sebuah restoran halal yang dimiliki seorang rakyat Palestin. Memang sedap. Tapi, jangan berani berani ‘convert’ duit ke matawang RM. Hehe
– balik bilik dan rehat.
7 September 2022
– Daftar keluar dan pusing-pusing di Milan. Hari ni kami pusing-pusing lagi di sekitar Duomo dan Galleria Emmanuel.
– shopping lagi.
– makan di Turkish Restaurant. (Jangan risau, banyak juga restoran halal di sekitar Duomo ni).
– Ambil bas bermalam di Paris.
– Awal pagi sampai di Bercy Seine Station, Paris.
8 September 2022
– Sampai di Bercy Seine Station, kami berjalan sekitar 320 meter untuk ke stesyen Metro di Paris. Kami beli beli day pass yang cover zone 1-5 di sekitar Paris bernilai 14euro setiap satu.
– Kami ambil Metro dari Stesyen Bercy Seine ke Stesyen Porte De Clichy untuk ke hotel.
– Daftar masuk di Novotel 17 Paris. Alhamdulillah.
– berehat sebentar untuk solat dan lurus-lurus kaki.
– kemudian keluar untuk ke Eifel Tower.
– pusing pusing dan shopping.
– balik hotel dan berehat.
9 September 2022
– Daftar keluar pada jam 11. Kebanyakan waktu daftar keluar di Eropah ialah pada jam 11 pagi.
– makan makanan yang dimasak sebelum keluar.
– pusing- pusing lagi di sekitar Eifel Tower.
– shopping. Harga cenderahati di Paris jauh lebih murah berbanding di Swiss dan Milan.
– Leka betul membeli-belah di Paris. Kami bergegas untuk ke Bercy Seine Bus Station untuk ke Munich, Jerman.
– Sesampainya kami di stesyen, bas tersebut telah mula bergerak meninggalkan stesyen.
– Kami berempat ambil masa untuk bertenang seketika, kemudian mula menuju ke kaunter bas untuk beli tiket baharu.
– Kami beli tiket baharu yang akan ke Munich pada malam itu juga. Maka, terbang melayang RM1800 untuk 4 orang.
10 September 2022
– Awal pagi sampai di Munich.
– Kami rasa ‘welcomed’ di Munich kerana terdapat restoran halal di stesten bas. Stesyen bas bersambung dengan stesyen kereta api.
– Kami beli tiket kereta api sehala ke hotel.
– Daftar masuk di Novotel Hotel, Munchen.
– Berehat di hotel je malam tu.
11 september 2022
– ambil ‘shuttle bus’ dari hotel ke Munich Airport secara percuma.
– pusing-pusing di airport dan beli cenderahati dari Jerman untuk dibawa pulang.
– Terbang balik ke Malaysia.
– Alhamdulillah, selamat tiba di Malaysia pada 12 September 2022.
Perbelanjaan kasar:
1. Tiket kapal terbang (3 dewasa, 1 kanak-kanak)- RM15300 Saudia Airlines
2. Hotel- RM9000 (Swiss, Itali, Perancis, Jerman)
3. STP- RM2700 (Elysh dan Eryf percuma kerana di bawah 16 tahun)
4. Bus ke Milan – RM500
5. Bus ke Paris- RM1128
6. Bus ke Munich – RM818 ( tiket bas kami beli awal secara dalam talian melalui www.flixbus.com)
7. Bus ke Munich (tiket baharu)-RM1800
8. Toilet sekali masuk 1.5CHF di Swiss aka RM7-RM8. Di Europe harganya 1euro setiap kali masuk. Convertlah sendiri. Masuk toilet pun guna debit card.
Makan dan beli-belah bergantung individu dan bajet.
Nak kata ini trip bajet, tidak juga. Ini trip yang selesa untuk kami sekeluarga. Nasihat saya, jika mahu travel secara DIY, memang perlu rajin buat research dan study setiap perkara dari segi hotel, pengangkutan, makan, tempat yang ingin dilawati dan sebagainya. Bagi saya, apa yang membuatkan saya seronok untuk travel secara DIY ialah saya dan suami berkongsi tugas. Setiap dari kami punya tugas masing-masing untuk buat research dan study. Baharulah sesuatu percutian itu menjadi momen-momen terindah. Memang perlu tahap kesabaran yang tinggi kerana tidak semua akan jadi indah seperti yang kita bayangkan. Jadi, perlu bersedia dari segi fizikal, mental dan material juga. Apa yang lebih penting, setiap trip DIY yang kami lakukan menjadikan kami insan yang lebih bersyukur.
“Semahal-mahal harga yang perlu dibayar untuk setiap percutian, mahal lagi pengalaman yang dapat dikutip di sepanjang perjalanan.”
