
Ada berita baik buat anda yang bakal bercuti atau akan menginap di hotel sekitar Pulau Pinang bermula Julai ini.
Kerajaan Pulau Pinang akan mengetepikan caj hotel selama enam bulan berkuat kuasa 1 Julai hingga 31 Disember 2020, selaras dengan kebenaran merentas negeri.
Ia adalah usaha Pulau Pinang untuk merangsang semula pelancongan dan menyokong industri dalam fasa pemulihan seiring dengan usaha yang dibuat untuk mengekalkan pelbagai sektor dan kumpulan yang terkesan dalam industri.
- Selain pengecualian caj pelancongan di peringkat Persekutuan, sokongan ini akan dapat memacu minat ke arah mengaktifkan semula pelancongan dan menyokong usaha pemulihan pelancongan untuk bulan-bulan mendatang.
- Pengecualian enam bulan itu adalah sebahagian daripada pelan pemulihan pelancongan untuk secara berterusan menarik kedatangan pelancong domestik sepanjang bulan akan datang sehingga akhir tahun. Pelan pemulihan itu turut disertakan dengan pelbagai usaha promosi dan program insentif pelancongan, yang akan diperkenalkan secara berperingkat.

Jom cuti-cuti Malaysia!
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dalam Cruise Ada Chalet, Percutian Unik Dalam Kapal Di Qashrina Qruise, Melaka. Cukup 50 Orang Dah Boleh Conquer 1 Kapal!

Inginkan kelainan ketika percutian bersama keluarga? Percutian Ala Cruise di Qashrina Qruise, Melaka ini akan memberikan pengalaman baru buat anda dan keluarga.
Sesuai juga untuk jadikan port percutian family yang besar kerana hanya dengan jumlah minimun 50 orang, anda terus boleh lock cruise ini untuk kegunaan keluarga anda sahaja tanpa kehadiran pengunjung lain.
Mempunyai 20 bilik dan dewan besar yang tertutup, banyak aktiviti yang boleh dijalankan di atas cruise ini jika anda membawa keluarga yang besar.
Mengenakan bayaran RM130 seorang per malam bagi yang berumur 6 tahun ke atas, pakej ini termasuklah:
- Penginapan
- Makan 3 kali (hi-tea, bbq dinner, breakfast)
- Dewan
- Karaoke
- Private pool
- Pihak chalet akan arrange telematch 2 game termasuk hadiah
Seperti setiap bilik pula terdapat kelengkapan yang selesa seperti:
- Katil (queen @ double decker)
- Aircond dan kipas
- Tv screen plasma
- Wifi
- Kettle
- Towel
- Bilik air moden/stylish
- Water heater
Paling teruja sekali, anda juga boleh menikmati suasana dalam cruise sepanjang hallway menuju ke bilik. Dan terdapat juga bilik kapten yang terletak paling atas dan boleh di akses ke deck kapal untuk menikmati pemandangan laut. Betul-betul beri pengalaman luar biasa!
Nama: Qashrina Qruise
Alamat: Pantai 75400 Tanjung Kling, Melaka
Sumber: Port Cuti Bajet
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Destinasi Popular Seluruh Dunia Yang Menuju Kemusnahan Akibat Pelancong Setiap Hari

Isi Kandungan
ToggleBoleh dikatakan hampir semua orang mahu berjalan-jalan, melancong dan meneroka serta mengenali perkara-perkara baru nan indah dalam setiap destinasi di seluruh dunia yang ditujui tetapi malangnya ia meletakkan kita dalam sebagai pelancong. Pelancong kadang-kala sering dianggap menjengkelkan oleh penduduk setempat, kerana kehadiran pelancong menyebabkan kepadatan kepada penduduk, memenuhi jalanraya, malah ada pelancong yang tidak tahu menghormati dan menjaga kawasan-kawasan setempat lebih-lebih lagi kawasan bersejarah.
Walaupun industri pelancongan dapat meningkatkan status ekonomi setempat, malangnya, dengan peningkatan populariti destinasi tertentu, ada beberapa kesan negatif yang akan turut bersama peningkatan tersebut. Di sini ada 6 destinasi dari seluruh duni yang menerima kerosakan disebabkan oleh kesesakan pelancong.
Venice, Italy
Bandar raya Renaissance yang indah ini terkenal dengan seni bina dan terusannya yang indah ini telah menjadi begitu sesak dengan kehadiran pelancong yang ramai dan banyak mercu tanda penting si sana tidak dapat dilawati disebabkan perkara ini. Venice dikunjungi lebih daripada 80,000 pelancong setiap tahun dan penduduk tempatan tidak berpuas hati dengan perkara ini. Sekitar 2,000 penduduk tempatan berpindah keluar dari bandar Venice setiap tahun dan jika mereka terus berbuat demikian, ada kemungkinan bahawa pelancong akan mengambil alih sepenuhnya kawasan tersebut. Selain daripada itu, masalah turut diburukkan lagi dengan pertambahan bilangan kapal yang mengganggu laluan perjalanan melalui terusan Giudecca sehari, mewujudkan bunyi bising dan mengeluarkan banyak pencemaran yang mengganggu penduduk. Pada masa yang sama, bandar ini tidak mempunyai banyak kemudahan penginapan untuk menampung bilangan pelancong. Dengan semakin banyak hotel yang muncul di kawasan bandar, ramai penduduk tempatan tidak dapat mencari tempat tinggal.
The Great Pyramids of Egypt
Salah satu daripada tujuh keajaiban dunia dan sewaktu anda melawati tempat ini, anda akan sedar akan satu realiti yang menyedihkan iaitu piramid ini mungkin tidak akan wujud untuk jangka masa yang lama. Disebabkan kesesakan yang berlaku sejak beberapa dekad yang lalu, piramid dan Sphinx mengalami kerosakan yang tidak dapat diperbaiki daripada hakisan. Monumen di sini berusia ribuan tahun dan begitu purba, jadi apa-apa percubaan untuk membaiki kerosakan hanya boleh memburukkan keadaan mereka.
Pulau Phi Phi, Thailand
Teluk dan pantai Pulau Phi Phi yang cantik ini menarik kira-kira 5,000 pelancong setiap hari, tiba oleh bot di pesisir pantai dari Krabi dan Phuket. Trafik akibat laluan bot mengancam dan memusnahkan terumbu karang yang berada di sekitar pulau-pulau itu. Pada tahun ini, pihak berkuasa Thailand telah mengumumkan bahawa mereka akan menutup pantai Maya buat sementara waktu dari Julai hingga September, yang dipopularkan dengan filem “Beach”, di mana Leonardo DiCaprio memegang watak utama. Dengan cara ini, mereka cuba memberi laluan kepada peluang untuk pemuliharaan kawasan pulau daripada kerosakan. 20 tahun yang lalu, sangat sedikit orang yang tahu tentang pulau-pulau ini dan pulau-pulau ini benar-benar “surga yang jauh di Bumi.” Hari ini, pulau Phi Phi adalah sasaran ramai pelancong, dan ini menjejaskan ekosistem pulau Phi Phi.
Machu Picchu, Peru
Tapak arkeologi bersejarah Machu Picchu juga diancam, bukan sahaja oleh pelancong, tetapi oleh bencana alam seperti tanah runtuh dan kebakaran. Masalahnya ialah pihak berkuasa Peru tidak mempunyai sumber untuk meramalkan apabila tanah runtuh atau kebakaran berlaku, menjadikan pelawat berisiko. Seperti mana-mana tapak arkeologi lain, kehadiran pelancong yang tidak terkawal menimbulkan ancaman kepada integriti binaan dan tanah yang boleh menyebabkan runtuhan. Luis Lumbreras, seorang arkeolog bebas yang telah mengkaji tapak bersejarah itu, berkata, “selama lebih dari 40 tahun Machu Picchu tidak pernah dibuka untuk ramai orang. Jika kita membukanya kepada pelancong yang memakai kasut boot yang melompat, berlari, mendaki, dan sebagainya … itu berbahaya.”
Santorini, Greece
“Pulau Cinta” yang terkenal di Santorini menarik lebih dari 2 juta pelancong setiap tahun, iaitu 130 kali ganda lebih besar daripada jumlah penduduk tempatan (15,500 penduduk) yang datang untuk menikmati pantai yang indah dan seni bina Yunani yang hebat. Masalahnya adalah sebilangan besar pelancong menghabiskan sumber alam yang ter dapat pulau itu, seperti air. Santorini tidak mempunyai infrastruktur dan perkhidmatan yang boleh menampung jumlah kehadiran pelancong yang begitu ramai.
Malah, kos sara hidup juga meningkat, menjadikan lebih sukar bagi pekerja tempatan untuk mencari tempat tinggal kerana terlalu mahal. Ini sebahagiannya disebabkan oleh pemilik hartanah telah mula menyewa bilik mereka melalui perkhidmatan Airbnb, yang menjadikannya lebih mahal untuk menyewa tempat dan menjadi tidak sesuai untuk penduduk tempatan. Dengan pelancong yang datang lebih dari 70,000 orang tiba setiap hari pada musim cuti, penduduk tempatan merasa sukar untuk menjadi tuan rumah kepada orang ramai sekaligus.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Malaysia Dinobat Destinasi Pelancongan Kesihatan Terbaik Dunia 2020. Pengiktirafan Kali Keempat Berturut-Turut

Malaysia sekali lagi merangkul anugerah ‘Pelancongan Kesihatan dan Perubatan: Destinasi Terbaik Tahun Ini’, pada Anugerah Pelancongan Perubatan 2020 di London.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengiktifaran itu didedikasikan kepada semua pemegang taruh sektor penjagaan kesihatan Malaysia, atas usaha cemerlang mereka.
“Anugerah ini didedikasikan kepada semua pemegang taruh di #malaysiahealthcare prestasi cemerlang pada 2019/2020. Sekali lagi setinggi-tinggi tahniah kepada keseluruhan pasukan,” katanya dalam hantaran di twitter.
Tonight live news from London, Malaysia won the Health and Medical Tourism Destination of the Year 2020 award. This award is dedicated to all stakeholders in #malaysiahealthcare excellent performance in 2019/2020. Once again my heartiest congratulations to the entire Team. pic.twitter.com/jGwI2mqkru
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 23, 2020
Sementara itu Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) dalam satu kenyataan menyatakan, pengiktirafan kali keempat berturut-turut itu, sekali gus meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai Pusat Penjagaan Kesihatan Mengagumkan Di Dunia dan mencerminkan komitmen negara dalam sektor penjagaan kesihatan, khususnya ketika berdepan pandemik COVID-19.
Edisi anugerah itu kali ini, turut menyaksikan MHTC mengekalkan kemenangannya kali keempat bagi anugerah Kluster Terbaik Tahun ini.
“Penerimaan anugerah Destinasi Terbaik Tahun Ini dan Kluster Terbaik Tahun ini sekali lagi menunjukkan keyakinan global terhadap kecemerlangan prasarana kesihatan Malaysia, untuk pelancong penjagaan kesihatan,” menurut kenyataan itu.
Beberapa institusi kesihatan swasta Malaysia turut meraih kemenangan dalam anugerah berprestij tersebut, termasuk Sunway Fertility Centre (Anugerah Klinik Fertility Antarabangsa Terbaik Tahunan); Prince Court Medical Centre (Hospital Antarabangsa Terbaik Tahunan); Sunway Eye Centre (Klinik Mata Antarabangsa Terbaik Tahunan dan Thompson Hospital Kota Damansara (Inisiatif Kualiti Terbaik).
image via google | sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI