BAGI penggemar durian, pastinya mereka tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati Raja Buah ini.
Dijangkakan, musim durian akan melanda Malaysia lebih awal berbanding penjadualannya yang sebenar, iaitu sekitar Jun-Julai. Di beberapa tempat di Malaysia, musim durian sudah pun bermula dan lambakan durian mula dijual di beberapa buah tempat sekitar Lembah Klang.
Namun, para penggemar durian pastinya teringin untuk menikmati sendiri rasa asli Raja Buah ini langsung terus dari pokoknya, terus dari dusunnya sendiri? jika jawapan anda Ya, di sini lima lima lokasi dusun durian yang menyediakan buffet durian dengan harga yang mampu milik dan paling penting, langsung terus dari pokoknya.
Di sini, disertakan lima lokasi (tidak mengikut turutan kegemaran) buffet durian yang boleh kunjungi sekitar Malaysia.
JIMMY’S DURIAN ORCHARD
Suasana di Jimmy Durian Orchard.
Terletak di Bukit Bentong, Jimmy’s Durian Orchard terkenal dengan keunikan rasa buah durian, dan paling penting adalah semua tanaman ini bebas daripada racun dan semburan bahan kimia. Kalian boleh mendapatkan beberapa jenis durian terbaik di dusun ini, antaranya durian Tekka, D101, dan D24. Pasangan Jimmy dan Tasy ini juga tidak lokek berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang durian organik mereka kepada semua pengunjung yang ringan mulut unutk bertanya. Kalian pasti akan berasa puas hati dengan layanan yang diberikan, dan paling penting akan pulang dengan perut yang gembira, kerana semua durian organic di sini dijual dengan harga yang sangat-sangat berpatutan.
Alamat : 75.1km Karak Highway, Bentong, Karak, Bentong 28600, Malaysia.
Nombor telefon : +60 16-203 1922 (Jimmy)
RAUB DURIAN ORCHARD
Raja dan permaisuri buah-buahan yang ada di Raub Durian Orchard.
Ads
Raub Durian Orchard mengangkat namanya sendiri sebagai caterer durian yang terbaik di Pahang. Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan review dan pandnagan beserta komen pengunjung yang pernah hadir ke dusun ini, dan menikmati keenakan raja buah itu sendiri. menariknya, di dusun ini juga dilengkapi dengna kemudahan kolam pancing, ladang ternakan lebah, dan juga turut memiliki ladang ternakan sarang burung mereka sendiri. dusun ini pastinya akan menjadi pilihan utama warga kota terutama yang sudah berkeluarga untuk datang dan berehat sambil menikmati kesedapan durian Raub ini.
Alamat : Raub, Pahang, Malaysia (GPS coordinates: N03°51.691’ E101°54.329’)
Nombor telefon : +60 19-965 9612 (Eddie)
1Malaysia Musang King Durian Orchard Farm
Kisah ladang ini bermula setahun yang lalu, bilamana pemilik ladang, Dato Michael Ng memutuskan untuk membeli kawasan ini untuk dihadiahkan buat isteri yang tersayang, yang juga merupakan peminat fanatik durian. Bersama, mereka berdua mengusahakan ladang ini. Selain Musang King, di sini juga ada variasi durian yang lain, seperti D2, D24 D78, D88, dan juga durian kampung.
Buffet durian bermula dari harga RM80 untuk hari biasa, dan hanya RM120 untuk hujung minggu dan cuti umum. Pakej ini juga disertakan sekali dengan servis khidmat jelajah dusun secara percuma.
Alamat : Kg. Cinta Manis, Karak, Bentong 41200, Malaysia.
Nombor telefon : +6 019-277 7255 (Datuk Michael Ng)
SIM KOA YEN
Raja buah yang segar dari ladang boleh dinikmati di Sim Kao Yen.
Ads
Jangan terkejut kalau saya katakan bahawa dusun ini merupakan dusun yang paling banyak menyediakan variasi pilihan durian, iaitu sebanyak 30 jenis rasa dan genetik untuk kalian pilih. Terletak di Machap Melaka, dusun yang sudah berusia 25 tahun, dan pernah beberapa kali memenagi anugerah durian terbaik. Selain daripada durian, dusun ini juga terkenal dengan keenakan buah cempedak mereka.
