Syok juga kalau dapat cuba trip ke Minangkabau, tengok pemandangan pun sudah dapat rasa kepuasan bercuti. Apa lagi kalau betul-betul sampai sini.
Okay, jom tengok apa yang menarik bila anda sampai sana menerusi perkongsian saudara John Leybu ini.
Trip 4 Hari 3 Malam Ke Minangkabau
Bermula dari Padang – Bukittinggi – Lembah Harau selama 4 hari 3 malam di sana, trip ini membawa keluarga dan mertua ke tanah asal usul Minangkabau.
Hari Pertama
Flight AA landed di Minangkabau Airport, Padang sekitar jam 4.45pm dan terus disambut oleh supir. Disebabkan airport Padang agak kecil, proses imigresen agak lambat. Satu jam selepas landing baru kami selesai dengan proses imi dan collect luggage. Boleh krem kaki berdiri lama sebab kena beratur lama.
Terus bergerak ke Bukittinggi yang jaraknya sekitar 90km dari Padang. Perjalanan sepatutnya mengambil masa 2.5 jam tapi disebabkan laluan utama melalui Lembah Hanai terputus kerana banjir besar pada bulan 4, kami terpaksa gunakan laluan alternatif yang mengambil masa 4.5 jam untuk sampai ke Bukittingi.
Sampai di homestay Bambooshack sekitar jam 10.00pm dan terus berehat sebab dah petak duduk lama-lama dalam van.
Hari Kedua
Bangun pagi sekitar jam 5.00am disebabkan azan subuh yang dilaungkan dari segenap penjuru homestay. Memang di kawasan Kabupaten 50 Kota ini ada beribu-ribu masjid serta musolla. Bak kata supir kami, musollanya banyak, tapi jemaahnya kurang.
Lepak minum kopi di hadapan homestay yang terletak betul-betul di tepi bendang. Lebih kurang jam 6.30am matahari mula naik dan keadaan dah mula terang. Barulah sedar yang homestay Bambooshack ini berhadapan dengan Gunung Marap yakni gunung berapi paling aktif di Indonesia. Berpeluang melihat sendiri Gunung Marapi mengeluarkan debu pada awal pagi dan merupakan pengalaman pertama menyaksikan fenomena gunung berapi. Syok tapi dalam masa sama, cuak juga.
Ads
Tour sekitar Bukittingi dengan melawat beberapa kawasan seperti Panorama Baru, Jam Gadang, Lembah Sianok dan seterusnya menuju ke Pagar Ruyung untuk melihat sendiri bangunan-bangunan lama dan istana orang Minang. Selesai di Pagar Ruyung, supir teruskan perjalanan menuju ke Lembah Harau yang mengambil masa sekitar 3 jam. Perjalanan perlahan disebabkan keadaan jalan yang teruk dan juga hujan lebat sepanjang perjalanan. Tiba di Lembah Harau sekitar 9.00pm. Seharian ke sana sini, orang tua pun dah longlai. Rehat dulu satu malam di Harau.
Hari Ketiga
Penginapan di Abdi Homestay. Memang agak bernasib baik kerana supir kami telah menempah homestay ini agak awal. Bangun subuh dah mula kelihatan samar-samar satu tembok besar di belakang penginapan kami. Sayup-sayup bunyi air terjun dari puncak tembok ini menghempas ke kaki bukit disusuli bunyi unggas dan ayam. Memang tenang jauh dari hiruk pikuk kota.
Kami habiskan waktu pagi dengan menikmati pemandangan di sekitar Lembah Harau. Kenderaan beca boleh disewa di homestay atau boleh ajak supir ronda-ronda kampung dengan van.
Ads
Hari ketiga banyak masa dihabiskan dengan perjalanan pulang semula ke Padang. Namun supir kami melakukan hentian di beberapa kawasan menarik untuk kami mengambil gambar dan merasai beberapa makanan tradisional Padang. Perjalanan dari Lembah Harau ke Padang mengambil masa lebih kurang 6 jam. Ini semua disebabkan laluan utama Padang ke Bukittingi yang putus disebabkan banjir besar. Kata supir, kemungkinan bukan Ogos 2024, laluan ini akan dibuka semula kepada umum.
Hari keempat
Penginapan di UNP Hotel Padang. Selesai sarapan kami terus bergerak ke airport disebabkan flight balik sekitar jam 11.30am. Berhenti sekejap sekadar untuk membeli sourvenier.
Kos 4 Hari 3 Malam
Air ticket AA return – RM250 per pax
Supir (ground package All In) – RM530
1. Jangan lupa bawa universal plug. Kami tertinggal jadi terpaksa pinjam plug dari homestay atau beli sahaja charger yang baru di sana.
2. Cuaca tidak terlalu sejuk di Bukittingi dan Lembah Harau. Siang sekitar 25-27 degree tetapi malam boleh turun sehingga 18 degree. No aircond no hal.
3. Jarak perjalanan antara satu pekan ke satu pekan agak jauh. Jika ada peluang ke tandas, terus pergi sebab kalau tak nanti tak jumpa tandas yang elok.
4. Jalan raya di sana ada yang tidak diselenggara dengan elok oleh kerajaan. Berlopak sana sini dan akan memperlahankan perjalanan dan menyebabkan macet yang sangat-sangat lama . Kalau mabuk kenderaan, makanlah ubat mabuk sebelum perjalanan.
5. Masjid dan musolla di sana kebanyakannya dibina oleh masyarakat setempat menggunakan derma dari pengguna jalan raya di sana. Akan ada anak muda atau orang tua yang berdiri di tengah-tengah jalan sambil meminta derma. Kalau nak buat saham akhirat, bolehlah menderma.
6. Preman menjaga jalan raya terutamanya di simpang-simpang atau selekoh berbahaya. Mereka umpama polis yang tidak diupah oleh kerajaan tapi sekadar mencari pendapatan dengan membantu pemandu kenderaan di kawasan-kawasan bahaya ini. Selalunya supir akan memberikan upah pada mereka.
7. Airport Minangkabau sangat kecil dan padat. Seeloknya untuk proses check in, datanglah 3 jam sebelum waktu flight supaya tak beratur panjang untuk check in. Bukan di atas jalan raya sahaja macet, di dalam airport pun macet.
Haaa.. jadi bagi anda yang nak merasa tempa bercuti tenang-tenang di negara orang, boleh cuba trip ke Minangkabau pula dan senaraikan tempat best awal-awal.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Trip menyambung ukhwah bersama adik angkat yang pernah tinggal di Malaysia suatu ketika dahulu memberikan peluang buat Hamidah Hamdan dan keluarga meneroka ke bumi Matador iaitu Sepanyol.
