Tasik Michigan Jadi Tumpuan Selepas Air Tasik Bertukar Menjadi Serpihan Ais Tajam

Share

Ketibaan musim bunga telah menyebabkan lapisan ais di permukaan Tasik Michigan mula mencair dan disebabkan itu, ia membentuk serpihan seakan ais yang tajam berlapis-lapis yang menakjubkan.

Kalau nak tahu Tasik Michigan yang terletak di Amerika Syarikat mempunyai banyak persamaan seperti kawasan Segi Tiga Bermuda. Kedua-duanya dikatakan turut berkongsi karektor misteri yang sama. Malah, ia dikatakan menjadi tempat kemunculan kapal hantu, kehilangan kapal dalam situasi aneh malah kelibat piring terbang juga pernah dilaporkan kelihatan di situ.

Tasik Michigan dikongsi bersama empat negeri, lebih 70 pekan dan bandar serta 12 juta penduduk kini menyaksikan fenomena pergerakan air di bawah lapisan ais musim sejuk dan menyebabkan serpihan ais tajam bertindih di permukaannya. Formasinya begitu cantik dan menjadi perhatian ramai untuk melihat dari jarak dekat.

Asalnya tasik ini kelihatan biasa sahaja seperti tasik-tasik yang ada di tempat lain. Namun berubah ketika peralihan musim berlaku.

Lebih-lebih lagi berikutan suhu yang sangat rendah melanda kawasan ini ketika musim sejuk tempoh hari iaitu mencecah hingga di bawah -20 darjah celcius. Fenomena ini kemungkinan terjadi kerana situasi itu.

Pemandangan serpihan ais tajam seperti jubin pecah itu paling jelas kelihatan di dermaga bandar South Haven tetapi Pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat meminta orang ramai tidak mendekatinya kerana dikhuatiri struktur tersebut tidak kukuh. Tiada lapisan ais yang boleh dianggap selamat khususnya pada waktu peralihan musim ini. Lapisan ais itu sememangnya sedang cair dan akan pecah tidak lama lagi.

Kira-kira 50 peratus daripada permukaan tasik itu diselaputi ais sepanjang musim sejuk sehingga awal bulan ini.

Sumber & Foto: Daily Mail

IKLAN