Penyedia perkhidmatan pelancongan seperti syarikat penerbangan, hotel, restoran dan taman tema, perlu menawarkan promosi hebat yang mampu memikat pelancong domestik dalam kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).
Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datuk Tan Kok Liang berkata langkah itu akan menarik lebih ramai pelancong tempatan dan mengurangkan kesan kerugian akibat pembatalan tempahan baru-baru ini susulan penularan COVID-19.
Profil pelancong tempatan adalah berbeza dan masing-masing mempunyai minat khusus. Jadi kepelbagaian (promosi) adalah penting. Berbekalkan tawaran yang menarik daripada hotel serta pusat peranginan dari empat hingga lima bintang, lebih ramai rakyat Malaysia akan menjadi pelanggan.
Hotel mewah juga boleh menawarkan cuti inap kepada penduduk pada harga rendah tanpa menjejaskan pasaran biasa mereka dan melalui langkah ini, orang-orang yang bercuti akan mendapat nilai terbaik untuk wang mereka.
Ads
Disarankan agar pengusaha pelancongan lebih inovatif dengan menawarkan pakej pengembaraan dan menarik untuk memenuhi kehendak pelbagai segmen seperti menganjurkan ‘lawatan Hari Ahad’ di setiap bandar dengan membawa penduduk ke kilang dan gudang yang memiliki pusat demonstrasi atau pameran sepanjang hari bagi menikmati pengalaman membeli-belah yang hebat.
Lawatan luar ke kawasan hutan atau dusun berdekatan juga perlu dipertimbang memandangkan harga buah-buahan tempatan seperti durian telah jatuh susulan penutupan bandar-bandar utama di China akibat penularan COVID-19.
Sebagai langkah untuk memberikan nilai tambah kepada produk tempatan, Datuk Tan Kok Liang menyarankan agar karnival membeli-belah tempatan diadakan di mana hanya hasil tempatan dibenarkan dijual. Ini akan menarik ramai petani dan kilang tempatan untuk mempamerkan produk mereka, yang akan menarik minat penduduk mahupun pelancong tempatan kerana rakyat Malaysia suka membeli-belah
Malaysia menerima kira-kira 3.1 juta pelancong dari China tahun lepas dan 2.94 juta pada tahun sebelumnya dan berharap untuk menerima lebih 3.26 juta pelancong dari negara itu pada 2020 namun susulan penularan COVID-19, suku pertama dan kedua tahun ini dijangka terjejas. Bagi kempen VM2020, Malaysia menyasarkan untuk menarik ketibaan sejumlah 30 juta pelancong antarabangsa dan menjana pendapatan pelancongan berjumlah RM100 bilion.
Biasanya kita hanya membaca perkongsian mereka yang bercuti di pulau di sebelah Pantai Timur seperti Pulau Redang, Perhentian atau Kapas.
Pemandangan yang sangat indah dengan aktiviti menarik menjadi daya tarikan pengunjung untuk menikmati keindahan pulau-pulau ini.
Namun sebenarnya pulau di bahagian selatan juga tidak kurang menariknya. Misalnya yang terletak di negeri johor, iaitu Pulau Besar atau dulu dikenai dengan nama Pulau Babi terkenal dengan keindahan dan kejernihan air lautnya.
Memandangkan sebelom ni dah banyak kali ke Pulau Redang dan Pehentian, kali ni aku plan nak try pulau belah Johor pulak iaitu Pulau Besar atau dulu dikenali sebagai Pulau Babi Besar. Jangan risau takda sekor pon babi sondol kat sini. Yang ada hanya keindahan dan kejernihan air laut dia aje. Lawa gila okeh!
Perjalanan dari Kl ke Mersing makan masa dalam 5 jam. Sampai je Jetty Mersing, boat akan bawak kami ke Pulau tu dalam pukul 12.30 tengahari.
Naik boat dari Jetty ke pulau plak ambik masa 30 minit . Dekat la jugak dengan daratan kalau ombak tak besar time tu
Resort yang Yah stay nama dia Mirage Resort Pulau Besar. Pulau ni agak privacy dan tak crowded sebab nya hanya ada 4 resort je kat sini.