Lebih menarik mereka sekeluarga turut berpeluang menyambut hari raya di sana dengan keluarga adik angkat yang membuat pertukaran pelajar sekitar tahun 2007 dahulu. Kesempatan melangkah kaki ke sana tidak disia-siakan begitu sahaja, Hamidah serta keluarga turut berpeluang ke beberapa kota besar di sana termasuklah ke Cordoba, Granada dan juga Madrid.
Ikuti pengembraan mereka di kota Matador yang penuh dengan kenangan indah dan pengalaman memandu sendiri sepanjang perjalanan.
Catatan ini berdasarkan syarat dan peraturan pada bulan 5/2022 terutama berkaitan dengan pandemik.
Kuala Lumpur to Barcelona
Tempoh melancong :3/5/2022 sehingga 14/5/2022
Airlines : qatar airways- beli dari january 2022
Harga pergi balik (return ticket) RM2400
Transit di Doha. Kuala lumpur ke Doha (7jam 40minit) dan Doha ke Barcelona (6jam)
Memandangkan qatar dalam persediaan sebagai tuan rumah piala dunia December ini. Banyak projek pembesaran lapangan terbang dijalankan tapi jangan risau agak mudah untuk kita yang transit mencari boarding gate seterusnya.
Tujuan asal : selepas sempadan negara dibuka , kedua ibu bapa saya berniat beraya dengan anak angkat keluarga yang tinggal setahun dengan kami (pertukaran pelajar) pda 2007 setelah lama tidak bersua dan melawat beberapa kota di sepanyol terutama Alhambra dan Cordoba yang merupakan impian ibu saya dari kecil lagi selepas dia membaca buku tulisan Harun Aminurasyid – terbang ke barat.
Kenderaan : kami menyewa kenderaan yang tempahan awal di Malaysia : syarikat go car
Kami tempah Alhambra (lebih kurang estima) memandangkan kami berlima dan banyak bagasi demi keselesaan jauh perjalanan.
Harga rental untuk 9hari termasuk insurans Rm3800.
Telco: saya menggunakan vodafone sedikit mahal dan adik beli telco Orange harga €15 utk 9Gb di airport.
Sebenarnya target kami beraya berdasarkan kalender 3/5/2022 raya pertama di barcelona (catalonia) dengan adik angkat dan keluarganya tapi rezeki kami dapat beraya hari raya pertama di malaysia bila annoucement raya jatuh pada 2/5/2022. Kami tetap bawa baju raya termasuk bawa baju batik dan kurta untuk sambut raya di barcelona
Syarat kemasukan sewaktu pandemik : Rezeki kami ,tepat 1/5/2022 kerajaan malaysia dan spain tidak lagi mengenakan syarat membuat ujian PCR sebelum berlepas cuma kami perlu isi spain e health travel dimana ada soalan tentang vaksinasi dan ini yang kena tunjuk sewaktu ketibaan. Spain mengiktiraf semua vaksin dari Malaysia. Untuk tidak kuarantin lengkap dua dose dengan dose terakhir kurang 270 hari dari tarikh suntikan. (Ini syarat ketika may 2022)
Kami mendarat di Joseph Taradellas El Prat Airport pukul 7 pagi. Cukup kami print itinery perjalanan, sijil vaksin dan immigration mudah cop passport. Ambil bagasi. Terus ke kaunter kesihatan utk mereka scan barcode borang e health yg diisi siap di malaysia. Adik angkat Pau Portella, menyambut ketibaan kami dan dapatlah ibu bapa saya melepas rindu lama tidak jumpa dengannya. Pelik orang sekeliling seorang bule mencium tangan dua orang asia berpelukan dan tangisan.
Hari pertama :4/5/2022
Selepas ambil kereta sewa yang syarat balik full tank di tingkat satu dan deposit euro 149 (dipulangkan minyak penuh). Kami terus ke Moia bandar di selatan Barcelona satu jam perjalanan dimana rumah kediaman Pau dan keluarganya.
Sampai kami di sambut dengan makanan tradisi orang catalan dan bercampur rendang ketupat dari Malaysia.
Dalam pukul 4 petang kami ditemani bapa Pau ke montserrat. Tempat pelancongan di atas bukit yang boleh dinaiki dgn kenderaan persendirian atau cable car. Dapat lihat kota barcelona dan ada Basilica tertua disitu.
Hari kedua :5/5/2022
Kami memulakan perjalanan ke Kota madrid. Bermula hari perjalanan jauh 7 jam . Membawa kenderaan sebelah kiri, mulanya agak kekok namun alah bisa tegal biasa. Cabaran di kota madrid mendapat tempat parking dekat 2 jam baru dapat itupun atas pertolongan pihak hotel. Nasihat saya jika bawa kenderaan tanya tempat parking yg dekat dengan hotel. Bayaran semalam 22.5 usd dan saya meminta pihak hotel bercakap dengan penjaga parkir demi memastikan kenderaan kami selamat diparkir selama 24jam kerana masalah bahasa. Madrid bandar padat dan classic. Hotel rossa dengan harga rm250 semalam ada kitchenette dan pengering pakaian. Kami bawa capsule pencuci dari malaysia.
Hari ketiga :6/5/2022 –
Memulakan perjalanan dari madrid ke cordoba mengambil masa selama 4 jam. Kali ini bernasib baik kawasan depan rumah ada parking percuma.
Disebabkan sampai awal dan jarak 900 meter dari rumah penginapan ke Mezquita-cathedral cordoba kami memilih jalan -jalan waktu petang di perkarangan masjid kerana kami memilih untuk masuk percuma dan jimat €11 pada hari esok (isnin-sabtu) jam 8.30-9.30 di pintu arah barat sebelah hotel mezquita (tips pintu masuk untuk percuma ini kami dapat dari pekedai cenderamata di depan mezquita) . Website : https://mezquita-catedraldecordoba.es/en/organiza-la-visita/entradas-y-horarios/mezquita-catedral/
Airbnb cordoba : 2 bilik rm1000 semalam
Hari keempat : 7/5/2022 – cordoba dan granada
seawal selepas bersarapan dengan apa adanya. Kami terus menunggu di pintu barat . Menjadi satunya muslim dimana yang beratur bersama ada yang akan menghadiri upacara keagamaan mereka di dalam mezquita . Tersergam satu masa dulu keindahan senibina moors dan harap kalian dapat google sendiri sejarah masjid ini. Selepas tengahari kami bergerak ke Granada. Perjalanan dalam 2 jam. Paling terkejut gunung sierra nevada masih menampakkan salji tempat utk ski Spain walaupun peralihan musim bunga ke panas waktu itu. Kali ini harga parkir selama 3 hari dua malam adalah €25. Kami sampai dan berehat . Kebetulan di granada kami tempah air bnb kawasan arab street jadinya mudah cari makanan halal. Sepanjang jalan ada pelbagai makanan halal dari timur tengah. Lagipula lokasi andalusia (cordoba dan granada) berdekatan dengan selatan ke arah negara Morocco jadi ramai orang moroccan di situ. Petangnya kerana matahari terbenam jam 9 malam saya dan adik berjalan kaki ke Mirador San Nicholas dari situ sudah lihat Istana Alhambra. Di kawasan mirador ini ada masjid yang didirikan oleh pihak bandar Granada untuk penduduk muslim.
