Beberapa jam lepas, mungkin ada antara anda yang sedar bahawa berlaku gangguan kepada aplikasi Facebook serta ‘adik-beradiknya’ iaitu Instagram dan Whatsapp.
Gangguan kepada aplikasi ini telah mengundang perbualan hangat di Twitter selepas rata-rata pengguna mula panik kerana tidak dapat mengikuti perkembangan terbaru di Facebook, Instagram dan Whatsapp.
Antara masalah yang dikesan sejak beberapa jam lepas ialah, tiada posting terbaru yang dikesan di ketiga-tiga platform berkenaan.
Malah, bagi pengguna Whatsapp, ada antaranya yang tidak dapat menghantar foto dan video. Menurut pemakluman yang dikeluarkan Facebook, pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan isu yang menyebabkan penggunanya gagal log masuk ke akaun mereka.
Ads
Malah, Facebook turut mengesahkan bahawa gangguan kali ini tiada kaitan dengan serangan DDos yang didakwa berlaku kepada mereka.
We're focused on working to resolve the issue as soon as possible, but can confirm that the issue is not related to a DDoS attack.
Bagaimanapun, gangguan kali ini dianggap yang terbesar kerana mengikut laman web downdetector dot com, laporan daripada pengguna di Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah mencatatkan angka tertinggi setakat ini.
Ads
WhatsApp is experiencing server issues to send media, for some users. This afflicts Facebook and Instagram too.
Malaysia juga turut menerima tempiasnya apabila laporan yang diterima setakat ini menyatakan gangguan berkenaan telah memasuki jam kelima.
Ads
Mengikut sejarah, Facebook pernah mengalami gangguan akibat masalah teknikal ketika kerja-kerja menaiktaraf bagi kepentingan pengguna yang kini bertambah.
Memandangkan Facebook merupakan platform komunikasi dengan bilangan pengguna terbesar di dunia ketika ini, ramai yang menggunakan aplikasi ini untuk berkomunikasi dan menjalankan perniagaan mereka.
Nampaknya sebaik selesai musim haji 1442H, kerajaan Arab Saudi mengumumkan ibadah umrah dibuka semula kepada jemaah dari luar negara, bermula 10 Ogos depan.
Menurut laporan Gulf News yang memetik agensi berita negara, SPA, ia adalah susulan kelancaran musim haji tahun ini selesai dengan jayanya.
Ibadah umrah bagi rakyat Arab Saudi dan penduduk ekspatriat di negara ini, sudah dibuka semula mulai semalam.
Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdul Rahman Al-Sudais, mengarahkan semua ahli gabungan kompeten supaya memuktamadkan persediaan untuk menerima jemaah meliputi umrah di Masjidil Haram, Tanah Suci Makkah.
Beliau sekali gus meminta petugas terbabit berusaha sedaya upaya dan memastikan pelaksanaan semua langkah pencegahan di Masjidil Haram serta Masjid Nabawi, Madinah, selaras ‘kerja dan kelancaran cemerlang’ pada musim Haji, minggu lalu.
Awal bulan ini, Kementerian Haji dan Umrah menggantung sementara permohonan untuk menunaikan solat dan ibadah umrah di Masjidil Haram.
Ia bagi membolehkan jemaah menunaikan ibadah dengan lancar dan petugas menyelesaikan kerja sanitasi di Masjidil Haram menjelang musim Haji tahun ini.
Sementara itu menurut ciapan dalam Twitter Haramain Sharifain, penerbangan langsung dibenarkan dari semua negara kecuali India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan dan Lubnan yang dikehendaki menjalani kuarantin selama 14 hari di negara ketiga sebelum tiba di Arab Saudi.
Selain itu, diwajibkan telah menerima vaksinasi COVID-19 yang lengkap sama ada vaksin Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau Johnson & Johnson (J&J).
Imunisasi lengkap membabitkan vaksin keluaran China pula dikehendaki berserta dos ‘penggalak’ sama ada suntikan Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau J&J.
Seterusnya, dibenarkan untuk jemaah berusia 18 tahun dan ke atas, serta ketibaan melalui agensi umrah yang ditauliahkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. – AGENSI
Bertemakan Tahun Tikus, sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini akan disertai oleh barisan maskot terbaharu Sunway Lagoon iaitu Captain Quack & Friends. Mereka akan bersama-sama dengan pengunjung untuk memeriahkan perayaan ini dari 23 Januari sehingga 6 Febuari 2020.
Pada 25 dan 26 Januari 2020, para pengunjung akan disambut oleh God of Prosperity bersama Captain Quack & Friends. Maskot ini akan menghadiahkan pengujung sampul ang pau edisi terhad dan limau mandarin pada musim perayaan ini. Pertunjukan yang memukau menanti anda seperti Tarian Singa, persembahan gendang cina dan persembahan istimewa sketsa A Mouse’s Tale oleh Captain Quack & Friends dan kemunculan Sifu Lao Shu.
Muncul sebagai haiwan pertama dalam bulatan 12 tahun takwin cina, tahun tikus diramal membawa kesejahteraan dan peluang yang luas. Membawa tradisi perayaan kepada anda dengan sentuhan unik, anda dijemput untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan sejajar dengan tahun yang penuh dengan kebaikan.
Alami keseronokkan!
Perjalanan bertuah akan bermula tatkala anda berada di Sunway Lagoon. Anda perlu mencari dan menyentuh Rat Zodiac Statue yang terletak di pintu masuk utama Sunway Lagoon sebagai simbolik tuah agar sentiasa berada di tangga #1 pada tahun 2020 (sama seperti kedudukan Sang Tikus dalam Perlumbaan Heavenly Gates mengikut cerita mitos kaum cina).
