Boleh dikatakan hampir segenap lapisan warga kota mengetahuinya kewujudan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) atau dikenali sebagai Taman Botani Kepong. Mungkin juga ada kalangan mereka menjadi pengunjung tetap pada setiap hari atau minggu. frim.
Dengan kehijauan memukau yang meliputi kawasan seluas 1,528 hektar dan terletak kira-kira 16km barat laut Kuala Lumpur atau setengah jam perjalanan dari pusat bandar, memberi peluang kepada semua yang ingin mengalami suasana berjalan dalam hutan hujan tropika. Buat pencinta segala jenis tumbuhan, ini adalah lokasi ideal buat kalian. Jika tidak, FRIM masih lagi ‘boleh’ menjadi destinasi menarik kerana ada tarikan lain yang sedia menanti.
Menjejakkan kaki di FRIM ternyata bukan hanya terasa damai sekali apabila berada di tengah-tengah rimbunan kehijauan itu tetapi takjub dengan susunan landskap perhutanan FRIM. Melawati denai hutan secara semula jadi ataupun ingin sesuatu yang lebih memuaskan, mungkin boleh merentas hutan melalui jambatan tergantung. Dari sini, pengunjung boleh menyaksikan pelbagai flora dan fauna liar. Berada di titian kanopi tersebut, selain berpeluang melihat penghuni rimba, pengunjung juga dapat melihat panorama bandar raya KL, walaupun dari jarak jauh.
Ads
Bagi pengunjung yang mencari tempat untuk beriadah atau bersantai, FRIM turut menyediakan tempat seumpama itu iaitu sebuah kawasan air terjun di Sungai Kroh. Mungkin juga, anda seorang yang suka berjoging atau berbasikal lasak, di FRIM juga adalah lokasi yang sesuai.
Ads
Ads
Foto: FRIM | Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pulau Pinang destinasi pelancongan terkenal dan dikunjungi ramai. Namun masih ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan sebuah masjid terapung di Tanjung Bunga atau dikenali dengan panggilan Tanjung Bungah. Walau bagaimana pun masjid ini tetap menggamit pelancong tempatan dan luar negara untuk singgah sejak ia dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2007. Kedudukannya yang strategik iaitu dalam perjalanan menuju ke Batu Feringghi menjadikan masjid berkenaan sebagai tempat persinggahan di kalangan pengujung bukan sahaja untuk solat malah bagi merehatkan badan sambil bersantai.
Keadaannya yang terapung atas permukaan air laut cukup unik dan indah dipandang oleh sesiapa sahaja. Reka bentuknya yang unik sememangnya mengagumkan manakala kubah pula berbentuk aerodinamik, sesuai dengan persekitaran lautan. Keunikan masjid terapung diperkukuhkan lagi dengan menara azan setinggi tujuh tingkat yang dihiasi dengan ukiran kayu jati dan seni khat kaligrafi dari Indonesia.
Masjid dua tingkat ini mampu memuatkan 1,500 jemaah dilengkapi ruang solat utama, ruang solat wanita, tempat mengambil wuduk serta bilik menguruskan jenazah.
Info Pembinaan masjid dengan kos pembinaan bernilai jutaan ringgit itu bertepatan dengan keperluan penduduk setempat apabila penduduk kawasan itu semakin bertambah dengan wujudnya penempatan baru mangsa tsunami pada tahun 2004 yang terletak bersebelahan masjid tersebut.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Masuk Kedah, wajib singgah Gunung Jerai. Tempat bertenang yang anda pasti suka dan teruja tengok pemandangannya. Eh, aktiviti pun menarik kalau masuk sini!
Lokasi Gunung Jerai sangat mudah untuk dicari. Kalau ikut Lebuhraya Utara Selatan PLUS, ikut sahaja susur keluar di persimpangan Gurun/Sik. Cari Jalan ke Guar Chempedak/Alor Setar dan Gunung Jerai di sebelah kiri.
Gunung Jerai Pun Ada Strawberi
Mungkin ada yang sudah tahu kalau nak naik ke atas puncak Gunung Jerai boleh naik dengan kenderaan sendiri seperti kereta & motor, tapi parking di atas agak terhad.
Atau boleh juga parking kenderaan di bawah (kaki gunung Jerai) dan naik ke puncak dengan servis van shuttle yang disediakan dengan harga bayaran RM10 seorang atau RM80 satu van untuk perjalanan pergi balik.
Owh ya, macam-macam jenis gaya dapat dilihat masa nak pergi sebab ada yang pergi naik kereta, motor, basikal dan ada jugak yang berjalan kaki atau hiking sepanjang 12 KM perjalanan ke puncak.
Sebelum nak naik pastikan periksa atau kaji cuaca dulu sebab kalau berkabus, mendung dan nak hujan memang tak dapat view yang cantik.
Lagi pun agak bahaya untuk naik ke Gunung Jerai ketika waktu hujan kerana keadaan jalan yang licin dan banyak berselekoh tajam. Seeloknya naik awal pagi selepas Subuh untuk cuaca yang lebih baik.
Gunung Jerai yang sekarang bukanlah Gunung Jerai yang seperti dahulu. Kalau dulu naik Gunung Jerai tak tahu nak buat apa, sekarang ni ada banyak benda atau aktiviti yang boleh dilakukan di sini.