Hari kelima : 8/5/2022 – Granada
Air bnb granada :rm1200 untuk 3 hari 2 malam – 3 bilik
Untuk mudah menaiki uber ke Alhmabra palace dalam €18. Host kami sudah berpesan untuk menempah ticket awal memasuki Kompleks Istana Alhambra dan pilih slot yang sesuai untuk memasuki perkarangan Istana Nasrid. Sampai mereka akan scan passport dan memulakan perjalanan dari kawasan taman istana dipanggil generalife, kemudian kami teruskan ke istana sultanah, selepas itu waktu kami melawat istana nasrid dimana terdapat 4 patung singa yang menjadi simbolik lama kisah pemerintahan Andalusia. Selepas istana nasrid dan kami pulang. Puas kaki melangkah seperti berada di dalam syurga dunia dengan air mengalir, tanaman bunga mekar dan senibina istana itu sendiri. Ticket masuk ialah €14. Lagi satu mahu kesini kerana pengaruh drama Korea lakonan hyun bin dan park shin hye memoirs of Alhambra. Jadi sangat teruja mahu pergi ke Istana ini.
Hari keenam : 9/5/2022
Meneruskan perjalanan dari Granada ke bandar perikanan Valencia dalam 3 jam setengah.
Di sini kami berehat sambil menikmati kota perikanan valencia. Sebenarnya lebih mahu memendekkan perjalanan kerana granada ke barcelona 8 jam perjalanan
Hari ketujuh : 10/5/2022 . Airbnb rm350 semalam
Dari Valencia dengan 3 jam perjalanan ke Barcelona kembali. Setelah beribu kilometer barulah kami berjumpa dengan tol berharga €4 itupun bayaran tak perlu ambil kad dahulu tapi bayar terus dengan kad kredit/debit yang ada. Ada juga google map kata lokasi kami pilih bertol tapi tak jumpa pondok tol sampai di barcelona baru nampak. Di sini kami pilih hari pertama utk berehat . Memilih makanan pesan uberfood – paella merupakan makanan khas di sini yang rasanya mcm nasi goreng seafood versi lebih masin.
Hari kelapan : 11/5/2022 airbnb barcelona rm1200 untuk 4 hari 3 malam – 3 bilik dan 2 bilik air lengkap kemudahan . Tapi barcelona ada cukai penginapan €10 / seorang.
Pulangkan kenderaan kembali di airport. Kami redeem ticket subway di airport kaunter untuk kegunaan 48 jam berharga €16.40 seorang boleh juga digunakan utk trem dan bas. Di barcelona kami pilih menaiki kenderaan awam dan sangat tegas memakai pelitup muka. Kami mencuba makan tapas (appetizer) seafood . Selepas itu meneruskan berjalan ke Sagrada La familia senibina Gaudi yang masih belum siap hingga hari ini, melawat dari luar casa bastillo dan casa milla. Sila cuba churros di sini yang special kerana apabila membeli churros dibekalkan sekali air coklat pekat sebagai pencicah. Sempat kami ke merchandise store untuk barangan kelab Barcelona Fc.
Hari kesembilan : 12/5/2022 –
Memenuhi impian abah ke Nou Camp – stadium rasmi kelab bolasepak Barcelona antara kelab terbaik di Eropah dan Dunia. Selepas itu kami ke pasar tradisi di Barcelona -Mercat De la borqueria. Rambang mata melihat pelbagai makanan. Namun harga buah lebih murah disekitar kejiranan yang kami tinggal. Teruja harga strawberry 1pallete dalam €5, cherry manis dan orange Navel cuma €0.45 sekilo. Untuk beli cenderamata pun sebelum sampai ke Marcet ada satu kedai asia yang jual dengan harga berpatutan.
Hari kesepuluh : 13/5/2022
Pulang ke tanah air. Kami tempah Cabify lebih murah dari Uber terus ke airport.
Kerana siang yang panjang dan maghrib masuk jam 9 malam dengan subuh jam 5 pagi memudahkan kami merancang perjalanan, cukup masa untuk sarapan dan kemas barang di setiap destinasi. Kerjasama sekeluarga memastikan perjalanan kami selamat dan seronok dinikmati.
Gunung Kerinci merupakan puncak tertinggi di Sumatera dengan ketinggian 3,805 meter diatas permukaan laut (Mdpl) dan merupakan puncak volkano tertinggi di Indonesia. Gunung Kerinci ataupun digelar ‘Puncak Indrapura’ merupakan puncak tertinggi setelah Gunung Cartenz Jaya Wijaya yang terletak di Papua. Para pendaki khususnya pencinta gunung sudah pasti akan memasukkan Gunung Kerinci ke dalam salah satu list gunung impian yang akan didaki.
Gunung Kerinci yang dikenali juga sebagai ‘Atap Sumatera’ merupakan gunung yang fenomena di Indonesia dan termasuk dalam salah satu ‘seven summit Indonesia’. Gunung ini dikelilingi kawasan hutan tebal Taman Nasional Kerinci Seblat (TNKS) dan merupakan habitat semulajadi harimau serta badak sumatera. Di pintu masuk pendakian terdapat Satu Tugu yang di atas nya terdapat replika Harimau yang dikenali sebagai Tugu Macan. Ia sebagai simbolik di kawasan ini iaitu kawasan perlindungan untuk habitat Harimau sumatera.
Terdapat dua jalur pendakian untuk sampai ke puncak Kerinci, iaitu melalui Kersik Tuo atau Solok. Jalur Kersik Tuo merupakan jalur yang paling digemari dan banyak dilalui oleh para pendaki, manakala jalur Solok memiliki jalur pendakian yang agak ekstrim dan susah untuk didaki. Meskipun begitu jalur Kersik Tuo juga tidak boleh dipandang sebelah mata.
