Kalau tak nak hadap jalan jammed teruk sewaktu bercuti ke Cameron Highlands, kena merancang perjalanan dengan betul.
Atau kalau nak mudah dan cepat sampai, boleh ikut pesanan daripada pengguna Facebook bernama Surgaroute ini. Barulah boleh bercuti dengan tenang dan gembira.
TIP BERCUTI KE CAMERON HIGHLANDS UNTUK ELAK SESAK
Jelasnya, kesemua senarai lokasi yang disusun sudah mengikut kedudukan di dalam peta. Jadi, pastikan ikut susunan supaya tidak ‘berkelah’ di dalam kereta.
Kalau anda naik dari Tapah, boleh ikut senarai tempat dari bawah ke atas.
Ads
Kalau naik dari Simpang Pulau boleh ikut senarai dari atas ke bawah.
Ads
Selain itu, beberapa tips lain sebelum ke Tanah Tinggi Cameron Highlands adalah:
Tentukan bajet perjalanan.
Rancang hari pertama percutian.
Rancang hari terakhir percutian.
Sediakan wang yang mencukupi.
Servis kereta untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Pastikan baki kad tol mencukupi.
Booking hotel di tempat bersesuaian.
Bawa pakaian yang bersesuaian.
Bawa ubat-ubatan.
Bawa bekalan makanan ringan.
Ads
Semoga bermanfaat dan selamat bercuti!
Baca juga: Kalau Bercuti Ke Narathiwat, Kena Singgah 13 Tempat Viral Ini. Confirm Puas Hati!
Untuk anda yang gemarkan kawasan pelancongan yang tenang, damai serta jauh daripada kesibukan bandar, hutan Royal Belum yang terletak di Gerik, Perak ini pasti menjanjikan satu percutian yang terbaik untuk anda.
Hutan Royal Belum ini merupakan satu kawasan pelancongan yang terbaik untuk percutian skala besar seperti family gathering atau reunion. Sebab apa? Nanti akan Libur jelaskan di bawah.
Ada dua cara yang akan anda gunakan untuk sampai ke Royal Belum. Yang pertama, melalui jalan darat dan yang keduanya, melalui jalan air. Kedua-dua cara ini akan memberikan satu pengalaman yang berbeza kepada anda kerana cara yang pertama, anda akan memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di Kuala Kangsar sebelum tiba ke Jeti Temenggor. Dari jeti ini anda akan menaiki bot untuk ke kawasan Royal Belum.
Di kawasan Jeti Temenggor ini, anda akan dapat lihat pelbagai jenis house boat. Ada yang kecil dan ada yang besar. Kesemua jenis house boat ini dapat memenuhi kriteria dan skala percutian yang anda mahukan, bersesuaian dengan pakej yang ditawarkan.
Sekiranya anda mahukan house boat yang mewah untuk percutian anda, jangan segan silu untuk mengeluarkan bajet sehingga RM9,000 selama 3 hari 2 malam. Kosnya agak tinggi kan? Tapi jangan risau, house boat itu akan memberikan satu kepuasan terjamin kepada anda dan rombongan.
Cadangan kepada anda yang baru pertama kali ingin merancang trip ke Royal Belum, cukup sekadar anda ambil house boat berharga RM3,000 ke RM4,500 sahaja. Pakej yang ditawarkan dalam julat harga ini sudah cukup untuk memenuhi kesemua kehendak anda sepanjang masa berada di sana.
Setibanya di sana nanti, apa yang anda boleh lakukan? Okay, di sini Libur senaraikan serba sedikit aktiviti-aktiviti yang best untuk anda lakukan apabila sampai di Royal Belum nanti:
Dikenali sebagai bunga paling besar di dunia, ia juga boleh didapati di Royal Belum. Bunga Rafflesia yang ada di Royal Belum terdiri daripada tiga spesis iaitu R. Kerrii, R. Cantleyii dan R. Azlanii. Jika anda bertuah, anda boleh nampak bunga ini kembang mekar. Jangka hayat bunga Rafflesia sekejap sahaja. Bunga ini boleh kembang dan mati dalam masa dua minggu.
Selain kaya dengan khazanah flora dan fauna, Royal Belum juga didiami oleh masyarakat Orang Asli. Terdapat beberapa penempatan Orang Asli yang boleh anda lawati antaranya Kampung Orang Asli Aman Damai, Kampung Orang Asli Sungai Kejar, Kampung Orang Asli Sungai Tiang dan Kampung Orang Asli Belum Lama. Kebanyakkan Orang Asli ini terdiri dari suku kaum Jahai dan suku kaum Negrito. Mereka menerima lawatan anda dengan hati dan tangan terbuka. Kelibat anak-anak Orang Asli yang comel dan malu-malu ini begitu menceriakan. Jika berkesempatan ke sini, bawalah beberapa saguhati seperti makanan dan permainan untuk diberikan pada kanak-kanak Orang Asli. Sumbangan juga boleh diberikan pada tabung sumbangan mereka. Mereka sangat menghargainya sumbangan yang diberi.
