Bila tiba bulan Ramadan, antara yang ditunggu-tunggu tentunya kemunculan Bazar Ramadan yang menjual aneka jenis makanan untuk dinikmati. Kadang ada juadah yang hanya boleh didapati ketika bulan puasa, disebabkan itulah ramai yang berkunjung ke bazar untuk membeli hidangan berbuka puasa.
Mempunyai sembilan daerah, pastinya Bazar Ramadan yang ada di Selangor menyediakan pilihan makanan dan juadah serta tapak bazar yang sesuai untuk dikunjungi. Bukan sahaja menjadi pilihan warga tempatan, malah bazar Ramadan juga turut mendapat perhatian pelancong luar negara untuk merasai sendiri makanan tempatan yang menjadi sebahagian daripada identiti dan keunikan negeri Selangor.
Nak tahu kat mana bazar Ramadan yang happening dan best kat Selangor? Tourism Selangor senaraikan tujuh bazar Ramadan terbaik yang ada di Selangor pada tahun ini, check this out!
7 BAZAR RAMADHAN TERBAIK DI SELANGOR 2023
1.Bazar Ramadan Stadium Shah Alam
Dengan ruang parkir yang luas dan kawasan bazar Ramadan yang luas, Bazar Ramadan Stadium Shah Alam menjadi pilihan utama yang terkenal oleh penduduk Shah Alam. Dengan pelbagai pilihan juadah berbuka puasa seperti sotong bakar boroi, ayam madu dan sata, ia menjadi permintaan ramai di bazar ini! Bagi mereka yang mengidamkan masakan Mediterrenean, Mandy Rice oleh chef terkemuka, Chef Ammar juga disediakan di sini dalam barisan panjang setiap Ramadan!
Ads
Bazar Ramadan USJ 4, Subang Jaya
Bagi mereka yang tinggal di kawasan Subang, Bazar Ramadan di USJ 4 merupakan bazar yang wajib dikunjungi. Dibuka seawal jam 3.00 petang, sebanyak 160 gerai di bazar ini menyediakan pelbagai juadah bulan puasa setiap tahun seperti nasi briyani, ais krim mangga terapung dan martabak. Terletak bersebelahan dengan SMK USJ 4, Bazar Ramadan USJ 4 sangat mudah dikenal pasti memandangkan ia mudah dilihat dari tepi jalan.
Terletak bersebelahan dengan Dewan Perbandaran MPAJ, bazar Ramadan ini merupakan salah satu kawasan tumpuan di Pandan Indah. Dengan kawasan pejalan kaki yang luas, pengunjung boleh menemui juadah berbuka puasa walaupun pada lewat petang! Terdapat pelbagai juadah di 114 gerai yang ditawarkan di sini seperti sup kotak gear, kepak ayam madu Tawau, kuih peneram dan akok.
Ads
Bazar Ramadan Taman Sri Andalas, Klang
Salah satu bazar Ramadan yang ditunggu-tunggu oleh penduduk Klang, Bazar Ramadan Taman Sri Andalas ini merupakan salah satu bazar yang telah bertapak di kawasan Klang setiap kali menjelangnya bulan Ramadan. Tongmo bakar, ayam percik dan pelbagai jenis kebab juga ada di sini. Pastinya salah satu bazar yang boleh anda kunjungi untuk mendapatkan juadah berbuka puasa!
Ads
Bazar Ramadan PKNS, Shah Alam
Terletak hanya bersebelahan dengan bangunan PKNS, bazar Ramadan ini merupakan antara bazar yang paling ramai dikunjungi seawal jam 3 petang. Setiap gerai menjual hidangan berperisa yang mendapat permintaan tinggi dan sangat digemari, seperti popiah basah, daging salai masak lemak, nasi kerabu tumis, kebab kambing dan pelbagai lagi! Pengunjung boleh meletakkan kenderaan di bangunan berhampiran seperti Plaza Shah Alam atau di PKNS juga.
Bazar Ramadan Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Bazar Ramadan di Kelana Jaya Seksyen 6 merupakan antara bazar utama khususnya kepada pelajar Universiti Malaya dan MAHSA. Terletak di hadapan Jaya One, bazar ini menawarkan harga berpatutan kepada pengunjung dengan jumlah keseluruhan 197 gerai di sini. Pelbagai hidangan unik di sini seperti pilihan minuman unik seperti air kasturi asam boi, ayam percik dan karipap gergasi. Bazar ini juga menawarkan masakan antarabangsa seperti sushi, piza, pasta dan ayam goreng Korea.