14 Ogos 2017, Isnin Kami berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki pesawat Air Asia. Tepat pukul 9.00 pagi kami tiba di Bandar Udara Internasional Minangkabau. Penerbangan yang memakan masa selama sejam hampir tidak terasa. Waktu di Kota Padang adalah lewat sejam dari Malaysia.
Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau merupakan lapangan terbang bagi daerah Sumatera Barat di Pulau Sumatra, Indonesia. Nama lapangan terbang ni diambil dari nama suku kaum terbesar di daerah tersebut, iaitu Minangkabau.
Line up trip kali ini terdiri dari pendaki-pendaki hebat yang menjadi idolaku dalam arena pergunungan iaitu Hafizzuddin (Fizue) selaku ketua rombongan, Zek, Wak, Fizin, Zura, Aimi, Fatin, Roza, Farah dan aku. Sebut sahaja mana-mana gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia ni, semua mereka dah tapau habis! Padu-padu belaka! Walaupun aku yang baru pertama kali bersua muka, tetapi jelas tergambar kemesraan mereka.
Untuk ke kaki gunung Kerinci, kami perlu menempuh perjalanan yang panjang dan penuh berliku dari Airport Bandara Minang yang terletak di Kota Padang ke Desa Kersik Tuo, Kayu Aro di daerah Jambi. Perjalanan mengambil masa selama 11 jam disebabkan terdapat beberapa masalah berkaitan mobil dan supir. Kami anggap sahaja ia sebagai cabaran yang harus ditempuh dan ia sedikit pun tidak mematahkan semangat kami untuk menggapai Atap Sumatera!
15 Ogos 2017, Selasa Pendakian ke puncak gunung Kerinci memakan masa selama dua hari 1 malam mulai dari Pos Kersik Tuo. Lebih kurang 30 minit perjalanan daripada homestay, sepanjang jalan kami dihidangkan dengan pemandangan indah ladang teh yang seluas mata memandang! Orang Jambi boleh berbangga! Kerana mereka mempunyai ladang Teh Kayu Aro, yang disebut tertua di Indonesia dan tertinggi kedua di dunia iaitu berada di ketinggian 1,600 mdpl setelah ladang teh Darjeling di Himalaya India yang berada di ketinggian 4,000 mdpl!
Ladang Teh Kayu Aro tetap hijau sepanjang tahun, berbeza dengan di Himalaya sana yang sering tertutup salji. Ladang seluas 3,020 hektar ni juga merupakan perkebunan teh dalam satu hamparan terluas di dunia! Hampir seluruh hamparan di lereng gunung ni ditumbuhi teh beraroma segar.
Hamparan teh dengan Gunung Kerinci yang menjulang biru di belakangnya sungguh menyejukan mata ditambah dengan udara dingin di pagi hari. Sebahagian desa Kayu Aro juga menjadi hamparan ladang sayuran yang subur. Di sisi kiri-kanan jalan terlihat hamparan ladang sayuran para petani.
Kami memulakan pendakian pada pukul 9.30 pagi. Sepanjang jalur pendakian, terdapat 6 perhentian yang terdiri dari 3 pos pendakian dan 3 shelter pendakian. Jalur pendakian Gunung Kerinci memang tidak mudah. Trek pendakian Gunung Kerinci sendiri disebut sebagai jalur air. Pada awalnya kami akan melalui pintu rimba, iaitu pintu masuk menuju ke trek pendakian Gunung Kerinci.
Nak mendapatkan sesuatu yang indah itu memang tidak mudah. Trek perjalanannya becak dengan lumpur, basah dan licin. Ayuhlah membajak sawah di tengah hutan! Yang pakai kasut baru dan masih bau kedai, harap bertenang lah layan trek macam ni! Hahaa
Trek dari pos satu ke pos dua masih ok lagi, di mana jalur berupa jalan yang agak landai dan sedikit pacak yang didominasi akar-akar pohon yang besar. Bagi mengekalkan momentum, kami berhenti berehat sekejap je di sini. Tak boleh berhenti terlalu lama disepanjang pos 1, 2 dan pos 3 kerana ia merupakan jalan yang masih dilalui harimau sumatera.
Perjalanan diteruskan ke Pos 3 dengan jalan menegak dan didominasi akar pepohon dengan tanah padat yang licin. Ternyata jarak antara Pos 2 ke Pos 3 itu agak lumayan jauh dan medannya sudah banyak memacak. Pos 3 berada pada ketinggian 2,225 mdpl.
Kemudian, jalan yang terus menegak mulai memerah keringatku! Geng-geng pendaki handal dan padu berdesup iaitu Zek, Roza, Fatin, Kak Aimi, Fizin & Zura sudah jauh mendahului aku. Tinggallah kami geng-geng dibelakang yang masih lagi setia disisi Fizue, Farah dan Wak.
Perjalanan daripada pos 3 menuju ke Shelter 1 mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Kelihatan landskap hutan juga sudah berubah ke Mossy Forest. Suasana di dalam hutan Kerinci lebih kurang seperti hutan di Malaysia. Keadaan trek juga sudah mula memberi cabaran yang tersendiri buat para pendaki. Suasana semakin dingin, kabus tebal, tanjakan padu dan licin telah kami lalui. Untuk sampi ke Shelter 1 jaraknya agak jauh. Tidak seperti jarak antara ketiga-tiga Pos yang kami lalui sebelumnya.
Dalam pendakian ni, kami mengupah guide dan porter untuk membawa barang seperti khemah, beg tidur, bekalan makanan dan pakaian. Guide kami ada 2 orang. Kami wanita hanya memikul beg galas kecil bersaiz 20 hingga 30 liter sahaja. Beg kecil tu diisi dengan lampu suluh, baju hujan, makanan tenaga seperti coklat, gula-gula dan air minuman. Tu pun dah pewai terok juga! hahaa… Lelaki semua katang belaka & gagah perkasa bawa beg sendiri jer!
Oh ya, sepanjang pendakian ni, hanya kami satu-satunya team dari Malaysia. Jarang juga kami nampak pendaki dari negara lain. Mungkin Gunung Kerinci tidak begitu popular berbanding Gunung Rinjani ataupun Semeru! Bila pendaki Indonesia tegur kami sepanjang trek, semua rasa teruja sebabnya bila sebut je nama Malaysia, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran rakyat tempatan ni adalah Upin Ipin! Betul betul betul! Lepas tu habis la segala watak mereka sebut, Kak Ros, Opah, Abang Roi, ayam goreng dan lain-lain. Ishhh aku sendiri pun tak tengok Kartun Upin Ipin tu! Memang satu fenomena betul kat sini! Hahaaa..Terbaekkk weyhh!