Maju ke hentian seterusnya, anda boleh berkunjung ke Huat Cheese Mountain. Bayangkan impian anda untuk tahun baru, pegang hajat tersebut dan lempar duit syiling ke dalam lubang gunung keju. Sebagai ganjaran simbolik kepada tuah, anda bakal menerima sekeping syiling emas.
Tidak ketinggalan, khas untuk si bujang, harapan untuk berpasangan mungkin akan wujud jika mengunjungi Wishing Love Pond dengan melemparkan limau mandarin ke kolam ini. Semoga impian anda menjadi realiti.
Bagi mereka yang suka meramal nasib, anda dijemput ke Fortune Chest! Langkahnya cukup mudah. Pilih nombor dari mangkuk nasib dan anda perlu membuka laci almari bernombor yang tertera di kertas dari mangkuk nasib. Tilikan nasib tertera di helaian dari laci almari tersebut.
Melengkapi perjalanan bertuah anda, singgah sejenak di Lucky Tree. Untuk tahun baru yang makmur, petik salah satu ang pau yang tergantung di pokok tersebut dan saksikan isi sampul tersebut. Pelbagai hadiah menarik menanti anda seperti barangan eksklusif Huawei dan pelbagai lagi.
Gamatnya sambutan Tahun Baru Cina di Sunway Lagoon tidak terhenti disitu. Beralih ke Zamberi River, tarikan di sini diberi nafas baru dan dipertingkatkan dengan bunyi gendang Afrika, dekorasi bercahaya ultra-ungu, semburan air dan bakul air. Dinginkan diri anda dengan berendam dan belayar menerusi sungai berwajah baru dengan menaiki pelampung yang boleh disewa pada harga yang berpatutan.
Nikmati pelbagai promosi yang ditawarkan seperti Chinese New Year Fortune Wheel! Gandakan tuah anda dengan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik apabila anda membeli cenderahati dengan pembelian minimum RM188 dalam satu resit tunggal.
Bersesuaian dengan cuaca tropikal, anda boleh hilangkan rasa haus dengan pelbagai jenis minuman yang berasaskan tebu dengan tawaran harga yang berpatutan seperti Delight Cane, Karimbu Juice atau Sugar Cane Mojito. Jika perut berasa Lapar, dapatkan tawaran istimewa Sunway Lagoon Caterer’s Prosperity Combo Meal di mana-mana kiosk makanan Sunway Lagoon Caterer. Anda mencari lokasi sesuai untuk sesi pertemuan semula? Usah risau. Restoran Beach Bistro menawarkan menu istimewa sempena Tahun Baru Cina bermula dari RM388*
Semasa perayaan Tahun Baru Cina, Surf Beach akan dipenuhi dengan aktiviti menyeronokkan untuk para pengunjung terutamanya kanak–kanak, seperti Rat Race Animal Kingdom, CNY Chapteh dan CNY Sand Art.
“Sambutan perayaan merupakan aktiviti rutin bagi kami di Sunway Lagoon. Sambutan Tahun Baru Cina untuk edisi Tahun Tikus ini akan kami lakukan secara gilang gemilang untuk memastikan ianya tahun yang bertuah dan meriah demi pengalaman hari terbaik untuk seluruh keluarga dan sahabat handai,” kata En Sean SL Choo, Pengurus Besar Sunway Lagoon.
Jangan lupa abadikan dan muat naik momen istimewa anda dengan yang tersayang di Sunway Lagoon ke laman sosial media Facebook ataupun Instagram dengan tanda pagar #CNYMouseTale #BestDayEver dan #SunwayLagoonMY.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Sunway Lagoon di +603-5639 0000, atau layari laman sesawang www.sunwaylagoon.com atau kunjungi facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada negara yang telah berjaya mengekang penularan COVID-19 supaya sentiasa berjaga-jaga meskipun wabak tersebut telah dibendung di negara berkenaan. Malaysia turut tidak terkecuali kerana negara kita antara yang ada menunjukkan kes penurunan wabak ini.
Pengarah Kecemasan WHO, Dr Michael Ryan berkata, lengkungan gelombang pertama penularan virus tersebut mungkin akan mengandungi puncak kedua pada grafnya. Amaran tersebut lebih khusus kepada negara yang telah mengurangkan langkah pengawalan penularan COVID-19.
"Kita tidak boleh mengandaikan hanya kerana penularan mungkin dilihat tidak begitu aktif seperti sebelum ini, ia akan terus seperti itu dan kita akan mempunyai masa beberapa bulan bagi bersedia menghadapi gelombang kedua. Kita mungkin akan ada puncak kedua dalam gelombang ini. Ini yang berlaku dalam pandemik sebelum ini. Ia berlaku dalam pandemik pada tahun 1919 (The Spanish Flu). Kita mungkin akan saksikan puncak kedua dalam lengkungan graf, tidak semestinya gelombang kedua,” katanya.
WHO juga menggesa semua negara untuk terus melaksanakan langkah kesihatan awam untuk memastikan jumlah kes baru terus menurun. Sejumlah besar populasi dunia masih lagi berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19.
Kalau anda sudah penat dengan kesibukkan bandar, apa kata kita jalan-jalan dulu, lari sekejap dari kesibukkan bandar dan memberi hati dan minda sedikit ruang...