Setiap anak mesti bercita-cita nak membalas semula jasa kedua orang tua apabila besar satu hari nanti dan sekiranya ada rezeki, tidak salah sekiranya kita meluangkan sedikit masa dengan berjalan, mengerjakan haji atau umrah, belanja makan dan sebagainya.
Jika anda ada perancangan sedemikian untuk membawa mereka berjalan-jalan, tak kisah dalam atau luar negara, di sini ada beberapa tips yang boleh anda ikut. Sedikit sebanyak boleh memberikan keselesaan kepada kedua orang tua dan juga kepada anda.
Pastikan jadual perjalanan tidak terlalu padat
Orang tua seperti ibu bapa kita kebanyakkannya sudah berumur dan tenaga mereka juga tidak lagi seperti waktu muda. Tidak seperti kita, ibu bapa yang sudah berumur itu mudah letih dan penat. Oleh demikian, elakkan membuat jadual perjalanan yang terlalu padat dalam sehari untuk mereka.
Sekiranya anda merancang untuk ke 3-4 tempat, pastikan anda tidak terkejar-kejar bagi membolehkan ibu bapa dapat berjalan dengan santai dan selesa serta dapat rehat yang secukupnya.
Ads
Sentiasa perhatikan tahap kesihatan
Sentiasa periksa tahap kesihatan ibu bapa anda. Kalau mereka nampak letih dan lesu, sebaiknya anda ambil masa untuk mereka berehat. Sekiranya ibu bapa anda mempunyai penyakit, ambil tahu mengenai sakitnya itu dan perhatikan simptom yang ada pada mereka.
Jika anda membawa mereka melancong ke luar negara, pastikan anda tahu status cuaca di sana sama ada musim sejuk, panas, luruh atau musim bunga dan pastikan ibu bapa anda mempunyai pakaian yang bersesuaian untuk dipakai di sana.
Ambil gambar kenangan bersama mereka
Bukan selalu anda dapat bawa ibu bapa anda keluar melancong dan semestinya mengambil gambar adalah satu perkara yang penting untuk merakam momen-momen indah anda bersama mereka. Sekarang tidak lagi susah seperti zaman dahulu kerana semua telefon pintar sekarang dilengkapi dengan kamera pinhole.
Jadi, ambillah gambar kenang-kenangan bersama ibu bapa anda dan abadikan momen-momen bahagia itu sementara masa masih ada. Bila mereka tiada satu hari nanti, gambar-gambar inilah yang akan menjadi pelepas rindu anda pada mereka.
Ads
Elakkan kawasan yang terlalu padat dan ramai orang
Apabila sudah berumur, selalunya kita lebih gemar akan suasana yang tenang dan jauh daripada hiruk-pikuk manusia. Ibu bapa anda kemungkinan tidak selesa dan stress apabila perlu bersesak-sesak dengan ribuan manusia.
Ads
Pastikan mereka sentiasa gembira dan tidak stress. Jika tidak pasti, bertanyalah pada mereka.
Jaga makan dan minum mereka
Bagi anda yang sudah biasa travel, anda mesti tak berapa kisah dalam soal makan. Tapi berbeza sekiranya anda bawa orang yang berumur kerana soal makanan adalah perkara yang sangat penting. Soal makan juga antara penyumbang utama kepada keselesaan mereka sepanjang percutian, terutamanya mereka yang mempunyai penyakit.
Anda faham-faham sahajalah, kalau dah berpuluh tahun makan makanan Malaysia, tiba-tiba ke Jepun, takkan sekelip mata mereka boleh makan sushi, kan? Jadi pastikan anda peka dengan permakanan mereka sepanjang percutian.
Diharapkan tips yang dikongsikan ini sedikit sebanyak membantu kepada anda yang ingin membawa ibu bapa anda travel. Ingat, tujuan kita membawa ibu bapa adalah untuk menggembirakan hati ibu bapa, maka rancanglah dengan sebaiknya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Hari ni sahaja kita dikejutkan dengan beberapa kes kemalangan yang membabitkan sukan rekreasi di Malaysia malah di luar negara.
Daripada kesemua kes tersebut, kita dapat lihat ada kemalangan adalah disebabkan oleh kecederaan yang dialami oleh mangsa. Mungkin kecederaan disebabkan oleh kurangnya latihan dan persediaan oleh mangsa untuk menjalankan aktiviti rekreasi.
Jadi, kepada anda yang ingin menjalankan aktiviti rekreasi, apakah persediaan yang perlu anda lakukan? Anda boleh ikut beberapa tip yang diberikan di sini:
Persediaan yang pertama adalah persiapan mental, fizikal dan peralatan sebelum kita memulakan aktiviti rekreasi. Persiapan mental, fizikal dan peralatan ini penting kerana jika salah satu tidak mencukupi, ianya akan mendatangkan masalah semasa kita menjalankan aktiviti. Yang seterusnya:
Pilih kawan yang pernah mendaki dan ada pengalaman
Adalah baik jika anda dapat mendaki dengan kawan yang berpengalaman, kerana ini dapat mengurangkan risiko hilang atau kemalangan.