Shelter 1 merupakan tempat yang aman untuk mendirikan khemah dengan ketinggian 2,505 mdpl. Shelter 1 merupakan tempat terbuka yang mampu menampung sebanyak 15 buah khemah dengan pemandangan lereng Gunung Kerinci yang menjulang gagah.
Perjalanan menuju ke Shelter 2 dijangkakan akan mengambil masa yang lebih lama, iaitu sekitar 2-3 jam. Jadi kami fuel up energy masa di shelter 1 kerana perjalanan selepas ini dijangkakan lebih mencabar. Kami buka pek makanan yang kami bawa dan makan di sini. Carbo loading katanya! Lepas ni nak pakai lebih banyak tenaga, jadi memang perlu makan yang cukup.
Kami mula bergerak dari Shelter 1 lebih kurang pukul 1.30 pm. Hujan mula turun dengan lebat mengiringi pendakian. Kami semua dah standby pakai baju hujan siap-siap! Jalur pendakian menuju Shelter 2 semakin menaik, licin dan curam. Pendek kata, memang tak kasi chance lansung. Tak de diskaun dah!
Masa ni aku dah pewai teruk juga. Jadi aku percepatkan langkah dengan harapan nak sampai ke campsite cepat! Yang lain pun bergerak dengan pace masing-masing. Harus diingatkan jika berjalan di dalam hutan, jangan jalan berseorangan. Jadi aku tinggalkan Farah dengan Wak! Ini adalah gunung pertama yang didaki oleh Farah. Aku yakin Wak mampu menjaga Farah dengan baik! Jadi aku jalan berdua je la dengan Fizue! Thanks abang gogo sebab teman dan mampu bersabar dengan aku!
Akhirnya aku dan Fizue sampai di shelter 2 agak awal dalam pukul 4.00pm. Area campsite di Shelter 2 agak terhad dan hanya mampu mendirikan beberapa biji khemah. Tapi yang bagusnya di sini masih ada pokok-pokok yang agak tinggi dimana ada kelebihan mampu menghalang khemah daripada terkena tiupan angin kencang.
Dalam pukul 5.00 petang khemah kami siap dipasang. Boleh la beristirehat seketika. Malam tu dinner kami makan maggi sup! Lepas dah makan malam, kami pun dapat berehat dengan tenang. Dalam pukul 8.00 malam dah siap-siap nak tidur sebab pukul 2.00 pagi dah nak bersiap gerak ke puncak!
Tapi malam tu aku tak dapat tidur pun sebabnya tapak khemah kami tak rata dan senget! Memang asyik melurut je sampai ke hujung bucu khemah! Licin. hahaa.. Nak tido pon kene hiking lagi dalam khemah! Jadi suster ngesot pula! Adehhh… Lagipun suhu udara malam tu sangat sejuk sampai ke tulang rusuk! Dah pakai jaket tebal dengan sarung tangan dan berselubung dalam sleeping bag pun masih menggigil! Bertabah je la.
16 Ogos 2017, Rabu Pendakian ke puncak bermula pada pukul 2.30 pagi. Berbekalkan cahaya lampu suluh, kami meredah kepekatan hening pagi dengan suhu yang begitu sejuk. Masing-masing memakai jaket tebal, sarung tangan, penutup kepala dan pelindung muka. Semuanya lengkap bagi memastikan kami berada dalam keadaan selesa sepanjang mendaki ke puncak yang memakan masa lima hingga enam jam.
Dari shelter 2 menuju ke shelter 3 kami berjalan menegak melewati jalan yang berupa terowongan panjang yang curam. Sesekali tangan menyentuh dinding terowong terasa seperti menyentuh ais. Ya, amat dingin. Hanya cahaya head lamp lah yang menjadi penerang kami menerobos di terowongan panjang, curam dan lembab itu. Bagi aku trek menuju ke shelter 3 ni yang paling susah dan mencabar yang pernah aku daki! Benar-benar menguji kekuatan mental dan fizikal!
Sesekali perasaan gayat dan putus asa menerpa disebabkan perlu memanjat tebing yang tinggi dengan akar-akar kayu. Pacak dia memang padu, sehingga lutut bertemu dagu! Ada ketikanya, laluan yang ditempuh terlalu sempit sehingga memaksa kami naik ke tebing curam dan berpaut pada pokok. Nasib baik Fizue gigih guide aku mana nak pijak, mana nak pegang! Kalau tak memang kelaut aku! hahaa..
Dah sampai di shelter 3 memang rasa lega! Lepas dah satu hazab! Kami berhenti seketika untuk solat subuh. Aku berdoa minta perlindungan pada Allah dan supaya kami semua berjaya sampai ke puncak dan turun dengan selamat!
Summit Attack Atap Sumatera Sewaktu melihat ke arah puncak, tampak cahaya berbaris bagai ular meliuk-liuk. Itu adalah pendaki-pendaki lain yang sedang berjalan perlahan menuju puncak. Kami semua awalnya berjalan beriringan namun lambat laun mulai berpecah mengikut kelajuan masing-masing. Namun kami sudah sepakat untuk saling menunggu di puncak.
Pendakian ke puncak ini, kami berjalan di lereng berbatuan yang loose dan pasir kasar. Jika tersalah langkah boleh tergolek dan agak berbahaya. Di tambah bila angin berhembus kencang, abu dan pasir berterbangan sehingga kadang masuk ke mata dan menganggu pernafasan. Trek pendakian ke puncak Indrapura tidak boleh dipandang enteng. Yang diperlukan sekarang adalah kekuatan mental, semangat dan keinginan yang kuat untuk mengharungi rintangan yang ada. Oleh itu, kami terus memerah kudrat yang berbaki untuk sampai ke puncak.
Langit cerah pertanda sang fajar telah tiba. Di bawahnya samar terlihat lapisan gunung dengan bulatan putih. Itulah Danau Gunung Tujuh. Subhanallah!… pemandangan yang sangat indah. Tampak jelas garis horizon dari ketinggian ini. Sungguh sempurna lukisan alam di hadapanku ini. Disini aku tidak berhenti lama kerana aku bersendirian sementara teman-teman lainnya sudah di depan dan ada juga yang dibelakang. Walaupun tak dapat menikmati sunrise di puncak, tapi aku dapat layan sunrise sorang-sorang di sini. Sunrise yang sangat indah di waktu fajar di lereng gunung.