Terlalu banyak untuk dikisahkan. Tunggu buku keluarlah ye. Baru ada cover buku je. Tah bila nak siap, tak tahulah…
Kesempatan pulang ke tempat kelahiran suami di Srinagar, Kashmir India sebaik sahaja pintu sempadan dibuka menjadi detik manis buat Noorule Inie Osman. Kebetulan tarikh yang dipilih jatuh pada bulan Ramadan, dapatlah wanita ini menyambut kedatangan bulan mulia di sana.
Walaupun bukan pertama kali, ia tetap menjadi kenangan manis buat Noorule dan pasangan. Dapat melawat keluarga tersayang setelah pandemik melanda, pasti terubat kerinduan yang telah kian lama dipendam.
Menurut Noorule perjalanan kali ini agak lama daripada kebiasaan, kerana perlu melalui banyak perjalanan yang berliku. Tapi apa yang menarik, kedatangannya kali ini pada April yang biasanya peralihan ke musim bunga, sempatlah dia ke Taman Tulip yang terbesar di Asia.
Lebih menarik, Noorule juga sempat berkongsi juadah berbuka puasa orang Kashmir yang nampaknya cukup menyelerakan.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kashmir selepas pandemik agak mengambil masa yang panjang. Kebiasaannya hanya melalui masa 6 jam penerbangan dari KL-Delhi dan 1j 30minit dari Delhi-Srinagar. Ini catatan buat diari muka buku.
Perjalanan penerbangan KL-Srinagar
Klia 2 (AirAsia) – Bangalore; 4jam 30minit. Tiba di Bangalore jam 10.30mlm (waktu India) pada 1 April 2022
Bangalore (Indigo) – Delhi; 3jam 45minit. Tiba di Delhi jam 3.30pagi (waktu India) pada 2 April 2022
Menaiki bas shuttle dari Terminal 1 ke Terminal 3 Indira Gandhi International Airport; 15minit.
Delhi (Indigo) – Srinagar; 1jam 30minit. Tiba di Srinagar jam 9pagi (waktu India) pada 2 April 2022
Agak berliku perjalanan kali ni tetapi alhamdulillah di permudahkan dalam segala urusan. Terutama proses imigresen kemasukan di India.
Apa proses kemasukan ke India post-covid?
wajib ada Visa India ye (untuk Malaysia, e-Visa masih belum diaktifkan)
isi borang di website SuvidhaAirport dan print siap2 (diperlukan bila di airport Malaysia dan juga di airport India)
print siap2 Vaccine Cert anda (memudahkan utk urusan perjalanan)
tiada Kuarantin, tiada insurance coverage diperlukan dan tiada swab test (kecuali di Srinagar tetapi hanyalah setakat ujian air liur saja – FOC)
Ramai tanya proses semuanya sejak saya tuba di Kashmir semalam. Jadi pesan saya, jika nak melancung ke Kashmir selepas raya…..insyallah tiada masalah tiada sekatan atau kepayahan memerlukan test, insurance atau sekatan jenis vaccine.
Tulip Garden Terbesar di Asia
Sebabkan berada di luar negara kan, ambil kesempatan la jalan-jalan walaupun rumah mertua
Itu yang menjadi tarikan utama setiap April tiba. Ramai Malaysian sebelum ni akan penuhi
Kashmir pada bulan April. Taman ini hanya akan dibuka setahun sekali sahaja. Tak mustahil la menjadi tumpuan pelancong.
Panas still panas tapi di Srinagar suhu hanya setinggi 20 celcius dan kering. Maka tidaklah rasa terlalu dahaga
Salam Ramadhan dari perantauan dan Selamat Berbuka buat semua di Malaysia.
Menu Ramadan Orang Kashmir
Berada di Kashmir buatkan saya merindui kemeriahan Bazar Ramadhan di Malaysia walaupun sebenarnya ini bukanlah pertama kali saya menyambut Ramadhan di Kashmir.
Jom saya share beberapa hidangan special Kashmir di bulan Ramadhan
minuman wajib bila berbuka adalah Babri-byol. Sejenis minuman campuran susu, basil seed dan juga isi kelapa.
pemanis mulut Seviyan. Sejenis pemanis mulut yang diperbuat dari Vermicilli dan campuran beberapa kekacang. dan semestinya Kashmir Wazwan.
Nak bercerita tentang wazwan ni boleh amik masa jugak sebab ia mempunyai belasan jenis hidangan.
Mereka di Kashmir, akan mula berbuka dengan hidangan Babri-byol, kurma dan buah-buahan. Selepas solat Maghrib, barulah mereka akan mulakan hidangan utama mereka.
Apa paling unik Ramadhan di Kashmir…..adalah kejutan sahur. Akan ada tukang kejut sahur dengan ketukan drum dan laungan ‘waqt-e sahar’ di setiap ceruk jalanan di bandar dan di kampung.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...