Sebelum kita nak cerita pasal Tasik Kuari ni, jom kita ambil tahu dulu, apa itu kuari? Kuari ialah kegiatan atau lokasi perlombongan lubang terbuka bagi mendapatkan batu atau galian, biasanya di kawasan berbukit. Contohnya kita boleh lihat bagaimana proses letupan di kuari melalui video di bawah:
Batu kapur digali dari bawah. Agak² saiz macamni punya lombong, berapa dalam tu dari dasar?
Di Malaysia, lesen syarikat kuari dikeluarkan oleh kerajaan negeri kerana pentadbiran tanah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. Bongkah-bongkah batu diletupkan dan runtuh ke bawah. Seterusnya dihantar ke mesin pemecah batu supaya ia lebih kecil dan halus.
Asal Tasik Kuari
Hasil perlombongan dan letupan bukit, mengakibatkan jurang dan lubang yang dalam. Ini menyebabkan air bertakung. Kesan warna biru kehijauan adalah pantulan warna langit dan bayangan pokok. Air tasik kuari sangat jernih sebab tindak balas kimia batuan dan tanah kuari serta tiada lagi aktiviti manusia di kawasan berhampiran kerana biasanya kuari ini telah pun ditinggalkan.
Ads
Tasik kuari mungkin berkedalaman +-2m ke 20m dari permukaan dalam bergantung pada hujan dan jenis lombong. Air di kuari juga terbentuk dari air mata air atau akuifer. Tebing bukit tinggi dah cukup bahaya sebab takut tergelincir jatuh. Kalau dah jatuh, berdepan pula dengan air dalam. Banyak kes lemas di tasik kuari direkodkan.
Berdasarkan kajian, aktiviti perlombongan yang telah dijalankan pada masa lalu telah meningkatkan jumlah pepejal terlarut dan logam berat. Tapi ramai yang mandi, maklumlah memang cantik air siapa tak geram. Cuma risiko sendiri sebab kawasan kuari adalah kawasan larangan masuk.
Tarikan Tasik Kuari
Kecantikan tasik kuari biru menarik minat orang ramai bagi mengalaminya sendiri. Ramai yang rakam video dan gambar cantik untuk perkongsian. Antara tasik kuari biru yang diketahui di Malaysia:
Ads
Tasik Biru Bukit Ibam
Ini antara tasik kuari terbesar dan terdalam diketahui. Air dia memang biru tambahan datang waktu tengahari terik. (dipercayai sekitar 40m dalam)
Air jernih biru kehijauan. Foto: commoncourtesy28
Tasik Biru Tasek Gelugor, Guar Petai Pulau Pinang
Jernih biru kehijaun air, tayar serta sampah. Foto: arzmohaTebing sahaja dah cukup tinggi. Hati-hati kalau pergi kuari. Foto: tehobenglimauTasik ni mungkin paling unik sebab kawah yang banyak. Foto: subtlevisual
Tasik Biru Kangkar Pulai
Tebing tinggi. Kemudian korek lagi sampai ke dasar. Agak² berapa dalam tu? Foto: boon.z james
Tasik Biru Seri Alam Johor Bahru
Ads
Tebing tinggi. Kemudian korek lagi sampai ke dasar. Agak² berapa dalam tu?
Gambar keindahan Tasik Biru Seri Alam ini juga pernah diabadikan dalam sebuah majalah yang bernama ‘DCM Magazine’ pada December 2013. Dengan tajuknya ‘The Blue Lake of Seri Alam’ yang dirakam oleh Gani Masai. Gambar inin juga diterbitkan dalam majalah Dunia Kamera isu Februari 2013.
