Sesekali travel dari KL ke KB naik sleeper train pun, macam best! Ini lah yang anda patut tahu, dari macam mana nak beli tiket sampai lah tiba di destinasi.
Jika sebelum ini sudah terbiasa menaiki kereta, bas dan juga kapal terbang, apa kata pengembaraan akan datang, anda cuba mencari kelainan dengan menaiki kereta api pula.
Mungkin timbul perasaan takut lebih-lebih lagi kalau ini adalah pengalaman pertama.
Tip Travel KL Ke KB Naik ‘Sleeper Train’, Enjoy View Sepanjang Perjalanan!
Namun usah khuatir, bagi yang teringin untuk mencuba pengalaman baharu ini, apa kata anda rujuk coretan wanita bernama Diyana Mukhayadi untuk dijadikan sebagai panduan.
Orang ramai disarankan memilih katil bawah kerana ruang tingkap lebih luas untuk menikmati pemandangan.
Menerusi laman Twitter, Diyana berkongsi ‘tip dan tricks’ ketika pengembaraannya menaiki Kereta Api Ekspres Rakyat Timuran atau lebih popular dengan nama ‘jungle train’ dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan yang mengambil masa sekitar 13 jam, baru-baru ini.
“Tujuan utama trip ni memang hanya untuk merasa pengalaman naik ‘sleeper train’ selama 13 jam sambil jalan-jalan cari makan (JJCM) dekat Kota Bharu. Very short trip with very different experience,” tulisnya.
Berikut adalah rumusan daripada perkongsian pengalaman Diyana sewaktu bercuti bersama tiga orang rakannya.
Ads
1) Memulakan perjalanan dari KL Sentral – Gemas – Wakaf Bharu – Kota Bharu – KL.
2) Mula-mula kena beli tiket sleeper train dahulu melalui apps KTMB untuk merasai pengalaman tidur di atas katil dalam kereta api.
3) Pilih koc berkatil iaitu Koc T6-T8. Sementara itu, koc untuk seat duduk adalah Koc T1-T3. Mereka pilih koc 8, koc paling hujung. Kenapa lebih baik pilih koc 8, penumpang lain tak lalu-lalang untuk ke cafe di koc 5 dan ia yang paling dekat dengan kepala keretapi.
Penumpang boleh menjamu selera di kafe yang terletak di koc 5.
Ads
4) Mahu bergambar di Stesen Gua Musang, koc 8 adalah koc paling depan, jadi lebih senang untuk keluar ambil gambar.
5) Elakkan memilih katil paling depan kerana agak bising disebabkan bunyi besi menghubungkan setiap koc.
6) Untuk pilihan katil, nombor genap adalah katil bawah manakala nombor ganjil adalah katil atas. No katil mereka T26, T28, T30, T32. Harga katil/berth atas adalah RM40, katil/berth bawah RM46.
7) Disarankan memilih katil bawah kerana mempunyai ruang tingkap yang lebih luas dan panjang untuk menikmati pemandangan. Ambil perhatian, tiada plug point disediakan, oleh itu dinasihatkan untuk standby power bank.
8) Selesai beli tiket sleeper train, baru beli tiket menuju ke Gemas dari KL Sentral dengan menaiki ETS. Tiket dibeli melalui apps KTMB dengan harga RM30. Perjalanan dari KL Sentral pada pukul 9.40 malam dan tiba di Gemas 12.10 pagi.
9) Sleeper train akan bertolak ke Wakaf Bharu pada pukul 1.18 pagi dan dijangka tiba 12.37 tengahari esoknya. Sementara menunggu kereta api, boleh naik ke ruang menunggu di tingkat atas Stesen Keretapi Gemas yang dilengkapi tandas dan surau.
Ads
Kereta api akan melalui kawasan hutan yang pastinya menjanjikan pemandangan yang indah.
10) Selepas menaiki kereta api dan meletakkan barang di katil, boleh menjamu selera di kafe yang terletak di koc 5. Pelbagai menu disajikan antaranya hidangan mi segera, nasi, mihun dan masakan panas yang lain dengan harga berpatutan.