Tahukah anda apa itu salt lick? Salt lick adalah kawasan dimana terdapatnya garam mineral terkumpul dan pelbagai haiwan akan datang ke kawasan tersebut dan menjilat garam mineral sebagai salah satu sumber nutrisi. Di Royal Belum, terdapat 12 lokasi salt lick untuk haiwan-haiwan ini berkumpul. Jika anda ke sini, anda boleh melihat pelbagai jenis tapak kaki haiwan yang datang menjilat garam mineral.
Tiada apa yang lebih menenangkan di Royal Belum ini apabila melihat ikan-ikan bebas berenang menikmati makanan yang diberikan. Jarak dari jeti bot ke Air Terjun Ruok lebih kurang 10 minit, dimana anda perlu melalui trek yang agak mudah sebelum sampai ke air terjun ini. Apabila tiba, anda boleh menikmati keindahan air terjun, mandi-manda serta memberi ikan makan.
Bagi penggemar aktiviti mendaki, Air Terjun Sungai Kooi akan mengujakan anda. Daripada jeti, anda perlu mendaki trek yang mudah untuk sampai ke air terjun ini. Setengah jam mendaki naik, anda akan bertemu dengan sebuah air terjun tinggi yang sangat cantik. Segala penat Lelah anda mendaki akan hilang sekelip mata setelah melihat keindahan ciptaan Tuhan ini.
Tidak hanya boleh didapati di negeri Sarawak dan Pahang, burung Enggang juga boleh dijumpai di Royal Belum. Ada 10 jenis burung Enggang yang boleh didapati di Malaysia dan kesemua 10 jenis itu ada di Royal Belum. Jika anda bernasib baik, anda boleh nampak burung ini hinggap di pokok.
Terdapat empat kem di Royal Belum untuk kemudahan anda menginap. Anda boleh memilih untuk menginap di Kem Sungai Papan, Kem Sungai Kenarong, Kem Sungai Tiang dan Kem Sungai Kejar. Setiap kem ini mempunyai tarikan dan aktiviti tersendiri antaranya memancing, berkayak, berakit dan sebagainya.
Selain terkenal dengan keindahan flora dan faunanya, antara yang menarik perhatian orang untuk datang ke Royal Belum adalah Belum Rainforest Resort. Resort mewah di tengah hutan ini cukup menarik dan suasana dalamnya sangat menenangkan jiwa. Belum Rainforest Resort boleh diakses menggunakan Lebuhraya Timur Barat iaitu dari Grik dan Kelantan. Anda akan kagum dengan binaannya yang mengadap Tasik Temenggor dan dikelilingi gunung-ganang membuatkan saujana mata memandang. Sambil berehat menikmati ketenangan alam, anda juga boleh mengambil pakej-pakej aktiviti hutan Royal Belum yang tersedia.
Penginapan istimewa di Royal Belum adalah houseboat. Anda boleh memilih tinggal di rumah bot yang berlegar-legar di sekitar sungai. Rumah bot akan memberikan anda satu pengalaman baru dimana anda tidur, makan dan menikmati keindahan sungai belum dari dalam bot yang besar.
Salah satu perkara yang anda wajib cuba apabila menginap di houseboat Royal Belum. Boleh dikatakan semua houseboat Royal Belum akan menunda rakit buluh bersama-sama houseboat mereka untuk kegunaan dan keseronokkan anda!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Siapa kata zaman universiti/kolej hanya terhad kepada belajar sahaja? Waktu inilah sesuai sangat-sangat untuk anda dan kawan-kawan pergi melancong ke merata-rata tempat. Tidak perlulah fikir jauh-jauh sangat seperti luar negara atau luar negeri.
Perhatikan di mana terletaknya universiti/kolej anda dan lihat apa tempat-tempat yang menarik untuk dilawati dan ‘ditawan’. Mari Libur berikan 7 sebab kenapa anda perlu banyak melancong.
Jangan tidak percaya mengenai ini. Melancong bukan sahaja mampu memberi anda pengalaman hidup berharga malah ia boleh memberi insight yang baik terutama sekali jika tempat yang anda lawati itu berkaitan dengan pengajian anda.
Belajar dengan mata dan sentuhan lebih berkualiti daripada belajar dengan membaca sahaja.
Memasuki universiti/kolej sudah tentu cukup mencabar terutama sekali jika anda bukanlah seorang yang sosial. Tetapi dengan melancong, sosial atau tidak anda tidak ada pilihan untuk survive!
