Rumah cantik ini terletak di Sek 1, Taman Seri Duyong, Tinyscale Homestay di Melaka hanya sekitar 4 batu dari pusat bandar dan tarikan utama.
Kawasan ini juga dipenuhi dengan pelbagai kedai dan restoran, memudahkan para tetamu untuk memenuhi keperluan harian mereka.
Tinyscale Homestay di Melaka
Homestay mesra Muslim ini boleh memuatkan 10-12 orang. Dilengkapi dengan empat bilik tidur berhawa dingin dan tiga bilik mandi, memastikan setiap tetamu merasa selesa. Rekaan dalaman menggabungkan elemen moden dan rustic, mewujudkan suasana yang cozy.
Ads
Tinyscale Homestay menawarkan kemudahan terbaik termasuk dapur, ruang tamu, dan bilik yang serba lengkap.
Ads
Jangan risau nak main air sebab di sini ada kolam renang dalam rumah untuk kanak-kanak (10’x11′)—ciri unik yang menambah daya tarikan.
Landskap rumah yang cantik, baik di luar mahu pun dalam, menambahkan lagi pesona homestay ini.
Apa tarikan sekitar homestay ini, anda akan berada dalam jarak yang dekat dengan tarikan seperti Perkampungan Hang Tuah, Dataran Pahlawan, dan Jonker Walk.
Selain itu, hanya beberapa minit pemanduan ke Ikan Bakar Umbai, Ayer Keroh, dan Zoo Melaka.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi yang tengah terfikir-fikir mana hendak becuti, apa kata halakan langkah ke Pulau Pinang. Terletak di utara Malaysia, Penang bukan saja memiliki alam tarikan semula jadi tetapi juga merupakan syurga makanan dengan deretan gerai-gerai yang dapat dilihat sepanjang perjalanan.
Terkenal dengan nasi kandar serta puluhan makanan enak lain, negeri ini turut menyimpan banyak jejak sejarah lama yang masih dapat disaksikan generasi masa kini. Dapat dilihat pemuliharaan bangunan-bangunan warisan lama yang mana akhirnya ditukar menjadi hotel sebagai daya tarikan pelancongan negeri.
Usaha mengubah bangunan menjadi hotel ini ternyata berjaya kerana ramai yang menyukai pengalaman mempersonakan ini.
Satu dari daya tarikan bangunan lama dijadikan hotel ialah Yeng Keng Hotel yang terletak di Jalan Chulia, George Town. Bertaraf empat bintang, bangunan hotel dibina pada abad ke -19 ini menawarkan 20 buah bilik yang didekorasi dengan gabungan konsep Inggeris dan India.
Lebih menarik, hotel ini diiktiraf oleh UNESCO World Heritage sebagai bangunan bersejarah. Ditambah warna-warna terang dihiasi cantik serta tanaman bunga-bunga segar, menjadikan Yeng Keng Hotel antara hotel yang wajar didiami kalau ke Pulau Pinang.
Setiap biliknya lengkap dengan penyejuk udara dan juga kipas siling. Malah ada kolam renang yang pasti menjadi daya tarikan pengunjung. Lokasi hotel ini terletak di tengah-tengah Penang, membolehkan anda melawati beberapa tempat menarik dengan mudah seperti Muzium Kamera, Cheong Fatt Tze Mansion dan Muzium Islam Penang.
Berharga dari RM395.91 semalaman, menariknya kalau dah puas berjalan-jalan di tengah bandar, korang boleh meluangkan masa bersantai di ruang bacaan yang disediakan di hotel ini ataupun lepak di taman yang sangat indah dengan tamanan bunga segar.
Kalau ada berhajat ke sini, ini alamatnya:-362, Chulia Street, World Heritage City Of George Town, 11600 George Town
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Laluan Sutera di China sangat sesuai dikujungi oleh umat Islam dari Malaysia. Selain mengenali lebih dekat budaya rakyat tempatan, umat Islam turut boleh membantu kaum minoriti Islam di China melalui kerjasama perniagaan makanan dan barangan serta pakej pelancongan.
Ikuti tip dan saranan daripada kumpulan rakyat Malaysia ini yang berkesempatan dan berpeluang teroka Laluan Sutera China ini.
Sekadar perkongsiaan serba sedikit berkenaan Jelajah Laluan sutera, China dan memasuki sendiri ke Wilayah Xinjiang dimana dikatakan bangsa Uyghur ditindas (tak nak komen lebih) bulan lalu. Route kami :
Sedikit highlight semasa kami melakukan silk road:
1) Train
-Terminal Train tidak beroperasi 24 jam sehari, jadi pastikan perancangan dan masa sesuai untuk pergi ke train station. Semasa di Xian Train Station train ditutup pada 12 malam dan beroperasi semula pada jam 6 pagi. Kalau pergi season okay, boleh menapak tepi bangunan, tapi pergi winter season beku nak hadap so best option cari hotel bajet area station.
– Train mereka sangat efisen, punctual tak kan lewat seminit. Lambat tinggal. Tapi kes kami, lambat dan tidak dibenarkan turun kerana train akan berjalan. Semasa di Zhangye, beberapa ahli team tidak berjaya turun kerana lambat sampai di pintu keluar dan train bergerak ke next destinasi dan kami harus menunggu 3 jam untuk kembali ke bandar Zhangye. Train tu patah balik menuju ke Xian dari Jiayuguan.
. 2) Keselamatan
– Kawalan keselamatan sangat ketat terutamanya di bandar Xinjiang. Pasport kami diperiksa beberapa kali diperiksa oleh askar dan polis sebelum tiba di Urumqi, dan terdapat face recognition di beberapa kawasan.