Pilih dimana anda akan mendaki
Jika pendakian anda adalah yang pertama, pastikan yang bukit atau gunung yang akan di daki itu bersesuaian dengan tahap kecergasan anda. Mendaki bukit atau gunung yang di luar kemampuan kecergasan boleh menyebabkan kecederaan pada diri anda. Antara bukit atau gunung yang boleh di cuba untuk pertama kali sekitar KL adalah Bukit Saga, Bukit Gasing, Bukit Broga, Bukit Tabur.
Pilih kumpulan atau ketua yang berpengalaman dan kemahiran
Adalah penting untuk anda mengikut aktiviti mendaki dengan kumpulan atau ketua yang berpengalaman dan berkemahiran supaya mereka dapat membimbing dan membantu anda semasa pendakian. Sebaiknya mendapatkan perkhidmatan guide yang berdaftar dan bertauliah. Ini untuk memastikan perjalanan anda diuruskan dengan baik dan segala keperluan permit dan laporan polis dilakukan sebelum pendakian anda.
Sediakan peralatan peribadi
Mendaki dengan tangan kosong akan menyusahkan diri sendiri begitu juga jika tidak mengunakan pakaian dan kasut yang sesuai. Malah ada juga yang mendaki tidak membawa air minum atau membawa air sedikit sahaja. Antara alasan yang sering di dengar ialah beg berat, tak biasa membawa beg. Apapun anda mesti membawa barang peribadi supaya pendakian anda selesa dan selamat.
Meninggalkan pesanan kepada keluarga atau kawan
Tinggalkan jadual perjalanan anda kepada keluarga atau kawan-kawan sebelum anda pergi mendaki, dan bagilah masa tenang sebelum sebarang usaha mencari anda dilakukan jika anda tidak sampai dirumah. Usaha menyelamat melibatkan banyak pihak dan jangan buat panggilan kecemasan melainkan situasi benar-benar cemas dan memerlukan bantuan.
Amalkan sikap menghormati alam sekitar
Anda diwajibkan mengalakan sikap 3R , RECYCLE, REUSE & REDUCE. “Bring out what you bring in, take nothing but pictures, leaves nothing but footprint and waste nothing but your time.”
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ramai orang yang memilih untuk travel dengan cara backpackers terutamanya apabila keluar negara kerana konsep tersebut lebih menjimatkan kos lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai bajet terhad tetapi ingin menikmati keseronokkan melancong sama seperti orang lain.
Antara negara yang sering dikunjungi oleh rakyat Malaysia untuk travel ala backpackers adalah Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Australia, China, Korea, Kemboja dan Jepun.
Jepun adalah salah satu negara maju di rantau Asia, malah ada yang mengatakan ianya negara paling maju di dunia. Walaupun begitu, budaya tradisional masyarakat Jepun masih lagi boleh diamati kerana ianya dijaga dan dipelihara dengan baik oleh masyarakat di sana.
Selain daripada budayanya yang menarik untuk dipelajari, penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian masyarakat Jepun antara yang menarik untuk dicuba semasa travel di sana. Lebih-lebih lagi teknologi keretapi laju yang mencecah kelajuan 400 kilometer sejam. Keretapi laju atau bullet train itu lah yang menyebabkan Jepun terkenal di dunia.
Jadi, untuk anda yang ingin merasakan keseronokkan bercuti ke negara matahari terbit itu, ini antara saranan dan tip yang akan membuatkan anda dapat menikmati keseronokkan berganda bila bercuti ke sana.
Travel semasa musim sejuk
Perbelanjaan travel ke Jepun sekiranya anda memilih untuk pergi sewaktu musim sejuk sekitar bulan Disember hingga Februari kerana tiket ketika musim itu lebih murah berbanding musim-musim yang lain. Ini kerana pada musim sejuk, jumlah pelancong kurang menyebabkan banyak potongan harga berlaku pada waktu tersebut. Untuk orang Malaysia macam kita ni, seronok la pergi musim sejuk. Boleh main salji. Apabila bercuti ke Jepun musim sejuk, anda boleh pergi ke Hokaido untuk bermain ski atau ke melihat keindahan Gunung Fuji diliputi salji putih.
Pilih hotel backpackers atau kapsul hotel
Pemilihan hotel backpacers atau kapsul hotel adalah antara pilihan yang tepat untuk menjimatkan perbelanjaan penginapan anda semasa berada di sana. Anda jangan salah sangka sekiranya nama backpackers hotel atau kapsul hotel ni tak semacam hotel-hotel yang biasa. Kemudahan dan kelengkapan yang disediakan sama seperti kebanyakkan hotel yang anda pergi cuma kebiasaannya backpackers hotel atau kapsul hotel ini menggunakan konsep ruang dorm sebagai tempat tidur tetamu mereka. Hotel-hotel backpackers dan kapsul ini banyak terletak di kawasan bandar. Jadi pergerakan anda untuk pusing sekitar bandar di Jepun lebih mudah dan jimat tanpa menaiki kenderaan.