Bagi warga kota yang ingin melepaskan lelah penat kerja seharian, di sini juga disediakan penginapan di dalam kawasan dusun itu sendiri.
Alamat : (Office) MC-2-34 & MC-2-35, Jalan SB Utama, Taman Seri Bayan, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia
Nombor telefon : +60 12-681 6895 (Mr Yap)
FREEDOM ECO FARM
Durian Udang Merah yang boleh dinikmati di Freedom Eco Park.
Dusun ini ternyata bukanlah menjadi sebutan ramai dan bukannya dusun yang biasa-biasa, kerana ia sebenarnya terletak jauh di dalam ketebalan Hutan Simpan Pulau Pinang, dan ianya menawarkan puluhan jenis durian untuk dinikmati. Selain daripada menawarkan durian yang mesra alam dan total organic, pemiliknya’ Joseph dan Beatrice juga menawarkan khidmat ekopelancongan kepada mana-mana pihak yang ingin meneroka masuk lebih dalam ke hutan simpan ini.
Dan yang paling penting, dusun durian ini hanya dibuka kepada pengunjung yang telah membuat temu janji sahaja. Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan awal bagi mengelakkan pulang dengan tangan kosong, tambahan lagi di musim cuti perayaan dan cuti sekolah.
Ads
Alamat : Telok Bahang, Penang.
Nombor telefon : +60 19-447 7806 (Beatrice)
Negeri Sabah banyak pulau-pulau yang tersenarai dalam pulau tercantik di dunia. Dunia tau, bukan peringkat daerah ke peringkat negeri. Meleleh air liur kalau dapat jejak kaki di pulau Sabah terutama di daerah Semporna. Cuba pusing semua pulau dekat sini, kemudian buat perbandingan sendiri.
Tercari-cari pakej trip keluarga ke Semporna, Sabah. Baca perkongsian lengkap daripada saudara Nazrul Akram
Semporna adalah salah satu destinasi pantai tercantik didunia dan mendapat nama didalam Travel Insider. Jika nak berbandingkan dnegan Maldives, pulau-pulau di sekitar Semporna ini sama taraf malah ianya adalah lebih murah diantara negara-negara yang lain jika nak dikunjungi. Terdapat 8 buah pulau utama yang pelancong boleh kunjungi iaitu
1. Pulau Mabul (Perkampungan Air)
2. Bohey Dulang (Hiking)
3. Matabuan
4. Timba Timba
5. Pom Pom
6. Mataking
7. Sibuan
8. Matabuan
Pulau-pulau ini digabungkan pada pakej yang tertentu dan tak boleh dihabiskan dlaam masa satu hari. Jika anda nak pergi semuanya anda memerlukan masa 3 hari untuk 8 buah pulau ini. Berikut adalah contoh itinerary perjalanan saya serta budget selama 3 hari 2 malam dibawah RM1,000.00 untuk seorang. Mungkin kalau korang mempunyai tempat yang lebih menarik atau lebih awesome sila sharekan bersama. Sila jangan bermalu -malu.
Tiket Penerbangan : RM1450.00 untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Agak mahal kerana ianya jatuh pada permulaan cuti sekolah. Kalau korang pergi hari Jumaat atau Khamis mungkin lebih murah. Average harga KL Tawau KL menaiki airasia sekitar RM300-RM400, kalau promo mungkin lebih murah.
Harga ini termasuk tiket penerbangan Malaysia Airline, standard seat return, 1x makan return, dan luggage 20kg return. Untuk pengetahuan anda, flight domestik MAS kena bayar yer skang, macam Airasia. Tiket ini saya beli 1bulan sebelum tarkh penerbangan, korang mungkin akan mendapat lebih murah jika membeli dengan lebih awal.