1. Jerai Skyview
Tarikan terbaru di Gunung Jerai yang baru dibuka awal bulan Disember tahun 2023 yang lepas. Sejenis platform yang diperbuat dari cermin kaca lutsinar menghadap hamparan sawah padi daerah Yan.
Yang gayat atau ada masalah anxiety memang tak digalakkan naik. Boleh lembik lutut duduk atas ni. Harga bayaran RM8.00 seorang dan pada satu masa hanya 25 orang sahaja yang boleh berada di platform ni.
Sesuai bagi mereka yang kaki OOTD untuk bergambar berlatarbelakang langit yang membiru.
2. Bermalam di Jerai Hill Resort
Satu-satunya resort yang terdapat di puncak Gunung Jerai yang diberi nama ‘Jerai Hill Resort’. Terdapat sebanyak 75 bilik di sini. Suasana sekitar sangat cantik dengan pokok-pokok bunga beriklim sejuk.
Biasa orang naik Gunung Jerai balik hari (daytrip) je. Tapi apa salahnya kalau nak bermalam di sini. Harga bilik sekitar RM3++ /malam untuk 2 orang siap sekali dengan sarapan. Yang sukakan kedamaian, kesunyian & kedinginan sangat sesuai la datang sini.
3. Ladang Strawberi (Strawberry Farm) Gunung Jerai
Mesti tak tahu kan dekat Gunung Jerai pun ada ladang strawberi? Dah tak payah kalut dah buat semak jalan nak pi Cameron Highland.
Ladang Strawberi pun terletak dalam kawasan berhampiran Jerai Hill Resort. Jalan kaki sahaja untuk ke sini. Masuk percuma sahaja cuma kalau nak duduk di meja dan kerusi yang disediakan kena la beli sesuatu.
Ada dijual minuman dan aiskrim berasaskan strawberi. Contohnya macam aiskrim RM4.00. Di sini jugak terdapat ratusan pasu pokok strawberi yang ditanam, tapi tak nampak buahnya lagi. Mungkin dah dipetik, atau pokok baru nak membesar.
Ya, boleh makan ais krim strawberi, beli fresh flower, dan jangan lupa beli strawberi fresh terbaik dari ladang. Strawberi putih yang viral pun ada. Di sini ada banyak produk makanan yang dibuat daripada buah strawberi, mesti rambang mata nak try yang mana.
4. Jungle Coffee Shop
Di dalam redupan hutan Gunung Jerai, siapa sangka ada kedai kopi kecil yang sangat estetik dan menarik. Terletak tak jauh dari tempat parking, boleh cari kedai kopi ni dekat dengan Taman Dinasour.
Layan emosi sambil minum kopi dengan angin bukit yang bertiup.
Itulah antara 4 aktiviti yang anda boleh cuba kalau ke Gunung Jerai. Kalau sempat lepas turun dari Gunung Jerai waktu tengahari, boleh cuba makan di Top D’Gurun, dekat sahaja dengan area kaki Gunung Jerai.
Ramai yang sukakan keindahan Jepun terutama melihat keindahan Bunga Sakura yang menjadi ikonik negara tersebut.
Namun dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih tidak membenarkan mana-mana individu merentas negeri, percutian dalam negeri sebenarnya masih banyak untuk diterokai.
Salah satunya ialah Taman Persahabatan Selangor – Jepun yang memaparkan keindahan negara tersebut. Dibuka secara rasmi pada 12 Mac lalu, -Taman Persahabatan Selangor – Jepun seluas 242.7 meter persegi di Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14, dibuka secara percuma untuk kunjungan orang ramai.
Berdekatan dengan Dataran Merdeka Shah Alam dan Muzium Shah Alam, taman ini merupakan simbolik dan penghargaan kepada negara Jepun yang telah lama kekal setia menjadikan negeri Selangor dan bandar raya Shah Alam khususnya sebagai destinasi pelaburan.
Dalam ucapan kepada media sebelum ini, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata, idea pembinaan taman dicetuskan kerajaan Selangor pada tahun 2018 apabila melihat banyak dari Jepun yang melabur di negeri itu.
“Syarikat besar seperti Panasonic, Canon, Matshushita dan lain-lain lagi telah membuka kilang di sekitar bandar raya Shah Alam.
“Ini adalah salah satu cara untuk kita mengucapkan terima kasih kepada pelabur Jepun kerana memilih Selangor sebagai destinasi pelaburan mereka,” katanya yang menganggapan pembukaan taman ini sebagai simbolik keakraban di antara kerajaan negeri dengan pelabur Jepun.
Dipenuhi budaya kedua buah negara, di Taman Persahabatan Selangor – Jepun bernilai RM3.8 juta ini terdapat tasik serta ketenangan saat beriadah di sini. Ini kerana antara tarikan utamanya ialah seni bina melambangkan elemen Jepun seperti Laman Zen, Kolam Maze dan Gerbang Torii Tsukubai.
Jadi pada hujung minggu, kalau mahu beriadah di sini, jangan lupa singgah di Taman Persahabatan Selangor – Jepun ini. Gambar sumber : FB MBSA
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...