Beli Japan Rail Pass
Majoriti pengangkutan awam yang ada di Jepun adalah keretapi. Oleh itu, dapatkan JR Pass anda sebelum terbang ke sana. Menggunakan JR Pass ini lebih murah sekiranya anda ingin travel ke seluruh Jepun menaiki keretapi laju atau bullet train. Lebih penting, pas yang anda beli memberikan jumlah perjalanan tanpa had. Jadi, berjalan la sepuasnya menaiki keretapi laju atau keretapi biasa yang ada di sana.
Ganti nasi dengan onigiri
Dekat Jepun, anda memang tak akan jumpa nasi campur macam di Malaysia. Oleh itu, gantikan makanan ruji anda dengan sushi. Tapi, ramai orang Malaysia yang tak makan sushi kerana tak ikut selera tekak mereka. Jadi, pilihan yang ada adalah onigiri. Makanan kegemaran masyarakat Jepun yang menggabungkan nasi bersama dengan lapisan rumpai laut. Onigiri sesuai untuk anda nikmati ketika sarapan pagi kerana satu onigiri itu boleh membekalkan anda tenaga untuk berjalan sehingga waktu tengah hari. Onigiri di Jepun boleh didapati di kedai-kedai di tepi jalan atau di mesin layan diri. Tip untuk anda, cuba onigiri bersama kicap soya yang menjadi kelaziman orang Jepun dalam makanan mereka.
Cuba makanan di gerai jalanan
Jepun adalah syurga kepada gerai jalanan. Makanan yang disediakan di gerai jalanan ini bersesuaian dengan travel ala backpackers anda yang memilih bajet terhad untuk makan. Banyak menu makanan lokal yang boleh anda cuba seperti takoyaki, yakitori dan okonomiyaki. Pilihan lokasi bagi mendapatkan makanan di gerai jalanan di Jepun adalah di bandar Tokyo.
Itu sahaja tip yang dapat dikongsikan kepada anda yang ingin travel ke Jepun ala backpackers. Semoga anda dapat menikmati percutian anda walaupun dengan bajet rendah. Kongsikan kepada pembaca Libur sekiranya anda ada beberapa tip yang ingin dikongsikan bersama sawaktu bercuti ke Jepun di ruangan komen ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kreatif! Itu yang terkeluar daripada kepala apabila melihat seorang wanita ubahsuai Myvi jadi ‘campercar’ demi merealisasikan impiannya jelajah satu Malaysia.
Dikenali sebagai Farah Nabilah, dia mengubahsuai kenderaan peribadi miliknya jenis Myvi menjadi ‘campercar’ mudah alih kerana lebih suka melakukan pengembaraan secara solo bagi mencari ketenangan.
Ubahsuai Myvi Jadi ‘Campercar’
Menurutnya ini diibaratkan sebagai satu terapi setelah penat membanting tulang empat kerat demi meneruskan keberlangsungan hidup.
Menurut Farah, idea ini mula tercetus apabila dirinya bercadang untuk melaksanakan satu percutian solo (solo travel) menjelajah sekitar Malaysia dengan menggunakan Myvi miliknya.
Sehubungan itu, Farah telah meminta meminta buah fikiran dan mendapat nasihat serta tunjuk ajar daripada rakanya dalam usaha merealisasikan ideanya untuk menukar Myvi menjadi campercar mudah alih dan ringkas.
Farah menjelaskan bahawa, dia begitu terinspirasi untuk melakukan transformasi tersebut apabila rakanya, Asri Nawawi bertindak menukar kereta Kancil miliknya menjadi campercar.
Tak Perlukan Modal Yang Besar Pun
Tambahnya lagi, kos yang terpaksa dikeluarkan olehnya sewaktu melaksanakan transformasi ‘CamperMyvi’ ini hanya menelan kos sekitar RM500 sahaja.
“Ia tidak melibatkan modifikasi yang besar. Saya mahu ia jadi ringkas dan mudah alih, jadi apabila saya memandu kereta, ianya masih kelihatan sebuah Myvi yang asal.
“Hanya akan nampak seperti camper jika saya berhenti dan meletakkan kereta saya di suatu kawasan sahaja”, ujar Farah.
Sebaik sahaja, ideanya itu diterjemah menjadi realiti, wanita ini terus memulakan percutian impianya selama 10 hari, menjelah sekitar Malaysua dari Melaka menuju ke Kuala Lumpur, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sebelum kembali semula ke Melaka.
“Saya suka ke pantai dan pulau yang cantik. Dalam percutian ini, saya masukkan sekali Pulau Perhentian sebagai salah satu destinasi pilihan.
“Kemudian, saya mahu melawat kampung rakan di Batu Kurau, di mana kami telah menikmati durian bersama,” katanya lagi.
Mengulas berkenaan pengembaraan solonya ini, Farah akui dia berasa puas hati dan seronok serta tidak sabar untuk menjalankan pengembaraan solonya ke destinasi yang seterusnya di masa akan datang.
Ternyata usaha dilakukan Farah ini begitu menarik dan wajar dijadikan inspirasi bagi anda yang gemarkan cabaran dan berminat melakukan aktiviti kembara solo seperti ini.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...