Seminggu sebelum trip ke Tawau, saya membuat penempahan untuk pakej ke pulau Mataking dan Timba-Timba. Harga untuk pakej ini adalah RM89.00 untuk dewasa dan RM47.00 untuk kanak-kanak. Harga pakej tidak berbeza banyak dengan syarikat lain. Dinasihatkan, korang kena booking sehari awal untuk ke pulau Semporna kerana ianya mempunyai proses pendaftaran bagi keselamatan pelancong. Jadi jumlah 2dewasa dan 1kanak kanak adalah RM225.00.
Tiba di airport kami sewa kereta Axia untuk memudahkan pergerakkan dari Tawau ke Semporna. Perjalanan dari Tawau ke Semporna sekitar 1jam 30minit. Harga kereta adalah RM90.00 untuk sehari. 3 hari makan jadilah RM180.00.
Saya mengisi minyak full tank RM45.00 dan top-up lagi RM20.00 sepanjang perjalanan 3hari ni. Kereta Axia minyak jimat itu pun ada lebihan lagi masa return kereta. Jadi total isi minyak adalah RM65.00.
Korang boleh memilih untuk menginap di bandar Tawau ataupun bandar Semporna. Kami stay di homestay atau harga hotel di bandar Tawau sekitar RM150.00 manakala di Semporna RM100.00. Penginapan 3hari 2malam adalah berharga RM300.00.
Jumlah pembelian dan bayaran kasar adalah :
1. Tiket Flight : RM1450.00
2. Hotel : RM300.00
3. Kereta Sewa : RM180.00
4. Pakej Pulau : RM225.00 Total bayaran adalah RM2,155.00
Dibawah adalah itinerari perjalanan serta budget makan yang dikategorikan sebagai duit poket.
Day 1 : Kuala Lumpur – Tawau
– Flight MAS MH2660 berlepas jam 0740pagi dari KLIA.
– Tiba di Tawau Airport pada jam 1030pagi.
– Mengambil kereta sewa di airport.
– Isi minyak full tank. (RM45.00)
– Makan tengah hari dibandar Tawau. (RM30.00)
– Shopping barangan kering di pasar UTC Tawau. (RM150.00)
– Makan Malam di Bandar Sri Indah. (RM25.00)
Total of Day 1 : RM250.00
Day 2 : Tawau – Semporna
– Menuju ke bandar Semporna seawal pagi.
– Tiba di Jeti Perlancongan Kg. Bangau Bangau. Parking percuma.
– Membeli snack dan air tambahan. (RM15.00)
– Pakej pulau bermula di Timba-Timba Island
– Snorkeling di Mataking
– Snorkeling di Pompom Island.
– Tiba di Jeti Perlancongan dan minum petang. (RM10.00)
– Isi minyak balik ke bandar Tawau. (RM20.00)
– Makan malam seafood (RM80.00)
Total of Day 2 : RM125.00
Day 3 : Tawau – Kuala Lumpur
– Menuju ke pasar basah di bandar Tawau
– Sarapan pagi sekitar bandar Tawau. (RM9.00)
– Beli barangan basah, udang, sotong dan lobster. (RM150.00)
– Menuju balik ke airport.
– Flight balik MH2661 pada jam 1125pagi.
Total of Day 3 : RM159.00
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pernah dengar tentang Ranu Kumbolo? Jika anda seorang pendaki tegar pasti anda tahu tentang Gunung Semeru yang terletak di Taman Nasional Bromo Tengger Semeru, Jawa Timur, Indonesia. Ranu Kumbolo merupakan syurga dunia yang sering menjadi bualan ramai pendaki yang dalam perjalanan ke puncak Semeru, mahupun di kalangan mereka yang gemarkan aktiviti lasak.
Jadi untuk berkenalan dengan ‘Ranu’ yang membawa maksud tasik atau danau ini, ia memerlukan perancangan bijak. Bukan main redah sahaja kerana perjalanan ke Ranu Kumbolo sangat menguji ketahanan mental dan fizikal. Tak kiralah sama ada kaki gim atau sebaliknya, kalau persiapan tidak kena cara, pasti mengundang insiden tidak diduga.
