Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Lokasi Ideal Habiskan Masa Cuti Sekolah Bersama Keluarga

Share

Apabila mempunyai anak-anak kecil, percutian bersama keluarga pasti berlainan dari sebelum ini, malah ia sebenarnya merupakan satu cabaran! Ibu atau ayah bukan sahaja perlu memikirkan jenis bilik untuk anak-anak, makanan yang sesuai untuk mereka, tetapi perlu merancang aktiviti yang sesuai dilakukan untuk orang dewasa dan si kecil supaya semua dapat menikmati percutian tersebut.

Yang mempunyai keluarga pasti faham bukan mudah untuk mencari penginapan yang selesa untuk anak-anak, apatah lagi buat keluarga yang besar! Percutian dengan kanak-kanak kecil akan menjadi pengalaman yang menarik apabila keluarga dialu-alukan dalam keadaan yang sesuai.

Photo: ademlock.com.my

Tidak perlu pergi jauh, Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur pilihan terbaik untuk percutian anda sekeluarga ketika cuti sekolah. Tersergam di tengah kawasan Kampung Baru, Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur adalah lokasi penginapan bertaraf empat bintang dengan pemandangan yang menarik dari jendela kamar.

Tamu Hotel & Suite Kuala Lumpur menawarkan 276 bilik termasuk suite yang berkonsep moden. Anda dan keluarga boleh membuat pilihan untuk menginap di bilik jenis unit kamar Standard Room, Deluxe Room, Junior Suite, Executive Suite hingga suite jenis apartment yang dilengkapi satu, dua dan tiga bilik tidur berserta wifi percuma. Bilik jenis apartment sangat dicadangkan jika anda mempunyai keluarga yang besar.

Berada di dalam kamar dikelilingi panorama kota pasti menggembirakan seisi keluarga terutama kanak-kanak.

Paling istimewa, kolam renang infiniti berlatar belakangkan bangunan pencakar langit yang terletak di aras 14 membolehkan anda dan keluarga menikmati suasana liburan yang ‘mewah’. Kolam renang ini dijuga diasingkan kepada beberapa bahagian tertentu iaitu kolam dewasa bahagian lelaki, kolam dewasa bahagian wanita dan kolam untuk kanak-kanak.

Percayalah, kanak-kanak adalah individu paling gembira berada di bahagian kolam renang ini. Jangan risau waktu mana sekalipun anak anda ingin berenang di kolam ini, mereka tidak akan terasa bahang panas matahari kerana kolam renang ini berbumbung dan mempunyai pengaliran udara yang baik.

Sekiranya lapar, anda tidak perlu keluar dari hotel untuk mencari sarapan, makan tengahari atau makan malam. Tamu Hotel & Suite Kuala Lumpur menawarkan beberapa restoran, lounge dan kafe dengan suasana berbeza.

  • Terletak bersebelahan dengan lobi daftar masuk, Tamu Junction Place dibuka sepanjang hari dari pagi hingga ke tengah malam untuk bersantai atau menjamu selera. Pelbagai menu lazat disediakan menggamit pengunjung dengan pelbagai sajian menarik seperti Cucur Udang, Lempeng Kelapa, Tamu Mee Rebus, Asam Laksa Utara, Tamu Mee Goreng Mamak, Tamu Kway Teow Goreng dan pilihan pasta.

  • Pengunjung yang suka akan masakan tempatan dan asli bolehlah berkunjung ke restoran Suasana@27 yang menawarkan pelbagai pilihan sajian yang lazat daripada air tangan chef berpengalaman. Sambil menjamu selera anda boleh menyaksikan panorama bandaraya Kuala Lumpur yang begitu indah.

  • Ruang makan peribadi turut disediakan di Sky Lounge, terletak di aras 40 dilengkapi dengan pelbagai menu di samping memaparkan pemandangan sekitar. Untuk makluman, penginapan di sini tidak menyediakan sebarang hidangan alkohol untuk tetamu.
Foto: rasa.com.my

Menarinya, lokasi strategik Tamu Hotel & Suite Kuala Lumpur membenarkan tetamu ke mana sahaja dengan mudah. Kalian boleh memilih berjalan kaki terus dari hotel tersebut menuju ke tempat menarik yang terdapat di kampung Baru. Kemudahan pengangkutan awam juga mudah untuk diakses jika anda ingin ke destinasi lain seperti Kuala City Center (KLCC), Menara Kuala Lumpur. Jika anda masih perlukan hiburan keluarga, pusat membeli-belah ada berdekatan dengan Tamu. Pusat membeli-belah ini hanya kurang 15 minit dengan berjalan kaki! Anda sekeluarga pasti tidak berasa bosan memilih untuk menginap di sini.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan whatsapp 016-2266844 (En Shaik)/ 011-63883599 (Pn Mia) atau atau layari tamuhotel.com

IKLAN