Glamping aktiviti percutian unik dan menyeronokkan dengan menggabungkan konsep ‘glam’ dan ‘camping’ pastinya menjadi sangat menarik kalau disertai bersama keluarga atau rakan-rakan baik.
Jika anda memang anak kota yang tidak biasa percutian ala dalam hutan, tetapi teringin untuk merasai suasana berkhemah, maka glamping adalah pilihan terbaik! Tidak seperti berkhemah biasa yang memerlukan kita membina khemah sendiri, glam camping membolehkan anda terus masuk ke dalam khemah. Selain itu setiap khemah lengkap dengan pelbagai kemudahan tempat tidur selesa, makanan dan pengudaraan yang baik.
Pun begitu bukan semua kawasan perkhemahan atau glamping, mempunyai kemudahan dan kelengkapan sama. Lain tempat, lain kelebihannya dan juga segala aktiviti yang ditawarkan juga berbeza. Tetapi secara amnya, ia sangat mengujakan apa lagi jika anda dan keluarga ingin keluar dari kesibukan hiruk pikuk kota.
Ads
Keseronokan bermalam di Tanah Aina Fahad bukan sahaja kerana keindahan kawasan sekitarnya, tetapi juga kerana kesempurnaan kawasan resort ini yang direka bentuk dengan indah dan dalam kondisi yang sangat terjaga. Air terjun yang melatari suasana di sini amat menenangkan jiwa ditambah lagi dengan kawasan sekitarnya yang menghijau dengan flora. Antara penginapan yang jadi pilihan King Tent, Queen Tent dan Normal Tent, namun, khemah King dan Queen kelihatan lebih seperti kabin dan lebih selesa daripada khemah Normal.
Ads
Bila dah duduk di kawasan kelilingi alam flora, rugi kalau tidak mencuba aktiviti beriadah meredah hutan, bermandi-mandi di kawasan sungai sambil mengumpulkan kenangan. Kalau cerita soal makan, ini memang best. Bayangkan bersarapan di ruang di ruang makan di bawah pokok besar ditemani bunyi air sungai yang mengalir deras dan kicipan burung. Aduh.. pasti tak sedar makanan habis licin. Ternyata Tanah Aina Fahad adalah sebuah lokasi percutian yang cukup best dan berbaloi untuk dikunjungi.
Ads
Lokasi: Tanah Aina Fahad – Lot 1053, Mukim Ulu Dong, Raub, Pahang
image via tanahaina.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau diikutkan fungsi masjid sebenarnya lebih daripada ruang untuk mendirikan solat semata-mata. Namun hari ini, ada segelintir pengurusan masjid yang 'sangat menjaga' rumah ibadat umat Islam ini sehingga mewujudkan pelbagai undang-undang manusia yang ada kalanya tidak boleh diterima akal.
Ada yang melarang pengunjung untuk masuk sesuka hati dan berlegar-legar di kawasan masjid tanpa tujuan. Walau bagaimanapun, mungkin itu hanya segelintir sahaja pengurusan rumah ibadat bagi umat Islam yang menetapkan syarat sebegitu. Hari ini masjid menjadi lokasi penyatuan seluruh umat Islam untuk datang singgah. Namun, ketika pandemik ada beberapa syarat yang perlu dituruti pengunjung dan langsung tidak membebankan. Antaranya mendaftar diri melalui aplikasi yang disediakan, memakai pelitup hidung dan menjaga jarak sosial.
Ini antara masjid yang menjadi tumpuan ramai bukan sahaja untuk beribadah, malah membelek setiap sisi unik dan cantik yang ada pada masjid tersebut:
Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan
Sekali pandang, masjid ini macam masjid di luar negara. Tidak sangka pula masjid yang diwakafkan oleh seorang individu ternama ini berada di Malaysia. Itulah keunikan Masjid Sri Sendayan yang dikatakan mempunyai ciri-ciri seperti Masjid Nabawi dan Taj Mahal. Bahkan menjadi ini telah menjadi tarikan terbaharu masyarakat Islam di Negeri Sembilan dan pelancong. Masjid Sri Sendayan terletak di Bandar Sri Sendayan tersergam indah dengan keunikan dan kehalusan seni bina Islam, sekali gus memukau setiap mata yang memandang.
Sesiapa sahaja yang singgah di masjid ini pasti mengabadikan gambar kenang-kenangan sebagai simpanan peribadi. Disebabkan keunikan seni bina masjid itu sendiri, ia tidak henti-henti menerima kunjungan orang ramai termasuk dari luar sejak dari awal masjid ini memulakan operasi secara rasmi. Tidak salah jika ramai ingin bandingkan rupa masjid ini dengan Taj Mahal, India kerana pemandangan masjid unik yang mempunyai bangunan keseluruhan berwarna putih seakan sama dengan bangunan ikonik terkenal itu.
Masjid Lapan Kubah, Terengganu
Jika anda ke Jerteh, Terengganu pasti terpesona dengan sebuah masjid seni binanya seakan-akan St. Basil Cathedral yang merupakan binaan ikon terkenal wajib melawat jika ke Moscow, Rusia. Jangan tidak tahu, masjid ini telah berjaya menarik perhatian orang ramai. Terletak di Kampung Lapan Kotak, Jerteh, Terengganu, Masjid Lapan Kubah atau mendapat jolokan sebagai 'Masjid Russia' menarik perhatian orang ramai erdiri gah di kawasan sawah padi di tengah-tangah kampung itu. Masjid ini menggantikan masjid kayu sebelum ini yang berusia lebih 100 tahun dan usang.