Yah pilih Mirage Resort sebab baca feedback semua best dan good review kat Tripadvisor lepastu dia murah sikit dari resort lain. Cam biasa la sebelom book kena la survey dulu review baik ke tak baik.
Apa yang best Mirage Resort ni lebih kepada konsep Kampung Style. Memang macam balik kampong la duk sini. Boleh la main kejar2 dengan ayam, itik dan angsa. Selepas itu sini chill2 dan tak crowded sangat dengan orang. Staff dan manager, Abang Man Coral pon memang sangat friendly dan jaga kami dengan baik sepanjang dekat sini
Untuk pakej pulak Yah amek 4D3N cottage A Frame types hanya RM620 per person. Nak pergi 2 atau 3 hari ke tak ada masalah cuma Yah prefer kalau kat pulau wajib pergi 4 hari sebab takut tak puas kalau kejap sangat.
Banyak je aktiviti yang boleh buat dekat pulau ni antara nya, naik basikal keliling pulau, berkayak, snorkeling, memancing, jungle trekking dan berootidi.
Yang rasa nak bercuti tapi tanak bersesak ramai orang tu Yah suggest sini lah tempat yang paling sesuai.
Happy holiday dalam new norma dan patuhi SOP yang ditetapkan ok.
Mungkin anda tertanya-tanya? Apa menariknya daerah Sepang?
Selama ini dalam fikiran anda mungkin Sepang hanya terkait dengan KLIA & KLIA2 serta Litar Antarabangsa Sepang. Namun sebenarnya banyak juga tarikan menarik di daerah ini!
Berikut LIBUR kongsikan apa yang boleh anda lakukan bila makan angin di Sepang.
Anda cari hotel yang terbaik di daerah Sepang? Movenpick Hotel KLIA mungkin menjadi pilihan yang terbaik untuk anda. Hotel bercirikan rekaan Islamik ini hanya terletak 10 minit dari KLIA dan klia2, membuatkan sesiapa yang ingin datang ke Selangor atau Putrajaya tidak perlu berpenat lelah untuk mencari hotel yang lain.
Malah, sekiranya kehadiran anda untuk menghadiri acara perlumbaan automotif di Sepang International Circuit (SIC), lokasi hotel ini juga berada kurang 7 minit dari SIC.
Pelbagai fasilitis disediakan untuk kemudahan anda seperti kolam mandi yang berasingan lelaki dan wanita, gimnasium, spa dan enam restoran yang menyediakan pelbagai juadah masakan citarasa Malaysia kepada anda. Selain daripada itu, dewan konvensyen di sini juga mampu menampung sehingga 2,500 pengunjung pada satu-satu masa untuk bersidang.
Terkenal dengan jolokan nama ‘home of Malaysian motorsport’, Sepang International Circuit (SIC) adalah lambang kebanggaan rakyat Malaysia untuk sukan permotorannya. SIC terletak kira-kira 45 km di selatan Kuala Lumpur dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
SIC bukan sahaja menjadi lokasi penganjuran sukan permotoran bertaraf antarabangsa semata-mata, ia turut menganjurkan pelbagai acara lain di peringkat domestik seperti konsert dan sebagainya. Malah, anda juga dibenarkan untuk menyewa trek bagi tujuan perlumbaan dengan harga individu yang ditetapkan oleh SIC.
Mula dibuka pada tahun 1998, SIC telah menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara permotoran berprestij seperti Formula 1, MotoGP dan Malaysian Championship Series.
Muzium Automobil Malaysia ini terletak di Welcome Centre SIC dan mempunyai ruang pameran dua tingkat, mempamerkan pelbagai jenis kenderaan klasik yang pernah digunakan di negara ini satu masa dahulu. Antara jenis kenderaan yang dipamerkan adalah The Brushmobile 1904, Ford Speedster 1923 dan Alvis Tourer 1935.