Terletak di ketinggian 2400 meter daripada paras laut, perjalanan ke Ranu Kumbolo mengambil masa kira-kira lima jam waktu trekking. Itu pun jika anda cukup stamina dan tidak berhenti terlalu lama di setiap pos rehat. Jika tidak, pasti masa perjalanan mengambil masa lebih lama. Tip untuk kekal bertenaga, jangan lupa bawa air minuman secukupnya dan beli beberapa paket madu yang banyak dijual di setiap pos rehat. Tidak mahal harga sepaket hanya Rp2,000. Percayalah madu ini memang sangat membantu kerana ia meningkatkan stamina.
Sejujurnya, perjalanan menuju ke Ranu Kumbolo bukanlah perjalanan yang mudah, namun berbaloi kerana kanvas alam yang menanti memukau pancaindera. Sukar dilafazkan dengan kata-kata. Cukup indah ditambah suasana hening yang mendamaikan fikiran. Satu perkara yang diidamkan oleh setiap pendaki apabila menjejak kaki sini ialah menyaksikan keindahan mentari di saat ia menyapa pagi.
Biarpun badan terasa penat, otot-otot mula sakit-sakit, jangan sesekali lepaskan saat-saat indah ini. Pengalaman menyaksikan sang mentari terbit dari balik dua bukit di pinggiran tasik, pasti sukar dilupuskan daripada ingatan. Biarpun cuaca sejuk mencengkam tubuh badan, namun cetusan rasa kepuasan mengatasi segalanya. Indah bumi ciptaan tuhan!
Teruja sepanjang perjalanan ke Ranu Kumbolo
Keterujaan ke lokasi perkhemahan ini sebenarnya bermula seawal perjalanan, iaitu ketika menaiki jip untuk ke Ranu Pani, pos pendaftaran dan gerbang ke Taman Nasional Bromo Tengger Semeru. Sebelum memulakan pendakian, anda perlu mendengar taklimat keselamatan terlebih dahulu. Seronok mendengar kisah-kisah yang dikongsi oleh renjer hutan. Banyak juga info berguna untuk dijadikan panduan.
Dari pos Ranu Pani ini anda perlu berjalan kaki sejauh lima sampai tujuh kilometer menyusuri lereng bukit yang ditumbuhi dengan Bunga Edelweis. Kemudian anda akan tiba di Watu Rejeng. Dari sini anda sudah boleh melihat pemandangan lembah dan bukit yang ditumbuhi pohon cemara dan pines.
Semakin tinggi pendakian, semakin sejuk cuaca, jadi pakai pakaian yang sesuai jika tidak mahu menggigil kesejukan. Sepanjang perjalanan, terdapat empat pos rehat yang membolehkan anda melepaskan lelah. Ada gerai-gerai kecil yang menjual minuman, buah-buahan, makanan ringan dan juga madu. Satu perkara yang anda perlu tahu, semangat untuk sampai ke Ranu Kumbolo akan berkobar-kobar setiap kali berselisih dengan pendaki-pendaki yang mula turun dari gunung.
Mereka memberikan kata-kata semangat agar tidak mudah berputus asa. “Semangat, semangat! Pasti kamu boleh,” itu ucap mereka. Setibanya di Ranu Kumbolo, carilah tempat atau tapak yang dirasakan ideal untuk mendirikan khemah. Kalau gunakan khidmat porter, tak perlu susah-payah sebab mereka yang akan lakukan semua. Sambil menunggu, bolehlah melihat ribuan bintang menghiasi langit. Selamat bereksplorasi!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ingin merasai pengalaman baru dalam memilih menu yang menarik dan menyelerakan? Konsep yang diketengahkan oleh rangkaian Restoran Burger & Lobster dari England pasti membuat anda teruja dengan hidangan burger dan udang karang. Walaupun hanya menyediakan menu burger dan udang karang popular dari Nova Scotia, Kanada, restoran yang mula beroperasi pada tahun 2011 ini yang berasaskan konsep tradisional dalam penyediaan makanan mampu menempatkan diri dalam kalangan penyedia makanan terbaik, malah dekorasi restoran ini turut diperkatakan pengunjung.
