Tasik Kenyir Meriah ‘Giler’ Pada Musim Tengkujuh?

Share

Tasik Kenyir adalah tempat percutian hebat bagi pencinta alam semula jadi memandangkan ia dikelilingi hutan hujan tropika tebal. Dikelilingi hutan tropika yang luas, kawasan tasik buatan manusia ini terkenal dengan aktiviti memancing, menaiki bot, berkayak, meredah hutan, atau pemanduan pacuan empat roda.


.

Tahu atau tidak Tasik Kenyir ketika ini sedang dibanjiri pengunjung dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya kaki pancing ekoran penutupan kebanyakan pusat peranginan di Terengganu. Ia bagi menghadapi musim tengkujuh untuk tempoh beberapa bulan terutama dari bulan November hingga Januari.

Menariknya setiap kali pada musim tengkujuh, Tasik Kenyir bagaikan pesta kerana ramai kaki pancing yang turun berkampung di sini untuk menghabiskan cuti akhir tahun mereka.

.


.


.

Tasik Kenyir yang terkenal sebagai lubuk ikan air tawar akan menjadi tumpuan dalam kalangan kaki pancing kerana kebiasaannya pelbagai spesis ikan akan bertambah dengan banyak pada musim tengkujuh seperti Sebarau, Kelah, Temoleh, Baung, Lampan dan Belida.

Pelancong tidak perlu bimbang mengenai tahap keselamatan mereka ketika berkunjung ke Tasik Kenyir pada musim tengkujuh. Di sini tiada ombak seperti perjalanan ke pulau peranginan yang lain, malah pengusaha bot juga sudah berpengalaman luas beroperasi ketika musim tengkujuh dan sedia maklum mengenai langkah keselamatan yang perlu diambil mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan pihak berkuasa.

Mereka sentiasa memastikan aspek keselamatan pelancong diutamakan dan peka dengan perubahan cuaca semasa bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.


.


.

Menurut sumber Bernama, selain pakej pelancongan yang ditawarkan pengusaha rumah bot, kerajaan negeri juga tidak ketinggalan mempromosikan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara itu dengan penganjuran ‘Asean Monsoon Casting Tournament’ yang akan berlangsung pada 29 Nov hingga 2 Dis 2019 ini.

Ia adalah acara tahunan yang dianjurkan kerajaan negeri setiap kali musim tengkujuh yang dijangka dapat menarik lebih 300 penyertaan termasuk peserta dari luar negara seperti Indonesia, Thailand, Korea, Singapura dan Brunei.

IKLAN