Untuk sampai ke puncak, kami harus berjalan di celah tanah atau ‘longkang’ agar terhindar dari terpaan angin kencang. Muat-muat boleh dilalui seorang pendaki sahaja. Di kiri dan kanan ‘longkang’ adalah tebing yang tinggi.
Tugu Yudha Setelah beberapa jam mendaki tibalah kami di Tugu Yudha, iaitu berupa dataran padang pasir yang luas terletak di bawah puncak gunung kerinci. Tugu Yudha ini sangat terkenal dengan ceritanya. Ada pendaki bernama Yudha yang mendaki gunung kerinci bersama adiknya.
Mereka berkhemah di shelter 3 sebelum ke puncak. Ketika mahu ke puncak, tiba-tiba kabus tebal menyelimuti pemandangan yang membuat jalur trek tidak kelihatan. Pendaki lain mengingatkannya agar menunda pejalanan ke puncak, namun dia tetap degil dan nekad mengharungi kabus tebal tersebut. Kemudian dia terjatuh dan hilang bahkan jasadnya tak ditemukan sampai sekarang.
Untuk mengenang beliau maka tepat di bawah puncak utama kerinci didirikan sebuah tugu yang di beri nama Tugu Yudha. Setiap pendaki pasti akan melalui tugu ini bila hendak ke puncak kerinci.
Lepas dari tugu Yudha kami harus mendaki trek berbatu curam dan menegak untuk sampai di puncak. Impian untuk menggapai atap Sumatera semakin hampir! Dekat di mata namun jauh di kaki! Oh puncak Kerinci kami datang! Disini bukan hanya kaki yang bekerja, bahkan tangan juga. Ia agar setiap langkah tidak melurut dengan batuan longgar dan tidak stabil, jadi tangan harus mencengkam batu dengan kuat.
Berjalan perlahan namun pasti, aku keseorangan meniti ke puncak! Walaupun penat, sekarang bukan masanya untuk aku berputus asa! Namun tekad sudahku tetapkan, harus terus mendorong batas kemampuan untuk sampai ke puncak Indrapura. Satu hal yang membuatku bersemangat waktu itu adalah, akan berdiri di Puncak Tertinggi Sumatera, Gunung berapi tertinggi di Indonesia!
Kemudian, ada seorang pendaki yang baru turun dari atas mengatakan puncak sudah berada di depan mata. Perkataan itu membuatkan semangatku bangkit kembali. Segera aku mempercepatkan langkah dan tepat pukul 8.00 pagi, tibalah aku di puncak Gunung Kerinci! Yeayhhh….
Atap Sumatera! Sangat bersyukur akhirnya kami semua berjaya sampai di Atap Sumatera di ketinggian 3,805 meter diatas permukaan laut (Mdpl)! Alhamdulillah! Terasa diri ini begitu kerdil berdiri di lereng kawah di Puncak Gunung Berapi tertinggi di Indonesia! Kawah aktif dengan luas 400 x 120 meter dengan kedalaman 600 meter sedang mengepulkan gas belerang pekat. Rasa amat gerun dan teruja! Perasaan yang sukar untuk digambarkan bila dah berada di atas ni! The best feeling ever!
Ni adalah gunung berapi ketiga yang berjaya aku jejaki selepas Rinjani dan Bromo. Kawah dia lebih kurang macam Bromo, tapi ni lebih besar, dengan jurang yang sangat dalam dan ngeri!
Langit berwarna biru cerah waktu itu. Gumpalan awan berlapis-lapis di bawah kami. Terasa luar biasa kami dapat berdiri di ketinggian 3,805 meter. Sepertinya tepat dinamakan ‘Negeri di Atas Awan’ kerana posisi kami berdiri saat ini lebih tinggi dari gumpalan awan. Di puncak Kerinci ni, kami boleh melihat pemandangan indah Kota Padang, Jambi, Gunung Tujuh, lautan hindi dan trek berbatu yang kami lalui tadi! Sungguh asyik dan lumayan pemandangannya!
Rasa sungguh terharu bila berada di puncak Gunung Kerinci dengan segala perjuangan melewati trek esktremnya. Mendaki Gunung Kerinci akan menjadi momen hidup yang tidak akan kami lupakan. Suatu kebanggaan atas keberhasilan dari perjuangan yang panjang. Jalur gemilang kami keluarkan dan berkibar megah di Puncak Indrapura!
Terima kasih sahabat yang menjadi teman sepanjang mengharungi suka duka perjalanan ini. Gelak tawa dan ramah mesra membuatkan ku terasa bagaikan sudah lama mengenali antara satu sama lain. Moga ketemu lagi di lain masa. Akhir kata, jangan mati dulu sebelum sampai ke puncak Gunung Kerinci!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Midnight sun adalah satu fenomena alam yang berlaku di negara yang terletak di Lingkaran Antartika ataupun di Lingkaran Artik seperti negara yang Nik Nur Firdaus pergi bersama teman-teman beliau di Norway.
Sepanjang perjalanan beliau ke Norway, beliau telahpun menulis tentang itinerari dan info yang dirasakan perlu untuk anda yang ingin mengembara ke sana satu hari nanti. Jadi di sini Libur mengambil kesempatan untuk menyimpan itinerari, info serta gambar perjalanan beliau untuk tatapan anda semua dengan izin daripada Niksendiri.
Kepada anda yang berminat untuk ke Norway kelak, dipersilapan untuk berkongsikan artikel ini sebagai bahan rujukan di masa akan datang.
Teks yang diambil dari Nikadalah asli dan tidak diubah sama sekali.
Hi semua, mula-mula nak bagitahu entri ni agak panjang. Nak share bajet yang tak berapa nak backpackers kami bertiga ke Norway last twoweeks.
Insurans Etiqa Tripcare 360 Takaful: RM118 (guna kelayakan penjawat awam)
Simcard Hello 1010 : RM233.12 for 2 sims 12GB each
Ration dari Malaysia: RM100.00
Putrajaya – KLIA2: ERL RM9.50
KL ke Changi: Air Asia RM108.00 including luggage 20kg
Dinner at 4Fingers Changi: RM64.22
Flight Changi-Doha-Oslo by Qatar Airways: Return ticket RM2630.00, luggage 30kg
1. Arrive Oslo at 1.15pm local time
2. Take NSB train from airport to Oslo Sentral station: NOK108 per person (Tickets are bought from a machine using credit card)
3. Oslo Sentral to Hortet by tram guna tiket NSB. So tak perlu beli tiket baru since NSB ticket valid for 2.5 hours.
4. Check-in at Airbnb in Hortet: RM349.00 per night
5. Rest.
1. Check out from Airbnb. Took NSB train to Oslo S. Agak kelam kabut masa beli tiket kat machine sebab transaction guna CC tak berjaya. Unfortunately, machine cuma terima syiling NOK sahaja, note kertas tak terima. Akhirnya berjaya beli tiket guna PayPal lepas try & error guna CC semua orang: NOK54 per person
2. Rent car from Hertz at Oslo Sentral Station. Book small VW, got SUV Kia Niro. Add the second driver with a charge. Things to check – petrol or diesel. Kat kunci kereta dah tulis siap2 petrol atau diesel.
