Tanjung Piai, Johor Destinasi ‘Paling Hujung Di Asia’

Share

Kalau di Sabah ada bahagian paling utara Borneo atau popular sebagai Tip of Borneo terletak di Kudat, Sabah. Di Johor pula ada destinasi paling hujung di Asia yang popular sebagai Tip of Asia iaitu Tanjung Piai, Johor.

Kalau ada yang belum tahu, ‘Tip of Asia’ ini berada dalam kawasan hutan paya bakau berkeluasan 900 hektar yang digazetkan sebagai Taman Negara.

Taman ini dibuka setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang pada Jumaat hingga Ahad dan cuti umum. Bagi Isnin hingga Khamis, operasi bermula jam 9 pagi hingga 5.30 petang. Ada harga tiket akan dikenakan untuk pengunjung dewasa kanak-kanak.

‘Tip of Asia’ bukan sahaja terletak paling selatan di Semenanjung Malaysia malah kedudukan lokasi itu berada paling hujung tanah besar Asia.

Port ini sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong untuk merakam foto kenangan di arca globe bersaiz besar sebagai ‘saksi’ mereka pernah menjejakkan kaki di lokasi paling hujung Asia. Dari lokasi ini juga pengunjung boleh melihat dua negara yang berbeza iaitu negara Singapura dan Pulau Pisang, Indonesia.

Aktiviti lain yang boleh pengunjung lakukan di sini ialah aktiviti air. Terdapat sebuah dataran dan ketika air pasang besar biasanya air akan melimpah, maka ramai pengunjung mengambil peluang untuk bermain air dan melakukan aktiviti sukan air.

Sumber & Foto: Perbadanan Taman Negara Johor

IKLAN