Bazar Ramadan LOTUS, Kuala Selangor
Terletak di hadapan cawangan Teratai Kuala Selangor, bazar ini menghimpunkan hidangan berbuka puasa menarik yang hanya boleh didapati pada bulan Ramadan seperti Roti John, tepung pelita dan ayam golek. Anda juga boleh mendapatkan makanan tradisional Jawa seperti Nasi Ambeng dan Pecal. Pengunjung dinasihatkan mengunjungi bazar ini seawal jam 3 petang memandangkan bazar ini merupakan antara bazar yang agak sesak dengan pengunjung sepanjang bulan Ramadan ini!
Bazar Ramadan adalah salah satu budaya yang amat ketara dalam kalangan rakyat Malaysia dan inilah masa terbaik untuk kita menyokong perniagaan kecil tempatan.
Kredit: Selangor.travel
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Merupakan kali kelima berkhemah dan juga camping pertama buat tahun 2023, Sheila Marzuki memilih Stellar GoldenHill yang terletak di Cameron Highlands sebagai tapak perkhemahan dia dan keluarga.
Port baru yang bukan sahaja mempunyai tapak perkhemahan, malah anda juga boleh memilih untuk glamping atau bermalam di dalam caravan kat sini. Cuaca sejuk membuatkan Sheila dan keluarga cukup selesa di sini ditambah pula dengan pemandangan indah bukit- bukau yang cantik.
Biasanya kalau nak setup khemah pasti memerlukan tenaga dan mengeluarkan peluh tapi menurut Sheila camping di Stellar GoldenHill sedikitpun dia tidak mengeluarkan peluh. Malah cuaca ketika mereka camping sekitar Februari yang lalu juga baik.
Ikuti pengalaman Sheila dan keluarganya camping di sana:
Camping Pertama 2023 di Stellar GoldenHill, Cameron Highlands
Assalammualaikum
This is our 5th camping and first for 2023
Lokasi: Stellar Goldenhill, Cameron Highlands.
Date: 23-25 Feb 2023
Rate: RM 60/head/night
Tent: Family Village L 2.0 by Payung.camp
Alhamdulilah, cuaca selama 3 hari kami di sini sangat cantik. Siang suhu paling low 22°, malam 17°, tengah malam hingga pagi mencecah 13°. First time pacak khemah tak berpeluh. Santai-santai saja kawanku, pergi mana laju-laju (nyanyi ke)
Tempat bersih comes with water heater
Toilet 4
Tapak berbatu kecik2 (kwsn tent jd bersih)
Kawasan berpagar dan security
Plug Point di toilet saja
Surau tak ada
Sink dkt area tapak
Digi & Celcom terbaik
Pesanan: Yang tak tahan sejuk, tolong la bawa baju, stokin tebal, selimut tebal ya. Berasap-asap mulut sejuk dia
Overall kami 2 keluarga sangat puas hati InshaAllah, will be back again soon
Kleptophobia, atau takut kecurian, sebenarnya boleh digunakan untuk menggambarkan dua ketakutan yang berbeza. Yang pertama adalah takut dicuri atau dirompak. Yang kedua ialah takut mencuri daripada orang lain. Kedua-dua ketakutan sering dikaitkan dan mungkin wujud pada masa yang sama.
Kes kecurian kepada pelancong ni memang dah selalu terjadi malah ada banyak jenis kes dah berlaku – rompak, ragut, potong beg, dan penyeluk saku. Maka dengan kes-kes sebegini terhasil la ciptaan backpack yang mempunyai ciri-ciri anti-pencuri. Anda Google sahaja anti-theft backpack, nah tu dia.. Ada bersepah hasil carian.