3. Drive to Langfossen for 7 hours lepas beberapa kali stop untuk lunch, snap a photo here & there. Nampak view cantik stop ambik gambar, nampak lupins tepi jalan berhenti lagi.
4. Dari Langfossen ke Latefossen, drive for almost 1 hour.
5. Shopping groceries at Xtra Supermarket: NOK71
6. Toll fees: NOK293
7. Off to Aurland and drive for 3 hours. Checking in at Skahjerm Gard, Aurland, Flam : (NOK2340 for 2 nights)
1. Flamsbana Scenic Train at 7.30 am: 440NOK .
Tips – amik train paling awal pagi2 sebab murah & tak bertembung dengan tourist yg amik pakej Norway in a Nutshell (NIN). Ambik train pagi kosong gila. Ambik seat yang belah kanan sebab view lawa. Kami conquer satu gerabak sebab memang train kosong, so boleh tukar2 seat ikut suka hati everytime nampak view lawa. Train akan stop di Kjosfossen Waterfall for 10 minutes & Myrdal St. for 20 minutes (+-) untuk tunggu train dari Bergen @ Oslo bagi mana2 yang ambik self-guide tour NIN. Nasib kami baik sebab masa train stop di Kjosfossen Waterfall on the way back to Flam, shortly after arrival, music started playing and a woman in red started dancing next to a stone building to the right of the waterfall. The woman in red is dressed as a legendary Huldra (seductive forest creature in Scandinavian folklore). She dances to lure men into the woods to seduce them. Goosebump jugak ler bila tengok orang meliuk lentok kat tengah2 hutan tu kan. Flamsbana train ni took about 2 hours return. Bila sampai kat Flam St, tourist dah mula ramai queue untuk naik next train. So memang advisable untuk ambik trip paling awal plus harga pun lagi murah.
2. Flamsbana Museet (museum), The Flam Railway Documentation Centre: free je masuk.
3. Stegastein ViewPoint: View lawa. Tapi drive ke atas hati2. Kena stop kalau selisih dgn kenderaan lain. On the way turun boleh stop kat view point untuk ambik gambar.
4. Aurland: View lawa tengok rumah tepi fjord
5. Shopping groceries at Spar: NOK65
6. Overnight at Skahjerm Gard, Aurland.
1. Check out from Skahjerm Gard, Aurland.
2. Nærøyfjord Cruise: NOK505
Naik cruise from Flam to Gudvangen, through Aurlandsfjord and Nærøyfjord. Fjord (baca fi-yot) tu adalah high cliff yg asalnya dari glacier dan merupakan UNESCO’s World Heritage Site semenjak tahun 2005. The two fjords are situated 120 kilometres (75 mi) from each other and they are separated by the Jostedalsbreen glacier. The Nærøyfjord areas in this site stretch through the municipalities of Aurland, Lærdal, Vik, and Voss.
3. Tapi kami memang tak bernasib baik dengan cruise, asal naik je mesti hujan. Asal hujan je mesti kami naik cruise. (Same goes to cruise kat Milford Sound NZ)
4. Ada cafe dalam cruise ni, even dah bawak ration jajan tapi bau hot choc sangatlah menggoda selera. Spent NOK170 for 2 hot chocs, 2 muffins & 1 donut. (Bertabahlah)
5. Dari Gudvangen balik ke Flam naik shuttle bus. Harga dah masuk sekali dengan cruise.
6. Drive ke Gudvangen – the port, Viking village (kami tak masuk).
7. Drive ke Voss. Overnight here at Vossesstrand Hotel & Apartment: NOK1090 per night.
8. Lepas check-in, drive to pekan Voss then GPS bawak lalu jalan2 kampung. View dia Subhanallah cantik sangat. Visit Finnesloftet (Norway’s oldest wooden non-ecclesiastical building), Tvinnefossen.
9. Buy groceries at Xtra Hedelberget: NOK150
10. Fuel: NOK230
Nota: – sebenarnya tak perlu overnight kat Voss pun takpe, terus ke Bergen je. Save 1 malam. – Naik cruise tu 2 jam, so kalau bawak bekal ration or snack pun ok.
1. Check out from Vossesstrand Hotel & Apartment
2. Ke Bergen city, parking kat city 1 jam : NOK21 (total kena bayar NOK230)
3. Amik Fløibanen funicular to Mount Fløyen. Tiket NOK120.
Best gila tempat ni mmg must visit! Kat atas Mount Fløyen tu selain top view of Bergen city, ada tasik, ada playground, ada jogging track, ada cycling track, dan ada forest – semua ni view sangat lawa. Dan kami berkayak for free (Summertime only). Tiket beli online siap2 since queue funicular tu panjang time summer.
4. Berghaus Fortress – the oldest fortress in Norway, since 1209.
5. Bryggen Harbour – the oldest wharf, survived many fires, 62 buildings still remain, the architecture follows the ancient northern Europe structure and pattern.
6. Narrow Street
7. Fish Market ( Fisketorget )
8. Buy lunch NOK141
9. Toll fees: NOK72
10. Check-in at Midttun Motell & Camping: NOK790
1. A 500+km route, from Bergen to Trollstigen. Took about 10 hours drive. Kami patah balik ke Flam since nak skip route yang ada ferry to save cost. (hahaha)
2. We aim for the Trollstigen Mountain Road – the most visited tourist spot with 11 twisted hairpins. But, the fog was too thick, the road was wet, a local advised us not to go, let the fog clear he said. So takde rezeki nak lalu situ. Enjoyed the sceneries along the way tho. Norwegian Scenic Route Valdresflye.
3. Toll fees: NOK47
4. Check-in at Trollstigen Camping, Gjestegård: NOK 917 per night.
5. Ni pekan kecik so make sure isi minyak siap2 & groceries if needed. Kami singgah kat Voss & bought groceries at Xtra supermarket: NOK 169
1. Check-out from Trollstigen Camping.
2. Pagi ni kami nk try lagi hairpins tu, malangnya kabus sangat tebal dan hujan dah start lebat. So decided to pass.
3. To Steinkjer via the magnificent Atlantic Ocean Road. Memang lawa.
7. Check-in at Holmset Camping & Fishing: NOK650 per night.
The staff was very welcoming, mentioned that we are the first Malaysian there. Even suggest us to go see some animals (like deer) yg akan muncul at certain time and spot in that area.