Selain daripada pameran kenderaan klasik, muzium ini juga menjadi pusat informasi mengenai sejarah automobil negara seiring dengan perkembangan industri automotif negara yang menjadi salah satu pengeluar kenderaan dan hub di rantau ini.
Pengunjung yang datang ke sini pasti akan lebih tahu mengenai perkembangan industri automotif negara yang melibatkan DRB-Hicom, Proton, Bufori, Modenas, dan juga Perodua. Kemasukkan ke muzium ini adalah percuma dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Ingin merasai memandu di litar Sepang tapi takut nak memandu kenderaan-kenderaan berkuasa tinggi? Okay, anda boleh cuba bawa Go-Kart dulu sebelum berjinak-jinak membawa kenderaan yang lebih besar ya. Bagaimana? Anda boleh ke SIC dan di sana, ada satu trek Go-Kart untuk anda yang ingin memandu kereta cilik tersebut.
SIC yang sebenar telah dibina pada tahun 1998 oleh jurureka trek F1, Hermann Tilke. Beliau bertanggungjawab untuk mereka bentuk keseluruhan trek SIC dan sebelum trek sebenarnya dibina, beliau telah membina trek kecil sebagai model terlebih dahulu.
Dan kini, trek model itulah yang digunakan sebagai trek untuk anda dan rakan-rakan berlumba menggunakan Go-Kart ala-ala Michael Schumacher dan Lewis Hamilton.
Penggemar buah naga pasti suka dengan lokasi kebun yang menjual buah naga segar dari ladang ni. Terletak di tepi jalan dari arah Sepang menuju ke Bagan Lalang, ada beberapa kebun buah naga yang boleh anda singgah seperti kebun buah naga HL.
Di kebun buah naga ini, anda boleh menikmati beberapa produk buah naga yang disediakan oleh pekebun seperti jus buah naga dan kentang lenyek bersoskan jem buah naga.
Untuk pengetahuan anda, ada beberapa lokasi lain penanaman buah naga di Malaysia tapi diperkatakan bahawa buah naga yang terletak di Sepang ini antara yang paling terbaik kerana tanah di sini yang kaya dengan nutrisi untuk pertumbuhan buah naga.
Anda juga boleh membeli buah naga anda untuk dibawa pulang dengan harga yang cukup kompetetif. Tip untuk anda, pilih buah naga yang telah seminggu dipetik, kerana isninya lebih manis berbanding yang baharu dipetik dari pokok.
Mitsui Outlet Park antara lokasi shopping barangan berjenama dengan harga rendah di Sepang. Selain daripada kedai membeli belah berjenama seperi Nike dan Salomon, di sini juga menyediakan anda dengan pelbagai deretan restoran beraneka juadah daripada masakan tradisi Malaysia hingga ke luar negara seperti makanan Jepun, barat, Perancis, Thailand dan masalah China.
Jika anda berkunjung pantai Bagan Lalang jangan lepaskan peluang menjamu selera di beberapa restoran Medan Ikan Bakar Dan Makanan Laut yang menghidangkan menu-menu yang yang enak dengan harga yang berpatutan.
Antara restoran terkenal yang boleh anda pilih antaranya Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan bakar Dan Seafood, Restoran Senandung Malam Seafood, Restoran Terapung H.M. Sri Bagan Sdn Bhd dan Bagan Lalang Seaview Restaurant.
Selamat makan angin!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Usia bukan penghalang seseorang itu untuk melihat keindahan dunia. Apa yang penting keinginan dan semangat untuk melihat negara orang.
Seperti yang dilakukan seorang nenek berusia 90 tahun yang telah melancong keliling dunia dan berkongsi perjalannnya di laman Instagramnya. Seperti kata pepatah ‘ its never too late to travel.
Jadi mengambil kesempatan masih sihat dan bertenaga, wanita yang dikenali sebagai Babushka telah melancong secara solo walaupun usianya sudah lanjut.
Babushka telah memuat naik beberapa keping foto ketika melancong ke seluruh dunia. Antara negara yang dikunjunginya ialah Vietnam, Istanbul, Israel dan Russia.
Ayuh, lihat foto-foto menarik yang dikongsi olehnya.
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...