11) Kereta api ini akan melalui kawasan kampung dan hutan yang sangat cantik sekitar awal pagi. Jadi, jangan tidur selepas Subuh kerana inilah masa yang sesuai untuk menikmati pemandangan.
12) Penumpang ‘dihidangkan’ dengan pemandangan Gunung Stong dan air terjun Jelawang dekat Dabong. Sepanjang perjalanan juga disajikan pemandangan bukit batu kapur, sungai, jambatan, terowong, dan jambatan rel terpanjang kat Malaysia iaitu Jambatan Guilemard.
13) Wajib turun seketika di Stesen Gua Musang untuk mengambil gambar dengan kepala keretapi, dan boleh turun membeli makanan dari orang kampung di Stesen Dabong.
14) Dengar ura-ura yang train 13 jam ke Kelantan ini pun akan ditamatkan operasinya tapi tak tahu bila. Jadi jika anda nak rasa this ‘once in lifetime experience’, kena cepat-cepat.
“Tapi sebenarnya rasa sayang, ini antara khazanah Malaysia yang boleh ditambahbaik lagi untuk tarik lebih banyak pelancong,” tulisnya mengakhiri perkongsian.
Jadi, jika anda ingin menikmati view dengan tenang tanpa penat, boleh lah cuba naik sleeper train pula ya. Sambil itu boleh layan pemandangan alam semula jadi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Cambodia seperti yang diketahuai ramai penuh dengan kejutan dari segi sejarah, tamadun, seni bina, hiburan, makanan dan sebagainya. Setiap seni binanya berbeza malah sebahagian keaslian budaya manusia dijaga hingga ke hari ini.
Di sini tersergam indah dan kukuh Angkor Wat, kuil Buddha terkenal di dunia. Angkor Wat merupakan candi gemilang abad ke-12 yang dianggap bangunan keagamaan terbesar di dunia dan terletak dalam kawasan perhutanan yang tebal kini Tapak Warisan Dunia Unesco.
Jika anda teringin ke Seam Reap dan gemar percutiaan ala backpakers, perkongsian info dan itinerari daripada Romi Zunaidi ini bakal membantu.
Itinerary Backpackers to Siem Reap
4hari 3malam – Solo Traveller (06-09 Feb 2020). Total all : RM766 (tidak termasuk belanja makan & shopping)
Flight Ticket : KL-Siem Reap-KL = RM188
Penginapan : TravellerHome Angkor Guesthouse. Private room with pool. 10 USD per night. Bilik untuk 2org.
Day 1 (Khamis 06 Feb 2020)
KLIA2 – Siem Reap (6.45am – 7.50am).
Beli Sim Card 5USD 19GB
Free Airport Transfer ke Guesthouse.
Check in TravellerHome Angkor Guesthouse
Sewa motor per day 8usd
Isi minyak moto 3usd (banyak balance)
Lotus Farm 0.5usd (atas sumbangan)
Tonle Sap (Lepak di jetty sahaja)
Angkor Silk Farm (free)
Lunch di The Siem Reap Backpackers Restaurant
Cambodia Primary School (English class for student)
Cambodia Phrae Circus 18usd
Day 2 (Jumaat 07 Feb 2020)
Ambil servis tuktuk Angkor Wat dari Mr Sa Lim.
13usd. Driver tuktuk adalah adik Hafiz.
Pakej meliputi (Angkor Wat Temple dan lain-lain temple seperti Angkor Thom, Bayon, Baphuan, Phimeanakas,Terrace of Elepehantsx Terrace or Leper King, Thommanon, Chau Say Teroda, Ta Keo, Ta Prohm, Banteay Kdei).
Entrance fees Angkor Wat 37usd
Killing Field 3usd
Lunch at Halal Unity Kitchen
Artisans D’Angkor (free)
Pub Street
Siem Reap Night Market
Siem Reap Art Market
Hard Rock Cafe Siem Reap (layan live band)
Day 3 (Sabtu 08 Feb 2020)
Sewa motor 8usd
Theam Gallery, Siem Reap
Lunch at Halal Unity Kitchen
Cambodia Cultural Village 15usd
Pub Street
Siem Reap Night Market
Siem Reap Art Market
Hard Rock Cafe Siem Reap (layan live band)
Day 4 (Ahad 09 Feb 2020)
Check out TravellerHome Angkor Guesthouse
Lunch at Halal Unity Kitchen
GrabTukTuk ke Airport 4USD
Siem Reap Airport to KLIA2 (3.05pm – 6.20pm)
Note
Harga guesthouse sangat berbaloi. Boleh muat 2orang dan hanya 10usd atau kira-kira RM40 semalam sahaja dan lokasinya sangat strategik boleh berjalan kaki sahaja ke area Night Market/Pub Street.
Hari pertama aku mencuba menu makanan tempatan ‘lembu naik bukit’ di Siem Reap Backpackers Restaurant. Terima kasih Fari atas layanan sepanjang berada di sini. Terbaik! Sepanjang aku kat sini boleh dikatakan dalam sehari sekali je aku makan kat luar. Selebihnya kalau breakfast or dinner aku bawak instant food Brahim dari Malaysia.
Satu pengalaman menarik apabila melawat salah satu sekolah di Siem Reap. Sekolah ini special sikit sebab ada buat satu program untuk mana-mana traveller untuk mengajar bahasa inggeris secara sukarela kepada murid-murid di sana selama sejam. Konsepnya adalah bebas bergantung kepada korang.Tak perlu register. Hanya datang terus ke sekolah ini pada pukul 5pm setiap hari isnin hingga jumaat dan terus berjumpa dengan cikgunya dan cakap korang nak jadi volunteer hari ni.Aku tak lupa beri sedikit sumbangan alat tulis dari Malaysia. Sebab memang dorang alu-alukan bagi something untuk buat budak-budak ni happy.
Cambodia Phrae Circus– 18usd.Digalakkan beli awal takut sold out. Show start 8pm dan kira-kira 2jam.Macam aku beli tiket masa petang tu jugak tapi staff kaunter tu cakap zon 18usd dah sold out.Aku pun kawtim la dengan staff kaunter tu cakap aku seorang je..lepaskan je la satu tiket. Lega dia cakap okay je. Sebab selalunya geng2 rombongan europe tourist dah booked show awal sebab dorang minat tengok circus ni. Tiket ikut zon tapi kalau kau duduk tepi zon murah 18usd pun still nampak je sebab overall performance dia fokus semua side. Kalau ke Siem Reap jangan lupa ke Phrae Circus ni. Banyak aksi akrobatik. Pendek kata worth it la ! sebabnya ia berkaitan dengan kebudayaan dorang jugak.
Angkor Wat – Untuk Angkor Wat Pass 37usd satu hari. Pass ni cover Angkor Wat dan temple2 lain.Yang ni memang wajib pergi sebab orang cakap inilah tujuan utama ke Siem Reap. Aku beli pagi tu je terus sebab kaunter banyak takde la beratur panjang. Tak sampai 5minit pun. Aku ambil servis tuk-tuk dari Abg Sa Lim dan anak buah die Hafiz bawak aku.
Angkor Silk Farm – masuk free. Nak tengok penghasilan sutera dari awal. Tapi jauh sikit dari pekan Siem Reap. Nak sampai sini aku guna moto yang aku sewa dan follow je waze. Sama jugak macam Lotus Farm. Jauh sikit dari town. Tapi so far bawa moto kat sini okay je. Sebab semua macam tak rushing.Sepanjang aku bawa sini aku pelik jugak takde ke yang bawak macam laju gila. Semua macam sopan je. Mungkin itu style dorang kat sini kot.
Artisan D”Angkor – ni masuk free jugak. Nak tengok penghasilan kraftangan boleh datang sini. Selain itu aku pun pegi Theam Gallery. Kalau minat pasal art boleh datang sini. Nanti ada staff kat sini akan tunjuk satu persatu karya seni kat korang.
Cambodia Cultural Village – Salah satu tempat yang wajib dilawati selain Angkor Wat. Untuk memahami dengan lebih dekat seni dan kebudayaan masyarakat di sana boleh datang ke sini. Setiap tempat dalam village ini ada tema dia dan show untuk public. Masa beli tiket nanti korang akan dapat jadual untuk setiap show.Digalakkan pergi dalam pukul 2pm ke atas sebab pagi hanya ada satu show dalam 11am lepas tu takut korang mereput tunggu next show.