Masjid Lapan Kubah kini menjadi antara masjid ikonik yang menjadi tumpuan penduduk di dalam dan luar negeri. Keunikan seni bina masjid ini dengan kombinasi warna kubah yang berwarna-warni membuatkan masjid itu yang mula digunakan sejak tahun 2017 tidak putus-putus dikunjungi. Ada yang sanggup datang dari jauh bukan sekadar untuk melihat malahan dengan niat untuk turut solat di masjid. Dibina sepenuhnya menggunakan 100 peratus tenaga dan arkitek tempatan, masjid yang dibina di atas tanah bekas tapak sawah padi seluas 0.6 hektar itu boleh menampung 500 jemaah pada satu-satu masa.
Masjid Tanjung Bunga Pulau Pinang
Pulau Pinang destinasi pelancongan terkenal dan dikunjungi ramai. Namun ramai pengunjung luar yang tidak mengetahui tentang kewujudan sebuah masjid terapung di Tanjung Bungah. Kedudukannya yang strategik iaitu dalam perjalanan menuju ke Batu Feringghi menjadikan masjid berkenaan sebagai tempat persinggahan di kalangan pengujung bukan sahaja untuk solat malah bagi merehatkan badan sambil bersantai.
Keadaannya yang terapung atas permukaan air laut cukup unik dan indah dipandang oleh sesiapa sahaja. Reka bentuknya yang unik sememangnya mengagumkan manakala kubah pula berbentuk aerodinamik, sesuai dengan persekitaran lautan. Keunikan masjid terapung diperkukuhkan lagi dengan menara azan setinggi tujuh tingkat yang dihiasi dengan ukiran kayu jati dan seni khat kaligrafi dari Indonesia.
Masjid Sultan Iskandar, Johor
Masjid Sultan Iskandar, terletak di Bandar Dato’ Onn, Johor menjadi masjid pertama di negara ini yang diisytihar sebagai masjid pelancongan. Selain tempat beribadat untuk umat Islam, Masjid Sultan Iskandar juga berperanan sebagai medium bagi menyampaikan keindahan dan kefahaman syiar Islam dengan lebih mendalam khususnya kepada masyarakat Islam dan juga bukan Islam. Bersempena dengan pengiktirafan masjid pelancongan ini juga, Masjid Sultan Iskandar turut menyediakan fasiliti Galeri An-Nur yang mempamerkan bahan mengenai agama Islam selain sebuah bilik teater bagi memberikan kepuasan maksimum kepada pengunjung-pengunjung untuk mendalami konsep-konsep Islamiah.
Bagi memantapkan lagi tadbir urus masjid secara profesional pula, pengurusan masjid ini mengambil inisiatif dengan membariskan petugas-petugas masjid selaku pemandu pelancong bagi memberikan pendedahan kepada pengunjung dan pelancong yang hadir sebagai platform interaksi dua hala seperti sesi soal jawab, demonstrasi dan sebagainya.
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Dapat menikmati keindahan alam terutamanya ketika waktu malam memang sangat menenangkan. Apatah lagi kalau bercuti di tempat yang sejuk dan segar seperti Cameron Highlands.
Mempunyai pilihan villa dan juga campsite untuk pengunjung yang datang, Pine Valley Villa & Camper Site Cameron Highland bakal memberikan pengalaman dan percutian indah untuk yang menginap di sini.
Mencipta percutian lain dari kebiasaan sambil menikmati susana malam dengan bercamping dan pemandangan malam di Tanah Tinggi Cameron Highland.
Selain itu juga turut menyediakan 1 bilik di villa untuk kemudahan lain.
Antara kemudahan yang disediakan dalam bilik berkenaan adalah
– Berdekatan dgn kedai barangn basah @ keperluan
– Dobi yang berdekatan
– Tandas dan surau disediakan
– Paip, singki dn bekalan eletrik juga tersedia
Untuk yang berminat boleh terus hubungi:
PINE VALLEY – CAMPER SITE
Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang. wasap.my/60147063682
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pulau Pinang dipilih sebagai lokasi penganjuran Festival Antarabangsa Seni Lukis Kontena (PICAF) 2020 yang julung kali diadakan di rantau Asia.
Bertemakan Penang’s Local Identities, penganjuran ini mempamerkan lima buah kontena seni lukis yang ditempatkan di lima lokasi meliputi bahagian pulau dan Seberang Perai. Festival yang sedang berlangsung sehingga Mei ini diadakan di lima lokasi iaitu Balik Pulau; Prangin Mall, George Town; Aspen Vision City, Batu Kawan; Persiaran Karpal Singh, Bandar Sungai Pinang dan Dataran Pemuda Merdeka, Butterworth.
Sebanyak 10 mural hasil lukisan 12 pelukis tempatan dan antarabangsa adalah penceritaan visual identiti tempatan bertujuan mewujudkan perasaan cintakan Pulau Pinang dengan lebih mendalam. Namun, buat masa ini mural di Balik Pulau, yang memaparkan lukisan pada kontena setinggi 40 kaki terletak di tengah sawah padi, telah siap dan sedia menerima kunjungan pelancong.
Tiada bayaran dikenakan kepada pengunjung dan lampu turut dipasang untuk menerangi kawasan sekitar bermula pukul 7.45 malam hingga 11 malam bagi memudahkan pengunjung mengambil gambar.
Sepanjang festival itu berlangsung, pengunjung berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan acara berkaitan seni yang melibatkan komuniti setempat termasuk persembahan muzikal, hiburan jalanan, bengkel kebudayaan dan seni, ´fun walk´, lawatan berpandu tempatan, tarian zumba, program keraian tempatan dan aktiviti pelakaran urban.
Sumber Foto: Penang Global Tourism
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...