
Musim panas kali ini hadir dengan satu berita baik buat kaki travel yang sedang memburu destinasi luar negara dengan bajet berpatutan. Syarikat penerbangan tambang rendah dari Vietnam, Vietjet tampil dengan tawaran luar biasa menerusi promosi terhad yang membuka peluang untuk terbang ke Vietnam dengan harga yang sukar ditolak.
Lebih menarik, promosi ini bukan sekadar potongan biasa. Vietjet menawarkan diskaun sehingga 100% bagi tambang Eco, menjadikan impian untuk menjelajah destinasi eksotik di Vietnam kini lebih mudah direalisasikan, khususnya buat pelancong Malaysia yang gemar percutian last minute atau bajet-friendly.
Tawaran ini hadir menerusi kempen “Double Day” yang berlangsung pada 4 April 2026, dengan tempoh tempahan hanya selama satu hari.
Bagi yang mengutamakan keselesaan, pilihan tambang Deluxe turut ditawarkan dengan diskaun sehingga 15%. Selain harga yang lebih berbaloi, pakej ini hadir dengan pelbagai kelebihan seperti bagasi daftar masuk 20kg, pemilihan tempat duduk percuma serta fleksibiliti untuk menukar jadual penerbangan.
Sesuai untuk mereka yang mahukan perjalanan lebih tenang tanpa perlu risau tentang logistik kecil yang sering menjadi cabaran ketika bercuti.
Vietnam bukan sekadar destinasi, tetapi sebuah pengalaman yang menggabungkan keindahan alam, budaya dan kehidupan moden dalam satu perjalanan. Bayangkan diri anda menikmati angin laut di Da Nang, menyelam ke dalam kejernihan air di Phu Quoc atau bersantai di pesisir Nha Trang yang terkenal dengan pantai memukau.
Bagi pencinta alam dan pengembaraan, kawasan pergunungan seperti Sapa dan Ha Giang menawarkan panorama hijau yang menenangkan, lengkap dengan budaya etnik tempatan yang masih terpelihara.
Dalam masa yang sama, bandar seperti Hanoi, Hue dan Hoi An membawa pelancong menyusuri sejarah yang kaya, manakala Ho Chi Minh City pula menyajikan ritma kota moden yang sentiasa hidup.
Menariknya, setiap tempahan yang dibuat sebelum 19 Mei 2026 turut melayakkan pelanggan menyertai cabutan bertuah “Fly Vietjet Strike Gold”. Bukan sekadar tiket murah, malah peluang membawa pulang emas tulen, e-baucar eksklusif dan pelbagai ganjaran lain turut menanti.
Dengan rangkaian penerbangan yang semakin meluas serta reputasi sebagai antara syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di rantau ini, Vietjet terus membuka lebih banyak peluang kepada pelancong untuk meneroka dunia tanpa perlu berbelanja besar.
Jadi, jika Vietnam sudah lama berada dalam bucket list anda, inilah masanya untuk bertindak. Kadangkala, percutian terbaik bermula dengan satu keputusan spontan—dan mungkin, satu tiket yang hampir percuma.