Beberapa jam lepas, mungkin ada antara anda yang sedar bahawa berlaku gangguan kepada aplikasi Facebook serta ‘adik-beradiknya’ iaitu Instagram dan Whatsapp.
Gangguan kepada aplikasi ini telah mengundang perbualan hangat di Twitter selepas rata-rata pengguna mula panik kerana tidak dapat mengikuti perkembangan terbaru di Facebook, Instagram dan Whatsapp.
Antara masalah yang dikesan sejak beberapa jam lepas ialah, tiada posting terbaru yang dikesan di ketiga-tiga platform berkenaan.
Malah, bagi pengguna Whatsapp, ada antaranya yang tidak dapat menghantar foto dan video. Menurut pemakluman yang dikeluarkan Facebook, pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan isu yang menyebabkan penggunanya gagal log masuk ke akaun mereka.
Ads
Malah, Facebook turut mengesahkan bahawa gangguan kali ini tiada kaitan dengan serangan DDos yang didakwa berlaku kepada mereka.
We're focused on working to resolve the issue as soon as possible, but can confirm that the issue is not related to a DDoS attack.
Bagaimanapun, gangguan kali ini dianggap yang terbesar kerana mengikut laman web downdetector dot com, laporan daripada pengguna di Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah mencatatkan angka tertinggi setakat ini.
Ads
WhatsApp is experiencing server issues to send media, for some users. This afflicts Facebook and Instagram too.
Malaysia juga turut menerima tempiasnya apabila laporan yang diterima setakat ini menyatakan gangguan berkenaan telah memasuki jam kelima.
Ads
Mengikut sejarah, Facebook pernah mengalami gangguan akibat masalah teknikal ketika kerja-kerja menaiktaraf bagi kepentingan pengguna yang kini bertambah.
Memandangkan Facebook merupakan platform komunikasi dengan bilangan pengguna terbesar di dunia ketika ini, ramai yang menggunakan aplikasi ini untuk berkomunikasi dan menjalankan perniagaan mereka.
Pejam celik dah sembilan hari umat Islam berpuasa, paling ditunggu-tunggu bila tibanya bulan Ramadan adalah kemeriahan bazar yang ada. Setelah dua tahun negara dilanda pandemik, tahun ini nampaknya kembali meriah dengan kemunculan semula bazar Ramadan seperti sebelum pandemik.
Namun orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi tatacara operasi (SOP) yang telah ditetapkan ketika berkunjung ke bazar agar dapat menjamin kesejahteraan bersama. 10 Bazar kat Selangor ni paling best untuk anda kunjungi, jangan lupa untuk singgah!
Yang ni paling glamor, terkenal dengan kemeriahan yang menawarkan pelbagai jenis hidangan, korang yang datang sini mesti rambang mata bila nak pilih juadah hidangan untuk berbuka.
Paling penting bazar Seksyen 13, Shah Alam ini menyediakan tempat letak kereta yang luas dan selamat. Antara juadah berbuka yang dijual di sini termasuklah Nasi Briyani Chef Amar yang viral tu. Makanan dan minuman lain juga banyak di jual di sini, so kalau datang Shah Alam, jangan lupa singgah!
Alamat: Tapak Pakir E1 E2 Stadium Shah Alam 40100 Shah Alam, Selangor
Bazar Taman Melawati juga antara yang popular di kalangan penduduk Selangor. Ruang letak kereta yang luas dengan menu yang pelbagai memang menjadi tumpuan ramai.
Jangan lupa cari kebab, nasi ayam, roti john, nasi kerabu dan banyak lagi juadah berbuka untuk hidangan petang nanti.
Alamat: Bazar Melawati, Jalan Negara, Taman Melawati, Selangor
Bazar Ramadhan USJ 4 mempunyai jumlah gerai yang menepati semua citarasa berbuka puasa anda. Selain itu, aroma ikan bakar yang menyapa anda ketika memasuki bazar pasti akan menggamit selera. Jika anda sedang mencari lauk-pauk untuk disajikan bersama hidangan nasi anda, terdapat banyak pilihan di sini untuk anda cuba.
Alamat: Jalan USJ 4/5, Usj 4, 47600 Subang Jaya, Selangor
Bazar Ramadan SS6/1, Kelana Jaya terkenal dengan pelbagai jenis gerainya. Antara hidangan mereka yang paling popular dan diperkatakan termasuklah nasi ambeng yang disertakan dengan ayam goreng, ayam soya atau rendang daging. Selain itu, sambal ikan cencaru, ayam percik, laksa Penang, sate, kebab, menu panggang, makanan Cina dan India halal, serta hidangan pencuci mulut tempatan.
Terdapat juga pelbagai gerai minuman di sini, seperti gerai jus tembikai, yang akan menghilangkan dahaga selepas seharian berpuasa.