Tasik Biru Marang, Terengganu
Foto: kakikusukaberjalanNi cuma sebahagian kecil tasik. Ada lagi sebelah sana yang besar. Foto: kuih_siput
Tasik Biru Kampung Hutan Kelubi, Mukim Jabi Kedah
Air di sini mungkin belum naik paras tinggi. Kalau paras tinggi, orang Kedah kata hapuih Foto: kedahnewsFoto: kedahnews
Kecantikan dari kemusnahan
Lombong kuari ditinggalkan begitu sahaja, meninggalkan tasik biru cantik yang berbahaya. Namun memang ada perancangan selepas itu. Proses untuk membangunkan bekas lombong memakan masa. Beberapa bekas lombong dijadikan tempat rekreasi seperti Sunway Lagoon, The Mines, Taman Ampang Hilir kini menjadi tarikan orang awam.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Daerah Tampin, Negeri Sembilan yang bersempadan dengan negeri Melaka mungkin tidak sepopular destinasi pelancongan di Port Dickson, yang terkenal dengan pantai peranginan, namun daerah ini sebenarnya ada kehebatannya yang tersendiri seperti pelbagai tempat menarik bagi peminat sukan lasak dan ekopelancongan.
Terletak kira-kira 46 kilometer dari bandar Seremban dan 44 km dari Melaka, daerah ini mempunyai dua tempat menarik bagi peminat sukan lasak iaitu Tampin Extreme Park dan kawasan riadah serta mandi-manda iaitu Tampin Water Park. Malahan, kedua-dua kawasan berkenaan terletak berhampiran Gunung Tampin, yang sering menjadi tumpuan para pendaki baik dalam mahupun luar negara.
Kalau anda sedang ‘serabut kepala’ dan meminati sukan lasak boleh mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan seperti rock climbing, abseiling, flying fox, wall climbing dan tree climbing.
Di Semenanjung Malaysia, Tampin Extreme Park antara tempat rock climbing yang menjadi perhatian pengunjung dan ia dilakukan pada batu granit. Aktiviti di sini pasti memberi keseronokan kepada peminat sukan rock climbing serta memberi pengalaman baharu kepada pengunjung yang ingin melakukan aktiviti yang mencabar meskipun ketinggian untuk aktiviti rock climbing ini kira-kira 25 meter sahaja.
Selain melakukan pelbagai aktiviti lasak di kawasan ini yang berkeluasan 0.81 hektar, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti jungle trekking dan waterfall abseiling memandangkan ia berhampiran dengan hutan simpan Gunung Tampin. Aktiviti waterfall abseiling adalah aktiviti yang paling menarik dan perlu dicuba oleh pengunjung. Melalui aktiviti waterfall abseiling, pengunjung boleh menikmati cabaran mendaki di kawasan air terjun serta melihat pemandangan keindahan flora fauna yang menarik.
Sebaik sahaja melakukan aktiviti lasak di Tampin Extreme Park, pengunjung boleh bersantai dan beriadah di Tampin Water Park yang terletak kira-kira 3.8 km dari kawasan berkenaan. kawasan yang mempunyai empat kolam itu sesuai untuk pengunjung yang ingin melakukan aktiviti beriadah dan bermandi-manda.
Empat kolam yang ada di sini mempunyai kedalaman yang berbeza iaitu bermula dari satu kaki hingga tujuh kaki. Istimewanya kesemua kolam berkenaan ialah ia menggunakan air bukit, yang telah dirawat dan selamat untuk aktiviti mandi-manda. Selain mandi-manda, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti jungle trekking, memanah, paintball mengikut pakej-pakej yang disediakan sesuai untuk aktiviti keluarga.
Bila sebut Cameron Highland, kita pasti terbayangkan rasa masam-masam manis buah strawberi yang menjadi produk tarikan di pusat pelancongan tanah tinggi ini. Tidak hanya strawberi dan nasi lemak strawberi, Cameron Highlands juga terkenal kerana udaranya agak sejuk. Ditambah ladang teh yang menghijau, bunga-bungaan yang pelbagai jenis, sayur-sayuran termasuk jagung Mutiara yang agak murah serta lain-lain lagi, kawasan peranginan tanah tinggi ini sentiasa menjadi tarikan pelancong untuk datang berkunjung.
Bagi yang rindukan suasana Cameron Highlands dan teringin makan buah strawberi segar, khusus untuk warga Negeri Sembilan, bolehlah datang berkunjung ke N.Z Strawberi Farm Tanah Rendah yang terletak di Palong 15, Jempol Negeri Sembilan. Kawasan ini dan sekitarnya merupakan Tanah Rancangan Felda bagi penanaman kelapa sawit sejak dahulu lagi.
.
.
.
Diusahakan oleh pasangan suami isteri, Muhammad Pilus Yusop dan isteri, Norzila Borhan, pokok strawberi hidup subur di kawasan tanah rendah ini seakan menyamai di tanah tinggi Cameron Highland.
Menariknya, orang ramai boleh melawat dan membeli benih pokok strawberi untuk ditanam di rumah masing-masing. Ada pelbagai spesis pokok antaranya seperti Japanese Sweet Charlie, Jumbo, Petaluna, Albion, Festival dan lain-lain. Bukan saja buahnya enak tapi orang ramai boleh menikmati nasi lemak strawberi yang dimakan dengan rendang ayam pada harga berpatutan bila datang berkunjung ke sini. Lebih best, aiskrim strawberi turut dijual di sini. Yummy.
.
.
.
Jadi, apa lagi, jangan lupa redah area ini untuk menikmati buah strawberi dan nasi lemaknya yang sedap.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi anda yang tidak tahu atau sudah tahu tetapi belum berkesempatan mengunjungi tempat-tempat ini, apa kata lakukan ia hujung minggu ini. Malaysia mempunyai beberapa lokasi membeli-belah termurah dan termenarik. Apabila kami kata menarik jangan sangkakan lampu-lampu dan bangunan pencakar langit. Hiruk pikuk dalam aksi tawar menawar adalah lebih thrill.
BUKIT KAYU HITAM Terletak di daerah Kubang Pasu, Kedah ini terdiri daripada beberapa kompleks perniagaan yang moden dan separa moden seperti Kompleks Bebas Cukai Cergas Jaya, The Zon serta gerai-gerai jualan yang lain. Mudah saja untuk sampai kerana akses ke sini dihubungkan melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS). Jika anda melalui PLUS, anda dapat menyaksikan pemandangan padi yang luas menguning. Di sinilah rahsia suri rumah membeli set pinggan mangkuk, cadar dan keperluan rumah yang lain.
PENGKALAN KUBOR Ramai yang bertanyakan perbezaan Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang yang terletak di Kelantan ini. Kebanyakan barang-barang yang dijual adalah buatan Thailand dan menjadi pilihan ramai pengunjung ekoran dikenali sebagai Zon Bebas Cukai. Sebenarnya, tidak ada beza antara kedua-dua tempat ini kerana beza harga tidaklah jauh. Memandangkan ia terletak di dalam kawasan yang berpagar, eloklah anda bershopping awal pagi kerana pada jam 5.30 petang pembeli akan diarahkan keluar dari pihak kastam kerana pintu utama akan ditutup.
PADANG BESAR Bagi anda yang sudah terlajak sehingga ke negeri paling utara Semenanjung Malaysia, jangan terlupa singgah ke Padang Besar, Perlis. Terletak 35 km dari bandar Kangar, selain sinonim dengan jualan barangan seperti yang boleh didapati di lokasi beli-belah sempadan yang lain, ia juga mempunyai peminat di kalangan mereka yang gemar pada snek dan manisan seperti gula-gula, biskut, wafer serta coklat.
KOMPLEKS BEBAS CUKAI JOHOR BAHRU Di sinilah ‘syurga’ buat kaki shopping malah menjadi kegemaran warga Singapura dan orang-orang dari Batam, Indonesia. Selain tempatnya yang strategik, ia mudah dicari kerana dekat dengan terminal feri Stulang Laut dan kawasan persisiran pantai Stulang Laut yang cantik. Peminat minyak wangi, coklat dan barangan lain ada dijual dengan murah di sini.
LANGKAWI Tidak sah rasanya jika sampai ke Langkawi tetapi anda tidak membawa pulang set pinggan mangkuk, kain, coklat dan barangan import yang lain. Terdapat banyak kedai yang menjual barang-barang import tetapi murah antaranya Haji Ismail Group, Idaman Suri dan banyak lagi.
Kami percaya anda pernah ke lokasi barangan murah dan bebas cukai di tempat lain seperti Labuan, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Tidak perlu berbelanja lebih dengan produk yang sama dari negara luar sedangkan anda boleh dapat yang lebih murah. Cuma anda perlu bijak membawa jumlah barangan supaya tidak terlalu berlebihan dari tempat-tempat bebas cukai seperti ini. Jika terlebih, pandai-pandailah berdepan dengan pihak Kastam!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...