Spread your wings dan jangan biarkan sifat segan atau malu menghalang anda untuk menjadi lebih konfiden dan mesra orang. Tetapi jangan sampai terlupa batas-batas agama dan adab ketimuran.
Semasa melancong anda mungkin akan mengalami peristiwa seperti tersesat barat, tertinggal bas, terlepas hentian, salah masuk tempat, tersalah pilih tempat makan dan banyak lagi pengalaman yang berharga.
Ketahuilah kesemua ini akan mengajar anda banyak benda mengenai hidup lebih dari apa yang anda boleh dapat semasa di universiti/kolej.
Jika anda mendapat pinjaman PTPTN atau tajaan biasiswa, sebolehnya janganlah anda boros habiskan majoriti duit anda untuk bercuti. Apa kata cuba buat kerja part-time untuk dapatkan sedikit income untuk percutian anda.
Di universiti anda pasti ada kedai-kedai kecil yang sentiasa memerlukan pembantu. Ini membolehkan anda berdikari dan juga berbajet dalam berbelanja.
Bila melancong bersama teman-teman, barulah anda tahu siapa sebenarnya sahabat sehidup semati anda. Kekurangan dan kelebihan masing-masing akan tertayang dengan jelas sepanjang melancong dan ini membolehkan anda menilai siapa yang sesuai dijadikan sahabat sejati.
Graduan yang memiliki CGPA yang mantap semata-mata tidak akan menjadi jaminan untuk mendpat pekerjaan dengan mudah. Ramai majikan sekarang yang mencari anak muda yang ada pengalaman yang unik dan pengalaman melancong membolehkan anda menjadi pilihan utama mereka.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadikan diri anda lebih marketable dengan pemilikan pengalaman melancong. Ia pasti akan membantu anda kelak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Setiap teknologi inovasi yang dihasilkan adalah untuk memudahkan kerja manusia dalam setiap aktiviti yang dilakukan dan bukan sekadar memudahkan, teknologi inovasi itu juga perlulah menjimatkan daripada segi masa, tenaga dan kos.
Tidak terlepas juga teknologi inovasi yang dihasilkan untuk memudahkan aktiviti manusia ketika sedang mengembara dan melancong. Seperti apa yang ingin diketengahkan di sini adalah cara yang mudah, pantas dan boleh dilakukan di mana sahaja untuk membasuh pakaian dengan menggunakan Scrubba Wash Bag.
Kalau korang baru pertama kali melihat Scrubba Wash Bag ini, ianya kelihatan seakan sama seperti waterproof bag yang biasa seperti Hypergear dan sebagainya tetapi apa yang membuatkan alat ini berguna adalah kelebihannya untuk membasuh pakaian kotor korang. Tambahan pula dengan rekaannya yang mudah lipat dan tidak memakan ruang yang banyak di dalam bagasi korang, alat ini sangat sesuai dibawa ke mana-mana sahaja.
Siapakan golongan yang sesuai untuk menggunakan Scrubba Wash Bag ni? Golongan yang sesuai adalah,
– Sesiapa sahaja yang tinggal di kawasan yang tiada peralatan membasuh pakaian.
– Korang sedang bercuti dan mempunyai bajet rendah untuk membasuh pakaian.
– Korang bercuti dan mengembara di kawasan pendalaman.
– Korang sedang berkhemah di dalam kawasan hutan lebih dari satu malam.
– Sesiapa sahaja yang suka untuk membasuh pakaian menggunakan tangan.
– Mereka yang suka untuk travel dengan beg yang ringan sebab tak perlu bawa banyak baju, nanti boleh cuci.
– Untuk ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan perlu membasuh kain ketika dalam perjalanan.
Jadi macam mana Scrubba Wash Bag ini berfungsi? Caranya mudah sahaja. Korang cuma perlu masukkan kain kotor di dalam dan letakkan sedikit sabun. Keluarkan angin yang terperangkap di dalam Scrubba Wash Bag sebelum menutup dan korang boleh mulakan cucian dengan menyental Scrubba Wash Bag ini daripada luar. Mudah kan?
Dengan Scrubba Wash Bag ini, korang boleh mencuci 2 helai baju orang dewasa, 2 helai pakaian dalam dan, 2 pasang stokin serentak.
Jadi sebelum korang pergi bercuti dan mengembara ke mana-mana, dapatkan Scrubba Wash Bag dalam bagasi korang untuk memudahkan urusan mencuci pakaian.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau anda jenis suka lepak lama sambil borak kosong, buat kerja atau sekadar tenangkan kepala dengan secawan matcha atau kopi, Shah Alam memang ada...