Alamat : Jalan SS 6/1, Ss 5, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
Bazar Ramadan yang terletak di Greenwood, Gombak ini juga menjadi kawasan pilihan mereka yang ingin merasai keunikan hidangan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan. Antaranya, popia basah, nasi kerabu, ayam bakar, ikan bakar dan pelbagai jenis kuih muih kegemaran anda.
Alamat : Greenwood, 68100 Batu Caves, Selangor.
Walaupun ada hidangan nasi yang mengenyangkan, anda juga harus nikmati hidangan pencuci mulut yang ditawarkan di bazar Ramadan Bandar Baru Selayang. Selain itu, hidangan ringan seperti apam balik, kuih-muih dan churros turut dijual di sini.
Alamat : Bandar Baru Selayang 68100 Batu Caves, Selangor.
Bazar Ramadan Simpang 4, Klang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana orang ramai dari segenap kawasan sanggup memandu ke sini bagi mendapatkan juadah berbuka puasa. Bukan apa, mereka sudah sedia maklum dengan keenakan makanan dan minuman yang dijual di sini. Selain itu, kesabaran juga penting kerana juadah-juadah disini dikatakan laris sehingga perlu beratur panjang. Namun pasti ianya berbaloi!
Alamat : Teluk Pulai (Simpang Empat) 41250 Klang, Selangor.
Terdapat beberapa bazar Ramadan di Bangi yang boleh anda kunjungi. Salah satu yang paling terkenal terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Terdapat banyak pilihan makanan dan minuman di sini, tetapi antara yang paling digemari ramai ialah nasi kerabu, ayam golek, dan popia basah.
Alamat : Seksyen 7 (Jln 7/7 B) 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Anda pasti akan berasa seronok mengunjungi bazar Ramadan Seksyen 17/1A, Petaling Jaya jika anda tidak pasti untuk berbuka dengan menu apa apa bulan puasa. Juadah seperti Roti john, ayam claypot, dan kuih tepung pelita antara juadah yang banyak boleh didapati di bazar ini. Pilih sahaja dari gerai mana!
Bazar Ramadan TTDI tidak asing lagi bagi warga kota yang ingin mencari juadah lazat seperti nasi tomato, nasi lemak, nasi hujan panas, nasi padang dan pulut udang. Ini kerana makanan yang dijual adalah berkualiti dan harganya juga berpatutan. Selain itu, lokasi bazar ini yang strategik juga menjadi salah satu nilai-tambah pada bazar ini.
Alamat: Jalan TTI Grove, 43000, Kajang, Selangor.
Selain senarai di atas, korang juga boleh kunjungi mana-mana dari 241 lokasi bazar Ramadan di sekitar Negeri Selangor sempena bulan Ramadan yang mulia tahun ini. Tapi jangan sampai membazir pula ya.
Kredit: Tourism Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Indonesia akan menutup sebuah pulau yang menjadi habitat spesis terancam biawak komodo selepas ada pihak yang tidak bertanggunjawab menyeludup haiwan tersebut keluar dari pulau itu.
Pulau Komodo di Manggarai Barat di wilayah Nusa Tenggara Timur akan ditutup kepada pelancong bermula Januari 2020.
Menurut jurucapan pentadbiran wilayah, Marius Jelamu, keputusan itu dibuat selepas berunding dengan Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan.
Penutupan itu adalah respons terhadap penyeludupan 41 biawak komodo dari pulau itu dan dijual di luar negara dengan harga sekitar 500 juta rupiah atau RM142,347 seekor.
Difahamkan, hanya Pulau Komodo yang menjadi tarikan pelancong itu akan ditutup namun kawasan sekitar pusat pemulihaaran masih beroperasi seperti biasa.
Penutupan sementara itu membolehkan pemuliharaan alam semula jadi lebih baik selain meningkatkan populasi haiwan terbabit.
Zoo Johor yang merupakan antara zoo tertua di Malaysia berusia 37 tahun telah ditutup sementara.
Zoo Johor yang dibuka pada 1982 kini menempatkan lebih 100 spesies haiwan termasuk beberapa spesies haiwan terancam.
Notis Pemakluman Penutupan Sementara Zoo Johor ada diberitahu di laman facebook rasminya: Zoo Johor
Dimaklumkan Zoo Johor akan ditutup dalam tempoh 11 hari bermula 02 Mac 2020 sehingga 12 Mac 2020 bagi memberi laluan kerja-kerja mengorek, merentang dan pemasangan kabel elektrik di dalam kawasan zoo dapat dilaksanakan dengan lancar disamping mengambil kira aspek keselamatan pengunjung. Zoo Johor akan dibuka seperti biasa pada 13 Mac 2020 setelah kerja-kerja di kawasan awam selesai. Pihak pengurusan memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Harap maklum. Terima kasih.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Penerbangan jarak jauh memang boleh jadi mencabar, terutama kalau perlu duduk berjam-jam dalam ruang yang terhad. Silap pilih tempat duduk, perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan...