Kejadian kepala air dan tanah runtuh yang berlaku di Yan, Kedah dua hari lalu sangat mengejutkan kita rakyat Malaysia.
Peristiwa bencana alam ini menyebabkan keindahan kawasan terbabit seperti Pusat Rekreasi Titi Hayun musnah dalam sekelip mata.
Sebelum kejadian yang dahsyat ini, Pusat Rekreasi Titi Hayun yang terletak kira-kira 3 km dari Pekan Yan atau 40 km dari Alor Setar Kedah sering menjadi pilihan pengunjung untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.
Pintu masuk ke Pusat Rekreasi Titi Hayun.
Antara kemudahan rekreasi yang disediakan untuk pengunjung ialah chalet, gerai makanan, tempat letak kenderaan, wakaf, surau, dewan terbuka, chalet, asrama dan tandas.
Paling menarik apabila pengunjung yang datang ke sini dan sebelum balik akan mengabadikan kenangan bergambar di Jambatan Gantung dikenali dengan nama Titi Hayun sebagai tanda kenang-kenangan.
Tetapi kini tiada lagi Titi Hayun yang menjadi tarikan utama di Pusat Rekreasi Terjun Titi Hayun ini.
Ads
Jambatan gantung dikenali dengan nama Titi Hayun.Tinggal kenangan.
Seperti perkongsian seorang pengguna di laman sosial facebook, Akhmal Haffies Ahmad yang acap kali datang ke sini setiap kali balik ke kampung.
Menurutnya sebelum ini walau sibuk sekalipun dia akan cuba luangkan masa untuk balik sambil membawa anak-anak menikmati keindahan alam semulajadi.
Setiap bulan, walau sesibuk mana pun. Aku akan ambil masa untuk pulang ke kampung. Dan setiap kali pulang, wajib untuk bawa anak-anak melihat keindahan. Supaya mereka kenal asal usul. Ayah mereka asalnya di sini.
Warga Yan beruntung, dikelilingi keindahan alam. Ada laut dan pantai. Ada juga hutan, gunung dan sungai.
Ads
Hari ini, warga Yan diuji. Kuasa alam menunjukkan kuasa. Air bah keruh bersama selut datang merenggut segala.
Kesan kejadia kepala air dan tanah runtuh.
Betapa kerdilnya kita di mata Allah. Dalam keadaan pandemik ini, musibah sebegini sangat menekan jiwa. Ada yang kehilangan nyawa.
Tiada lagi Titi Hayun yang menggamit memori. Tapi aku pasti, warga Yan akan bangkit kembali.
Ads
Mereka yang ada bukan calang-calang manusia. Orang Yan ni Urat Dawai Tulang Besi. Aminnn
Rupanya ada tempat best atas bukit tidak jauh dari pekan Gopeng, sesuai untuk anda yang nak berdamai dengan alam semula jadi.
Serius, resort ini memang best untuk peminat suasana alam hutan yang nyaman. Air terjun Ulu Geruntum dekat sebelah resort ini, lepas mandi terus singgah tidur ke sini.
Waktu malam memang tenang dengar bunyi air terjun mengalir macam melodi lagu. Trip back to nature macam ini memang best kan?
Ada river cabin family, bougain villa dengan pool, river cabin doom dan paling unik, glamping loft.
Owh, ya! Ada macam-macam room yang cantik-cantik kat sini, jadi anda boleh pilih ikut yang anda selesa dan bajet.
Ada private sungai dan private pool juga kat sini. Menarik, bukan?
Tak ramai yang tahu lokasi ni memang cukup segar dan mendamaikan, jadi kalau anda salah seorang yang minat nature, wajib datang berjemaah.
Lokasi:
Hijau Adventures, Gopeng, Perak
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Setiap kali hujung minggu, kebanyakkan bandar-bandar besar di Malaysia akan dibanjiri oleh warga asing yang mengambil peluang untuk bersantai dan bertemu rakan senegara lain yang sama-sama mencari nafkah di sini.
