Tragedi Khojaly, merupakan peristiwa pembunuhan beramai-ramai penduduk Azerbaijan yang tidak bersalah. Peristiwa tersebut merupakan paling mengerikan pada akhir abad ke-20.
Tragedi yang berlaku pada 25 hingga 26 Februari 1992 itu, merupakan episod kekejaman pembunuhan beramai-ramai kekal terpahat dalam hati penduduk Azerbaijan. Setiap tahun penduduk Azerbaijan akan memperingati peristiwa pilu ini.
Ads
Lebih menyedihkan, pelaku jenayah itu sehingga kini tidak didakwa oleh mahkamah antarabangsa namun, rakyat Azerbaijan tanpa mengenal erti putus asa terus menuntut keadilan untuk mangsa Khojaly. Ketika itu rakyat Azerbaijan yang diusir dari tanah mereka menjadi pelarian terbesar di Eropah sejak Perang Dunia II.
Peristiwa itu meragut nyawa 613 etnik Azerbaijan di Khojaly, sebuah bandar kecil di rantau Nagorno-Karabakh.
Menurut statistik kerajaan Azerbaijan, jumlah itu termasuk 106 wanita, 63 kanak-kanak dan 70 warga emas. Selain itu, seramai 1,275 orang dijadikan tebusan manakala 150 masih hilang.Lebih sejuta orang menjadi pelarian dan hilang tempat tinggal akibat pendudukan Armenia.
Foto: wikimedia commons
Ads
Khojaly menjadi sasaran kerana kedudukannya yang strategik, selain untuk menghapuskan warisan sejarah dan budaya di bandar itu. Terkenal dengan budaya Khojaly-Gadabay sejak abad ke-16 SM. Khojaly, satu penempatan purba Azerbaijan, dibakar dan dihancurkan hanya dalam satu malam.
Penduduk awam Khojaly dibunuh hanya kerana mereka bangsa Azerbaijan. Sekumpulan pelarian mengharungi sungai dan bersembunyi di kawasan gunung berdekatan namun, kebanyakan mereka maut disebabkan hipotermia.
Pembunuhan beramai-ramai itu melanggar undang-undang antarabangsa, mencabuli konvensyen Geneva di bawah Deklarasi Hak Asasi Manusia (yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948).
Konflik kedua-dua negara mula tercetus pada 1988 – tiga tahun sebelum pembubaran Kesatuan Soviet pada 1991 – berikutan tuntutan wilayah Armenia terhadap Azerbaijan.
Pada 1992, perang meletus antara dua bekas negara Soviet, menyebabkan pendudukan Armenia ke atas 20 peratus wilayah Azerbaijan, termasuk Nagorno-Karabakh dan tujuh daerah sekitarnya.
Denmark bukan saja terkenal dengan keindahan lokasi yang sentiasa menjadi tarikan pelancong luar.
Dan terbaru bakal menggamit pelancong untuk ke sini adalah untuk melihat keindahan Istana pasir tertinggi dunia.
Istana pasir tertinggi di dunia dengan ketinggian lebih 20 meter dan seberat hampir 5,000 tan siap dibina di sebuah bandar tepi pantai di Blokhus, Denmark.
Kredit Gambar: AFP
Berukuran 21.16 meter tinggi, istana baharu itu mengatasi istana dibina di Jerman pada 2019 yang memegang rekod Guinness World Records pada ketinggian 17.66 meter.
Sebanyak 4,860 tan pasir digunakan bagi membina struktur berupa piramid.
Perekanya, Wilfred Stijger yang dibantu 30 pengukir pasir terbaik dunia, menampilkan kuasa coronavirus ke atas dunia sejak awal pandemik bermula.
Berukura 21.16 meter persegi. Kredit Gambar: AFP
Di puncak binaan istana pasir itu dipaparkan model virus memakai mahkota.
“Ia mengatur kehidupan kita di mana-mana,” kata Stijger.
“Ia memberitahu anda apa yang harus dilakukan …. ia memberitahu anda untuk menjauhkan diri dari keluarga dan tidak pergi ke mana-mana. Jangan melakukan aktiviti, tinggal di rumah,” katanya.
Sebanyak 4,860 tan pasir digunakan. Gambar Kredit: AFP
Bagi mengukuhkan struktur istana, lapisan pasir mengandungi kira-kira 10 peratus tanah liat dan gam disapu di permukaan istana berkenaan.
Ciri-ciri tempatan termasuk luncur angin, rumah pantai, ikan dan rumah api ditampilkan dalam pembinaan berkenaan.
Tidak lepaskan peluang mengambil gambar. Kredit Gambar: AFP
Istana pasir itu dijangka berdiri kukuh sehingga Februari atau Mac tahun depan. – AFP
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jepun telah selesai membuat majlis bagi penurunan takhta Maharaja Akihito yang diambil alih oleh anak sulungnya, Putera Mahkota Naruhito. Disebabkan itu rakyatnya sudah memulakan cuti panjang dengan lapangan terbang dipenuhi para pelancong disamping orang ramai beratur sangat panjang pada mesin pengeluaran wang automatik.
Sempena pengunduran Maharaja Jepun pada awal minggu lalu (30 April 2019) seluruh rakyat negara Jepun menikmati cuti selama 10 hari, pertama kali dalam sejarah apabila hari istimewa itu digabungkan bersama ‘Golden Week’. Golden Week merupakan cuti umum yang jatuh pada tarikh 29 April sehingga 6 Mei.
Seronok betul rasa kalau dapat cuti lama atau panjang sebegitu. Jika rakyat Malaysia diberikan cuti sebegitu panjang pasti gembira tidak terkata.
Namun tidak buat rakyat Jepun yang memang terkenal dengan sikat yang ‘suka berkerja’. Berita mengenai cuti panjang yang diberikan negara Jepun kepada rakyatnya tidak begitu mengujakan. Salah seorang karyawan ketika ditanya memberitahu buntu diberi cuti terlalu lama.
“Sejujurnya saya tak tahu bagaimana nak habiskan masa apabila diberi cuti selama 10 hari. Sekiranya mahu bercuti, dimana-mana sahaja akan sesak dan kos pelancongan akan menjadi mahal. Saya lebih rela meluangkan masa bersama ibu bapa sahaja di rumah,” kata Seishue Sato pekerja dalam bidang kewangan, berusia 31 tahun.
Satu kajian yang dijalankan akhbar tempatan menunjukkan 45% rakyat Jepun berasa ‘tidak gembira’ dengan percutian yang panjang, manakala 35% sahaja daripada mereka senang dengan cuti yang lama.
Mengikut agensi pelancongan Jepun, JTB, jumlah pelancong dalam dan luar negara ketika cuti panjang ini dijangka mencecah rekod sehingga 24.67 juta orang. Ada yang berada di Jepun ke sekarang? Cuba laporkan keadaan dan situasi di Jepun ketika ini kepada Libur ya.