Topeng Muka Jadi Koleksi Pameran Muzium London Untuk Memperingati Pengalaman Berdepan COVID-19

Share

Biarpun dunia masih berperang melawan wabak COVID-19, namun satu inisiatif baru sudah pun dilaksanakan di beberapa muzium di dunia dalam memperingati kehidupan dan pengalaman rakyat berdepan pandemik ini dan perintah berkurung.

Bermula dari selipar yang dipakai sepanjang ‘duduk di rumah’ atau hasil jahitan topeng muka ‘DIY’ sehinggalah apa sahaja objek dan testimoni yang digunakan sepanjang menjalani kehidupan normal baharu ketika ini.

Muzium London, antaranya, melancarkan permohonan kepada semua penduduk London untuk menyumbang pelbagai barangan yang mencerminkan kehidupan mereka ketika berdepan ancaman wabak COVID-19. Ini boleh dijadikan kisah dan bahan sejarah yang boleh dikenang akan datang.

https://museum.london/
https://museum.london/

“Apabila kami mengetahui bahawa terdapat pelaksanaan perintah berkurung, kami mula berfikir untuk mula membuat koleksi pameran untuk kegunaan masa hadapan. Ia boleh terdiri daripada apa-apa barangan yang mungkin pernah memberi keselesaan kepada anda sepanjang berkurung di rumah…contohnya selipar kegemaran atau topeng muka dijahit khas buat kegunaan petugas barisan hadapan,” lapor Kurator Kanan Muzium London, Beatrice Behlen kepada agensi berita AFP.

Representative imageAFP Photo

Antara bahan berjaya dikumpul setakat ini adalah adalah topeng muka, tisu, selipar, bekas jem buatan sendiri dan juga alat muzik mudah alih yang sering digunakan untuk bertepuk tangan.

Sumber: astroawani

IKLAN