Jika di Kuala Lumpur lokasi Jalan Silang dan Lebuh Pudu menjadi lokasi popular pertemuan rakyat Bangladesh berkumpul dan bertemu rakan senegara. Sehinggakan warga asing ini menggelar lokasi ini sebagai Bangla Market.Ya, sejak sekian lama memang kawasan itu sering menjadi lokasi pilihan warga asing untuk bersiar-siar.
Mungkin kerana faktor capaian perkhidmatan pengangkutan awam yang mudah dan kedai-kedai sekitar yang menawarkan produk untuk berbelanja murah. Maka lokasi ini menjadi pilihan setelah mendengar khabar mulut ke mulut antara warga asing yang baru dan lama.
Bukan setakat warga Bangladesh, malah warga asing lain iaitu Nepal, Indonesia dan Vietnam turut kelihatan di kawasan ‘Bangla Market’ tersebut.
Apabila sebut Bangla Market, mereka sudah tahu dan akan berkumpul sebelum keluar secara berkumpulan untuk menghabiskan cuti umum pendek atau panjang. Ada juga sesetengah warga asing apabila ditanya lokasi ‘Jalan Silang’, mereka tidak tahu, namun jika sebut Bangla Market, pasti lokasi itu segera bermain dalam kotak ingatan.
Paling mengejutkan disekitar kawasan ini juga sudah mempunyai pelbagai premis kedai seakan-akan seperti di Bangladesh dengan pelbagai produk mereka dijual.
Walau bagaimanapun diharap pihak berkuasa membuat pemantauan lebih berkala di kawasan Jalan Silang ini, kerana dikatakan gejala ragut dan memeras ugut sering kali berlaku di sekitar ini melibatkan mangsa rakyat tempatan dan juga pelancong. Hal ini akan memberi imej buruk dan menjejaskan nama Kuala Lumpur sendiri.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Isu halal haram membabitkan makanan yang menjadi darah daging sangat sensitif dalam kalangan masyarakat Islam.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sering travel ke luar negara. Pastinya kedai makanan halal menjadi keutamaan untuk mengalas perut.
Baru-baru ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang merupakan sebuah agensi utama pengurusan hal ehwal Islam yang betanggung jawab dalam memastikan status halal membabitkan industri makanan telah barkongsi 84 logo halal daripada 46 buah negara di seluruh dunia yang disahkan oleh JAKIM.
Sumber: Google
Jadi bagi yang travel ke luar negara dinasihatkan untuk meyimpan dengan muat turun dalam bentuk format PDF senarai logo halal ini bagi mengelakkan termakan makanan tidak halal sepanjang berkelana di rantau orang.
Maklumat ini telah dikongsi oleh Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkfli Mohamad al-Bakri di laman sosial Facebooknya dan logo-logo halal luar negara ini adalah senarai terbaru dibuat sehingga 1 Disember 2020.
Datuk Dr. Zulkfli Mohamad al-Bakri
SENARAI PENUH LOGO-LOGO HALAL LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF OLEH JAKIM
Sehingga 1 Disember 2020, JAKIM telah mengiktiraf 84 logo halal daripada 46 buah negara seluruh dunia.
Dengan adanya logo halal ini, pengguna boleh:
Mengenalpasti logo-logo halal luar negara diiktiraf JAKIM pada produk import yang dijual di pasaran.
Ia juga memberi kemudahan kepada pengimport untuk:
Mengenalpasti produk yang ingin diimport masuk ke Malaysia mempunyai sijil halal yang diiktiraf JAKIM, bagi mengelakkan kerugian dan keraguan.
Selain itu, rakyat Malaysia terutamanya umat Islam yang akan melancong ke luar negara boleh:
Menyimpan di telefon pintar info logo-logo halal diiktiraf JAKIM, di negara yang akan dikunjungi.
Pengguna juga boleh muat turun dalam format .pdf, senarai Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setakat 01 Disember 2020 – klik : https://drive.google.com/…/1hvYRXjsfP9mpPifB_4tG2k17qi1…
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...