Disebabkan tempat aku duduk dekat sangat dengan area night market, so dua malam berturut-turut aku jalan area night market, pub street dan Hard Rock Cafe.Dekat Siem Reap Art market aku cari kedai Rizy Sity Souvenir. Number kedai 7A. Kedai dia belah luar menghadap bridge. Betullah info traveller dari Malaysia yang pernah ke sini sebab fridge magnet dia boleh dapat 1usd = 5 keping. Rata-rata kedai lain area situ aku survey kebanyakannya 1usd = 3 keping.
Ada lagi suggestion aktiviti kat sini yang boleh korang buat macam Bambu Stage, Siem Reap. Dia macam wayang kulit tapi masuk dia bayar 18usd kalau tak silap. Aku tak pergi sebab bajet dah tipis masa ni. Selain itu di Siem Reap area Angkor Wat ada jugak zipline. Tapi kos agak tinggi jugak sebab dia by package. So dalam package tu dia sekali dengan macam2 zipline n tour guide. Package yang paling murah dalam RM250++ macam tu.
Halal Unity Kitchen. Aku cuba menu local macam Fish Amok dan Beef Lok Lak. Terbaik beb.Aku rasa 3-4 kali aku lepak sini sebab guesthouse aku sebaris je dengan Halal Unity ni. Baru bukak dalam akhir tahun lepas. Owner dia Resh dan Syuk Yusoff Samnang. Dua-dua orang Malaysia. Dua-dua friendly. Guys kalau siapa-siapa yang datang ke Siem Reap jangan lupa singgah ke sini. Boleh google je location ataupun ke FB Halal Unity Kitchen.Sempat jugak interview Syuk. Tak rindu Malaysia ke? Haha.Dia dah berhijrah ke Siem Reap dan kahwin dengan orang sana dan baru dapat baby. Thank you beb sebab layan solo traveller macam aku borak-borak kosong cerita pasal travel dan life.
Sekian perkongsian dari aku sewaktu berkunjung ke Siem Reap. Harap perkongsian ni dapatlah sedikit sebanyak bantu bagi korang yang akan ke sana. Thank you !
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau anda salah seorang penggemar makanan Thai, boleh datang ke Dusun Riffaa Changlun di Kedah. Haa.. bukan satu je menu, pelbagai makanan viral ada dijual di sini.
Orang kata, tak payah susah-susah nak masuk Thai, sini pun dapat merasa!
Dusun Riffaa Changlun, Siap Boleh Naik ATV Pusing Tempat Ini
Apa yang menarik di sini, bukan sahaja menu Thai yang sedap tetapi ada banyak aktiviti yang anda boleh lakukan. Salah satunya mandi naik ATV dan pusing dusun.
Sambil layan pemandangan dalam dusun, kena angin sepoi-sepoi bahasa, keluarga tersayang rasa tenang.
Bab makanan pula, yang paling laku keras, Miangpla. Katanya kat sini memang ikannya segar, haruslah rasa manisnya.
Sambil layan view dalam dusun, kena angin sepoi-sepoi bahasa, boleh laa berfamily time kat sini. Jangan lupa bawak baju seluaq lebihhh. Ada sungai tau kat sini, sambil makan boleh mandi.
Tempat ini dibuka dari pukul 11 pagi sampai 7 malam.
Dan untuk sebarang pertanyaan boleh terus hubungi nombor ini: 010 955 6070.
Lokasi:
Dusun Riffaa, Jalan Sungai Kecik, Changlun.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Taiwan yang juga terkenal dengan jolokan ‘Hati Benua Asia’ ini merupakan negara berbentuk pulau yang kecil. Ia hanya mempunyai keluasan sekitar 35883 kilometer persegi. Namun, negara ini tidak kurang juga hebatnya macam negara jirannya iaitu China.
Taiwan turut mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Jelajah Apple Muslim Holiday pada kali ini akan membawa pembaca menjejaki beberapa tempat menarik yang majoritinya berada di persekitaran ibu negaranya iaitu Taipei. Dengan diketuai oleh Zeus, Apple Muslim Tour dengan bangganya mendedahkan sedikit sebanyak produk pelancongan yang ada di sana.
MAKANAN
Mendapatkan makanan halal di Taiwan bukanlah satu perkara yang sukar dan perlu dikhuatirkan. Terdapat banyak restoran yang diiktiraf halal di sana. Majoritinya menyediakan pelbagai jenis masakan dan hidangan yang sinonim dengan adat dan budaya orang Taiwan itu sendiri.
Selain makanan halal, Taiwan juga terkenal dengan makanan organiknya. Majoriti rakyatnya lebih gemar mengambil makanan organik seperti sayur-sayuran dan buah-buah segar kerana ia memberi faedah pada kesihatan. Terdapat banyak ladang yang menyediakan makanan organik di Taiwan terutamanya di wilayah Yilan.
Taiwan juga seperti negara-negara Asia yang lain yang sibuk mempromosikan makanan halal, sekali gus mengejar pengiktirafan sebagai negara pelancongan yang mesra Muslim. Hal tersebut terbukti melalui penyediaan makanan halal dan tempat-tempat solat yang banyak terdapat di negara tersebut.
TUMPUAN
Beberapa hari berada di Taiwan, Zeus dan rombongannya sempat menjelajah beberapa tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong. Salah satunya ialah Yehliu Geopark yang terletak hanya 45 minit dari Taipei. Tarikan utama tempat ini terletak pada bentuk batu-batunya yang unik kesan daripada hakisan air laut.
National Centre For Traditional Arts (NCFTA) juga merupakan satu dari destinasi mesti kunjung yang berada di Taiwan. Ia merupakan kompleks seni dan kebudayaan yang memainkan peranan penting dalam merancang, mempromosi, memelihara, mengajar dan membangunkan seni tradisional yang ada di Taiwan. Jelajah ke Taiwan turut singgah ke Jiufen Old Steet, sebuah pekan lama yang terletak di atas bukit. Pekan ini bukan sahaja cantik kerana pemandangannya yang menghadap ke laut, malah ia juga kaya dengan pelbagai jenis kedai yang mampu mengundang perasaan untuk membeli belah. Di samping itu, masyarakatnya yang ramah juga membuatkan sesiapa sahaja tertarik untuk bertandang ke sini.
Taipei Grand Mosque yang terletak di tengah-tengah bandar Taipei juga merupakan tempat yang harus dikunjungi. Masjid ini bukan sekadar tempat beribadat semata-mata, dalam masa yang sama ia juga memainkan peranan penting dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam di Taiwan. Di samping itu, Taipei Grand Mosque juga merupakan tempat pertemuan Muslim di sekitar Taipei. Selain itu, Zeus dan rombongannya turut berkunjung ke Leofoo Village Theme Park. Ia merupakan taman tema terkenal yang terdapat di Taiwan. Konsepnya lebih kurang sama macam Disneyland di mana ia menawarkan keseronokan dan keriangan pada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat umur.
BERPATUTAN
Tidak lengkap rasanya jika tidak membeli belah ketika melancong. Justeru, tempat paling sesuai yang harus dikunjungi untuk membeli belah di mercu tanda Taiwan iaitu Taipei 101. Di sini, terdapat banyak pilihan gedung membeli-belah yang menarik perhatian. Semuanya menawarkan harga yang berpatutan sesuai dengan jenama barangan yang dibeli.
Dari Taipei 101, rombongan menuju pula ke gedung jualan harian yang berdekatan. Di sini, pelbagai jenis fesyen yang terdiri daripada pakaian dan aksesori boleh didapati dengan mudah. Harganya murah, manakala kualitinya pula memberangsangkan. Antara yang menonjol dan popular di kalangan pembeli ialah fesyen K-pop.
Mengunjungi Taiwan merupakan agenda yang bijak terutamanya buat mereka yang beragama Islam. Daripada makanan sampailah ke penginapan, semuanya mengikuti kehendak dan tuntutan syarak. Malah, setiap satunya juga mampu mencetuskan sensasi percutian yang menyeronokkan. Kalau tidak yakin, boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Apple Muslim Holiday yang lebih arif dalam bidang ini.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...