8. Shopping groceries at Xtra Supermarket: NOK82
9. Fuel: NOK574.73
1. Check out from Holmset Camping & Fishing
2. Continue the journey up north via Norwegian Scenic Route Storforshei
3. Melepasi the Arctic Circle line! That’s how north we were. Rupanya Norway ada Arctic Circle spot yg boleh visit and jalan2, facing the beautiful glacier.
4. Toll fees: NOK93
5. Arrive Bodo, check-in Camp Salstraumen-Elvegard: NOK850 per night and tonight we overnight in a caravan.
6. Things about caravan hotel are the water is very limited, about 25L je, so kami cuci muka & do toilet things kat the shared bathroom. Masak & ambik wudhu’ je guna air caravan.
7. The sunset at 12.53am & 7 minutes later dah sunrise dah. Tapi that day was cloudy so we didn’t get the bright sun.
8. Fuel: NOK170.60
1. Check out from Camp Salstraumen-Elvegard.
2. It was a rainy day, so plan nak ke Salstraumen Maelstrom tak jadi. We went to Islamsk Kultursenter Northland at Bodo, tapi tutup. Since hujan masih turun, kami just pusing2 city sambil tengok dari dalam kereta je.
3. Journey back to Oslo via Sweden. Driving between Scandinavian country is allowed and no checking at the border at all. The custom border closed during the weekend.
4. Kat Sweden minyak & barang2 lagi murah. In return, facilities takde la tip top macam Norway. Tapi everything still ok sebab ada toilet free.
5. It was a long journey back, almost 9 hours & kami tak singgah mana2 kecuali toilet je.
6. Kat Sweden, common supermarket sama nama dengan Norway kecuali – ICA supermarket. Dan chocolate Freia rebranded as Marabou kat sini.
7. Overnight at Camp Route 45, Hammerdal, the camping site: SEK750 per night.
8. Toll fees: NOK73
9. Fuel : NOK246.01, SEK540.59
10. Shopping groceries at ICA supermarket: SEK68.74
1. Check out from Camp Route 45, Hammerdal.
2. Continue the journey back to Oslo from Hammerdal.
3. Shopping groceries at ICA supermarket: SEK40.80
4. Fuel: SEK214.62, NOK347.42
5. Toll fees: NOK168
6. Arrive Oslo around 7 pm, hantar kereta and check-in at Forenom Service apartment: NOK2390.40 for 2 nights.
7. Apartment ni memang lokasi strategik, walking distance from Oslo Sentral and tourist spot. Self-check-in through key padlock using the password given thru email.
1. Time ni masing2 dah agak barai, Oslo city on foot pulak tu, so kami tak cover semua.
2. Karl John gates – Oslo Cathedral – Opera House – Akershus Fortress – Aker Brygge – Royal Palace – Parliament of Norway.
3. Things that we missed – open-air Folk museum. We dropped that but you might want to include this sebab dengar cerita best museum ni.
4. Lunch: NOK160
5. Shopping groceries at Xtra Supermarket: NOK47
6. Konon2 nak balik berehat sekejap kat apartment, then keluar balik untuk ke Central Jam-e-Mosque World Islamic Mission Norway, tapi masing2 dah lemau, tidur sampai tak sedar diri dah. Makanya masjid Oslo pun kami missed.
1. Oslo Sentral to the airport by Flytoget train as early 5 am sebab NSB train tak available at that time: NOK196 per person.
2. Oslo-Doha-Changi by Qatar Airways
3. Late lunch at Doha: QAR54
1. Breakfast at Changi: SGD30
2. Taxi Changi to Golden Mile Tower: SGD18
3. Changi to KL – ambik bus kat Golden Mile Tower: RM70.00
Note :
1. Total expenses untuk trip ni adalah RM7,600.00 (+-) per person.
2. Pada awalnya trip ni adalah untuk 4 orang, tapi salah sorang trave mate terpaksa tarik diri for the very last minute atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. So, total expenses kena bahagi by 3 sahaja.
3. Kami collect duit tabung NOK500 setiap orang untuk beli groceries & bayar ferry. Siap boleh beli souvenir mug untuk setiap orang lagi dengan duit tabung ni. Another NOK500 untuk personal expenses.
4. Total charge untuk kereta termasuk tol, insurance & additional driver RM3,145.67. Lesen memandu Malaysia boleh guna untuk drive di Norway, so tak perlu buat IDP.
5. Di Sweden, kami beli groceries guna credit card since memang tak tukar duit SEK pun.
7. Flamsbana train & fjord cruise dah beli siap2 dari Malaysia lagi.
8. Weather kat Norway so unpredictable, every half an hour and every 15km cuacanya berubah2.
9. Semua tempat yang kami pergi sejuk gedi walaupun summer, kecuali kat Oslo je boleh pakai t shirt without jacket & heat tech.
10. Even dah ada itinerary, we still check our route by daily basis. Turns out masa summer banyak jalan yang dah buka, so we can skip route yang kena naik ferry (boleh save agak banyak di situ). Kami finalized itinerari ni around April, so google consider bagi jalan yang available at that time and almost route kena naik ferry.
11. Kami bawak siap2 beras, kicap, maggi, nasi kembara, sambal ikan bilis, daging dendeng, 3 in 1 drinks, bihun etc dari Malaysia. Kat Norway cuma stock up fresh groceries macam telur, sayur, buah, jus, susu & sardin. Kami memang masak kat Norway, makan kat luar cuma untuk lunch yang susah nak bawak bekal like masa jalan2 kat Bergen & Oslo.
12. Time check-in flight kat Oslo the staff insist to see the bus ticket out of Singapore before the check-in process. Kami tak beli siap2 sebab tak tau exact time sampai Changi. Plus hari tu pergi Iceland via Changi jugak, takde pun nak tengok tiket bus. Turns out it depend on the counter staff whether they want to see the ticket or not sebab lepas dah berjaya beli tiket bas, staff kat another counter tak mintak pun tiket bas tu. Poyo je makcik kaunter dengan supervisor kitaorang hari tu.
13. Fuel cost for 4001km journey lebih kurang RM1,500.00. Average harga petrol kat Norway around RM8 seliter.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada tempat yang membuatkan kita rasa seperti sedang melihat dunia lain. Bukan kerana bangunan moden atau tarikan buatan manusia, tetapi kerana alamnya terlalu luar...