Jadi untuk memudahkan anda, Libur dah buat kaji selidik dan kami dapati ada beberapa sahaja jenama anti-theft backpack yang diyakini di pasaran. Jom kita lihat senarainya:
Pacsafe ini mempunyai ciri-ciri yang Libur rasa sangat berguna untuk sebuah beg yang dikatakan sebagai anti-pencuri. Teknologi locking cable yang diimplimentasi di dalam produk membolehkan beg mereka diikat pada mana-mana struktur seperti tiang, meja dan bangku untuk mengelakkan daripada diragut. Selain daripada itu, klip dengan rekaan anti kecurian khas yang digunakan kemas dan tahan lasak menjadikan beg Pacsafe diyakini untuk melindungi barangan peribadi anda. Untuk pilihan peribadi Libur, Libur suka dengan ciri balutan besi kabel di bahagian dalaman beg mereka, menjadikan beg Pacsafe tidak mudah untuk dirobek menggunakan pisau daripada luar.
Kalau anda selalu follow teknologi terkini dalam penghasilan backpack, anda mesti kenal dengan beg Bobby. Beg Bobby ini adalah pelopor kepada beg anti-pencuri dengan rekaan moden. Bahagian zip yang tersembunyi menjadikan beg XD Design tidak boleh dibuka ketika anda menyandang beg tersebut di bahagaian belakang badan. Ini menjadikan anda tidak perlu khuatir untuk menggalas beg XD Design ke depan badan seperti ketika menaiki komuter. Antara ciri XD Design lain yang menjadi pilihan Libur adalah jenis kain yang digunakan di dalam rekaan beg mereka kerana menggunakan kain yang tidak lut dek torehan pisau sekaligus menjadikan ianya dapat menjalankan tugas sebagai beg anti-pencuri dengan sempurna.
Beg daripada jenama ini Libur rasa perempuan mesti suka kerana tawaran pilihan yang diberikan lebih pelbagai dan mempunyai corak yang berwarna-warni. Selain itu, Travelonbags juga mempunyai rekaan yang boleh dibawa untuk acara casual atau santai lepak-lepak petang. Selain daripada mempunyai teknologi anti-pencuri seperti mempunyai ruang yang boleh dikunci, Travelonbags juga mempunyai ciri anti-RFID bagi mengelakkan wallet anda discan dan wang anda dicuri. Huu bahaya ohh..
Jenama ini memfokuskan rekaan beg mereka kepada anti-RFID di mana beg keluaran Eagle Creek ini boleh menghalang range frekuensi RFID daripada 30 Mhz hingga 3 Ghz. Selain daripada itu, beg Eagle Creek juga anti koyak bagi mengelakkan wallet anda dicuri dengan cara memotong permukaan luaran beg.
Jadi, itu sahaja 4 jenama yang Libur kongsikan kepada anda. Sekiranya anda ada cadangan lain yang boleh membantu sesama traveller, nyatakan di ruangan komen ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Seperti yang kita maklum, semakin hari kes membabitkan penularan virus Covid-19 sangat membimbangkan.
Malah semalam juga Perdana Menteri telah mengumumkan fasa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula di beberapa negeri bagi menyekat penularannya.
Bilangan kes terkini sehingga semalam.
Sementara itu dan dalam satu kenyataan, Dr Noor Hisham turut mengesahkan satu kes satu kes COVID-19 varian UK B.1.1.7 telah dikesan di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes tersebut telah dikesan daripada seorang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke UK pada Disember 2020.
“Pengembara tersebut didapati positif pada 28 Disember 2020 dan telah diasingkan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Noor Hisham berkata, KKM telah melakukan pemantauan terhadap semua pengembara dari negara yang telah melaporkan kes mutasi varian B117 termasuk UK, Belanda, Singapura, Turki, Filipina dan India.
Foto: BERNAMA
Menurutnya, sebanyak 968 sampel telah diuji sejak Oktober 2020 dan telah melakukan penjujukan genom bagi mengesan jenis mutasi UK B117 kepada 24 sampel.
“Setakat 11 Januari 2021, tiada penularan dalam negara telah dikesan berkaitan virus mutasi UK B117 tersebut.
“KKM melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi UK B117 ini dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Ujar beliau, mutasi UK B117 tersebut didapati tidak akan menyebabkan simptom yang teruk, namun ia difahamkan boleh menular dengan mudah dan cepat.
“Orang ramai dinasihati agar sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka di tempat awam, dan menjaga penjarakkan fizikal setiap masa,” katanya.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...