Sebagai restoran pertama seumpamanya dibuka di Asia, Burger & Lobster beroperasi pada keluasan 3,500 kaki persegi di pusat beli-belah Sky Avenue, Resorts World Genting. Sky Avenue yang memiliki keluasan kasar 600,000 kaki persegi menjanjikan pengunjung keseronokan membeli-belah, makan dan minum serta bersiar-siar. Oleh itu pihak pengurusan Resorts World Genting sentiasa berusaha mencari keseronokan pengalaman baharu merasai makanan dan minuman yang bakal membuatkan tetamu teruja.
Udang karang premium Restoran Burger & Lobster seberat 650-700 gram yang dihidangkan dalam menu dibawakan khas dari Nova Scotia, Kanada melalui KLIA sebelum dihantar ke Resorts World Genting setiap minggu. Oleh kerana pesanan yang dibuat setiap minggu, udang karang tersebut begitu laris serta mampu dijual pada harga berpatutan.
Dekorasi restoran dikelilingi oleh peralatan menangkap udang karang. Malah salah satu dinding restoran dihiasi dengan 104 replika peti tradisional menangkap udang karang sama seperti digunakan oleh nelayan di Nova Scotia. Kombinasi kayu oak, jubin seramik Portugal dan pencahayaan yang suram mengimbau suasana penangkap udang karang yang menenangkan diri selepas sehari suntuk dengan hasil penangkapan mereka. Susun atur perabot di Burger & Lobster dilengkapi dengan kombinasi booth dan bankuet ditemani cahaya lampu hiasan yang menarik.
“Cahaya lampu perlu sesuai dengan mood dan suasana mengikut konsep dekorasi dalaman ditetapkan oleh Burger & Lobster. Ia perlu berada di tengah-tengah antara konsep kelab dan ‘fun dining’,” kongsi Dato’ Edward Holloway, Naib Presiden Kanan Operasi Resorts World Genting.
Restoran berkapasiti 150 orang ini menawarkan pemandangan taman tema baharu Twentieth Century Fox World . Kawasan tempat duduk terbuka turut disediakan meskipun terhad. Apabila taman tema itu siap kelak, restoran tersebut dijangka mampu menampung tambahan pengunjung sehingga 170 untuk menjamu selera udang karang istimewa di Malaysia.
Menu burger di Burger & Lobster pula diperbuat daripada 100 peratus daging lembu Australia dengan kepingan daging diapit bun brioche berbijan dan ditambah daging salai, keju, daun salad, tomato, bawang, jeruk khas serta sos rahsia Burger & Lobster.
Pelanggan boleh memilih menu burger berserta kentang goreng sebagai permulaan iaitu The Mayfair seberat 168 gram. Menu seterusnya ialah The Original seberat 224 gram dengan keenakan daging dan kentang goreng. Khas buat mereka yang inginkan kombinasi burger dan udang karang, The B&L seberat 224 gram memiliki kedua-duanya yang dihidangkan bersama kentang goreng dan salad. Pilihan menu udang karang pula terdiri daripada tiga pilihan iaitu The Original, The Big Boy dan Chili Lobster. Udang karang akan dikukus atau dipanggang bersama pilihan jernihan mentega ataupun mentega lemon dan bawang putih yang terkenal di restoran tersebut.
Antara menu terkenal Burger & Lobster merupakan ketulan udang karang segar gulung yang disediakan dalam tiga gaya berbeza. Pengunjung boleh memilih sama menu Chilli dan The Original yang dihidangkan sejuk bersama bun panjang brioche berserta kentang goreng dan salad. Bagi yang kurang makan, mereka boleh memilih burger bersaiz mini iaitu B&L Burger yang dihidangkan bersama isi udang karang, Tiger Tiger (gulungan mentega udang tempura, mayones pedas dan buah avocado) dan The Classic yang merupakan burger bersaiz kecil. Menu pencuci mulut, pengunjung boleh memilih untuk menikmati crème brulee dan mousse pisang ataupun yogurt strawberi, guanduja serta ais krim stacciatella. Tidak dilupakan salah satu menu pencuci mulut dengan aroma tempatan iaitu tempura durian.
Burger & Lobster terletak di Aras 1, Sky Avenue. Waktu operasinya ialah pukul 11:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari dan 11:00 pagi hingga 11:30 malam pada hujung minggu.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...