– Foreigner, diharuskan melaporkan ketibaan kepada polis bertugas di Train station sebelum memasuki kawasan train station dan harus mendapatkan cop kebenaran sebelum memasuki station dan ini terjadi hanya di Xinjiang.
– Perempuan terpaksa membuka tudung di Airport dan untuk pemeriksaan tanpa ada bilik khas. Semasa melalui security check di Tashkurgan, mereka juga diarahkan untuk membuka tudung. Pemeriksaan beg dan pasport juga harus melalui 3 checkpoint.
3) Hotel
– Kesukaran hotel hanyalah di Wilayah Xinjiang dimana foreigner tidak dibenarkan menginap di hotel bajet. Walaupun kami telah menempah awal hotel 3 bintang tapi semasa ketibaan di urumqi kami tidak dibenarkan untuk check in atas alasan sistem baru mereka tidak membenarkan pelawat dari luar, tapi mereka telah mencari hotel yang baru dan harga jauh lebih tinggi mungkin 4-5 bintang.
4) Bahasa
– Kesukaran bahasa tidak menjadi penghalang, google translate kan ada. Tapi, berbeza wilayah xinjiang kebanyakan mereka bercakap dalam bahasa urdu. Wajah mereka pun dah memang tak nampak macam china kerana wilayah xinjiang berdekatan Mongolia, Kazakhtan, Pakistan, Afghanistan dan Tajikistan. so kadang guna, logo dan gaya janji mereka paham.
5) Makanan
– Paling best makan di Urumqi, makanan sedap. Jangan bimbang kebanyakan makanan halal boleh dijumpai dengan mudah dan kalau was was pergi dekat kawasan masjid banyak restoran halal. Nak senang, cari logo halal china di google. Setiap restoran memang terpampang logo tersebut.
6) Internet
– Kitorang beli sim Hello di Malaysia siap siap, install free VPN kerana akses Fb, Ig, Whatsapp disekat disana. Mereka hanya menggunakan wechat. Mereka menggunakan wechat sebaiknya, membuat bayaran pembeliaan, taxi, toll, basjuga menggunakan aplikasi wechat.
Jelajah laluan sutera, antara satu perjalanan yang unik dan kami juga terkandas di Kasghar selama 2 hari akibat dilanda ribut pasir dan semua penerbangan dibatalkan. Apa yang boleh saya katakan, tempat ini selamat untuk dilawati dan antara laluan terbaik pernah saya pergi. “Masuk tempat orang bawak otak bukan pisau”.
Pesanan ringkas “maklumkan kepada pihak kedutaan tentang kehadiran, itinerari dan butir diri kepada pihak kedutaan Malaysia negara korang akan pergi sekurangnya mereka tahu tentang kehadiran kita disana jika berlaku apa apa masaalah”
Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, ramai yang memilih negeri di pantai timur untuk bercuti terutamanya di kawasan pulau yang cantik. Tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang tinggi dalam kalangan pengusaha resort di lokasi peranginan di Terengganu memberi keyakinan kepada pelancong untuk memilih pulau di negeri ini sebagai destinasi percutian.
Bukan itu sahaja, malah Terengganu memiliki banyak destinasi pelancongan, pulau indah, port makan-makan popular dan lokasi warisan yang menjadi pilihan ramai. Bahkan memang layak apabila negeri yang terkenal dengan lokasi penyu bertelur ini menjadi destinasi paling ramai pengunjung datang selepas PKP.
Jika anda bercadang ingin bercuti ke Terengganu untuk tempoh 3 hari 2 malam, jadikan perkongsiaan daripada saudari Jassa Li ini sebagai rujukan kalian. Ada 15 lokasi menarik boleh jejak, siap dengan pekej masuk ke pulau dan melawat destinasi pelancongan popular Terengganu.
GANU KITA LAWAT 15 TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU SELAMA 3 HARI 2 MALAM JE!
Dah lepas beberapa minggu baru mommy ada masa nak buat review trip ke Kuala Terengganu hari tu. That was our first time pergi jalan jalan Terengganu. Dulu masa muda mudi pernahlah jejak kaki ke Terengganu. Tapi masa tu naik bas dari KL nak ke Pulau Perhentian. Basically masa tu memang trip solely ke Pulau Perhentian je. Takde menyinggah mana mana. So this time, mommy nekad nak explore Kuala Terengganu seberapa yang boleh even dalam masa yang singkat! Haha
Mommy sharekan itinerary trip ni untuk 3 hari 2 malam. Boleh refer GAMBAR LAST. Hihi
Ni pula SENARAI 15 TEMPAT MENARIK yang mommy singgah sepanjang trip ni:
1. Nasi Dagang Atas Tol
2. Jeti Marang
3. Pulau Kapas
4. Pantai Penarik @ Setiu
5. Mr. Celup @ Pantai Penarik
6. Taman Tamadun Islam
7. River Cruise @ Kuala Terengganu
8. Crystal Mosque / Masjid Kristal
9. Pasar Payang
10. China Town
11. Jambatan Angkat Terengganu
12. Keropok Warisan Losong
13. Firdausy Seafood Corner
14. Masjid Terapung
15. Selera Tanjung @ Jambatan Angkat Terengganu
Hari Pertama
Hari Ke 2
Hari Ke 3
Untuk trip ni mommy actually rasa tak puas. Sebab banyak lagi tempat mommy nak pergi. Tapi sebab kesuntukan masa, so tak dapatlah nak pergi. Insha Allah ada masa mommy nak ke Terengganu lagi.
Jom ramai-ramai lawat Terengganu!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...